Tuesday, 27 May 2014

Raising Young Caliphs: Part 2

bersambung dari Raising Young Caliphs: Part 1

DISCLAIMER: pengisian2 yang dikongsi ini adalah hasil olahan/ tambahan (elaboration) saya dari nota ringkas yg saya sempat catat dari pembentangan para penyampai  dan mungkin tidak memberi gambaran refleksi sepenuhnya apa yg benar2 disampaikan. Mungkin juga ada info yang tertinggal sbb tak sempat salin etc terutamanya pengisian Ustaz Zahazan sbb suara ustaz yang "base" itu menyukarkan saya untuk menyerap lebih banyak info...saya ada masalah pendengaran sket mendengar suara "base". Harap maklum


RESIPI KEUNGGULAN
GENERASI AL-QURAN
BY USTAZ ZAHAZAN

Sebelum kita ke pengisian, mari kita sama2 tengok video teaser Ustaz Zahazan..





Dalam pengisian ustaz, ustaz membawa kisah nabi bersama2 sahabat yang menjadi bukti kasihnya seorang Rasul kepada anak-anak kecil, bagaimana baginda melayan mereka etc. Kisah2 ini menjadi contoh serta panduan sebagai iktibar dan amalan ibu bapa Muslim sekarang.

1. KISAH USAMA BIN ZAID BIN HARITHAH

Usamah bin Zaid merupakan tokoh Islam yang tidak asing lagi. Beliau merupakan panglima perang yang dikasihi Rasulullah sejak beliau masih bayi. Beliau menjadi panglima perang semasa usianya baru berumur 19 tahun dan kehebatannya tiada tandingan.

Rasulullah sangat bersuka cita dengan kelahiran Zaid dan ini tidak menghairankan para sahabat kerana mereka mengetahui kedudukan orang tuanya. Ibu bayi tersebut seorang wanita Habsyi yang diberkati, terkenal dengan panggilan “Ummu Aiman”. Sesungguhnya Ummu Aiman adalah bekas sahaya ibunda Rasulullah Aminah binti Wahab. Dialah yang mengasuh Rasulullah waktu kecil, selagi ibundanya masih hidup. Dia pulalah yang merawat sesudah ibunda wafat. Karena itu, dalam kehidupan Rasulullah, beliau hampir tidak mengenal ibunda yang mulia, selain Ummu Aiman

Rasulullah menyayangi Ummu Aiman sebagaimana layaknya sayang anak kepada ibu, Dan Bagindasering berucap, “Ummu Aiman adalah ibuku satu-satunya sesudah ibunda yang mulia wafat, dan satu-satunya keluargaku yang masih ada.” Itulah ibu bayi yang beruntung ini.
Adapun bapanya juga adalah kesayangan Rasulullah, Zaid bin Haritsah.
Rasulullah pernah mengangkat Zaid sebagai anak angkatnya sebelum ia memeluk Islam. Dia menjadi sahabat beliau dan tempat mempercayakan segala rahasia. Dia menjadi salah seorang anggota keluarga dalam rumah tangga beliau dan orang yang sangat dikasihi dalam Islam.
Usamah sebaya dengan cucu Rasulullah “Hasan bin Syaiduna Ali & Fatimah Az Zahra’.” Hasan berkulit putih, cantik bagaikan bunga yang mengagumkan. Dia sangat mirip dengan datuknya,iaitu Rasulullah SAW. Bagaimanapun, Usamah kulitnya hitam, hidung pesek, sangat mirip dengan ibunya wanita Habsyi. Namun begitu, kasih sayang Rasulullah kepada keduanya tiada berbeza. Beliau sering mengambil Usamah, lalu beliau letakkan di salah satu paha beliau. Kemudian beliau ambil pula Hassan, maka diletakkannya pula di paha yang satu lagi. Kemudian kedua anak itu dirangkulnya bersama-sama kedadanya, seraya berkata, “Wahai Allah! Saya menyayangi kedua anak ini, maka sayangi pulalah mereka.”
Begitu sayangnya Rasulullah kepada Usamah, pada suatu kali Usamah tersandung di bendul pintu, sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah menyuruh ‘Aisyah membersihkan darah di luka Usamah, tetapi ‘Aisyah tidak mampu melakukannnya. Kerana itu Baginda Rasullullah SAW sendiri mendapatkan Usamah, lalu beliau hisap darah yang keluar dari luka Usamah, kemudian beliau ludahkan. Sesudah itu beliau pujuk Usamah dengan kata-kata manis yang menyenangkan, sehingga Usamah merasa tenteram kembali.

 Sebagaimana Rasulullah menyayangi Usamah waktu kecil, begitu pula sayang beliau kepadanya tatkala dia sudah besar.


Sejak Usamah meningkat remaja, sudah kelihatan pada dirinya sifat dan pekerti yang mulia, yang memang menjadikannya kesayangan Rasulullah SAW. Dia cerdik dan pintar, keberanian luar biasa, bijaksana dan pandai meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tahu menjaga kehormatan, senantiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela, pengasih dan dikasihi orang, taqwa, wara’ dan mencintai Allah swt

Waktu terjadi Perang Uhud, Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah SAW beserta serombongan anak-anak sebayanya, putera-putera para Sahabat. Mereka ingin turut jihad fisabilillah. Sebahagian mereka diterima oleh Rasulullah dan sebahagian lagi ditolak oleh beliau, kerana usia mereka yang masih sangat muda. Usamah bin Zaid termasuk kelompok anak-anak yang ditolak. Kerana itu Usamah pulang sambil menangis. Dia sangat sedih tidak diperkenankan turut berperang di bawah pimpinan Rasulullah SAW.

Dalam Perang Khandaq, Usamah bin Zaid datang pula bersama kawan-kawannya anak-anak remaja putera para Sahabat. Usamah berdiri tegap di hadapan Rasulullah supaya kelihatan lebih tinggi, agar beliau memperkenankannya turut berperang. Rasulullah kasihan melihat Usamah yang keras hati ingin turut berperang. Kerana itu beliau mengizinkannya. Usamah pergi berperang menyandang pedang, jihad fi Sabilillah. Ketika itu dia baru berusia Lima Belas Tahun.  

 Ketika terjadi Perang Hunain, tentera muslimin terdesak sehingga barisan mereka menjadi kacau bilau. Tetapi Usamah bin Zaid tetap bertahan bersama-sama ‘Abbas, Sufyan bin Harits, dan enam orang lainnya dari para Sahabat yang mulia. Dengan jumlah kecil yang terdiri daripada orang-orang mu’min yang berani ini, Rasulullah SAW berhasil mengembalikan kekalahan para Sahabatnya menjadi kemenangan. Beliau berhasil menyelamatkan kaum muslimin yang lain dari kejahatan kaum musyrikin.

Dalam Perang Mu’tah, Usamah turut berperang di bawah pimpinan ayahnya, Zaid bin Haritsah. Umurnya ketika itu kira-kira Lapan Belas Tahun. Usamah menyaksikan dengan mata kepala, ayahnya tewas di medan tempur sebagai syuhada. Tetapi Usamah tidak takut dan tidak pula mundur. Bahkan dia terus bertempur dengan gigih di bawah pimpinan Ja’far bin Abi Thalib pula, sehingga Ja’far syahid pula di hadapan matanya. Usamah menyerbu di bawah pimpinan ‘Abdullah bin Rawahah, sampai pahlawan ini gugur pula menyusul kedua Sahabatnya yang telah syahid lebih dahulu. Kemudian pimpinan dipegang oleh Khalid bin Walid. Usamah bertempur di bawah Khalid. Dengan jumlah tentara yang tinggal sedikit, kaum muslimin akhirnya melepaskan diri dari cengkaman tentara Rome. Selesai peperangan, Usamah kembali ke Madinah dengan menyerahkan kematian ayahnya kepada Allah swt. Jasad ayahnya ditinggalkan di bumi Syam (Syria) dengan mengenang segala kebaikan al-marhum yang telah diperagakannya di hadapan anaknya, Usamah.


"Usamah adalah orang yang paling saya cintai, sebagaimana saya mencintai ayahnya,"kata Rasullulah. 


Begitu cintanya Rasullulah saw kepada ayah Usamah,samapi orang menyebutnya "Zaid bin Muhammad". Namun sebutan ini ditegur Allah melalui surah Al-Ahzab. Begitu bangganya Rasullulah saw kepada Usamah dalam usia 20 tahun pemuda itu telah diangkat sebagai Panglima Perang untuk memimpin 700 tentera islam menyerbu Syria.

Pada Tahun Kesebelas Hijrah , Rasulullah SAW menurunkan perintah supaya menyiapkan bala tentera untuk memerangi tentera Rome. Dalam pasukan itu terdapat antara lain Abu Bakar As-siddiq, Umar bin Al-Khatthab, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abu ‘Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain para Sahabat yang senior.



Rasulullah mengangkat Usamah bin Zaid yang muda remaja menjadi Panglima seluruh pasukan yang akan diberangkatkan. Ketika itu usia Usamah belum melebihi dua puluh tahun. Beliau mernerintahkan Usamah supaya berhenti di Balqa’ dan Qal’atut Daarum dekat Gazzah, termasuk wilayah kekuasaan Rome.


Usamah terus maju membawa pasukan tentara yang dipimpinnya. Segala perintah Rasulullah kepadanya dilaksanakan sebaik-baiknya. Tiba di Balqa’ dan Qal’atud Daarum, termasuk daerah Palestina, Usamah berhenti dan memerintahkan tentaranya berkemah. Kehebatan Rum dapat dihapuskannya dari hati kaum muslimin. Lalu, dibentangkannya jalan raya di hadapan mereka bagi penaklukan Syam (Syiria) dan Mesir. 

Usamah berjaya kembali dari medan perang dengan kemenangan gemilang. Mereka membawa harta rampasan yang banyak, melebihi perkiraan yang diduga orang. Sehingga, orang mengatakan, “Belum pernah terjadi suatu pasukan bertempur kembali dari medan tempur dengan selamat dan utuh dan berhasil membawa harta rampasan sebanyak yang dibawa pasukan Usamah bin Zaid.”

 





 




Dalam kisah ini, perkara utama yang Ustaz  tekankan adalah kasih sayang Rasul kepada anak kecil dan bagaimana Rasul tetap berlaku adil kepada semua tanpa mengira pangkat dan usia. Rasul  meletakkan seseorang itu pada tempat yang wajar (tidak zalim) sebagaimana pelantikan Usama sebagai jeneral perang dan menduduki tempat yang tinggi di atas kuda walaupun usianya belum mencecah 20 tahun.

Setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Jangan bandingkan anak2 kita dengan anak orang lain, mahupun membezakan di kalangan adik beradik. Jadi, sebagai ibu bapa, kita haruslah mengenali anak2 kita dan potensi mereka dan meletakkan anak2 kita di tempat yang sewajarnya mengikut kebolehan dan potensi mereka.


Di samping itu, Ustaz ada cerita juga tentang strategi barat untuk  menakut nakutkan Islam dengan nama2 panggilan yg baik ini. Seperti yg kita ketahui, nama Usama ini tidak asing lagi dalam sejarah Islam dan kita sedia maklum bahawa Rasul sangat mengasihinya. Beliau seorg yang hebat, bijak, keberanian yang luar biasa yang seharusnya menjadi contoh kepada kita semua namun disebabkan oleh agenda barat, mereka telah menyekat/ "banned" nama Usama sehinggakan tidak membenarkan sape2 yg bernama tersebut dari memasuki AS. Negara lain yg takut kepada "terrorist" Islam juga mengikut jejak langkah AS. Disebabkan sekatan dan penagkapan yg berlaku kpd mereka yg bernama "yg mencurigakan" ini, implikasinya sgt besar kerana sehingga mampu mempengaruhi  ibu bapa Muslim di zaman sekarang untuk tidak lagi meletakkan nama anak mereka dengan nama Usama...sama juga kesnye dengan nama Muhammad...kerana takut dikecam barat...kita lebih gerun dengan kuasa barat yang kononnya hebat dr takut dan harap kepada kuasa Allah...

Nama-nama yang mulia dr kaca mata Islam namun nama-nama tersebut juga dianggap pemberontak di mata barat.

Kita memilih untuk melihat dari kaca mata siapa??
 
 

2. DOA RASUL BUAT  ANAS BIN MALIK

Anas bin Malik bin Nadhr Al -Anshari adalah seorang sahabat nabi yang memilliki harta yang banyak dan umur yang panjang. Ketika Rasulullah SAW berhijrah, Anas masih kecil berusia 10 tahun. Sejak kecil dia menjadi pelayan Rasulullah.

Anas bin Malik R.A bercerita;

Dahulu ibuku membawaku menghadap Rasulullah lalu berkata Ummu Anas " Wahai Rasulullah, ini si kecil Anas, aku bawa ia kepadamu agar berkhidmat untumu. Doakanlah untuknya wahai Rasulullah"

Doa khusus Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam kepada Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu  :

Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu,  warghfirlahu.

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.
 
 
Abul 'Aliyah Ar- Rayahi (tabi'in) berkata
 
 "Anas bin Malik memilik sebuah kebun kurma yang selalu berbuah dua kali setahun"





Ustaz menyarankan kita membaca doa ini selepas solat sunat dhuha. (untuk memohon keberkatan dalam kehidupan berkeluarga kita dan agar sumber keberkatan kita hanyalah dr Allah swt )....

 
"Ya Allah perbanyakkanlah hartaku dan anak2ku, dan luaskanlah untukku rumahku, dan berkatilah apa yang Engkau kurniakan untukku, dan perbaikilah amalanku, serta ampunilah daku"

Mengikut catatan (ceramah), Anas memang kaya, mempunyai ramai anak ( 120 orang ), umur ketika wafat 104 tahun dan meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW


3. NASIHAT LUQMAN AL HAKIM BUAT ANAKNYA, MENJADI WASIAT BUAT IBU BAPA

Sepertimana tajuk seminar ini "Raising Young Caliphs", kita semua ingin mendidik anak2 kita agar mereka menjadi khalifah... insan yang berjasa dan berguna...kerana kita sedar merekalah asset kita, harta paling berharga.

Bagi mencapai Khilafah Islamiah, ianya terhasil dengan adanya generasi Rabbani. Mendidik generasi kenal Tuhan ini seharusnya bermula dari individu, keluarga dan seterusnya menyebar luas ke dalam masyarakat. Hasil daripada masyarakat praktis islam terbinalah negara islam. Untuk mencapai semua itu,kita perlu bermula dari bawah.

Oleh yang demikian, peranan individu yang faham islam sangat penting dalam pembentukan keluarga islam. Didikan ibu bapa sangat berpengaruh dalam penbentukan dan tingkah-laku anak-anak. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya samada corak itu cantik sedap dipandang atau sebaliknya.
 
Tujuan pendidikan untuk melahirkan manusia yang baik iaitu manusia yang baik akhlaknya. Salah satu cara mendidik anak yang boleh dicontohi ialah seperti yang diturunkan Allah dalam Surah Luqman ayat 13-19 iaitu mengenai nasihat Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya.
 
Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam.  

 "Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya,cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau Tharan"

Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.

13. “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku! Janganlah engkau sekutukan Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.”

Teknik berdakwah dengan anak:
 
Ustaz Zahazan menekankan penggunaan bahasa dan gelaran memanggil anak dengan lembut  sebagai satu perkara penting dalam menarik perhatian anak tersebut.
 
Sebagai permulaan , perhatikan dalam kalimat-kalimat  tersebut, Luqman menggunakan sebuah cara menasihati dengan kata panggilan yg lembut “.. ya Bunayya.. wahai Anakku..”, kata yang dipakai pertama kali untuk manarik perhatian, dan supaya si anak mendengarkan apa yg akan diungkapkan oleh si ayah, untuk kemudian supaya ia camkan dan laksanakan. Perhatikan juga bahwa Luqman ketika melarang, ia memberikan alasan larangan tersebut. Nasehat yang pertama ini, ia memberikan dengan larangan juga alasan. Larangan untuk berbuat syirik, dengan alasan bahwa syirik itu adalah sebuah kedholiman yang agung. Inilah hakekat dakwah Nabi Muhammad r kepada kaumnya.
 
Luqman Al-Hakim memulakan menasihati anaknya supaya jangan menyukutukan Allah dan jauhi syirik

Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa?  

 Kerana zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sama seperti syirik iaitu tidak meletakkan Allah di tempat sepatutnya . Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!


Perbuatan syirik itu dosa yang tidak dapat diampun seperti yang di tegaskan dalam firman Allah ayat 48, surah al-Nissa' :

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan dia mengampuni segala dosa yang selain daripada itu…”
14. “Dan Kami telah perintahkan manusia supaya berbakti kepada dua orang tuanya. Dia telah dikandung ibunya yang mengalami kelemahan demi kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa engkau dan kepada-Ku tempat kembali"
15. “Dan jika mereka berdua mendesak engkau supaya mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui, maka janganlah engkau ta’atkan kedua-duanya dan sahabatilah kedua mereka dengan baik di dunia ini, dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku, kemudian kepada-Kulah tempat kembali kamu dan Aku akan memberitahu kepada kamu segala perbuatan yang telah dilakukan kamu.”
Luqman al-Hakim juga menyarankan supaya berbuat baik kepada ibu bapa selagi mereka mengikut syariat Islam. Hal ini kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berkorban dalam hidup kita terutamanya ibu yang sanggup mengandung selama 9  bulan dibawa ke sana kemari dan menyusukan kita untuk terus hidup.  Jasa pengorbanan Ibu bapa tidak dapat diganti dengan lainnya.
selain itu, ayat ke 14 mengajar erti syukur. Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti: Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya, menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepadaNya yang Maha Esa.
Di ayat 14 dan 15 ini, Luqman juga mengatakan Allah adalah tempat kembali. Ayat ini menunjukkan bahawa walaupun ibu bapa harus ditaati tetapi yang lebih utama adalah Allah. Bersyukur kepada Allah kerana Allah pemberi segala nikmat. Apa sekalipun, kembalilah kpd Allah swt.

Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.
                        Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmat kepada mereka.
16. “Wahai anakku! Sesungguhnya jika sesuatu amalan itu hanya seberat biji sawi dan sekalipun ia tersembunyi dalam batu atau berada di laut atau di bumi nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Pakar.”
Di ayat ini, Luqman Al-hakim menasihati agar berhati-hati dengan tindak tanduk samada yang zahir atau tersenbunyi. Hal ini kerana walau sebiji sawi kebaikan atau kejahatan yang dilakukan pasti Allah akan membalasnya. Niat untuk membuat sesuatu perlu sentiasa diperbaharui, sesungguhnya hati manusia sentiasa berbolak balik.

17. “Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan dan larangkan mereka berbuat kemungkaran dan sabarlah di atas kesusahan yang menimpa engkau. Sesungguhnya yang sedemikian itu termasuk perkara yang penting.”


Ayat ini dimulakan dengan dirikan solat kerana solat adalah tiang agama dan boleh mencegah perkara mungkar. Seperti yang diterangkan dalam surah al-Ankabut ayat 45:


“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah s.w.t. (solat) adalah lebih besar (keutaannya dari ibadat-ibadat yang lain).”

 Sebelum menyaran orang lain berbuat baik dan meninggalkan yang mungkar, akhlak kita perlu dididik dengan solat terlebih dahulu. Sebelum turun dakwah kepada orang lain asas agama perlu diperkukuh dalam diri dahulu. Agak sukar untuk meneruskan sunah Rasulullah yang terbesar iaitu dakwah jika tiang agama dalam diri tidak kukuh.
 Tambahan lagi, Luqman al-Hakim turut perpesan tentang kesabaran. Dalam mengerjakan amar maaruf nahi mungkar yang pasti banyak ujiannya. Dengan itu Luqman menyaran agar bersabar dalam mengharung kesusahan dan kepayahan dijalan ini dan melakukannya dengan penuh keazaman.


18. “Dan janganlah engkau memalingkan wajah engkau dari manusia (kerana takbur) dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan lagak yang angkuh. Sesungguhnya Allah tidak sukakan sekalian orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”

19. “Dan sederhanakanlah dalam gaya perjalananmu dan rendahkan suaramu. Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.”

Di akhirnya, pelakuan sombong, takbur dan bangga diri adalah sifat yang Allah tidak suka. Kita juga disarankan berjalan dengan sederhana dan merendahkan suara. Ayat ini berkait dengan ayat sebelumnya iaitu tatacara dalam berdakwah iaitu adab dalam berdakwah. Sifat membandingkan diri dan memandang rendah orang lain akan menimbul sifat takbur dan bangga diri. Kita juga tidak tahu amalan yang mana akan diterima Allah. Berhati-hati dalam tingkah laku, takut-takut kita tergelincir di jalan yang pasti beronak duri ini. Berkejar-kejarlah dalam membuat kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain tanpa sifat sombong diri. Dalam menyebarkan keindahan islam pada orang lain, bertindaklah secara berhikmah supaya islam mudah diterima.

Jika dilihat dari ayat 13 – 19 ini, Luqman al-Hakim memulakan wasiat ini dengan hubungan dengan Allah, seterusnya hubungan dengan ibu bapa dan akhir sekali hubungan dengan orang lain. Ini menujukkan hubungan dengan Allah perlu dijaga terlebih dahulu. Seterusnya menjaga hubungan dengan ibu bapa dah barulah dengan orang lain. Aliran ayat ini sangat cantik dan boleh dicontohi ketika membentuk objektif program.
 
Nasihat-nasihat ini harus disampaikan kepada anak-anak agar menjadi pegangan. Kita yang sememangnya seorang anak harus mengikuti nasihat ini. Kebiasaannya, ibu bapa akan bermula didikan ini sejak kecil dan cara terbaik adalah menunjukkan tauladan. Anak-anak akan lebih terpegaruh untuk membuat sesuatu apabila ibu bapa sendiri buat apa yang diperkatakan.
Jika melihat situasi masyarakat sekarang, pelbagai masalah sosial dihadapi. Ini jelas menunjukkan generasi Rabbani perlu dibentuk. Dan ia bermula dari keluarga. Oleh yang demikian, institusi kekelurgaan perlu berdiri teguh dengan ajaran Islam, mengtauhidkan Allah dgn berlandaskan Al Quran dan hadis.
 
 
4. RESIPI KEJAYAAN MENDIDIK ANAK

(A) Membina hubungan utuh dengan Allah
(B) Meluangkan masa berkualiti dengan anak
(C) Didiklah anak dengan solat
(D) Didiklah ikut cara Rasulullah
 
(A) MEMBINA HUBUNGAN YG UTUH DENGAN ALLAH
 
 Kita haruslah cuba membina jambatan atau laluan bagi merapatkan diri kita dengan Allah swt
 
TUJUH LALUAN MENUJU ILAHI
 
1. TAHAJJUD
 
Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis
 
“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)
 
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!
 
2. MELAZIMI MEMBACA AL QURAN DAN BERZIKIR
 
Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim.
 
Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya?Ya. Ia merupakan pengerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran.
 
Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :
 
“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82)
 
Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bin Affan RA : “ Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran).”
 
3. MEMELIHARA KESEMPURNAAN SOLAT 
 
Ia merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya.
 
Solat menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan.
 
Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya. Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya.
 
Solat menjadi kecintaan dan kerinduannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat.
 
sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda: 
“ Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat. ( HR Nasai)
 
4. MENJAGA SOLAT DHUHA
 
kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Rasulullah SAW bersabda :
 
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.”
( Riwayat Abu Dzar RA)
 
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunnat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau termiss atau tertinggal walaupun sehari.
 
5. BERSEDEKAH
Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang.
 
Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan.
 
Allah SWT berfirman :
“ Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah 2 : 261)
 
6. MEMELIHARA WUDHU
 
Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’.
Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya : “ Bahawa Rasulullah SAW bersabda :” Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”
Saidina Umar Al-Khattab RA : “ Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”
 
7. BERISTIGHFAR
 
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
 
Apa itu istighfar? Maknanya : Proposal atau “ Permohonan Ampunan kepada Allah SWT.”
 
Istighfar ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
 
“ Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Muzamil  73 : 20)
 
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda :
 
“ Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.”
( HR Muslim dan Abu Daud)
 
8. (TAMBAHAN) PERBAHARUI AZAM UNTUK BERKHIDMAT KRN ALLAH
 
Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT
 
Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur.
 
Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.
 
9. (TAMBAHAN) CERIA, BERMANIS MUKA DAN BERFIKIRAN POSITIF
 
Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah seorang mukmin sejati.
 
Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya :
 
“ Senyum itu adalah sedekah.”
 
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.
Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya.
 
Imam Al-Banna berkata :
 
 “ Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”
 
10. (TAMBAHAN) IKHLAS
 
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.
 
Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :
 
“ Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.”
( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
 
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas :
 
 “ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
 .
 
(B) MELUANGKAN MASA BERKUALITI DENGAN ANAK-ANAK
 
Nabi dan Umar dulu pon selalu main2 dan peluk cium anak. Jadi seharusnya kita melakukan perkara yang sama dan banyak meluangkan masa bersama2 anak.
 
(C) DIDIKLAH ANAK DENGAN SOLAT
 
Beri pendedahan awal kepada anak2 tentang solat dan kepentingannya seperti membawa anak ke surau/ masjid, ajar anak solat musafir contoh bila berhenti kat R&R, ajak gi surau sama2 dan terangkan macam mana solat musafir dilakukan etc.
 
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Taha: 132)
 
Rotanlah anak sekiranya mereka tidak solat. Sesungguhnya solat itu adalah perkara yang sangat besar sebagai Muslim sehinggakan Allah memberikan perintah solat itu direct kepada RAsul dan bukannya melalui pengantara malaikat.
 
Tatacara merotan
1. Jangan depan org ramai
2. Rotan dari paras lutut ke bawah
3. Jangan gunakan tangan atau anggato tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh dikawal.
4. Rotan anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang bahagian otak...
5. memberitahu anak bahawa dia dipukul kerana tidak solat dan mengingkari suruhan Allah dan bukannya kerana ibu/ ayah tak sayang...
 
(D) DIDIKLAH IKUT CARA RASUL
 
7 tahun pertama - dengan kasih saying
7 tahun kedua - disiplin
7  tahun berikutnya - berkawan
7 tahun seterusnya - anggaplah mereka sudah dewasa
 
Ustaz bersemangat memberi pengisian
Ustaz menekan agar kita mendekatkan anak2 dengan Al Quran dan sunnah2 nabi.
sambil2 tu, Ustaz sempat mempromosikan buku "Kenali Rasul Kita Muhammad" masa Q&A

TAMBAHAN....
 
 LANDASAN DALAM MENDIDIK ANAK MELALUI AL QURAN & HADIS
 
 
At Tahrim: 6
 
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (Q.S. At Tahrim: 6)
 
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
 
Ibnu Mas’ud رضي الله عنه pernah berkata, “Jika ada ayat yang dimulai dari yaaayyuhalladzinaamanu, maka dengarkanlah, karena setelah itu akan datang perintah atau larangan.” Pada At Tahrim ini adalah yang termasuk perintah. Perintah agar kita menjaga diri kita dan keluarga kita dari api neraka.
 
 
Thaha: 132
 
 وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى (Q.S. Thaha: 132)
 
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”
 
Hadits tentang setiap kita adalah pemimpin yang akan mempertanggungjawabkan kepemimpinan kita.
 
Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda, “Setiap kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang Amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang rakyatnya. Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya dirumahnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang hal mereka itu. Seorang hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan semua akan diminta pertanggungjawaban tentang kepemimpinannya.” (HR. Bukhari & Muslim)
 
Hadits tentang amanah kepemimpinan.
 
“Barangsiapa diberi amanah oleh Alloh untuk memimpin lalu ia mati, (sedangkan pada) hari kematiannya dalam keadaan mengkhianati amanah itu, niscaya Alloh mengharamkan surga baginya.” (HR. Bukhari)

Hadits tentang tiga amalan yang pahalanya tidak terputus.

Dari abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Apabila manusia mati, maka akan terputus amalnya, kecuali dalam tiga perkara: shodaqoh yang terus mengalir, ilmu yang bermanfaat (ilmu yang ditinggalkan), dan anak sholih yang mendoakan orang tua yang telah meninggal dunia. (HR. Muslim).
Anak yang sholih erat kaitannya dengan pendidikan. Anak yang sholih akan didapat dengan pendidikan yang tepat. Hadits ini berisi sebuah motivasi bagi orang tua untuk memperoleh pahala yang tidak terputus (merupakan investasi) dengan sebab anak sholih hasil pendidikannya.
 
Hadits tentang anak perempuan atau saudara perempuan yang dapat mengantar menuju Surga.
 
Dari Abu Said Al Khudry رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Barangsiapa mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga orang saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.” (HR. Ahmad, hasan)


Just nak highlightkan dalam perbincangan kita, dalam nasihat Luqman Al Hakim, pesanan tips resipi kejayaan mendidik anak oleh ustaz zahazan, dan forum bual bicara Ustazah Norhafizah Musa ketika majlis penutup program Isra' Mi'raj yg berlangsung di Masjid BTHO baru2 ini...

SEMUANYA MENEKANKAN SOAL SOLAT....BAWALAH ISLAM MASUK KE DALAM RUMAHMU.....JADIKANLAH SOLAT SEBAGAI TUNGGAK UTAMA DALAM MENDIDIK ANAK DAN SOLAT JUGA MENJADI KUNCI KEBAHAGIAAN DALAM SESEBUAH KELUARGA ISLAM BAGI MENCAPAI SAKINAH, MAWADDAH, RAHMAT.

Nanti saya akan share pengisian bual bicara tersebut di lain masa....


SAMBUNGAN NOTA:
 

Raising Young Caliphs: Part 1


THE SEMINAR
BY ME
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya memberi rahmat dan kenikmatan kepada kita sehari harian. Saya juga sangat bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk menghadiri seminar keibubapaan bertajuk :

"Raising Young Caliphs"
Petunjuk Islam dalam mendidik Kanak-kanak di awal usia
yang dianjurkan oleh
The Little Caliphs Program
berlangsung pada
Sabtu, 24 May 2014
MAEPS, MARDI Serdang.

Pada mulanya, masa peringkat awal promosi, saya memanglah bersemangat nak pergi, target nak harga pasangan (couple price sbb murah sket) jadi punye lah promote kat kawan2 tp tadde kawan yang respon. Hampalah saya sebab tadde gang. Pastu, last2 minute, kakak saya ajak saya pergi. Kakak  decided tak nak jadi volunteer utk seminar tu (kakak saya memiliki satu tadika LC gak).....yippee...ada kawan...
so kiranye ni program keibupaan kedua yang pernah saya hadiri....



Antara tarikan utama ialah para panelis yang terkenal lagi hebat.

Berikut tentatif program:







Keseluruhannya, seminar yang sangat menarik (saya tak pernah pergi parenting seminar lain jadi tak boleh nak buat perbandingan khusus..) jd yg penting dapat ilmu yang sangat bermanfaat. Banyak booth/ gerai jualan yang menarik perhatian saya sehinggakan saya borong banyak buku...melepaskan tensen konon...yelah org kata shopping boleh meregangkan stress jadi dr shopping benda merapu2 tak perlu, baik beli buku2 ilmu.



ni goodie bag yg dpt masa seminar tu: beg, buku program, pen,
buku nota kosong, majalah percuma (ada 2), adapun air mineral
dan cupcake dah habis dimakan.

ni tiket seminar


ni plak antara buku2 yg saya beli di booth2 yg ada di seminar ni. insyaAllah jika saya berkesempatan, di lain masa, saya akan buat ulasan (review) buku2 tersebut...











Tak nak cerita panjang, sebab tujuan utama yg sangat penting ialah untuk saya berkongsi ilmu yg diperolehi dari menghadiri seminar ini.

DISCLAIMER: pengisian2 yang dikongsi ini adalah hasil olahan/ tambahan (elaboration) saya dari nota ringkas yg saya sempat catat dari pembentangan para penyampai  dan mungkin tidak memberi gambaran refleksi sepenuhnya apa yg benar2 disampaikan. Mungkin juga ada info yang tertinggal sbb tak sempat salin etc terutamanya pengisian Ustaz Zahazan sbb suara ustaz yang "base" itu menyukarkan saya untuk menyerap lebih banyak info...saya ada masalah pendengaran sket mendengar suara "base". Harap maklum

Sila lah baca pengisian seterusnya...


Sebagai penutup,

JOM LAYAN MEDIA........



 







Saturday, 10 May 2014

Mendidik generasi Z dan Alpha: Part 3: Dimensi pendidikan anak2 melalui kaca mata Islam

sambungan dari
Part 1: Muqaddimah
Part 2: Mengenali Generasi 

11. Gifts for your children

One wise man had said :
There are two gifts to give to  your children
Roots of responsibility
and
wings of independence
 
 
Pohon yang mempunyai akar yang kuat akan tetap berdiri tegak walaupun ditiup angin kencang mahupun dilanda banjir. Jika kemarau, akar yang panjang mampu merentas ke dasar tanah mencari air. AKAR ITU ADALAH IMAN......CINTA KPD ALLAH
 
Sayap itu pula rasa harap dan takut.....
 
IMAN adalah perkara yang sangat PENTING dan BESAR
dan ia akan terbang bersama2 TAKUT dan HARAP
 
 
12. Didikan agama bermula di rumah
 
Bagaimana kita ingin mendidik anak jikalau kita tidak mentarbiyahkan diri kita sendiri terdahulu? Qudwah hasanah menjadi petunjuk utama buat anak2 kita
 
"Do something that will make your children proud of you
only then
they will be proud, make you proud and respect you."

"BAWALAH ISLAM MASUK KE DALAM RUMAHMU"
 
Pendidikan anak2 dalam ISLAM perlu merangkumi LIMA aspek ini
1. Aqidah (kepercayaan)
2. Akhlakiah (tingkah laku)
3. Aqliah (akal pemikiran)
4. Insaniyyah (kemanusiaan)
5. Jasmaniyyah (fizikal)
 
Dengan mengenali anak2 kita berada dalam generasi mana, diharap ia dapat memberi panduan kepada kita bagaimana kita boleh mendidik mereka...seperti gen alpha yg terdedah kepada hedonism.. bagaimana kita akan pandu mereka ke arah yang betul, mengelakkan mereka dr terjebak dengan budaya kurang sihat ini.
 
Prof Har kata;
"Anak2 by default akan mula berckp bohong/ menipu di lingkungan usia 8-10 tahun.
Di Dalam Islam, bercakap bohong adalah pelanggaran integriti pertama (1st breech of intergrity) yang boleh menjurus anak2 kepada episod pembohongan lagi
lagi dan lagi
sekali berbohong, dia akan berbohong lagi
lalu seterusnya menjadi pintu utama kepada pelanggaran integriti yang lain"
 
Jadi, kita mesti bersedia dan menjadi orang paling rapat dengan anak agar kitalah menjadi tempat rujukan mereka tak kira dalam apa jua situasi.


Kita kena tahu keutamaan kita


 
Serba sedikit tentang pendidikan seksualiti yg menjadi isu hangat pada awal tahun ini dek kerena soalan saringan kesihatan yang tersampai ke tangan ibu bapa.
Masing2 takut dengan "pendidikan seksualiti" tapi tidak pula takut dan gusar bila anak remaja mula terjebak dengan hal ini
 
Pendidikan seks anak2 adalah satu perkara yang penting dan anak2 perlu diberi didikan yang sihat tentang hal ini. Dengan adanya pendidikan yang berpandu ini, anak2 akan lebih memahami tuntutan2 ISlam dalam memelihara hubungan berlainan jantina/ bukan mahram, batasan aurat justeru menghindarkan diri dari terjebak ke lembah maksiat.
 
 
Dimensi Pendidikan seksualiti
1. Biologi
2. Emosi
3. Sosial
4. Spiritual/ kerohanian
5. Otak/ minda

NI ada satu link : Menjelaskan kepada anak tentang proses kejadian manusia (ni pon satu cabang pendidikn seksual)

Pendidikan seksual untuk anak2 prof tak sempat nak cover. Prof kata pengisian lain kali lak....

13. Kesimpulan

Keluarga adalah merupakan satu komponen yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang Islamik. Hanya individu yang Islamik akan mewujudkan baitul muslim Islamik/ keluarga Islamik...seterusnya mewujudkan masyarakat Islamik dan daulah Islamik.

Jadi bagi yang belum dan ingin berumahtangga, bersiap siaga kan diri dan melengkapkan diri dengan ilmu2 agama serta kekeluargaan dalam Islam.

Nak ada anak pon kena siap2kan emosi.. bukan senang.. tuh amanah....








 
 

Mendidik generasi Z dan Alpha: Part 2: Mengenali generasi

sambungan dari Part 1: Muqaddimah 

7. Apa itu Gen X, Gen Y, Gen Z dan Gen Alpha?

 


 
 


GEN ALPHA : 2010 sehingga sekarang....

 
8. Gen Z dan trademarks nyer

mobile & laptop generations
yang mana hanya 3% sahaja yang menonton TV sahaja...
hidup dengan teknoloogi ini
email is too slow
79% shows signs of distress when unable to access social networking devices
 
8 importants education trends in Gen Z
1. interactive devices
2. more homeschooling
3. collaborative online program
4. focus on visual learning
5. treating learning as a game
6.critical thinking and problem solving rather than information memorisation
7.return to occupation-based rather than college degree
8.learning in smaller bites
 
 







 
9. Gen Alpha dan trademarks nyer
 
ipad generations
Psychologist said that ADHD among the Gen Alpha group are more active and agitated easily because they cannot "swipe" away their teachers when they become bored
MOST MATERILLY-SUPPLIED GENERATION EVER (so far) thus wanting everything instantly, there & then.
hidup dalam budaya hedonism (suka kepada hiburan) dan inilah  yg kita sebagai ibu bapa perlu tangani dan tackle dari awal.... 
 
 




10. Gen Y parents
 
all rounded
multitasking
spend a lot of time online
spouse + child as "add-on" list
the younger the parents. the more difficult for them to quit job and be a stat-at-home-parent
Gen Y fathers are more committed in parenting
because.....
Gen Y fathers like freelancing work
a..k.a. GENERATION HOUSEHUSBAND
Gen Y mothers work around the clock
They regard as SUPERWOMAN, SUPERMOM, SUPERWIFE

Prof Dr Harlina mengetengahkan isu "civilisation distance" dalam hal ni.
(Gen Y parents spend a lot of time online)
 
Apa itu "civilisation distance" ?
Ia adalah jarak pertama yang dilihat oleh bayi iaitu jarak antara mata ibu dengan anak.
Saat menyusu/ breastfeeding adalah saat yang penting bagi pembesaran bayi kerana ketika itu matanya bertentang dengan mata ibu pada jarak yg dekat. Ia mengajar koordinasi dan fokus mata.
Dr Har bg contoh, apabila si ibu sibuk bermain smartphone ketika breastfeeding anak, ia akan mengganggu civilisation distance dan oleh yg demikian membantutkan perkembangan anak kecil tersebut.

 
 



 
 
 


Mendidik generasi Z dan Alpha: Part 1: Muqaddimah

Pada 12April yang lepas, saya telah menghadiri satu program :
"SEMBANG PETANG"
yang dianjurkan oleh Wanita IKRAM Bdr Tun Razak bertajuk
"Mendidik Generasi Z dan Alpha"
yang disampaikan oleh
Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.


Malas nak cerita panjang, tetapi secara keseluruhannya, sangat menarik. Ini adalah program parenting pertama yang pernah saya hadiri. Antara tarikan utama ialah anjuran bersama sekolah anak saya, sbb disampaikan oleh Dr Harlina dan venue dekat ngan rumah.
 
sebelum2 ni saya tak berapa nak pergi parenting course sbb saya takut tak terbuat seperti yang telah dipelajarinya (Ada ke patut alasan gitu???)...
 
anyway, sbbkan tahun ni saya sedikit stress sebab lps balik dr haji haritu, macam2 perubahan berlaku dalam keluarga....
 
Bilangan ahli keluarga bertambah slps lahirnya anak ketiga saya yg comel lote tu...
 
anak teruna masuk darjah satu, anak dara start tadika
pening pala nak sort out kerja2 urusan sekolah anak...pagi2 drama nak kejut bangun pi sekolah...malam2 kemas beg2 dorg... jumpalah segala mcm dlm beg sekolah termasuk lah kuih muih yg dah penyet menyet dlm beg....sluar terkucil disumbat dalam beg (tepuk dahi)...pastu kena sama2 buat homework anak.....smpai satu hari dia guling2 menangis sbb saya tak dpt nak tolong homework arab dia....mana tak nye, dah mak die tak belajar bahasa arab...akhirnya saya menggunakan teknologi moden Whatsapp  utk menghantar gambar homework anak saya kat kawan2 saya untuk memohon pertolongan. muahahaha.....
 
pastu, balik dr haji tu, saya kembali bekerja di tmpt baru, dpt lak kena jaga Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah....
 
maka sebagaimana tnggungjwab bertmbah,
begitu juga ulser2 (mata ikan) tumbuh mcm cendawan dalam mulut saya ni silih berganti....
 
boleh lah baca kisah saya dgn lanjut kat page ni : Bila anak masuk darjah satu
 
jadinya, dengan harapan pergi program2 mcm ni dptlah saya release tensen sket sbb buat aktiviti di luar rutin harian saya di samping memberi masa untuk saya bersendiri dan beristirehat sambil menuntut ilmu.
 
so kat sini saya nak berkongsi sedikit ilmu yg saya dapat dr program tersebut.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Anak2 memerlukan kedua ibubapanya dalam proses pembesaran dan pendidikan. Yang pastinya ibu mempunyai peranan yang berbeza dengan ayah.

anak2 belajar sosial dengan ayah,
belajar emosi dengan ibu.

anak2 yang kekurangan perhatian dari salah seorang ibubapanya menjadikan anak ini membesar dalam keadaan yang tidak lengkap.

ini bukan kali pertama saya dengar psal hal ni. masa student dulu, time belajar psychiatry, saya ada terbaca tentang anak2 yang membesar tanpa ayah mereka. dan antara kesannya adalah anak kurang yakin dengan diri sendiri dan kurang bersosialisasi dengan masyarakat luar. Sbb tu penting masa clerking pesakit, kita harus tahu latar belakang kelurganya. Mungkin ini menjadi penyebab utama masalah psikiatri tersebut seperti kemurungan dan antisosial. Walau bagaimanapun, ini hanyalah fakta secara umum.. namun ada juga anak2 yang Berjaya walaupun dibesarkan dengan seorang ibu/ ayah sahaja (single parents). Ia mungkin turut dipengaruhi oleh keterlibatan seorang single parent itu dalam memberi dan menunjukkan kasih sayangnya kpd anak2nya.

Anak2 perempuan perlu rapat dengan ayahnya agar dapat membentuk peribadi  yang sempurna. Jangan lupa....kebanyakkan wanita yang Berjaya disebabkan di sebalik itu mereka rapat dengan ayah mereka. Ayah berperanan memberi perlindungan dan  keselamatan. Anak2 yang membesar dengan kehadiran ayah mereka, akan membesar dengan yakin kerana mereka merasakan selamat dan tenteram di bawah jagaan ayah mereka.


 2.Dalam keluarga, melibatkan SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAH seperti yang disebutkan dalam Al-Quran (AR-RUM: 21)

Sakinah = tenteram
inilah tujuan perkahwinan...membawa ketenteraman dalam hati...tgk muka pasangan, sejukkkk hati...terus hilang nak marah...mcm tu lah...hati remaja muda yang tgh tinggi dan bergolak bergelodak tu akhirnya dpt tenteram melalui pernikahan.
 
mawaddah = kasih sayang
jd ms awal2 kawin tu, penuh lah kasih sayang...darling..darling...ms ni kasih sayang memuncak.
 
rahmah = belas kasihan
bila dah lama mendirikan rumahtangga, kasih sayang dah mulai plateau ..... tp kita masih bersama sbb adanya perasaan rahmah itu...bukanlah kata tadde kasih sayang langsung...tp bila dah sampai kemuncak masa awal2 perkahwinan, mmg secara semulajadinya akan plateau. pakcik makcik kita tgk ke anak cucu..kekal hubungan mereka kerana adanya belas kasihan....ms tu tak pikir nak syok2 dah...nak hidup smpai mati bersama..jumpa kat syurga nanti...insyaAllah. ameen...
 

3. MONEY IS NOT EVERYTHING.....BUT EVERYHTING NEEDS MONEY

jd kenalah balance kehidupan kerja dengan keluarga. jgnlah sampai kelurga terabai.
 

4. Merancang keluarga menjadikan kita ibu bapa yang bertanggungjawab

Menurut Al Quran, seorang wanita/ ibu itu haruslah menyusui anaknya dengan susu ibunya selama 2 tahun. Itulah hak anak2 terhadap ibunya..utk mendapat susu ibu...jd perlulah merancang keluarga agar setiap anak itu  mendapat haknya secara saksama.

kita tak boleh samakan kita dengan mak2 kita dahulu. Sbb masa mak2 kita dahulu, beranak pinak ramai sbb mereka tidak bekerja, full time di rumah. Mereka mempunyai ms sepenuhnya untuk mendidik anak2 mereka. Berbanding dgn kita sekarang, kedua ibu bapa sibuk bekerja. Masa berkualiti bersama anak jauh lebih kurang. Mmg tak nafikan bagus ada anak ramai, tapi jgn sampai hak mereka itu terabai dan kelak kita akan menanggung dosa. INGAT...ANAK ITU ADALAH AMANAH.

5. Tidak dinafikan kita mmg terbeban dengan anak, NAMUN....jangan sesekali kita RASA TERBEBAN

Tanggungjawab ibu bapa : AL BAQARAH: 233



6. Terdapat satu kajian yang dilakukan di US tentang gaji asas seorang suri rumahtangga.. dianggarkan gaji asas (basic salary) US$100,000.... tak termasuk elaun ye....

http://www.freerepublic.com/focus/fr/1626069/posts



http://www.salary.com/mom-paycheck/

Salary.com's 14th Annual Mom Salary Survey