Sunday 29 April 2012

bulan byk belanja

dalam bulan ni, byk benda yg jadi. selain dr birthday insyirah, bulan nih banyak belanja disbbkan keperluan2 yg tidak dpt dielakkan. patutlah saya x mampu utk buat simpanan yg byk kerana simpanan bulan ni akan digunakan utk kes2 kecemasan seperti yg berlaku termasuk juga dengan servis kereta berkala.

3 minggu lepas (dan hingga kini) saya disibukkan dengan kerja2 di klinik sehingga saya berfikir utk membeli printer utk memudahkan kerja2 saya. so kami ke mines shopping mall utk survey printer dan akhirnya membeli Canon E500, sbb tuh yg paling ekonomi. beli dgn harga RM240..habis duit....

kemudian....




2 minggu lepas, cermin kereta saya retak akibat terkena batu yg terpelanting di lebuhraya. sepanjang setahun saya berulang alik kerja, tak pernah kena batu, tiba2 nak kena pula bulan ni. mungkin sbb dalam sebulan ni, saya kerap melalui PLUS berbanding LEKAS...dah boring dengan LEKAS, jd bertukar angin balik melalui PLUS..tp hakikatnya PLUS mmg byk kereta, lori2 dan bas2 besar. nak dijadikan cerita juga, bulan mac lepas, suami saya baru perbaharui insuran kereta dan baru kali ini suami tambah windscreen protection. nasib baik jugak lah...kalau tak beratus juga kena tukar cermin. mmg besar retaknya. habis lagi duit....

seminggu lepas tuh pula, ketika saya baru pulang dr kerja, terdetik dalam hati saya utk meninjau2 tayar kereta. baru 3 minggu lepas saya mengepam angin, seingat saya pada ketika itu, tayar berada dalam keadaan baik. tapi hari tu, yg tergerak hati utk menjenguk tayar. alangkah terkejutnya saya melihat kedua2 tayar depan saya botak licin. ya Allah, nasib baik takde apa2 kejadian yg tidak diingini berlaku. terus saya call suami saya yg sedang menghadiri kelas sarjananya. saya surh suami tengokkan tayar saya sekembali dari kelas. tp akibat lewat habis kelaa dan sudah lewat malam, suami tidak sempat melihat tayar kereta saya. saya  ingatkan boleh lagi bawa kereta saya ni, mungkin botak sedikit...pd pandangan saya lah. esok pagi, seperti biasa, saya bersegera utk ke tmpt kerja. selalunya, saya terus cabut pergi kerja. tp haritu, saya tunggu suami saya solat subuh dahulu dan meminta agar dia melihat tayar kereta saya. lagi terkejut dalam gelap2 pagi tu, suami saya terlihat sesuatu yg berkilat ketika disuluh. rupa2nya tayar depan saya dah nampak benang2nya dan besi di dalam tayar tersebut. suami menggelengkan kepala mengatakan saya tidak boleh bawa kereta begini.




saya nak amek EL pon payah sbb saya ada urusan di PKD pd hari yg sama. so nak tak nak, suami gantikan dahulu tayar depan kanan sbb yg tuh paling teruk. yg depan kiri tu, selamat lagi kalau nak bawak utk hari tuh sehari. so hari tu saya tiba lewat di tmpt kerja sbb kena tukar tayar depan dulu dengan tayar spare. bawak kereta pon perlahan2 sahaja sbbkan terasa gayat mengenangkan tayar yg sudah botak itu. 

weekend yg sama cepat2 tukar tayar dan ganti cermin kereta yg retak...alignment kereta habis lari. terbang duit beratus2....pastu tgk odometer...alamak,minggu berikutnya due pulak utk servis kereta berkala.... bancrupt gini, duit saving tak jadi saving sbb terpaksa digunakan utk kes2 kecemasan sebegini. tp disbbkan baru buat alligment/ balancingm saya kerete sedap lagi dibawa, saya terpikir dan menangguhkan servis kereta smpai saya rasa kereta dah lembab...setakat ni tak lembab lagi. kalau tak habis duit byk bulan ini.

bulan ini juga, gusi saya asyik berdarah je. yg nih pon dah tangguhkan lama nak pergi jumpa doktor gigi utk scaling....tp minggu nih saya mendesak diri utk pergi juga walaupun tgh pokai sbb dah tak tahan dengan keadaan gigi dan gusi yg tidak selesa. habis dalam RM85 utk scaling dan polishing. tp sedap skit rasa mulut nih....

saya nih masih menunggu2 kenaikan pangkat yg dilewat2kan oleh KKM, tak tahu apa masalahnya...buat kerja tak bersistematik....kalau dah tahu saya habis houseman bila, patutnya automatik je lah proses kenaikan pangkat tu, tp ini tidak...setahun lps tuh, bila saya dah hilang sabar menunggu, tulis surat kpd pihak atasan, baru terhegeh2 nak siasat...bila dah siasat, dorang yg miss out byk benda. naik hangat hati juga sbb buat kerja sambil lewa begini....tak efisen dan efektif langsung.

atleast bila dpt kenaikan pangkat, naiklah sikit gaji, walaupun tak byk, boleh lah membantu....

sigh......

Sunday 15 April 2012

selamat hari jadi Insyirah ke-2

12 hb April yg lepas, adalah merupakan hari jadi Insyirah yg kedua.

cepat masa berlalu. dah dua tahun. Insyirah semakin membesar dan semakin bijak.

ketika saya mengandungkan Insyirah, morning sickness saya tak seteruk semasa saya mengandungkan Mujahid. masih muntah tapi tidak sekerap Mujahid. cuma tak tahan dengan pening2 sehinggakan tidak boleh tidur malam. tapi yg menyebabkan saya suspek saya mengandung ketika insyirah adalah kepenatan yg melampau. saya perasan haid sudah lewat 2 minggu tp tak menjangkakan saya mengandung disbbkan tempoh lalu saya tidak sihat, saya mengagak haid lewat sahaja. tp bila saya rasa penat yg lain drpd selalu diikuti beberapa hari slps itu, saya mula pening2, suami suruh saya pergi ke klinik utk membuat pemeriksaan. suami juga tak menjangkakan saya akan mengandung. sblm ke klinik, saya fikir perlu periksa pregnancy dulu kot, nanti kena gelak je ngan doktor. cek cek positif rupanya.

masa mujahid dulu, saya tak bekerja, masa Insyirah, saya mula bekerja ketika Insyirah berusia 5 bulan dalam kandungan. saya tiada masalah utk bekerja dan beroncall. saya bekerja dan oncall sehingga usia kandungan 38 minggu. walau bagaimanapon, saya ada beebrapa isu ketika saya mengandungkan Insyirah. dua kali saya mengalami PV bleeding dan di penghujung kehamilan, saya seringkali kena jangkitan candida....ketika usia kandungan 6 bulan, Mujahid kena belentung (chicken pox)..kemudian dijangkiti suami pula. saya cuba mengelakkan diri dari menguruskan Mujahid kerana risau akan jangkitannya disbbkan saya tidak pernah kena chicken pox. saya beruntung kerana sudah divaksinasi jd jangkitan saya sangat ringan, naik kayap, dua tiga lepuh sahaja, dan terus hilang. MC sehari je pon... hahaha...kemudian, ada sekali tuh, saya oncall dan baru habis OT, tiba2 saya terjatuh dek lantai yg licin di tmpt scrubbing. jatuh bagai nagka busuk, rakan sekerja cepat2 scan saya, alhamdulillah baby sihat.

seperti juga Mujahid, Insyirah kecil dalan kandungan, jd gynae saya buat keputusan utk induce saya. takut pula nak diinduce buat kali kedua disbbkan sakitnya tidak terperi. perancangan elok2 sahaja, hari saya disuruh utk admit, itu adalah hari terakhir saya di posting surgery. masa tuh 38 minggu dan baru sahaja saya memaklumkan MO saya yg saya sudah tidak larat utk oncall...last oncall sepatutnya hari jumaat tp saya tarik diri awal2 disbbkan tidak larat lagi. setibanya di sana, bidan datang memeriksa saya dan didapati pangkal rahim saya sudah pon buka 4 cm. tp saya tidak merasakan apa2 kontraksi. alhamdulillah disbbkan Os sudah buka, tak perlu induce, bidan terus uruskan saya utk ke dewan bersalin. di sana saya diberi pitocin utk menguatkan kontraksi dan jam 420 pm, saya selamat melahirkan Insyirah, seberat 2.4 kg.

saya bernekad utk menyusukan insyirah lebih lama. saya beli pam susu Medela Freestyle dengan harapan membantu penyusuan saya, sbb ia double breast pump. saya kumpulkan duit oncall saya utk membeli pam tersebut. pam tu saya tempah dr singapura dan saya hanya menerima tempahan saya pd hari sabtu, dan kami terus mengambilnya hari yg sama selepas antenatal clinic saya pd hari yg sama (pd hari yg sama juga gynea buat keputusan utk induce pd isnin berikutnya)...mmg FS saya byk berjasa kpd saya. saya dpt mengumpul stok yg byk. sy berpantang ala kadar kerana ini kali pertama saya berpantang sendiri. ketika mujahid, arwah mak masih ada, walaupun mak tidak sihat utk membantu saya, namun, mak byk bagi nasihat. ketika insyirah, sy menguruskan semuanya sendiri. dan alhamdulillah insyirah tak byk meragam. walaupun dia kurang tidur di siang hari, malam2 insyirah tidur dgn baik, bangun hanya utk menyusu sahaja. berbanding dgn mujahid yg suka berjaga di malam hari. siang hari, insyirah kurang tdur, namun mudah utk diuruskan kerana insyirah tidur setiap hari pd waktu yg sama. jam 11 pagi kebiasaannya insyirah akan tidur lama sedikit jd ketika itu saya akan ambil peluang utk memasak dan pam susu mengumpul stok. 2 bulan berpantang...masa utk bekerja kembali...sob sob..kali ni, saya terus hantar insyirah ke nursery hari pertama sy kerja. takde praktis2 lagi mcm mujahid...xsmpai hati nak hantar awal.

saya beruntung kerana sekembalinya ke tmpt kerja, saya mendapat posting kecemasan. sekurang2nya saya bekerja ikut syif, memberi byk peluang dan masa utk saya menyusu anak saya...tak perlu oncall lama2. walaupun penat, tp saya tetap tegar utk meyusukan anak saya selama 6 bulan secara eksklusif. alhamdulillah cita2 saya tercapai. namun, selepas tamat posting kecemasan, sy dpt posting paediatrik. disbbkan kesibukan yg tidak terduga, saya kurang mendpt peluang utk mengepam susu menyebabkan stok susu saya berkurangan dengan mendadak, dan hanya dpt bertahan lagi 2 bulan sahaja. so sehingga Insyirah berusia 8 bulan, saya terpaksa mencampurkan dengan susu formula. saya terlalu penat dengan oncall sehinggakan tidak ada masa mengepam, dan kalau pam pon , susu sangat berkurangan....akhirnya, susu badan saya terus kering...huhuh.....

tp saya puas hati kali ini saya lebih berjaya dr mujahid dulu. lebih byk ilmu saya dapat dr internet. saya byk buat survey dan membaca. ketika mujahid dulu, tak byk informasi, tp sekrang jauh berbeza. saya perasan, Insyirah kurang sakit dan jarang sekali selsema berbanding dgn mujahid, mungkin disbbkan kesan penyusuan susu ibu...alhamdulilah.

kini Insyirah membesar dengan bijak.....



Friday 13 April 2012

berita april

11 april, cuti umum disbbkan pertabalan agung yg ke-14. walaupun cuti umum, saya terpaksa menghadiri kerja di JKN N9 utk taklimat pemeriksaan bakal2 jemaah haji by sesi 1433H/2012M. tahun nih, saya menawarkan diri utk terlibat dengan pemeriksaan bakal2 haji. ini satu peluang yg menarik, satu pengalaman baru dan byk benda yg boleh dipelajari. sara teruja bila dengar psal jemaah2 haji nih....semoga Allah murahkan rezeki saya utk dpt turut sama menjadi tetamuNya dalam tempoh terdekat ni.

12 april, saya mendapat berita gempar bahawa seorang rakan saya, iaitu pegawai perubatan latihan siswazah (houseman) dijumpai mati di dalam bilik air di wad kanak2 di hospital kajang. di sisinya dijumpai sebatang picagari, yg mana mungkin dia cuba menyuntik ubat. cause of death drug overdose? byk spekulasi yg dikeluarkan oleh akhbar2 tempatan, mengatakan dia mungkin berniat utk membunuh diri, kerana kepenatan bekerja atas panggilan (on-call) lebih 5 hari berturut2. byk fakta2 dalam akhbar kita hanyalah bohongan dan bunga api sahaja. ada yg terlasah tulis sehinggakan dikatakan rakan saya ini graduan uruguay. ada blogger menulis yg rakan say anih mungkin kemaruk dadah disbbkan dulu dia belajar di tmpt yg high drug trafficking...ada ke patut....pastu kerajaan ingin menyisat bagaimana jarum sebegitu dapat digunakan dengan meluas. yg peliknya, sem,ua tuh tak benar, jarum2 suntikan ni ada di mana2 sahaja dan sesiapa sahaja boleh mengakses kpdnya. so sejak peristiwa itu, saya dapat lihat hala tuju laporan2 berita yg ditulis dalam surat khabar tempatan kita, terlalu byk "perasa tambahan" sehinggakan rasa original hilang....terlalu inginkan berita sensasi tanpa penyelidikan yg sepenuhnya, sehinggakan byk maklumat salah dan terpesong dr realiti sebenarnya. ini baru cerita ttg rakan saya, bayangkan berita2 lain yg kita baca???

berita2 kat luar sana, mohon maaflah dengan keluarga si mati kerana membuat berita2 mengarut sehinggakan memberi salah tanggapan kpd pembaca...sehinggakan salah satu blog yg saya baca mengatakan rakan saya nih penagih dadah.....ish ish ish

mcm tak leh percaya je......

Thursday 5 April 2012

memory lane in melbourne

Minggu lepas (26march - 1april), suami saya ada site visit di melbourne.. pd mulanya saya nak ikut skali tp kosnya teramat mahal, ditambah lagi dengan anak2 juga terpaksa bayar separuh harga, terpaksa lepaskan hajat walaupun teringin sangat utk kembali ke melbourne.

kenapa terkenang2kan kisah lama di melbourne tu?

pertama, saya duduk lama di sana, agak2 lebih kurang 6 tahun setengah....

kedua.....pd saya, di situlah tmpt saya membesar...ye...saya membesar di negeri perak, namun di situ saya belajar tentang kematangan diri, hidup berdikari dan byk lagi kemahiran2 tertentu yg saya dpt dr sana yg mana kalau saya duduk local, saya takkan dpt. walaupun saya sudah mula hidup berdikari sejak tingkatan 4 ketika saya melangkah kaki ke sekolah berasrama penuh di MRSM Jasin. walau bagaimanapun, mak abah masih dtg melawat, so masih manja2 gitu dan dr segi pemikiran, jauh masih berhingus lagi, berair liuq basi....tetapi di melbourne, di situlah saya belajar berdikari sepenuhnya bersama2 rakan serumah....

ketiga....pengalaman hidup di tanah org lain mengajar saya utk menyerap apa2 yg baik yg boleh ditiru dan diamalkan. sbb org2 mat salleh ni, walaupun agama mereka berbeza, namun dr segi akhlaknya, ada juga yg berakhlak Islam. mereka menepati masa, menepati janji, bersopan santun (very courteous), rajin berusaha, suka menolong org lain dan byk lagi....tp sudah tentu apa2 yg tak baik seperti pergaulan bebas, kehidupan tidak beragama, meminum arak tuh harus dijauhi.

keempat...saya belajar masak di sana, hosmates saya pandai masak belaka. belajar menjahit......ntah lah, belajar mcm2 lagi....

kelima...saya byk mengenali agama di sini, pelik tp benar, sedangkan kalau nak belajar islam, negara kita lagi merata2, tp belajar kat tmpt negara org pulak. alhamdulillah mungkin cabaran2 di sana yg menyebabkan kita terus mencari sumber kekuatan kita, mencari kumpulan2 yg boleh mendekat kan diri kpd Allah agar tidak terikut2 dan terpesong jauh dr hidayahNya. bila senang dicari, kita ambil kesempatan (take things for granted) tp bila berjauhan, baru beria2 mencari....

keenam....dapat tgk keindahan ciptaan Allah yg sgt cantik di sini, jarang2 dicemari oleh manusia, pantai2 yg cantik dan indah dipandang....sangat tenang....gunung ganang yg menyejukkan jiwa, taman2 yg menghijau....kalau org suka pergi overseas sbb nak bershopping, mungkin akan kehilangan sesuatu di Oz sbb di sini, tarikan utamanya adalah keindahan alam semula jadi.

ketujuh....saya rindukan pelbagai musin di sana, walaupun waktu musin dingin, saya membeku smpaikan nak tulis nota pon tak boleh sbb jari jemari kejang dan beku. nak mentelaah pelajaran ketika peperiksaan pon susah sbbkan suasana yg sejuk menyebabkan rasa mengantuk dan hanya ingin bergulung dalam selimut.pastu tiap2 kali musim sejuk, jari2 kaki saya diserang chillblains smpai bengkak2 hitam, bila panaskan kaki cepat2, terus merah bengkak, bila nak baik, kecut2 jari kaki...(chillblains ni mcm frostbite tp lesser degree)..musim luruh dan winter asyik hujan. kemudian, musim bunga best sbb waktu tu sesuai utk keluar berjalan2....cumanya setiba penhujung musim bunga dan masuk musim panas, saya akan diserang hayfever yg amat menyeksakan....sehinggakan smpai saya sudah acclimatised dengan alergen di sana. (sehinggakan apabila saya kembali ke malaysia, alergi saya kpd habuk terus hilang. kalau dulu2 nak bersihkan habus, kompem bersin2 selsema, balik dr oz, langsung takde...cuma baru2 nih je start balik sbbkan saya berkebun dan mencabut rumpai2 rumput...allergic dengan debungan rumpur kot...lama tuh saya allergic-free...5 tahun)...berbalik kpd musim panas, tahun terakhir saya di sana, tiba2 naik heatrash yg teruk di tangan, tak sangka hanya terkena cahaya matahari yg direct di tangan saya, terus naik ruam2 yg sgt tebal dan gatal.

hmmm.. apa lagi.... oh ya.. persahabatan......tiada kata yg sesuai utk menggambarkan kekuatan ukhuwah di bumi australia.....

saya rindu melbourne.    



Pemandangan indah di Yarra River 
Flinders Street train station

beautiful Brighton beach