Wednesday 26 October 2011

memori mak cidah

ini adalah sajak nukilan arwah makcik saya sendiri buat anak kembarnya di hari jadi mereka yg ke 18.

Nukilan untuk Ana dan Iya dari Ibu

23 november 91 mengimbau kembali
Rentetan sejarah tercatit kini
Gelaran ibu anugerah ilahi
Puteri nan kembar bak bidadari

Lahirmu penuh tanda tanya
Kehadiran dua mu tidak diduga
sayup suara tangisan pertama
Bahagia ibu yang gundah gulana

Hadirmu berdua membawa cahaya
Mengisi kesunyian jiwa yang lara
Syukurnya ibu tiada tolaknya
Hendak ku tangis tiada suara

Syukurnya nenda mu bukan kepalang
Keraguan di hati segera hilang
Sangkakan satu dua yang datang
Pemecah tradisi si anak minang

Putih kulitmu bak telur dikupas
Keayuan wajahmu pandang tak puas
Bisikan azan di telinga dilafaz
Moga awalan mu tak tercemar balas

Kaulah permata buah hati ibu
Dirimu dibelai umpama ratu
Kasihnya ibu tiada sekutu
Mendidik dirimu tak kenal jemu

Amanah tuhan semesta alam
Keatas ibu siang dan malam
Kasihku baja sayang ku siram
Moga jiwamu tak di intai kelam

Anakanda berdua belaian jiwa
Nasihat ibu bukan bersahaja
Datang dari cebisan rasa
Berlandaskan fakta serta agama

Pastikan dulu arah tujumu
Tanamkan azam tekad di kalbu
Kekuatan dan keyakinan sudah bersatu
Gelombang yang datang gentar teraju

Dengarlah sayang ibu berkata
Di atas tinta curahan rasa
Hati keruan berdebar dada
Risau nasib mu di hari muka

18 tahun cabaran usia
Pancaroba datang tak kira ketika
Jangan kamu lalai dan juga alpa
Moga remaja mu mekar berwarna

Dewasa kamu gelisah menanti
Bimbang bencana menerjah diri
Doa ku pohon tiada henti
Jangan maruah dipandang sepi

Wahai puteri ku cahaya mata
Selami keluhan hati ibunda
Nasihat ibu pantang didusta
Kelak dirimu akan kecewa

Sekian kali mendengar bicara
Kepercayaan ibu jangan di noda
Jauhi sikap tipu dan dusta
Sejahtera hidupmu dimaya pada

Berdiam diri bukannya sudi
Gerak langkahmu ku kawal rapi
Dosa dan noda jangan dicari
Binasa hidupmu membakar diri

Andai kau tewas tanpa diduga
Hancur hati ku penawar tiada
Kemaafan ibu usah dipinta
Umpama tenggelam timbul tiada

Pabila ibu anakanda khianati
Kesan nya dasyat tidak terperi
Akan ku tutup hati nurani
Derita ku bawa sampai ke mati

Berperi ibu bukannya benci
Menyiksa dirimu jauh sekali
Harapan hati menggunung tinggi
Matang berfikir jangan bermimpi

Sayang pada mu tidak terperi
Sanggup ku gadai nyawa dan diri
Sabarnya ibu terbatas tepi
Berputih mata rela kau pergi

Ana dan Iya buah hati ku
Pada mu berdua ibu berseru
Cekerawala batasan ilmu
Terokai ia jangan kau jemu

Taburlah bakti sepenuh jiwa
Untuk agama, bangsa dan negara
Jangan balasan diharap pinta
Syurgawi pasti buatmu di sana

Noktah kehidupan sudahlah pasti
Ayah dan ibu mu tidak terkecuali
Saat dan ketika mengundur diri
Airmata dibuang jangan sekali

Perjuangan mu anak ku belum berakhir
Pemergian ibu memang di takdir
Panjatkan selalu doa dan zikir
Mudah urusanku penangan bibir

Tinta keturunan pantang digadai
Bak pantai indah dilanda badai
Bergegar bumi ikatan terlerai
Salasiah nendamu pastikan bersemai

Indah namamu manja bak puitis
Mewarnai maya umpama perintis
Harapan Ibunda kaulah waris
Penyambung warisan minda yang arif

Lanjut usia mu doa di pinta
Bahagia hidup mu lindungan Esa
Anakanda berdua belaian jiwa
Berjuanglah kamu bagai satria

Duhai puteri ku tambatan sukma
Pesanan ibu jadikan pusaka
Kemenangan dijulang sedetik masa
Namamu dikenang selama lama

Berakhir sudah gurindam rasa
Cetusan hati ayah dan bonda
Buat pedoman anakanda berdua
Untuk menempuh alam dewasa

recall dua bulan

salam kembali... sudah lebih 2 bulan saya meninggalkan persada blog saya. banyak yg ingin dicoretkan namun hanya tinggal di dalam kepala sahaja, nak menaip tu terasa berat sedikit. lama2 idea2 yg ingin diceritakan tu sudah musnah dan hilang begitu sahaja. dan semuanya kembali kpd alasan yg sama iaitu SIBUK dan MALAS. sejak tamatnya Ramadhan tahun ini, saya seringkali dilanda kemalasan dan kepenatan. tak tau mcm mana time bulan puasa harituh saya kuat bertenaga utk terus memasak etc tp lepas2 tuh, semuanya terasa MALAS. memang benarlah bulan puasa ni mendidik disiplin, saya rasa disbbkan disiplin, saya mampu dan tegar utk terus memasak, menjahit di waktu malam walaupun sebenarnya kepenatan.

Raya tahun nih bercampur baur...pd awalnya saya merasakan ianya meriah kerana pd tahun ni, kami bercadang utk sedondon, saya dah jahit beberapa baju dan kami beli baju supaya boleh matching...dalam byk2 tahun, inilah tahun pertama kami sedondon utk raya. namun perasaan gembira itu tetap disulam dengan perasaan hiba kerana tahun ini, saya sudah kehilangan tiga org penting dalam hidup saya iaitu nenek saya, ayah mertua dan akhir sekali, makcik saya. pemergian makcik saya merupakan kemuncak peristiwa bagi tahun ini (walaupun sebenarnya byk lagi kemuncak cerita utk tahun ini dgn kisah2 gempa bumi, bencana alam etc di seluruh dunia).... tahun ini juga saya beraya selama seminggu di terengganu....sebelum2 nih, susah nak dpt cuti raya disbbkan oncall etc.sehingga kini, saya masih terkenang2kan arwah makcik saya...dan tidak lupa juga wajah arwah mak saya.

setiap hari saya memandu pergi balik kerja, saya merasakan alangkan seronoknya sekiranya arwah mak saya masih ada utk melihat apa yg saya ada saat ini. keluarga sendiri, anak2 saya membesar dengan sihat, saya dah jadi MO dan boleh bawak kereta merata2. ianya merupakan impian arwah mak saya. saya terbayangkan seronoknya sekiranya saya boleh membawa mak saya berjalan2 dengan kereta saya. walaupun pd asalnya saya takut membawa kereta dan pd ketika itu juga, arwah mak tidak menggalakkan saya membawa kereta sehinggalah saya dah HO, baru arwah mak bising suruh saya berjinak2 kembali membawa kereta. setiap kali kembali dr kerja, ketika saya melalui bandar seremban, saya juga  teringat akan arwah makcik saya. apabila saya encounter dengan kes2 asma (asthma) yg sukar dikawal di klinik asma (buat masa ni, saya yg menerajui klinik asma di KK saya), terasa teringin bertanyakan kpd makcik saya...disitulah terasanya kehilangan makcik saya  yg merupakan seorang paediatric respiratory physician.

sekarang, saya rasa sangat stress dengan kerja2 harian, terasa nak pergi holiday, nak lari dr semua hiruk pikuk kehidupan yg rutin ini. tak sabar2 nak menunggu masa tu tp bila ya????

sekarang juga, suami saya baru mendaftar utk master di Uniten, jadi byk masanya diluangkan utk ke kelas dan assigment. kadang2 boring juga saya dibuatnya..hmm...mmg taklah boring sgt bila ada anak2 di sini, tp tak lengkap kalau tak ada cik abang. rasa mcm nak buat sesuatu juga utk diri sendiri, saya ada dua benda dalam kepala, nak gardening...dan nak exercise. bab gardening tu saya teringin nak tanam pokok bunga tp tak tau nak tanam pokok bunga apa dan nak cari nursery kat mana. bab exercise tuh pon satu, teringin nak pergi gym, join kelas2 aerobik ke...tp bila nak buat nya? masanya???

oklah, dah habis berceloteh dan membuat ringkasan utk dua bulan lepas. nanti saya letak lah gambar baju yg saya jahit....menunjukkan bakat yg tak seberapa tu.....