salam kembali... sudah lebih 2 bulan saya meninggalkan persada blog saya. banyak yg ingin dicoretkan namun hanya tinggal di dalam kepala sahaja, nak menaip tu terasa berat sedikit. lama2 idea2 yg ingin diceritakan tu sudah musnah dan hilang begitu sahaja. dan semuanya kembali kpd alasan yg sama iaitu SIBUK dan MALAS. sejak tamatnya Ramadhan tahun ini, saya seringkali dilanda kemalasan dan kepenatan. tak tau mcm mana time bulan puasa harituh saya kuat bertenaga utk terus memasak etc tp lepas2 tuh, semuanya terasa MALAS. memang benarlah bulan puasa ni mendidik disiplin, saya rasa disbbkan disiplin, saya mampu dan tegar utk terus memasak, menjahit di waktu malam walaupun sebenarnya kepenatan.
Raya tahun nih bercampur baur...pd awalnya saya merasakan ianya meriah kerana pd tahun ni, kami bercadang utk sedondon, saya dah jahit beberapa baju dan kami beli baju supaya boleh matching...dalam byk2 tahun, inilah tahun pertama kami sedondon utk raya. namun perasaan gembira itu tetap disulam dengan perasaan hiba kerana tahun ini, saya sudah kehilangan tiga org penting dalam hidup saya iaitu nenek saya, ayah mertua dan akhir sekali, makcik saya. pemergian makcik saya merupakan kemuncak peristiwa bagi tahun ini (walaupun sebenarnya byk lagi kemuncak cerita utk tahun ini dgn kisah2 gempa bumi, bencana alam etc di seluruh dunia).... tahun ini juga saya beraya selama seminggu di terengganu....sebelum2 nih, susah nak dpt cuti raya disbbkan oncall etc.sehingga kini, saya masih terkenang2kan arwah makcik saya...dan tidak lupa juga wajah arwah mak saya.
setiap hari saya memandu pergi balik kerja, saya merasakan alangkan seronoknya sekiranya arwah mak saya masih ada utk melihat apa yg saya ada saat ini. keluarga sendiri, anak2 saya membesar dengan sihat, saya dah jadi MO dan boleh bawak kereta merata2. ianya merupakan impian arwah mak saya. saya terbayangkan seronoknya sekiranya saya boleh membawa mak saya berjalan2 dengan kereta saya. walaupun pd asalnya saya takut membawa kereta dan pd ketika itu juga, arwah mak tidak menggalakkan saya membawa kereta sehinggalah saya dah HO, baru arwah mak bising suruh saya berjinak2 kembali membawa kereta. setiap kali kembali dr kerja, ketika saya melalui bandar seremban, saya juga teringat akan arwah makcik saya. apabila saya encounter dengan kes2 asma (asthma) yg sukar dikawal di klinik asma (buat masa ni, saya yg menerajui klinik asma di KK saya), terasa teringin bertanyakan kpd makcik saya...disitulah terasanya kehilangan makcik saya yg merupakan seorang paediatric respiratory physician.
sekarang, saya rasa sangat stress dengan kerja2 harian, terasa nak pergi holiday, nak lari dr semua hiruk pikuk kehidupan yg rutin ini. tak sabar2 nak menunggu masa tu tp bila ya????
sekarang juga, suami saya baru mendaftar utk master di Uniten, jadi byk masanya diluangkan utk ke kelas dan assigment. kadang2 boring juga saya dibuatnya..hmm...mmg taklah boring sgt bila ada anak2 di sini, tp tak lengkap kalau tak ada cik abang. rasa mcm nak buat sesuatu juga utk diri sendiri, saya ada dua benda dalam kepala, nak gardening...dan nak exercise. bab gardening tu saya teringin nak tanam pokok bunga tp tak tau nak tanam pokok bunga apa dan nak cari nursery kat mana. bab exercise tuh pon satu, teringin nak pergi gym, join kelas2 aerobik ke...tp bila nak buat nya? masanya???
oklah, dah habis berceloteh dan membuat ringkasan utk dua bulan lepas. nanti saya letak lah gambar baju yg saya jahit....menunjukkan bakat yg tak seberapa tu.....
No comments:
Post a Comment