Friday 20 June 2014

Program Isra' Mi'raj 2014

Pada 27 Mei lalu, masjid qariah saya mengadakan Majlis Penutup Program Isra' Mi'raj. Sepanjang dua minggu itu, pihak masjid mengadakan pelbagai aktiviti bersempena hari yg istimewa itu termasuklah pertandingan melukis, Treasure hunt Explorace, ceramah2 yg hebat2 belaka yg digilir2kan antara surau2 yg ada dalam qariah ini, surau terbaik dan banyak lagi. Pada hari penutup tersebut, hadiah2 pertandingan disampaikan. Saya tak terlepas dr mengikuti program tersebut. Saya, suami, kakak dan abg ipar join main Explorace....seronok!!! Kami dapat hadiah saguhati no 6 dari sejumlah 26 kumpulan....okay lah kan... hehe...anyway, masa majlis penutup tu, ada forum bual bicara yg disampaikan oleh Ustzh Norhafizah Musa dan suami beliau. (program yang saya nanti2kan....walaupun badan dah rasa dedau2 panas, sengal2 a.k.a myalgia, arthralgia..sakit tekak nak demam lah tewww tp saya tetap pergi nak dengar kuliah..puas hati...esoknyer demam berhari2 smpai 4 hari MC..amek kawww)...
so di bawah ini adalah nota2 yg sempat saya salin......
 
 
 
SOLAT MENJANA KELUARGA YANG SAKINAH, MAWADDAH, RAHMAH
Ustzh Norhafizah Musa dan zauj, Ust Dr Azhar Yaakub

bila sebut isra mi'raj....perkara utama yg dibincangkan ialah SOLAT
solat merupakan satu tuntutan yg penting dlm islam sehingga perintahnya langsung terus (direct) kpd Rasul dan bukannya melalui pengantara malaikat.

Peringkat solat:
1. x solat langsung
2. solat tp x cukup 5 waktu
3. cukup 5 waktu tp berlengah2
4. sempurna, awal waktu, tp x khusyuk
5. sempurna habis

ramai yg lulus utk diri sendiri tp ramai gagal mengajak ahli keluarga utk turut sama mengerjakan solat.

sila teliti tertib azan........
"haiya 'ala solah"
"haiya 'ala falah"
nape solat dulu sblm kejayaan?
sesungguhnya sesiapa yg menjaga solat, Allah akan memberinya kejayaan...
malang sekali org skrg nak "falah" tp lupa tentang solat...nak kaya tp tidak menunaikan solat

"solat itu tiang agama"

Solat yg bagaimana yg boleh mewariskan kebahagiaan, sakinah & mawaddah dalam keluarga?





solat kita perlu smpai kpi - benar2 membesarkan ALLAH

Sekarang terlalu byk penyakit hati:
berlaku byk kemungkaran dan perkara2 kufar, kurafat & syirik yg menjadi hijab kepada solat yg sempurna contoh:

suami x beri nafkah
isteri x taat suami

SEBAB TAK TAKUT ALLAH....TIDAK MEMBESARKAN ALLAH
SYAITAN PULA MENJADI PENEMAN

Sesungguhnya mmg manusia bersifat berkeluh kesah, apabila Allah uji dgn kesusahan, dia akan merasa tidak tenteram, bila diberi kebahagian, dia jd bakhil kecuali org2 yg soleh yg sentiasa memelihara solatnya.
Al Ma'arij: 19-22

masalah penceraian 3:10 ( statistik 10 thn dulu)
yg makan hati berulam jantung? brape pula?

pasti ada yg kita abaikan sehingga Allah belum ingin mengurniakan ketenangan dalam keluarga.

kisah seorg sahabat...pasangan hebat berceramah, menulis buku ttg kekeluargaan..Allah menguji hati, dilanda ujian sehingga perkahwinan bergolak. berusaha segala upaya tp x mampu selamatkan rumahtangga. bercerai 10 bulan dan kahwin semula. apabila kembali bersama, baru sedar Allah nak bgtau yg solat menjadi perkara utama dlm keluarga yg perlu dititikberatkan.

Doakanlah....
"Jadikan dalam solat ku ada ketenangan... "
al furqan : rabbana hablana min azwajina...
kita slalu doa ni... dari dulu dah hafal....pejam mata pon boleh..org buta pon boleh... tp kenapa tiada kebahagiaan.....

musuh yg menghalang dr kita mengecapi kebahagiaan
1. lambat
2. laju
3. lalai

Q&A:Hukum qada solat - ada dua pandangan...

A) wajib

wajib qada solat yg ditinggalkan sejak akil baligh
ada yg qada spt lps solat subuh fardhu...diikuti solat subuh qada...lps solat zuhur, solat qada zuhur lak etc...tp...
cara yg sebenar ialah tentukan brape waktu yg kita tinggalkan. kira brapa byk supaya kita dpt tgk jumlahnya...agar kita menyegerakan qada solat kita semaksimum yg mungkin setiap hari...sbb kita x tahu kita hidup brape lama..bila mati

(B) tidak wajib

tidak wajib menggantikan solat2 yg ditinggalkan..
dgn syarat sessorg itu benar2 bertaubat dgn taubat nasuha...
syarat kedua: apabila tertinggal tnpa sengaja...wajib qada...

merasa aib dgn Allah...jgn buat2 tadde masa dgn Allah...kelak nanti Allah akan mengambil semua masa dr kita.....akan dituntut di akhirat kelak...

Doa tentang bagaimana bermohon kpd Allah agar Allah mengikat hati suami isteri...berpada-pada
--> doa nabi kpd abu hurairah dan bondanya

 allahumma habbib ilaina...
"Wahai Allah, jadikanlah hamba ini (aku) ini mencintai org2 mukmin dan jadikanlah org2 mukmin mencintaiku."


TAKE HOME MESSAGES
1. bersihkan hati
2. perbanyakkan sentuhan - salam 5x sehari, saya sayang awak kerana Allah taala..sayang kerana komitmen kpd Allah...kalau x, lama2 menjadi hambar, tawar...
3. jaga akhlak, jaga penampilan, imej, budi pekerti...terus memperbaiki akhlak....


KESIMPULAN SAYA

Memang sesungguhnya solat itu menjadi tiang agama dan perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim. Dan solat itulah yang membezakan kita dengan penganut2 agama lain. Sehinggakan suruhan solat itu disampaikan secara terus oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui peristiwa Isra' Mi'raj dan bukannya melalui perantaraan malaikat Jibrail.

Dalam pengisian2 sebelum ini yg telah saya kongsi seperti pengisian dari Seminar Raising Young Caliphs dan Mendidik Generasi Z dan Alpha, kita akan dapati solat itu ditekankan banyak kali.....



salah satu cara mendidik anak adalah dengan membawa Islam ke dalam rumah dan disiplinkan anak2 dengan SOLAT.....tarbiyyahkan diri kita terlebih dahulu sebelum mentarbiyyahkan anak2..
 
 
DR HARLINA SIRAJ
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Salah satu resipi kejayaan mendidik anak adalah membina hubungan utuh dengan Allah dan mendidik anak melalui solat. Terdapat tujuh jambatan menuju Ilahi antaranya tahajjud, melazimi bacaan al quran dan berzikir, memelihara kesempurnaan SOLAT, menjaga SOLAT DHUHA, bersedekah, memelihara wudhu, beristighfar

 
Beri pendedahan awal kepada anak2 tentang solat dan kepentingannya seperti membawa anak ke surau/ masjid, ajar anak solat musafir contoh bila berhenti kat R&R, ajak gi surau sama2 dan terangkan macam mana solat musafir dilakukan etc.
 
 
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Taha: 132)
 
 
Rotanlah anak sekiranya mereka tidak solat. Sesungguhnya solat itu adalah perkara yang sangat besar sebagai Muslim sehinggakan Allah memberikan perintah solat itu direct kepada RAsul dan bukannya melalui pengantara malaikat.
 
 
USTAZ ZAHAZAN
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Baginda tidak pernah meninggalkan solat tahajjud dan rawatib sehingga disiplin inilah yg menyebabkan tentera baginda berjaya menakhluki kota konstantinopal.
 
 
SULTAN MUHAMMAD AL FATEH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Bagi mewujudkan suasana Islam di dalam rumah, perkenalkan solat kepada anak2. Solat mencegah kemungkaran --> apabila kita menunaikan solat, seolah2 kita menegakkan/ mendirikan agama. Dan solatlah di awal waktu.
 
 
USTAZAH JEMPUTAN FORUM SEMINAR RAISING YOUNG CALIPHS
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Untuk mencapai kebahagian dalam keluarga, solat menjadi pengikatnya.
Solat menjana keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.
 
 
USTZH NORHAFIZAH MUSA & US DR AZHAR YAAKUB
wallahu'alam....

Sunday 15 June 2014

Raising Young Caliphs: Part 7

bersambung dari Raising Young Caliphs: Part 6


NOTA TAMBAHAN
RAISING YOUNG KHALIFAH
 
MENDIDIK KHALIFAH SEPERTI
SULTAN MUHAMMAD AL FATIH

Yang ni saya ambil dari website di bawah sebagai nota tambahan berkenaan keperibadian Sultan Muhammad Al Fatih yg diceritakan dalam PART 5. Ia merupakan nota dari Seminar Keibubapaan "Raising Young Khalifah" pada tahun 2012 anjuran Young Khalifah








http://yanisoleh.blogspot.com/2012/11/raising-young-khalifah-part-1.html


Seminar bermula dengan sketsa seorang anak yang meraung kepanasan dek kerana panas menahan seksa di alam barzakh. Ayat yang paling saya sedih sekali bila si anak mengatakan "Aku solat ibu, aku zakat ibu, aku kaya ibu, harta aku banyak ibu, tapi semuanya ku lakukan bukan kerana Allah ...panas ibu, panas ibu.. ini semua salah IBU, ibu yang mengajar aku sebegitu" ... Ya Allah. Dan satu lagi soalan yang pada saya satu tamparan hebat "Apa yang ibubapa harapkan daripada seorang anak?" Rata-rata ibu bapa mengharapkan suatu hari nanti anak-anak akan berbakti kepada mereka. Lantas terus melupakan niat sebenar iaitu Lillahi Taala .. Semata-mata kerana Allah SWT.  Berikut adalah rumusan yang sempat saya tulis untuk dikongsi bersama, moga Allah SWT bantu kita dalam mendidik anak-anak kita menjadi khalifah yang diredhaiNya .. insyaAllah.

Penceramah 1 : Ustaz Syaari Ab Rahman
( penulis buku "Kuasa Kepimpinan Al FAteh")



 


 
10 tips mendidik khalifah seperti Sultan Muhammad Al-Fateh
- 8 tahun sudah mula membaca Al-Quran
- ibunya bernama Huma Hatun dan ayahnya bernama Sultan Murad

1) Jaga keturunan 
- Apa yang kita beri akan turun pada anak-anak kita. 
- Oleh itu wariskan pekara-perkara yang baik kepada anak
- Apabila keturunan dari kalangan orang2 yang berjihad, secara tidak langsung akan mengalir semangat juang dalam diri anak-anak
- Ceritakan, gambarkan, terangkan perjuangan keturunan pada anak-anak. 
- Perjuangan menegak syiar Islam

2) Besarkan anak dengan wawasan
- Didik anak dengan keberanian
- Biarkan jika anak kita aktif ke sana ke mari .. let them make mistake, kita pantau mereka
- Galakkan anak-anak untuk melukis terutama sekali melukis cita-cita mereka. Kerana melukis boleh meransang perkembangan otak kanan. 80% otak kanan anak-anak di bawah umur 7 tahun berkembang dengan pesat, bersedia menerima apa sahaja didikan. Namun ramai dikalangan kita lebih menekan aktiviti-aktiviti untuk otak kiri ... membaca, menulis. 
- Kenapa perlu digarap otak sebelah kanan (melukis, mewarna, aktiviti bermain)? agar anak-anak dapat berfikir secara kreatif, dapat berimiginasi dengan baik. Sebab itu Nabi pernah berpesan bahawa pada usia anak 0-7 adalah waktu anak2 bermain
- The right brainer will rule the world

3) Ceritakan kisah orang-orang yang hebat
- Ceritakan kisah-kisah Nabi dan para sahabat pada anak-anak .. terutamanya ketika anak hendak tidur. Bukan kartun-kartun barat
- Hati-hati apabila bercakap dengan anak-anak, gunakan perkataan yang baik2. 
- Buat ibu yang menyusukan anak, hati-hati dengan apa yang anda rasa, baca, ucap, fikir, dengar ketika menyusu, kerana ia mengalir terus ke dalam diri anak-anak

4) Sangka baik pada Allah SWT
- Ayahnya Sultan Murad yakin dengan Allah. Walaupun Sultan Muhammad Al-Fateh anak ke-3 yang kebiasaannya takhta akan diturunkan pada anak sulung. Anak sulung baginda meninggal dunia. Namun, baginda sangat yakin pada bantuan Allah Taala dan telah memberikan takhtanya kepada Muhammad Al-Fated seawal usia 12 tahun.
- Tukar mind-set kepada positive dengan kebolehan anak.
- Muhammad Al-Fateh ni sebenarnya nakal, degil. Beliau dirotan oleh gurunya dengan tujuan mendidik menghormati guru dan ilmu.
- Ajar anak adab dahulu, barulah ilmu

5) Galakkan anak untuk menguasai bahasa asing
- Muhammad Al-Fateh menguasai 7 bahasa
- Untuk kita menakluki bangsa atau sesebuah negara, harus mengetahui hal-hal rakyatnya. Untuk itu harus berkomunikasi dengan baik.

6) Menjaga aspek pemakanan dan fizikal
- Muhammad Al-Fateh berbadan tegap 
- Makanan perlu halal dan berkat .. halalan toyyiba
- Dikelilingi dengan makanan herba

7) Didik anak untuk berdikari
- kurangkan perkataan "jangan atau no" ... bairkan dia rasa akan kesakitan dan belajar daripada kesilapan yang telah dilakukannya
- Ajar anak supaya buat keputusan sendiri
- Belajar untuk tidak menyalahkan orang lain
- Belajar bersosial, berpersatuan

8) Anak-anak dididik suapay bergaul dengan orang yang lebih tua
- Pemikiran anak-anak akan lebih matang, idea-idea lebih jauh kehadapan
- Bawa anak ke tempat2 yang baik, dedahkan mereka dengan persekitaran yang sihat, persekitaran perjuangan, pergi masjid, pergi ceramah, untuk pembentukkan sikap dan pemikiran yang baik

9) Didik anak dengan aliran sastera
- Bersyair, bersajak, berpantun, belajar seni grafik khat
- Adik Darwish, selain menhafaz Al-Quran, ibunya turut mengajar anaknya ini untuk menghafal sajak mengenai Muhammad Al-Fated. Saksikan video ini 
 
 


10) Didik anak dengan ilmu mempertahankan diri
- Kekuatan otot badan dan otak lebih fokus
- Ikut suruhan Nabi Muhammad SAW agar mendidik anak untuk belajar memanah, berkuda dan berenang
- Lakukan aktiviti outdoor bersama-sama anak

Pengakhirannya, tunjuk tauladan yang baik pada anak-anak. Guna kualiti masa sebaik mungkin, beri "telinga" kita untuk mendengar cerita-cerita anak. Sentiasa bawa anak bersama ke medan jihad.

Saksikan video Bagaimana MuhammadAl-Fatih dibentuk
 
 
 

Video2 promosi Seminar Raising Young Khalifah 2013 (Kebangkitan Generasi Ulul Albab:



 
 


 
 


 
 






 
 







SAMBUNGAN NOTA:
 

Raising Young Caliphs: Part 6


DISCLAIMER: pengisian2 yang dikongsi ini adalah hasil olahan/ tambahan (elaboration) saya dari nota ringkas yg saya sempat catat dari pembentangan para penyampai  dan mungkin tidak memberi gambaran refleksi sepenuhnya apa yg benar2 disampaikan. Mungkin juga ada info yang tertinggal sbb tak sempat salin etc terutamanya pengisian Ustaz Zahazan sbb suara ustaz yang "base" itu menyukarkan saya untuk menyerap lebih banyak info...saya ada masalah pendengaran sket mendengar suara "base". Harap maklum

FORUM:
MENGHIDUPKAN SUASANA ISLAM
DI RUMAH
PANELIS:
Ustaz Ebit Lew
Maulana Tahir Al Mazahiri
Ustazah jemputan

Tn Hj Roslan bin Nordin (Moderator)

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sangat2 sebab saya tak ingat nama ustazah yg menjadi salah seorang panelis tersebut. Patutnya Tn Hj Roslan menjadi salah seorang panelis dan dimoderatorkan oleh Amin Idris, Malang sekali Encik Amin Idris tidak dapat bersama2 kami pada hari itu. Maka Tn HAji Roslan menjadi moderator dan ada ustazah jemputan utk berkongsi ilmu.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mewujudkan Suasana Islam di dalam rumah mulai dengan solat

Solat mencegah kemungkaran --> apabila kita menunaikan solat, seolah2 kita menegakkan/ mendirikan agama.

Kenapa perlu solat di awal waktu?

Solat itu merupakan hak Allah --> manusia ini diciptakan untuk beribadah dan mentauhidkan Allah dan ibadah yang paling penting ialah SOLAT.  Oleh yang demikian, kita perlu memnjaga solat dan menunaikannya di awal waktu

Contoh, kalau di pejabat, kita  mesti datang kerja "on-time" sebab takut bos marah, jadi kenapa tidak dengan solat sedangkan keutamaan solat itu lebih tinggi.

Oleh yang demikian, kita perlu belajar tatacara menunaikan solat dengan sempurna
baca quran itu fardhu ain, mempelajari al quran dan tajwid adalah fardhu kifayah. Namun disbbkan kita perlu membaca al quran dengan sempurna, kita perlu belajar sedikit sebanyak teknik pembacaan yg sempurna. Jd sama lah konsepnya dengan ibadah solat.

Tanya diri sendiri
Pernah tak kita bersyukur dengan kurniaan anak kpd kita oleh Allah???
Adakah anak ini "Hak kita" atau "amanah"????
dalam Islam telah menitikberatkan hak anak2 itu terhadap ibu bapa mereka sejak 1400 tahun dahulu sedangkan dalam usaha duniawi ini, akta kanak2 untuk melindungi hak anak2 hanya diterbitkan pada1905.
kita jangan lupa anak2 itu adalah amanah Allah kepada kita untuk ditarbiah, dididik dan dijaga dengan sebaiknya kerana merekalah bakal menyambung usaha dakwah kita. mereka bukan  hak kita untuk kita layan sesuka hati, pukul sesuka hati.
Hak anak2 ke atas kita
(A) menjaga bayi sejak dari dalam rahim
- memilih isteri yg sesuai
- menjaga hak harta pesaka bayi
- menjaga kesihatan ibu yg hamil
- menjaga kesihatan janin
(B) menjaga anak selepas kelahiran
- hak mendapat perbelanjaan (nafkah)
- hak utk belajar
- hak untuk mendapat penjagaan
- memberi nama yg baik
- menjaga nasabnya
- hak menyusu
Islam menitikberatkan pemilihan isteri2 yg baik dan penjagaan bayi di dalam kandungan. Seorang ahli bijaksana ada berkata " Mulakan tarbiah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan".. ini beerti masa si ibu itu kecil2 lagi perlu dididik...maka anak kita ini dari kecil perlu dididik bukan sahaja menjadi anak yg soleh tetapi bakal menjadi ibu bapa yg soleh juga.



Dalam hadis nabi riwayat Ibnu Majah, Nabi Muhammad SAW bersabda " muliakanlah anak2 kamu dan tunjukkanlah pd mereka adab yg baik"
Diriwayatkan ada seorang datang kepada Sayidina Umar memnceritakan keburukan perangai anaknya lalu Sayidina Umar r.a. memanggil anak tersebut dan mengingatinya tentang besarnya dosa menderhaka kpd ibu bapa.
Si anak tadi bertanya: Tidakkan si anak juga mempunyai hak ke atas orang tuanya
Jawab Umar "Ya"
Apakah hak2 mereka"
Sayidina Umar menjawab  " hak anak2 ialah hendaklah si bapa memilih ibu yg solehah, memeri nama yg baik untuk anaknya dan mengajarnya al quran"
Si anak itu terus menjawab " Dia tidak membuat satu pun dari 3 perkara itu. yng pertama dia tidak memilih isteri yg baik, inuku seorang Negro haba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tidak mengajarku satu huruf pun dr al quran
Sayidina Umar pun berkata : Adakah kamu datang utk mengadukan kpdku kederhakaan anakmu..kamu yg telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu"

Dalam riwayat yg lain, telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya " Apakah hak anakku ini?

Lalu baginda SAW menjawab " Berilah nama yg baik, ajarkanlah ia akhlak yg baik dan letakkan dia di tempat yg baik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Doa supaya anak menjadi soleh dan taat serta ibu bapa mendapat hidayah Surah Al Ahqaf:15. 


Doa ini diamalkan oleh Abu Bakar r.a. sehingga dikabulkan. Ibu bapa, naka-anaknya dan saudaranya memeluk Islam. Abu MAsyar rah pernah mengadu kepada Talhah r.a. mengenai anaknya yg tidak taat, Talhah r.a. berkata, "Berdoalah dengan ayat ini". Doa ini untuk islahatau perubahan ahli keluarga (petikan dr kitab Durrul Manthur)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Dalam mendidik anak:

1) konstan

2) sentiasa berusaha untuk berubah dan semak diri - kalau salah boleh tukar approach lain
kita perlu mengislahkan diri kita dulu sebelum mengislahkan anak...jd semuanya bermula dari ibu bapa itu sendiri.

3) menanam/ memupuk pengetahuan di dalam diri kita sbg ibu bapa dan anak2.
untuk menjadi ibu bapa yg baik, kita tidak boleh mengharapkan kemahiran itu datang secara semulajadi...kita kena juga belajar parenting skills terutama di zaman sekarang sangat berbeza..pendedahan anak sekarang lain dr zaman kita kecil2 dahulu. cabaran mereka turut berbeza. Jadi kita perlu persiapkan diri kita dan anak2 untuk menghadapi cabaran2 tersebut. jangan samakan zaman kita dengan zaman anak2 kita. So dalam pendidikan anak2, kita perlu sentiasa up to date.

4) amalkan akhlak yg baik - again....kita as parents menjadi contoh kepada anak2. action speaks louder than words....anak2 belajar melalui sikap ibu bapa lebih lagi dr leteran kita.

5) bila kita tengah marah anak, buat kerja lain (distraction/ mengalih perhatian) terlebih dahulu supaya kita lebih tenang dan rational apabila tiba masanya untuk menegur.



6)amalkan doa/ zikir di dalam rumah

7) guna pendekatan lembut untuk menenangkan suasana yg hiruk pikuk --> emosi kena stabil

8) bawalah Islam masuk ke dalam rumah, hidupkan suasana Islam melalui ajaran al quran dan as-sunnah. baca/bercerita kpd anak2 kisah para nabi/ rasul/ sahabat





 Ada satu ayat yg terkesan kepada saya
" Sebenarnya bahagia tu dekat je dengan kita. Bila kita sujud kepada Allah dengan penuh rasa nikmat, itulahlah nikmat bahagia sebenar yg paling besar"
Ustaz Ebit Lew
SAMBUNGAN NOTA:

Saturday 14 June 2014

Raising Young Caliphs: Part 5

bersambung dari Raising Young Caliphs: Part 4

DISCLAIMER: pengisian2 yang dikongsi ini adalah hasil olahan/ tambahan (elaboration) saya dari nota ringkas yg saya sempat catat dari pembentangan para penyampai  dan mungkin tidak memberi gambaran refleksi sepenuhnya apa yg benar2 disampaikan. Mungkin juga ada info yang tertinggal sbb tak sempat salin etc terutamanya pengisian Ustaz Zahazan sbb suara ustaz yang "base" itu menyukarkan saya untuk menyerap lebih banyak info...saya ada masalah pendengaran sket mendengar suara "base". Harap maklum


KEPERIBADIAN SULTAN MUHAMMAD AL FATIH
PERSEMBAHAN TEATER
OLEH
PELAJAR PELAJAR
INTERGRATED ISLAMC SCHOOL
SHAH ALAM

Sangat hebat persembahan teater yang dipersembahkan oleh anak2 dari IISSA. Persembahan teater mereka dibahagikan kepada dua bahagian, pertama,  persembahan teater dalam bentuk choral speaking (pidato berirama) bersama lakonan teater berkisar tentang keperibadian Sultan Muhammad Al FAteh. Bahagian kedua pula berkisar tentang isu2 semasa penderitaan dan penyeksaan umta Islam di Palestine, Syria dan Mesir.









 Di bawah ini saya ingin berkongsi beberapa website yg menceritakan tentang hebatnya kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh sehingga boleh menakhluk Konstantinopel yg dinamakan Istanbul (Islam menyeluruh) selepas Islam berjaya menakhluknya dr kerajaan Byzantin. Selepas itu namanya ditukar ke Istanbul oleh pemerintahan Mustapha Kamal Attaturk kerena dia ingin menghapuskan bukti2 kejayaan Islalm di tanah itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KISAH SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

Saya terpegun dengan cerita tentang Sultan Murad II yang memerintah kerajaan Uthmaniah waktu itu. Seorang yang warak dan yang ingin melerealisasikan hadith Rasulullah saw “Constatinople akan ditakluki oleh orang Islam. Raja yang menaklukinya adalah sebaik2 raja dan tentera mereka adalah sebaik2 tentera. ”

Sejak zaman Rasullullah SAW lagi setiap khalifah mempunyai cita2 sedemikian. Namun siapalah yang mampu melakukannya kerana perbandingan Constatinople dan Mekah waktu itu seolah perbandingan antara Malaysia dan Amerika ketika ini. Abu Ayub Al Ansari yang juga mempunyai cita2 sedemikian hanya mampu berwasiat agar kalau beliau meninggal dapat dikuburkan di bawah kota itu supaya rohnya nanti dapat mendengar tapak kaki kuda tentera Islam yang berperang menawan kota itu.

Impian Sultan Murad II meleset kerana apabila ulama yang menjadi penasihat agamanya membawanya ke pasar dia melihat sendiri keadaan rakyat yang banyak melakukan penipuan dalam jualbeli. Baginda sedar baginda bukanlah sebaik2 raja dan tidak layak menjadi penakluk kota itu.

Namun baginda memasang tekad agar baginda mempunyai anak lelaki yang mampu mencapai impiannya. Harapannya cerah apabila isterinya memberitahu yang dia sedang hamil.

Berdoalah sang raja siang dan malam agar anak yang bakal lahir itu seorang lelaki yang bakal menjadi orang disebutkan dalam hadith. Bukan sekadar berdoa, baginda terus melakukan perancang untuk si anak itu.

1. Anak itu perlu diberi nama yang baik, maka disediakan nama Muhammad

2. Anak itu perlu dididik dengan ilmu agama, maka seorang pakar agama sudah disediakan

3. Anak akan diajar pelbagai ilmu, maka disediakan guru sains dan matematik

4. Anak akan diajar ilmu peperangan, maka dia diajar memanah dan menunggang kuda dengan orang yang pakar.

5. Anak itu akan dibesarkan dalam suasana yang memberangsangkan jiwanya menjadi seorang yang hebat.

Si anak lahir dan disambut dengan segala persiapan untuk menjadikannya bakal seorang Raja dan panglima perang yang akan menakluki Constatinople. Ketika usia anak yang tengah nakal, sampailah masanya ia terpaksa diserahkan kepada guru untuk diasuh dan keluar dari kemewahan istana. Siibu hanya mampu menyapu air mata melepaskan anak kesayangan.

Guru meletakkan syarat, ia akan mengasuhnya sebaik mungkin dengan syarat sang raja tidak campur tangan dalam apa saja yang dilakukannya kepada si anak. Maka anak itu dipukul apabila bersalah tanpa membezakannya dengan layanan kepada kanak2 rakyat biasa. Kenakalannya yang luar biasa, sebagai seorang putera raja sudah tentu memerlukan proses yang luar biasa kerana guru terpaksa memukul dan memukul bagi menjinakkannya.

Si anak yang memang sudah sedia bijak akhirnya akur dengan disiplin sang guru. Dia cepat menerima setiap ilmu yang diajar. Dalam usia yang kecil dia sudah hafaz Al-Quran, menguasai ilmu sains dan matematik dan sangat hebat dengan kemahiran memanah dan menunggang kuda. Pada usia 9 tahun ia dibawa kemedan perang dan belajar teknik2 peperangan dari panglima2 perang ayahnya.

Setiap hari perbualannya hanyalah berkitar tentang citanya2 untuk menakluki kota impian, Constatinople. Si ayah tersenyum syukur, anak yang diasuh sudah hampir mendekati impiannya.

Si ayah tiba2 mangkat sebelum sempat melihat impiannya tercapai. Muhammad yang masih muda mengambilalih takhta menjadi Sultan kerajaan Uthmaniah yang agung itu.

Suatu hari baginda pergi meninjau keadaan rakyatnya di pasar2 bersama gurunya. Baginda amat puas hati dengan keadaan rakyatnya. Gurunya berkata, rakyat baginda dalam keadaan baik kerana baginda adalah seorang pemerintah yang baik.

Baginda memeriksa keadaan tenteranya2. Baginda dapati mereka adalah tentera yang warak. Mereka bertahajud waktu malam dan berlatih dengan hebat waktu siang. Mereka sangat kuat.

Guru mengatakan bahawa sudah tiba masanya apa yang disebutkan oleh Rasulullah akan kemunculan “Raja yang hebat dan tentera yang hebat”. Bagindalah orangnya.

Dalam usia 21 tahun langkah mengatur strategi penaklukan dimulakan dengan membina tembok besar untuk menghalang luar kepada musuh apabila mereka hendak menyerang kota itu. Strategi yang sangat bijak dan mengkagumkan.

Serangan dimulakan dengan hebatnya menyebabkan seluruh negara yang berhampiran kecut perut mendengar gemuruhnya bunyi bedilan tentera Islam. Dikatakan tentera Islam seramai 20 ribu orang berjaya membawa meriam seberat 700 tan ke darat. Secara logiknya tidak mungkin ia boleh dilakukan kalau bukan dengan kehebatan tekad tentera2 itu dan bantuan dari Allah.

Panglima yang membawa bendera Islam sempat mencacakkan bendera itu disebuah bukit. Sejurus setelah bendera itu tercacak, sebatang panah musuh tiba2 menikam dada tentera itu dan beliau syahid dengan serta merta.

Constatinople akhirnya ditawan oleh Sultan Muhammad. Kerajaan Byzantine yang angkuh itu buat pertama kalinya runtuh.

Laungan suara “MasyaAllah……MasyaAllah!!!” bergema di kota itudan baginda solat syukur dengan teneteranya2. Sebelum mendirikan solat baginda bertanya kepada gurunya siapakah yang akan menjadi imam. Gurunya berkata, “Pilih imam di kalangan kamu, iaitu orang yang paling warak di antara semua tentera.”

Baginda bertanya,”Bagaimana untuk menentukan siapakah yang paling warak.”

Sang guru menjawab,”Suruhlah semua tentera berdiri dan tanyalah amalan2 mereka.”

Baginda mengikut arahan guru lalu berkata. “Wahai tenteraku, siapakah di antara kamu yang pernah meninggalkan solat, silakan duduk.” Tiada seorangpun yang duduk.

Baginda bertanya lagi,”Siapakah di antara kamu yang pernah meninggalkan solat tahajud, sila duduk” Sebahagian tenteranya duduk.

Baginda bertanya lagi,”Siapakah di antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk” Semua tenteranya duduk dan baginda seorang yang berdiri kerana baginda tidak pernah meninggalkan solat tahajjud dan rawatib dalam hidupnya.

Maka guru baginda berkata,”Tuankulah yang paling layak mengimamkan solat ini.

Baginda mengimamkan solat penuh syukur berjaya mencapaikan bukan saja impian ayahnya tetapi Ummat Islam keseluruhannya selepas 800 tahun Rasullulah menyebutnya. Muhammad Raja yang hebat dengan tentera yang hebat dengan ilmu, pribadi dan ketaqwaan akhirnya menukarkan Constantinople kepada Islambol (rumah orang Islam).

Baginda kemudian diberi gelaran Muhammad Al Fateh (Pembuka)

Kemudian baginda pergi ke gerja Hagia Sophia dan melihat rakyat yang menangis ketakutan. Baginda menenangkan mereka dan berjanji untuk menjaga keselamatan mereka.

Maka ramailah rakyat Islambol memeluk Islam kerana tertarik dengan kepribadian yang ditunjukkan oleh Sultan Muhammad Al Fateh serta orangnya2. Akhirnya gereja Hagia Sophia yang gah itu ditukar menjadi masjid hinggalah ke hari ini.

Cerita ini membuat saya merenung kembali cita2 saya sejak muda untuk menjadi ibu kepada anak2 yang hebat. Semua orang mempunyai cita2 sedemikian. Tapi mungkin saya tidak punya strategi sehebat Sultan Murad yang amat fokus dengan cita2 untuk menjadikan anaknya penakluk Constantinople, sehingga fokus itu menjadi fokus si anak juga. Sultan Murad berjaya menjadikan si anak begitu berazam dengan meletakkan cita2 itu perkara utama dalam kehidupan seharian. Itulah satunya2 cita2 Muhammad yang masih muda tanpa ada cita2 yang lain dalam kepalanya kecuali menjadi hamba Allah yang taat.

Impian tidak bererti kalau tidak ditukarkan kepada cita2 dan cita2 tidak bererti tanpa dirancang dengan teliti dan rancangan tidak akan bererti tanpa tindakan yang sempurna dengan penuh bijaksana. Segalanya2 tidak beerti jika tidak disandarkan kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Masya Allah…….!!!!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KAYU UKUR BUAT SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

Benchmark dalam kamus bahasa Inggris-Indonesia bermakna tolak ukur, standar, teladan, atau dengan kata lain adalah sosok yang menjadi inspirasi dan parameter bagi kita dalam menjalani kehidupan. Sering kita bisa cepat mengetahui pribadi seseorang hanya dengan melihat siapa benchmark-nya. Benchmark sangat penting, dan sebaik-baik benchmark adalah Rasulullah Muhammad SAW. Sosok yang kelahirannya dirindukan masyarakat dunia selama berabad-abad sepanjang sejarah peradaban umat manusia. Sosok yang dirindukan tujuh lapis surga. Sosok yang menginspirasi bukan saja sahabat-sahabatnya, tapi juga musuh-musuhnya. Sosok yang diutus Allah untuk membebaskan dunia dari kegelapan dan kesesatan menuju cahaya. Sosok yang kehadirannya menjadi rahmat bagi seluruh alam. 


Dalam tulisan ini, saya ingin sedikit menyampaikan pengaruh Nabi Muhammad saw sebagai benchmark bagi kehidupan seseorang (Sejauh pengetahuan dan pemahaman saya saja) melalui sosok pemimpin besar dalam sejarah peradaban Islam, Muhammad Al-Fatih. Al-Fatih adalah sosok yang sangat terinspirasi oleh Nabi Muhammad saw. Beliau sangat mengidolakan Nabi dan ingin menirunya dalam setiap detail kehidupannya. Beliau mengerahkan segala daya dan upaya, mewakafkan harta, tenaga, pikiran, dan bahkan nyawanya demi kecintaannya pada Nabi. Sebagai akibatnya, Al-Fatih berhasil mencapai kesuksesan-kesuksesan besar dalam sejarah yang belum pernah dicapai oleh orang-orang sebelumnya. Beliau adalah sosok yang berhasil membuktikan hadist Nabi tentang penaklukan Konstantinopel yang terkenal adidaya dengan militer terbaik di dunia pada waktu itu. Al-Fatih berhasil merobohkan mitos bahwa tembok Konstantinopel tidak bisa ditembus. Begitulah benchmark berperan besar bagi kehidupan seseorang. Al-Fatih telah tepat memilih benchmark-nya, sebaik-baik manusia, Nabi Muhammad saw.  

Elaborasi Singkat Kepribadian Sultan Muhammad Al-Fatih (1429-1481)
Nama aslinya Muhammad II (Sultan Mehmed II). Al-Fatih adalah gelar yang diberikan kepadanya setelah berhasil membebaskan Konstantinopel pada tahun 1453. Beliau adalah keturunan ketujuh dari keluarga Utsman yang mendirikan Turki Utsmani. Beliau membebaskan Konstantinopel pada usia 22 tahun dan berhasil mengubah wajah Konstantinopel yang sudah tua dan lemah kembali menjadi nadi utama peradaban dunia. Beliau melaksanakan tugas kepemimpinan dengan cemerlang, menertibkan administrasi negara, menguatkan ekonomi dan perdagangan, meningkatkan pendidikan dan tradisi keilmuan, mengembangkan kesenian dan sastra, dan menguatkan militer negara. Beliau adalah pemimpin yang sangat berhasil menciptakan harmoni di dalam masyarakat dengan toleransi antar umat beragama. Dibawah kepemimpinannya, beliau mengayomi seluruh umat non-muslim sama baiknya dalam mengayomi muslim. Beliau menegakkan keadilan di seluruh penjuru kekuasaannya.
Sejak kecil, Al-Fatih telah menunjukkan potensi yang besar dalam dirinya. Orang tuanya sangat concern mengupayakan pendidikan yang berkualitas bagi dirinya. Beliau kemudian dididik oleh guru-gurunya, yang merupakan ulama-ulama terbaik di zamannya. Di antara guru-gurunya, yang paling terkenal dalam membentuk kepribadian Al-Fatih adalah Syekh Aaq Syamsuddin dan Syaikh Ahmad Al-Kurani. Berkat pendidikan yang baik itu,  Al-Fatih berhasil menghafal al-Qur’an pada usia 8 tahun. Sejak kecil beliau telah akrab dengan pribadi Nabi dan para sahabat karena secara kontinyu terus diajarkan sirah Nabi & sahabat. Beliau bahkan selalu diafirmasi oleh gurunya bahwa dialah sosok yang diwartakan Nabi dalam penaklukan Konstantinopel. Hal ini berpengaruh besar terhadap dirinya, dan di kemudian hari mengantarkannya menjadi pemimpin besar Islam yang sangat disegani. Al-Fatih juga sangat mahir dalam ilmu bahasa. Pada usia 17 tahun beliau sudah menguasai bahasa Turki, Arab dan Persia. Beliau Juga fasih dalam percakapan dengan bahasa Perancis, Yunani, Serbia, Hebrew, dan Latin. Beliau mempelajari ilmu agama secara mendalam seperti al-Qur’an, kebudayaan Islam dan Fiqh. Beliau juga sangat mumpuni di bidang sejarah, geografi, sastra, seni, teknik terapan dan Militer. Semua pencapaian ini didorong oleh rasa cintanya yang luar biasa pada benchmark-nya, Nabi Muhammad saw.
Saking cintanya kepada Nabi, beliau ingin men-copast kepribadian Nabi secara utuh. Itulah alasan mengapa beliau tidak pernah absen satu malampun untuk melaksanakan shalat tahajjud sejak usia baligh hingga wafatnya. Padahal tahajjud bagi Nabi adalah wajib, dan bagi kita umatnya adalah sunnah. Beliau adalah seorang pemimpin yang sangat saleh dan bertaqwa kepada Allah. Energi besar ini ada pada diri Al-Fatih karena benchmark-nya, Nabi Muhammad saw. Subhanallah..^^
Felix Y. Siauw dalam bukunya Muhammad Al-Fatih 1453 menjelaskan bahwa Al-Fatih adalah potret seorang pemimpin yang selalu bersikap see beyond the eyes can see, melihat lebih dari apa yang dilihat oleh mata. Di masanya, seluruh dunia mengetahui bahwa tembok pertahanan Konstantinopel tak pernah berhasil ditembus. Siapapun yang ingin menaklukannya selalu menuai pahitnya kegagalan. Hal ini terus terjadi selama ribuan tahun dalam sejarah panjang Konstantinopel. Tapi bagaimanapun, Al-Fatih tetap yakin bahwa beliau dan pasukannya dapat menembus tembok benteng pertahanan Konstantinopel betapapun beratnya ujian yang harus dihadapinya. Cintanya kepada Nabi meyakinkan dirinya bahwa dialah ahli bisyarah, yang telah dikabarkan Nabi 800 tahun sebelumnya, bahwa :
“Konstantinopel benar-benar akan ditaklukkan. Sebaik-baik pemimpin adalah orang yang memimpin penaklukannya dan sebaik-baik tentara adalah tentara yang menaklukannya”[1]
Kecintaan dan keyakinanannya pada kebenaran sabda Nabi menguatkan tekadnya. Beliau tidak dapat ditipu oleh kokohnya tembok Konstantinopel. Beliau melihat apa yang tidak dilihat oleh kebanyakan orang. Dan akhirnya, karena kesalehan, ketawaduan, ketaqwaan, kerja keras dan keyakinannya, beliau dianugerahi nikmat besar sebagai orang yang membuktikan sabda Nabi tersebut, 800 tahun kemudian. Namanya menggema di seluruh penjuru dunia.
Begitulah Al-Fatih, dengan prestasi cemerlangnya yang menggema di Barat dan di Timur, beliau selalu rendah hati di hadapan manusia sebagaimana Nabi Muhammad dalam peristiwa Fathul Makkah. Beliau berlaku lembut dan penuh toleransi kepada mereka yang bukan muslim. Prasangka warga Konstantinopel bahwa mereka akan dijarah, bahkan dibantai setelah penaklukan sama sekali tidak terjadi. Beliau justru mengizinkan setiap warga untuk pulang ke rumahnya masing-masing, melindungi harta bendanya, dan bebas menjalankan keyakinan agamanya tanpa takut diganggu sama sekali. Beliau menegakkan masyarakat yang adil makmur di seluruh wilayah kekuasaannya. Beliau benar-benar meneladani Nabi. Karena keutamaan inilah, penduduk Konstantinopel akhirnya berbondong-bondong masuk Islam. Al-Fatih adalah teladan kepemimpinan yang meniru kepemimpinan terbaik, Nabi Muhammad saw. Al-Fatih memiliki benchmark terbaik, Nabi Muhammad saw, Sang Cahaya Abadi Kebanggaan Umat Manusia. Beliau sangat mencintai dan selalu berusaha meneladaninya. Itulah kunci sukses Muhammad Al-Fatih Sang Pembebas Konstantinopel.
***
Al-Fatih hanyalah satu contoh betapa benchmark sangat mempengaruhi pencapaian seseorang. Masih banyak pemimpin besar Islam lainnya yang juga cemerlang seperti dirinya karena telah memilih Nabi sebagai benchmark dalam hidupnya. Mereka adalah Salahuddin Al-Ayubi, Umar Bin Abdul Aziz, Abdurrahman Ad-Dakhil, Al-Mansur, Harun Al-Rasyid, dll. Ulama-ulama cemerlang dalam sejarah Islampun melakukan hal yang sama. Mereka menuai kemuliaan di dunia dan –insyaallah- di akherat. 
Jadi, sudahkan kita menentukan dengan segenap kesadaran siapa sosok yang kita pilih sebagai benchmark..?? Fenomena Al-Fatih adalah pelajaran berharga, contoh pribadi mulia yang telah dengan sangat tepat memilih siapa benchmark-nya. Sudahkah kita memilih Nabi sebagai benchmark dengan segenap kesadaran, kecintaan, dan ketulusan dan mencoba meneladaninya dengan sepenuh hati dalam setiap laku kita..?? Kehidupan menawarkan begitu banyak pilihan. Siapa benchmark kita adalah cermin siapa diri kita, apa visi kita bagi kehidupan yang kemudian akan menentukan peran dan kiprah kita di muka bumi. Nabi Muhammad saw adalah garansi dari Yang Maha Terpercaya, Allah SWT, yang berfirman Sungguh telah ada pada diri Rasulullah suri teladan yang baik bagimu, (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”[2] Karena kemuliaannya, para filosof, pemimpin besar, dan intelektual sepanjang zaman berjajar rapi di belakangnya[3]. Nabipun bersabda “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”[4] Dan Allah menggenapkannya dengan firman-Nya “Tidaklah Aku mengutusmu (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta.”[5]
Keteladanan Nabi telah melahirkan sosok-sosok cemerlang dalam sejarah Islam dan dunia. Abu Bakar ra, Umar bin Khattab ra, Utsman bin Affan ra, Ali bin Abi Thalib karamallah wajhah, Abu Ubaidah Al-Jarrah ra, Khalid bin Walid ra, Sa’ad bin Abi Waqqas ra, Hamzah bin Abdul Muthalib ra, Bilal ra, Abdurrahman bin Auf ra, Tsaubah ra, Sawad bin Ghaziyyah ra, Khubaib ra, Sumayyah ra, Sumaira ra, Salim ra, Abu Hurairah ra, Abu Dzar Al-Ghifari ra, Salman Al-Farisi ra, Abdullah bin Mas’ud, Zaid bin Tsabit, Anas bin Malik ra, Anas bin Nadhr ra, Ka’ab bin Malik ra, Usamah bin Zaid ra, Abu Hudzaifah ra, Amar bin Yasir ra, Abu Said Al-Khudri ra, Abu Ayub Al-Anshari ra, dan sahabat-sahabat Nabi yang lain yang tidak mungkin disebutkan satu persatu namanya disini. Mereka adalah sebaik-baik generasi karena begitu dekat dan cintanya kepada Nabi.
Keteladanan Nabi juga mengispirasi begitu banyak manusia modern di luar Islam seperti Mahatma Gandhi dan Napoleon Bonaparte[6]. Keteladanan Nabi bahkan telah banyak membuat para ahli di luar Islam memeluk Islam seperti Prof. Keith Moore dari Kanada yang ahli Anatomi, dan rekan-rekannya. George Benard Shaw yang bukan seorang muslim, dengan jujur menyatakan “Betapa amat membutuhkannya era kita ini kepada sosok seperti Muhammad. Sosok yang mampu memecahkan semua masalah yang dihadapinya seringan menyeruput secangkir kopi.”
Dengan keteladanannya, Nabi dicintai dan dibanggakan semua manusia, baik kawan maupun lawan. Orang-orang yang tidak mengimani ajarannyapun tetap mengakui kemuliaan akhlak dan teladan yang ada padanya. Adapun mereka yang membenci Nabi, semata-mata karena ketidaktahuan mereka akan pribadi Nabi yang mulia. Nah, bukankah ini adalah peluang yang baik untuk kita..?? Dengan mencoba meneladani (sedikit demi sedikit, setahap demi setahap, sayapun masih sangat jauh berproses >,<) dan menjadikan beliau sebagai tolak ukur dari segala perasaan, pikiran, tindakan dan keputusan, kita bisa kembali menghidupkan spirit Nabi Muhammad saw di zaman ini. Sehingga dengannya, pertama,  kita bisa ikut andil menciptakan dunia yang lebih baik dalam dimensi rahmatan lil alamin. Kedua, orang-orang yang tidak mengenal Nabi akan bisa mengenal Nabi dengan perantara kita, akhlak kita, dan kepribadian kita sebagai seorang muslim. Sehingga mengertilah umat manusia, bahwa Muhammad adalah benar, akhlaknya adalah akhlak terbaik, dan ajaran yang dibawanya adalah benar dan menyempurnakan ajaran-ajaran sebelumnya.
Di era informasi di abad 21 ini, masing-masing kita bisa menjadi PR (Syiar) bagi pribadi Nabi Muhammad saw. Dunia tidak lagi bisa dikerangkeng dan dibendung dalam belenggu kebodohan akan pribadi Nabi Muhammad saw. Derap manusia untuk mengenal pribadi Nabi yang sesungguhnya akan mengalir deras di abad ini. Semakin Nabi dipojokkan oleh orang-orang yang tidak tahu (Saya memilih diksi “Tidak tahu” karena Nabi selalu berdoa agar Allah tidak mengadzab umatnya yang memerangi dirinya dengan kata-kata “Wahai Allah, ampunilah kaumku karena mereka tidak mengetahui”[7]) semakin orang-orang di seluruh penjuru dunia ingin mengetahui pribadi Nabi yang sesungguhnya[8]. Inilah peluang bagi kita untuk mem-PR-kan spirit Nabi di zaman ini. Tapi sebelumnya, kita harus mulai dari masing-masing kita sebagai individu. Pertama, jadikan Nabi sebagai benchmark, sebenar-benar benchmark. Selanjutnya, kita harus menetapkan hati untuk terus hijrah, hijrah, dan hijrah apapun taruhannya. Memperbaiki diri, memperbaiki akhlak. Karena hidup adalah hijrah tiada henti. Demi Allah, demi Rasulullah.
“Ada tiga hal yang bila terdapat pada diri seseorang ia akan merasakan manisnya iman. Menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain keduanya, mencintai seseorang karena Allah, dan benci kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci untuk dilemparkan kepada neraka.”[9]
Would u take this honour please... ?!!
Wallahua’lam Bissawwab...
Referensi :
1.  Gulen, Fethullah (2012). Muhammad saw Cahaya Abadi Kebanggaan Umat  Manusia. Jakarta : Republika.
2.      Fuad Abdul Baqi, Muhammad (2011). Al-Lu’lu wa Al-Marjan. Jakarta : Umul Qura.
3.      Khaled, Amr (2010). Buku Pintar Akhlak. Jakarta : Zaman.
4.      Siauw, Felix (2011). Muhammad Al-Fatih 1453. Jakarta : Khilafah Press.
5.   Ash-Shalabi, Ali Muhammad (2011). Sultan Muhammad Al-Fatih Penakluk Konstantinopel. Solo : Pustaka Arafah.

[1] HR. Bukhari, Ahmad, dan Al-Hakim
[2] QS. Al-Ahzab :21
[3] Statemen Fethullah Gulen
[4] HR. Imam Malik (Hadist no. 1723)
[5] QS. Al-Anbiya :107
[6] Konon Napoleon Bonaparte akhirnya menjadi seorang muslim. Wallahua’lam Bissawwab.
[7] Seandainya Nabi tidak dengan santun menyebut mereka “orang yang tidak mengetahui”, saya pasti sudah memilih kata “Bodoh” untuk menyebutnya. Tapi begitulah akhlak Nabi, begitu santun bahkan pada mereka yang menyakitinya. (Bagaimana mungkin saya menyebut mereka “Bodoh”, sedang Nabi hanya menyebut mereka “Tidak mengetahui”). Diceritakan oleh Fetullah Gulen dalam sirahnya, “Dalam perang Uhud, Rasulullah terluka dan giginya patah. Bahkan ada dua mata rantai topi besi Rasulullah yang menancap di wajah beliau hingga berdarah. Tapi karena Rasulullah adalah rahmat bagi alam semesta, beliaupun segera melepas baju besinya seraya berseru kepada Allah “Wahai Allah, ampunilah kaumku karena mereka tidak mengetahui (Al-Bukhari, Al-Anbiya, 54. Muslim, Al-Jihad, 101-105.” (Muhammad saw Cahaya Abadi Kebanggaan Umat Manusia, hal.83)
[8] Perspektif Prof. Laode M. Kamaluddin,Ph.D waktu saya bertanya kepada beliau apa pendapat beliau tentang film Innocence of Moslem (Dulu pas lagi rame-ramenya). Beliau waktu itu menjawab “Positifnya, orang-orang diseluruh penjuru dunia akan penasaran dan mencari tahu pribadi Nabi yang sesungguhnya, mereka akan bertanya bagaimana mungkin orang yang dicitrakan begitu buruknya bisa dibela oleh begitu banyak pengikutnya di seluruh penjuru dunia, bahkan mereka rela mati demi membelanya. Pastilah Muhammad adalah pribadi yang luar biasa.” Kata Prof, saat itulah kebenaran pribadi Muhammad akan tersebar luas & mengalir deras tanpa bisa dibendung.

Terimakasih banyak, Prof.. Telah menyadarkan aku untuk memilih Muhammad saw sebagai benchmark dalam hidupku. Barakallah ^^
[9] HR. Bukhari Muslim, Al-Lu’lu wa Al-Marjan, Hal 89.

 



 



 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MENCETAK KEPIMPINAN SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

”Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”..(H.R Ahmad b. Hanbal Al-Musnad)
 
Penaklukan kota Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34Hijrah,Muawiyah bin Abu Sufian(84Hijrah),Sultan Sulaiman(91Hijrah),Khalifah Harun al-Rasyid(165Hijrah).Sultan Beyazid pada tahun 1391,1397 dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan.Akhirnya pada 20 Jamadil Awal tahun 857 Hijrah bersamaan 29hb Mei 1435 Masihi barulah kota Konstantinopel berjaya di tawan oleh Sultan Ahmad Al-Fateh.
 
Selepas lebih 800 tahun hadis ini diucapkan oleh Rasulullah s.a.w barulah menjadi ia kenyataan.Sultan Muhammad Al-Fateh bukan sahaja merupakan dipilih oleh Allah s.w.t menjadi seorang pemimpin yang baik tetapi memiliki tentera yang baik serta rakyat yang baik.Disebalik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi seorang pemimpin yang baik,dari kecil lagi beliau telah dilatih hidup sederhana walaupun beliau merupakan kerabat di raja,Al-Fateh juga dididik dengan ilmu agama dan peperangan.
 
Berkat dari usaha ayah Al-Fateh iaitu Sultan Murad 11 mendidik puteranya dengan kehidupan yang sederhana serta dididik dengan ilmu agama dan peperangan yang cukup mendalam akhirnya Sultan Murad mampu melahirkan seorang pemimpin muda berusia 19tahun menaiki takhta yang memiliki sifat seorang pemimpin yang berwibawa serta baik.Sultan Muhammad Al-Fateh memiliki sifat pemimpin yang berakhlak mulia serta berpengaruh sehingga seluruh tentera baginda dan rakyat mempu mematuhi baginda walaupun baginda masih muda usianya.
 
Qiamullai dan solat Tahajjud menjadi amalan wajib yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh menjadikan baginda seorang pemimpin yang beriman serta taat kepada Allah dan Rasul.Mengambil berat hal yang berkaitan tentera dan rakyatnya menjadi satu kemestian dan kewajipan bagi Sultan Al-Fateh bagi membentuk tentera dan rakyat yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t.Sebelum melakukan sesuatu keputusan atau tindakan Sultan Al-Fateh tidak pernah melaksanakannya sebelum terlebih dahulu berbincang dengan Ulama’ dan juga pembantu-pembantu baginda agar keputusan dan tindakan yang dibuat bertetapan dengan Al-Quran dan As-Sunnah menjadikan baginda seorang pemimpin yang sangat dihormati.
 
Memimpin dan berperang kerana Allah s.w.t semata-mata menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh meletakkan Allah s.w.t sebagai tempat pergantungan utama serta baginda terlepas dari sifat cintakan dunia dan keinginan untuk dipuja oleh makhluk.Sifat kepimpinan beginilah yang menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk merealisasikan hadis Rasulullah s.a.w untuk menawan kota keagungan dunia iaitu kota Konstantinopel.
 
Kesimpulannya,saya hendak mengajak sahabat-sahabat sekalian agar kita bersama untik menjadikan diri kita seorang pemimpin yang baik dan mampu memimpin orang lain agar turut menjadi baik agar agama Islam mampu disebarkan dengan berkesan dan baik untuk membentuk UMMAH YANG TERBAIK.....

 



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Di bawah ini beberapa video yg mengisahkan kejayaan Sultan Muhammad Al FAteh. Video2nya panjang tapi berbaloi untuk ditonton kerana banyak kisah dan pengajaran yang boleh dipelajari termasuk semangat seorangn sultan muda dalam menegakkan agama Islam.


 

 
 


 
 




SAMBUNGAN NOTA: