Saturday 21 January 2012

family fun hunt

Minggu lps tmpt keje suami ada buat family fun hunt, mcm treasure hunt tp pesertanya ahli keluarga. Kami bermula seawal jam 8pg berkumpul di pintu utama ofis. Kami disuruh memberi nama kumpulan dan diberikan sticker utk ditampal di kereta. Kereta berbaris dan diatur mengikut giliran. Disbbkan masa tu Mujahid sgt suka tngok Ben10, kami nama kan kump kami Ben10. Sedikit taklimat berkenaan program pd hari itu diberikan bg melancarkan aktiviti diringi dgn doa dan goodie bags diserahkan. Dalam goodie bag ada pelbagai jenis makanan dan air buat bekalan.

Kemudian kami berlepas dalam kereta masing2 ke checkpoint yg telah disediakan. Kami bermain sekitar kawasan uniten. Ada aktiviti jigsaw puzzle..mak bapak yg beria pasang jigsaw puzzle sbb nak cepat, anak2 pulak relaks2 aje sbb dia tak tau yg ni pertandingan. Selain tu ada aktiviti sepak bola, pass getah dalam straw, baling dart, main kereta control dan byk lagi (tak ingat semua). Aktiviti2 tersebut perlu dihabiskan bagi memdapat klu tempat/lokasi seterusnya. Sambil main, sambil cari tmpt, sambil tu jawab teka teki (riddles) yg diberikan. Mengah juga dibuatnya sbb dah lama tak main mcm ni.

Dah habis tu...kami berkumpul di kantin tingkat atas ofis utk majlis penutup dan penyampaian hadiah. Dapatlah hadiah sagu hati...pulang dgn perasaan seronok sbb tringat zaman muda2 main treasure hunt.




k

Wednesday 18 January 2012

encounter with prof muhaya

7hb aritu, kami pergi ke prince court specialist centre utk membawa mil saya berjumpa dgn prof muhaya. Mak nak jmpa nak tanya psal cataract di kedua2 belah mata. Sebelum ni dah operate sebelah mata. Cadangnya nak operate lg sebelah. Suami yg ajak jmpa prof. Saya rs teramat teruja kerana ini pertama kali bertemu prof muhaya, seorang doktor yg mengukir nama dan menjadi terkenal dalam ikim.fm dalam slot khas tentang motivasi dan perubatan.
tgh tggu turn

Kami pergi awal2 pagi utk mengambil giliran. Dalam pukul 11, nama mak dipanggil dan beberapa siri ujian dijalankan. Hanya pada jam 12 tghari baru kami dpt berjumpa prof. Jumpa x sampai 5 minit pon. Prof sgt sibuk terkejar sana sini. Sgt elegen tgk prof dgn jubahnya..tudungnya...prof siap offer saya buat lasik dan bahi diskaun...tp sy kata saya nak fikir dulu...sy x bersedia nak melepaskan cermin mata saya sbb saya dah biasa dgn kehadiran cermin mata. Lagipon sbbkan sy ada lazy eyes dan astigmatism (rabun silau) saya tinggi, ada kemungkinan rabun saya takkan dpt dipulihkan sepenuhnya. Prof kata mungkin later sy kena pakai balik cermin mata tp power tak byklah.masa prof screening mata saya dia kata kornea saya sgt nipis jd masa awalnya prof kata xboleh buat. Tp kemudian prof kata boleg with little adjustment.

Lps jmpa prof, kami solat zuhur di situ dan terus pulang ke rumah. Saya serba salah nak proceed ke tak dgn lasik.suami pon offer nk sponsor kalo sy nak. Sebenarnya sy tringin gak nak rs mcm mana hidup tanpa cermin mata sbb sy dah pakai cermin mata seawal usia 7thn.tp sy bab2 mata ni takut sket. Prof dan staff dia beria memujuk saya sbb katanya senang nak uruskan anak2 sbb kalo x nanti payah takut cermin patah lah etc. Lg kos tinggi sbb kena tukar cermin mata selalu. Saya dlm dilemma. Sy baca2 review org yg dah buat lasik dgn prof muhaya. Prof komen kalo kita pk positif maka komplikasi post op pon kurang tp kalau pk negatif, mcm rs takut ke..maka sebaliknya akan berlaku spt mata pedih lama dll. Saya merasa sgt berat nak buat keputusan. Sy solat istikharah dan selepas beberapa kali akhirnya membuat keputusan utk TIDAK membuat lasik.sy rs bahagia dgn apa yg sy ada.lps buat kwputusan...terasa ringan bahu, kepala...senang hati. In syaa Allah ini yg terbaik. Lps tu x rasa ragu2 pon. Ms sy bgtau keputusan saya tu, misi tu mcm x puas hati tp lantaklah...asal sy gembira.

Anyway, 12hb tu mil proceed dgn cataract op daycare je. Saya dan suami amek cuti utk teman mak. op berjln dgn lancar. Mil ada post op TCA 21hb.

mkn bfast ngn mil



Thursday 5 January 2012

semuanya psal Mujahid

tempoh hari, Mujahid menyambut hari lahirnya ke 4. ya, benar.. masa cepat berlalu. rasanya baru sahaja saya mengendong mujahid dalam dakapan saya, tp sekarang dah besar dan sudah berdikari dan bersekolah tadika.

saya ingat lagi, saya tidak dpt menyusu sepenuhnya buat mujahid disbbkan kurang ilmu ketika itu dan tidak byk promosi dan ilmu tentang penyususan diketengahkan. masa tuh pon takde internet nak buat search. jd sejak lahir lagi mujahid dan minum campur susu ibu dan susu formula. selepas saya bersalin, saya ingin menyusukan mujahid tp nurse di sana beria2 suruh saya berehat dan tinggalkan mujahid di nursery. saya pon akur sbb saya sendiri tidak tahu nak buat mcm mana. suami pon keliru juga. smpai esok pagi, baru sy dpt berjmpa dengan mujahid, malam tuh sy tidur mcm biasa, bercampur perasaan kerana sudahpun bergelar ibu. saya meminta nurse mengajar saya utk menyusu badan tp nurse tuh pon mcm tak tahu je...so saya pandai2 sendiri lah.

di rumah pon, arwah mak bising sbb takut anak lapar, jd campurlah susu. kemudian, kena masuk wad di hopsital serdang sbb mujahid kuning tinggi (jaundice)..kena letak bawah double phototherapy. sbbkan nak cepat balik, saya sumbatkan juga susu formula sbb sy kurang yakin susu badan saya mencukupi. tp dlm ms yg sama, saya tetap berusaha menyusu bada utk mujahid dan sambil2 tuh mengumpul stok susu. sepanjang tempoh itu, mujahid masuk wad 2 kali disbbkan jaundice.

masa tuh takde internet jadi saya tak dpt nak survey psal pam susu yg best. masa tuh juga, tak byk promosi lagi berkenaan penyusuan susu ibu. kalau tgk majalah favourite saya "Pa&Ma" pon tak byk sebut psal penjagaa alami ni...jd masa nak pilih pam susu, kami singgah di Susuibu.com di bangi, itupun terjmpa secara kebetulan....so beli pam susu ikut bajet yg ada je lah. maka saya pon membeli Medela Mini Electric single pump. nak cari cooler bag pon tak byk pilihan lagi ketika itu. penggunaan baby warmer utk cairkan susu ibu pon tak diperkenalkan lagi. saya rasa bukan tak diperkenalkan lagi, masa tuh promosi masih kurang. mungkin mat salleh dah pakai lama, tp disbbkan takde internet, maka ilmu pon kurang. time kakak saya bersalin tahun 2004, masa tuh lagi susah nak cari cooler bag, kakak saya siap beli colemannyer cooloer bag yg tak nmpak cantik langsung (berbanding masa Insyirah, intenet ada, promosi juga byk dalam majalah2, pilihan barangan penyusuan juga sudah byk, cooler bag pon berwarna warni)

anyway....

saya mula bekerja setelah mujahid 4 bulan, sedih tak terhingga meninggalkan mujahid di taska. seminggu sblm bekerja, saya sudah cuba2 menghantar mujahid 2-3 hari ke taska. sementara mujahid di sana, terngiang2 suaranya bergema di rumah. saya mula bekerja kembali di posting orthopaedik ketika itu. disbbkan kesibukan utk belajar byk benda di posting pertama saya termasuk menghadiri pembedahan, saya kurang masa utk mengepam susu. OT pula lama sehinggakan habis baju basah disbbkan susu yg "melimpah"...kerana tidak konsisten dengan pengepaman susu, maka susu saya terus berkurangan dan hanya dpt menyusu mujahid sehingga mujahid berusia lima bulan. bukan apa, masa nak cari pon susah, pulak tu pakai single pump, jd masa nak pump tu lama sangat.

ketika itu jugalah mujahid masuk wad buat kali ketiga kerana demam panas. pd awalnya, saya membawa mujahid berjumpa dengan arwah makcik saya, Dr Norra (paediatrician) di serdang kerana ruam yg "pelik" naik di tubuh mujahid. rupa2nya Mujahid diserang Kawasaki Disease. Makcik saya tersenyum2 kerana melihatkan Mujahid yg mata sepet rupa seperti anak jepun kena penyakit berasakan nama Jepun juga...tehee...5 hari duduk di wad dan saya terpaksa cuti lima hari. masa tuh masih di ortho. mujahid terpaksa makan aspirin selama beberapa bulan sehinggakan mujahid developed aspirin allergy. selepas2 itu, mujahid mempunyai lawatan ke klinik pakar utk follow up jaundice dan "kawasaki"nya termasuk 2 kali ke GHKL utk echocardiography.

byk perkara yg saya kurang ingat tentang mujahid kerana masa saya lebih byk beroncall di hospital dan setibanya di rumah, saya akan "tumbang" pula. tp saya ingat ketika dlm lingkungan usia 4 bulan, mujahid belajar meniarap sehinggakan menjerit2 marah kerana susah utk meniarap. dalam 6 bulan mujahid memulakan aktiviti komander crawling yg mana mak mertua saya kata, itulah merangkak yg paling laju dia pernah tengok setakat nih. memang laju.....saya sendiri pon rasa tak pernah tgk baby merangkak selaju tuh. mujahid belajar merangkak dulu sebelum duduk, itupun dia duduk seperti antara dua sujud, bukannya kaki di depan. memanjat kotak2 yg ada sehinggakan nyaris2 nak terbalik. (masa tuh kami nak pindah umah jd byk kotak2) dalam usia 10 bulan, mujahid bertatih dan genap setahun, mujahid sudah boleh berjalan.

mujahid manja dan rapat dengan abahnya...ini semua gara2 saya disibukkan dengan HO saya. masa saya di posting kedua saya di Medical (perubatan)..ketika itu, usia Mujahid menjangkau 8 bulan. masa itu, HO baru semuanya kena tagging 3 minggu dan oncall selang sehari (EOD)..selama 3 minggu saya jarang2 sekali dpt berjmpa dengan Mujahid....ketika itulah saya sedar Mujahid sudah mula memilih abah lebih dr ibu.... sikit2 abah, sikit2 abah. sebagai seorang ibu, mmg terasa sedih, saya sedar akan keadaan itu namun apakan daya, situasi sudah sebegitu. kalau diikutkan, sehinngga kini nak abah sokmo....nam kandi dengan abah, nak makan suap ngan abah, nak naik motor/ kete ngan abah....saya rasa ms saya mengandungkan Insyirah, baru Mujahid nak melekat skit ngan saya, mungkin jeles lah tuh..org kata pembawakan budak....

macam2 mujahid nih...

p/s - mcm saya kata, tak byk yg saya dpt ingat dan coret buat masa ni...kena kelebek balik gambar dan tanya suami...nanti kalau ada benda lagi, saya kabo.


Tuesday 3 January 2012

Hari pertama Mujahid di Tadika

Hari ni hari pertama Mujahid di Tadika Little Caliph. Saya pula yg nervous. Tahun 2012, tahun baru disambut sederhana sahaja.... takde sambutan sebenarnya....buat mcm hari2 biasa je. Namun yg membezakannya, tahun ni, saya melangkah satu lagi era keibubapaan yg baru..new parenting era...anak bersekolah.

Persediaan sederhana sahaja. Beg sekolah dah beli 3 minggu awal yg mana Mujahid dah rasmikan di taskanya. sibuk setiap hari membawa beg sekolah ke taska...beg sekolah ben10. tak berisi apa2 pon, kosong aje. baju sekolah pula dpt masa open day di tadika 2 minggu sebelum sesi persekolahan bermula. alat2 tulis pon tak beli sbb nanti akan disediakan di tadika...mudah. kasut sekolah pon tak perlu sbb bukannya nak pakai kasut dalam tadika....pakai selipar je.

pagi tu, saya bangun seperti biasa. saya memang merancang utk bercuti selama dua hari utk memantau mujahid di tadika. tapi sbenarnya tak byk yg perlu dipantau sbb saya tak perlu uruskan kenderaan transit, Mujahid akan terus daycare di tadika tersebur. suami pula hari tu ada ujian utk master tp jam 2pm. jd siapkan mujahid jam 8am dan hanya ke tadika hampir2 jam 830am. setibanya di sana, sudah ramai ibu bapa berkumpul dan sibuk menghantar anak masing2. mujahid dengan seronoknya bermain2 di situ, al maklumlah byk mainan di sana. sehingga jam 930 kami di sana, menantikan sekiranya ada sesi orientasi utk ibu bapa, namun tiada yg diberi. pelik pula, selalunya ada sesi perkenalan dengan ibu bapa dan guru2 pengajar. jam 930, teacher dah suruh anak2 berkumpul dan ibu bapa pula perlu beredar. saya terpinga2 kerana tiada sesi perkenalan/ orientasi, tak diberitahu nama2 teacher, jadual pembelajaran anak2, bila aktiviti sukan etc.

disbbkan ibu bapa sudah disuruh meninggalkan anak masing2, kami pon menghampiri Mujahid yg sibuk bermain "ibu dan abah nak balik ni"... saya sangkakan mujahid akan tenang sahaja kerana sudah biasa di taska dan dr tadi sungguh asyik bermain, namun selepas memberitahu dia bahawa kami akan meninggalkan dia di tadika, mujahid terus duduk atas riba suami, menjebek. "nak ikut"

nasib baiklah tak nangis. dan nasib baik juga anak kakak saya juga turut dihantar ke tadika yg sama. kira sepupu Mujahid lah..mereka sebaya. saya menyuruh Hana memujuk Mujahid...dengan bijak sekali, Hana kata " Takpe Mujahid, nanti kakak boleh tolong jaga Mujahid" Hana membahasakan dirinya dengan Mujahid sbg kakak kerana walaupun lahir pd tahun yg sama, perbezaan umur mereka hampir setahun (mana taknya, Hana lahir bulan Feb, Mujahid pula Dis)... saya juga turut memujuk Mujahid dan akhirnya Mujahid bersedia utk ditinggalkan.... bunyi mcm lama nak memujuk tp sebenarnya tak lama pon. sekejap je.ada lah sorang budak yg menangis mengejar ibunya, tp saya tak sempat tengok drama tu smpai habis kerana terpaksa beredar sebelum Mujahid tukar fikiran.

lepas hantar mujahid, saya sibuk menguruskan hal2 saya dan suami pula ke uniten utk study sebelum exam ptg nanti. di hari pertama, pihak sekolah tidak menyediakan daycare, jd jam 1130 am, saya menjemput mujahid kembali ke rumah. tanya belajar apa, kata lukis2 je....hehe...habis cerita Mujahid di tadika di hari pertama.

alhamdulillah.