Sunday, 15 April 2012

selamat hari jadi Insyirah ke-2

12 hb April yg lepas, adalah merupakan hari jadi Insyirah yg kedua.

cepat masa berlalu. dah dua tahun. Insyirah semakin membesar dan semakin bijak.

ketika saya mengandungkan Insyirah, morning sickness saya tak seteruk semasa saya mengandungkan Mujahid. masih muntah tapi tidak sekerap Mujahid. cuma tak tahan dengan pening2 sehinggakan tidak boleh tidur malam. tapi yg menyebabkan saya suspek saya mengandung ketika insyirah adalah kepenatan yg melampau. saya perasan haid sudah lewat 2 minggu tp tak menjangkakan saya mengandung disbbkan tempoh lalu saya tidak sihat, saya mengagak haid lewat sahaja. tp bila saya rasa penat yg lain drpd selalu diikuti beberapa hari slps itu, saya mula pening2, suami suruh saya pergi ke klinik utk membuat pemeriksaan. suami juga tak menjangkakan saya akan mengandung. sblm ke klinik, saya fikir perlu periksa pregnancy dulu kot, nanti kena gelak je ngan doktor. cek cek positif rupanya.

masa mujahid dulu, saya tak bekerja, masa Insyirah, saya mula bekerja ketika Insyirah berusia 5 bulan dalam kandungan. saya tiada masalah utk bekerja dan beroncall. saya bekerja dan oncall sehingga usia kandungan 38 minggu. walau bagaimanapon, saya ada beebrapa isu ketika saya mengandungkan Insyirah. dua kali saya mengalami PV bleeding dan di penghujung kehamilan, saya seringkali kena jangkitan candida....ketika usia kandungan 6 bulan, Mujahid kena belentung (chicken pox)..kemudian dijangkiti suami pula. saya cuba mengelakkan diri dari menguruskan Mujahid kerana risau akan jangkitannya disbbkan saya tidak pernah kena chicken pox. saya beruntung kerana sudah divaksinasi jd jangkitan saya sangat ringan, naik kayap, dua tiga lepuh sahaja, dan terus hilang. MC sehari je pon... hahaha...kemudian, ada sekali tuh, saya oncall dan baru habis OT, tiba2 saya terjatuh dek lantai yg licin di tmpt scrubbing. jatuh bagai nagka busuk, rakan sekerja cepat2 scan saya, alhamdulillah baby sihat.

seperti juga Mujahid, Insyirah kecil dalan kandungan, jd gynae saya buat keputusan utk induce saya. takut pula nak diinduce buat kali kedua disbbkan sakitnya tidak terperi. perancangan elok2 sahaja, hari saya disuruh utk admit, itu adalah hari terakhir saya di posting surgery. masa tuh 38 minggu dan baru sahaja saya memaklumkan MO saya yg saya sudah tidak larat utk oncall...last oncall sepatutnya hari jumaat tp saya tarik diri awal2 disbbkan tidak larat lagi. setibanya di sana, bidan datang memeriksa saya dan didapati pangkal rahim saya sudah pon buka 4 cm. tp saya tidak merasakan apa2 kontraksi. alhamdulillah disbbkan Os sudah buka, tak perlu induce, bidan terus uruskan saya utk ke dewan bersalin. di sana saya diberi pitocin utk menguatkan kontraksi dan jam 420 pm, saya selamat melahirkan Insyirah, seberat 2.4 kg.

saya bernekad utk menyusukan insyirah lebih lama. saya beli pam susu Medela Freestyle dengan harapan membantu penyusuan saya, sbb ia double breast pump. saya kumpulkan duit oncall saya utk membeli pam tersebut. pam tu saya tempah dr singapura dan saya hanya menerima tempahan saya pd hari sabtu, dan kami terus mengambilnya hari yg sama selepas antenatal clinic saya pd hari yg sama (pd hari yg sama juga gynea buat keputusan utk induce pd isnin berikutnya)...mmg FS saya byk berjasa kpd saya. saya dpt mengumpul stok yg byk. sy berpantang ala kadar kerana ini kali pertama saya berpantang sendiri. ketika mujahid, arwah mak masih ada, walaupun mak tidak sihat utk membantu saya, namun, mak byk bagi nasihat. ketika insyirah, sy menguruskan semuanya sendiri. dan alhamdulillah insyirah tak byk meragam. walaupun dia kurang tidur di siang hari, malam2 insyirah tidur dgn baik, bangun hanya utk menyusu sahaja. berbanding dgn mujahid yg suka berjaga di malam hari. siang hari, insyirah kurang tdur, namun mudah utk diuruskan kerana insyirah tidur setiap hari pd waktu yg sama. jam 11 pagi kebiasaannya insyirah akan tidur lama sedikit jd ketika itu saya akan ambil peluang utk memasak dan pam susu mengumpul stok. 2 bulan berpantang...masa utk bekerja kembali...sob sob..kali ni, saya terus hantar insyirah ke nursery hari pertama sy kerja. takde praktis2 lagi mcm mujahid...xsmpai hati nak hantar awal.

saya beruntung kerana sekembalinya ke tmpt kerja, saya mendapat posting kecemasan. sekurang2nya saya bekerja ikut syif, memberi byk peluang dan masa utk saya menyusu anak saya...tak perlu oncall lama2. walaupun penat, tp saya tetap tegar utk meyusukan anak saya selama 6 bulan secara eksklusif. alhamdulillah cita2 saya tercapai. namun, selepas tamat posting kecemasan, sy dpt posting paediatrik. disbbkan kesibukan yg tidak terduga, saya kurang mendpt peluang utk mengepam susu menyebabkan stok susu saya berkurangan dengan mendadak, dan hanya dpt bertahan lagi 2 bulan sahaja. so sehingga Insyirah berusia 8 bulan, saya terpaksa mencampurkan dengan susu formula. saya terlalu penat dengan oncall sehinggakan tidak ada masa mengepam, dan kalau pam pon , susu sangat berkurangan....akhirnya, susu badan saya terus kering...huhuh.....

tp saya puas hati kali ini saya lebih berjaya dr mujahid dulu. lebih byk ilmu saya dapat dr internet. saya byk buat survey dan membaca. ketika mujahid dulu, tak byk informasi, tp sekrang jauh berbeza. saya perasan, Insyirah kurang sakit dan jarang sekali selsema berbanding dgn mujahid, mungkin disbbkan kesan penyusuan susu ibu...alhamdulilah.

kini Insyirah membesar dengan bijak.....



No comments:

Post a Comment