Sunday, 15 June 2014

Raising Young Caliphs: Part 7

bersambung dari Raising Young Caliphs: Part 6


NOTA TAMBAHAN
RAISING YOUNG KHALIFAH
 
MENDIDIK KHALIFAH SEPERTI
SULTAN MUHAMMAD AL FATIH

Yang ni saya ambil dari website di bawah sebagai nota tambahan berkenaan keperibadian Sultan Muhammad Al Fatih yg diceritakan dalam PART 5. Ia merupakan nota dari Seminar Keibubapaan "Raising Young Khalifah" pada tahun 2012 anjuran Young Khalifah








http://yanisoleh.blogspot.com/2012/11/raising-young-khalifah-part-1.html


Seminar bermula dengan sketsa seorang anak yang meraung kepanasan dek kerana panas menahan seksa di alam barzakh. Ayat yang paling saya sedih sekali bila si anak mengatakan "Aku solat ibu, aku zakat ibu, aku kaya ibu, harta aku banyak ibu, tapi semuanya ku lakukan bukan kerana Allah ...panas ibu, panas ibu.. ini semua salah IBU, ibu yang mengajar aku sebegitu" ... Ya Allah. Dan satu lagi soalan yang pada saya satu tamparan hebat "Apa yang ibubapa harapkan daripada seorang anak?" Rata-rata ibu bapa mengharapkan suatu hari nanti anak-anak akan berbakti kepada mereka. Lantas terus melupakan niat sebenar iaitu Lillahi Taala .. Semata-mata kerana Allah SWT.  Berikut adalah rumusan yang sempat saya tulis untuk dikongsi bersama, moga Allah SWT bantu kita dalam mendidik anak-anak kita menjadi khalifah yang diredhaiNya .. insyaAllah.

Penceramah 1 : Ustaz Syaari Ab Rahman
( penulis buku "Kuasa Kepimpinan Al FAteh")



 


 
10 tips mendidik khalifah seperti Sultan Muhammad Al-Fateh
- 8 tahun sudah mula membaca Al-Quran
- ibunya bernama Huma Hatun dan ayahnya bernama Sultan Murad

1) Jaga keturunan 
- Apa yang kita beri akan turun pada anak-anak kita. 
- Oleh itu wariskan pekara-perkara yang baik kepada anak
- Apabila keturunan dari kalangan orang2 yang berjihad, secara tidak langsung akan mengalir semangat juang dalam diri anak-anak
- Ceritakan, gambarkan, terangkan perjuangan keturunan pada anak-anak. 
- Perjuangan menegak syiar Islam

2) Besarkan anak dengan wawasan
- Didik anak dengan keberanian
- Biarkan jika anak kita aktif ke sana ke mari .. let them make mistake, kita pantau mereka
- Galakkan anak-anak untuk melukis terutama sekali melukis cita-cita mereka. Kerana melukis boleh meransang perkembangan otak kanan. 80% otak kanan anak-anak di bawah umur 7 tahun berkembang dengan pesat, bersedia menerima apa sahaja didikan. Namun ramai dikalangan kita lebih menekan aktiviti-aktiviti untuk otak kiri ... membaca, menulis. 
- Kenapa perlu digarap otak sebelah kanan (melukis, mewarna, aktiviti bermain)? agar anak-anak dapat berfikir secara kreatif, dapat berimiginasi dengan baik. Sebab itu Nabi pernah berpesan bahawa pada usia anak 0-7 adalah waktu anak2 bermain
- The right brainer will rule the world

3) Ceritakan kisah orang-orang yang hebat
- Ceritakan kisah-kisah Nabi dan para sahabat pada anak-anak .. terutamanya ketika anak hendak tidur. Bukan kartun-kartun barat
- Hati-hati apabila bercakap dengan anak-anak, gunakan perkataan yang baik2. 
- Buat ibu yang menyusukan anak, hati-hati dengan apa yang anda rasa, baca, ucap, fikir, dengar ketika menyusu, kerana ia mengalir terus ke dalam diri anak-anak

4) Sangka baik pada Allah SWT
- Ayahnya Sultan Murad yakin dengan Allah. Walaupun Sultan Muhammad Al-Fateh anak ke-3 yang kebiasaannya takhta akan diturunkan pada anak sulung. Anak sulung baginda meninggal dunia. Namun, baginda sangat yakin pada bantuan Allah Taala dan telah memberikan takhtanya kepada Muhammad Al-Fated seawal usia 12 tahun.
- Tukar mind-set kepada positive dengan kebolehan anak.
- Muhammad Al-Fateh ni sebenarnya nakal, degil. Beliau dirotan oleh gurunya dengan tujuan mendidik menghormati guru dan ilmu.
- Ajar anak adab dahulu, barulah ilmu

5) Galakkan anak untuk menguasai bahasa asing
- Muhammad Al-Fateh menguasai 7 bahasa
- Untuk kita menakluki bangsa atau sesebuah negara, harus mengetahui hal-hal rakyatnya. Untuk itu harus berkomunikasi dengan baik.

6) Menjaga aspek pemakanan dan fizikal
- Muhammad Al-Fateh berbadan tegap 
- Makanan perlu halal dan berkat .. halalan toyyiba
- Dikelilingi dengan makanan herba

7) Didik anak untuk berdikari
- kurangkan perkataan "jangan atau no" ... bairkan dia rasa akan kesakitan dan belajar daripada kesilapan yang telah dilakukannya
- Ajar anak supaya buat keputusan sendiri
- Belajar untuk tidak menyalahkan orang lain
- Belajar bersosial, berpersatuan

8) Anak-anak dididik suapay bergaul dengan orang yang lebih tua
- Pemikiran anak-anak akan lebih matang, idea-idea lebih jauh kehadapan
- Bawa anak ke tempat2 yang baik, dedahkan mereka dengan persekitaran yang sihat, persekitaran perjuangan, pergi masjid, pergi ceramah, untuk pembentukkan sikap dan pemikiran yang baik

9) Didik anak dengan aliran sastera
- Bersyair, bersajak, berpantun, belajar seni grafik khat
- Adik Darwish, selain menhafaz Al-Quran, ibunya turut mengajar anaknya ini untuk menghafal sajak mengenai Muhammad Al-Fated. Saksikan video ini 
 
 


10) Didik anak dengan ilmu mempertahankan diri
- Kekuatan otot badan dan otak lebih fokus
- Ikut suruhan Nabi Muhammad SAW agar mendidik anak untuk belajar memanah, berkuda dan berenang
- Lakukan aktiviti outdoor bersama-sama anak

Pengakhirannya, tunjuk tauladan yang baik pada anak-anak. Guna kualiti masa sebaik mungkin, beri "telinga" kita untuk mendengar cerita-cerita anak. Sentiasa bawa anak bersama ke medan jihad.

Saksikan video Bagaimana MuhammadAl-Fatih dibentuk
 
 
 

Video2 promosi Seminar Raising Young Khalifah 2013 (Kebangkitan Generasi Ulul Albab:



 
 


 
 


 
 






 
 







SAMBUNGAN NOTA:
 

No comments:

Post a Comment