tempoh hari, Mujahid menyambut hari lahirnya ke 4. ya, benar.. masa cepat berlalu. rasanya baru sahaja saya mengendong mujahid dalam dakapan saya, tp sekarang dah besar dan sudah berdikari dan bersekolah tadika.
saya ingat lagi, saya tidak dpt menyusu sepenuhnya buat mujahid disbbkan kurang ilmu ketika itu dan tidak byk promosi dan ilmu tentang penyususan diketengahkan. masa tuh pon takde internet nak buat search. jd sejak lahir lagi mujahid dan minum campur susu ibu dan susu formula. selepas saya bersalin, saya ingin menyusukan mujahid tp nurse di sana beria2 suruh saya berehat dan tinggalkan mujahid di nursery. saya pon akur sbb saya sendiri tidak tahu nak buat mcm mana. suami pon keliru juga. smpai esok pagi, baru sy dpt berjmpa dengan mujahid, malam tuh sy tidur mcm biasa, bercampur perasaan kerana sudahpun bergelar ibu. saya meminta nurse mengajar saya utk menyusu badan tp nurse tuh pon mcm tak tahu je...so saya pandai2 sendiri lah.
di rumah pon, arwah mak bising sbb takut anak lapar, jd campurlah susu. kemudian, kena masuk wad di hopsital serdang sbb mujahid kuning tinggi (jaundice)..kena letak bawah double phototherapy. sbbkan nak cepat balik, saya sumbatkan juga susu formula sbb sy kurang yakin susu badan saya mencukupi. tp dlm ms yg sama, saya tetap berusaha menyusu bada utk mujahid dan sambil2 tuh mengumpul stok susu. sepanjang tempoh itu, mujahid masuk wad 2 kali disbbkan jaundice.
masa tuh takde internet jadi saya tak dpt nak survey psal pam susu yg best. masa tuh juga, tak byk promosi lagi berkenaan penyusuan susu ibu. kalau tgk majalah favourite saya "Pa&Ma" pon tak byk sebut psal penjagaa alami ni...jd masa nak pilih pam susu, kami singgah di Susuibu.com di bangi, itupun terjmpa secara kebetulan....so beli pam susu ikut bajet yg ada je lah. maka saya pon membeli Medela Mini Electric single pump. nak cari cooler bag pon tak byk pilihan lagi ketika itu. penggunaan baby warmer utk cairkan susu ibu pon tak diperkenalkan lagi. saya rasa bukan tak diperkenalkan lagi, masa tuh promosi masih kurang. mungkin mat salleh dah pakai lama, tp disbbkan takde internet, maka ilmu pon kurang. time kakak saya bersalin tahun 2004, masa tuh lagi susah nak cari cooler bag, kakak saya siap beli colemannyer cooloer bag yg tak nmpak cantik langsung (berbanding masa Insyirah, intenet ada, promosi juga byk dalam majalah2, pilihan barangan penyusuan juga sudah byk, cooler bag pon berwarna warni)
anyway....
saya mula bekerja setelah mujahid 4 bulan, sedih tak terhingga meninggalkan mujahid di taska. seminggu sblm bekerja, saya sudah cuba2 menghantar mujahid 2-3 hari ke taska. sementara mujahid di sana, terngiang2 suaranya bergema di rumah. saya mula bekerja kembali di posting orthopaedik ketika itu. disbbkan kesibukan utk belajar byk benda di posting pertama saya termasuk menghadiri pembedahan, saya kurang masa utk mengepam susu. OT pula lama sehinggakan habis baju basah disbbkan susu yg "melimpah"...kerana tidak konsisten dengan pengepaman susu, maka susu saya terus berkurangan dan hanya dpt menyusu mujahid sehingga mujahid berusia lima bulan. bukan apa, masa nak cari pon susah, pulak tu pakai single pump, jd masa nak pump tu lama sangat.
ketika itu jugalah mujahid masuk wad buat kali ketiga kerana demam panas. pd awalnya, saya membawa mujahid berjumpa dengan arwah makcik saya, Dr Norra (paediatrician) di serdang kerana ruam yg "pelik" naik di tubuh mujahid. rupa2nya Mujahid diserang Kawasaki Disease. Makcik saya tersenyum2 kerana melihatkan Mujahid yg mata sepet rupa seperti anak jepun kena penyakit berasakan nama Jepun juga...tehee...5 hari duduk di wad dan saya terpaksa cuti lima hari. masa tuh masih di ortho. mujahid terpaksa makan aspirin selama beberapa bulan sehinggakan mujahid developed aspirin allergy. selepas2 itu, mujahid mempunyai lawatan ke klinik pakar utk follow up jaundice dan "kawasaki"nya termasuk 2 kali ke GHKL utk echocardiography.
byk perkara yg saya kurang ingat tentang mujahid kerana masa saya lebih byk beroncall di hospital dan setibanya di rumah, saya akan "tumbang" pula. tp saya ingat ketika dlm lingkungan usia 4 bulan, mujahid belajar meniarap sehinggakan menjerit2 marah kerana susah utk meniarap. dalam 6 bulan mujahid memulakan aktiviti komander crawling yg mana mak mertua saya kata, itulah merangkak yg paling laju dia pernah tengok setakat nih. memang laju.....saya sendiri pon rasa tak pernah tgk baby merangkak selaju tuh. mujahid belajar merangkak dulu sebelum duduk, itupun dia duduk seperti antara dua sujud, bukannya kaki di depan. memanjat kotak2 yg ada sehinggakan nyaris2 nak terbalik. (masa tuh kami nak pindah umah jd byk kotak2) dalam usia 10 bulan, mujahid bertatih dan genap setahun, mujahid sudah boleh berjalan.
mujahid manja dan rapat dengan abahnya...ini semua gara2 saya disibukkan dengan HO saya. masa saya di posting kedua saya di Medical (perubatan)..ketika itu, usia Mujahid menjangkau 8 bulan. masa itu, HO baru semuanya kena tagging 3 minggu dan oncall selang sehari (EOD)..selama 3 minggu saya jarang2 sekali dpt berjmpa dengan Mujahid....ketika itulah saya sedar Mujahid sudah mula memilih abah lebih dr ibu.... sikit2 abah, sikit2 abah. sebagai seorang ibu, mmg terasa sedih, saya sedar akan keadaan itu namun apakan daya, situasi sudah sebegitu. kalau diikutkan, sehinngga kini nak abah sokmo....nam kandi dengan abah, nak makan suap ngan abah, nak naik motor/ kete ngan abah....saya rasa ms saya mengandungkan Insyirah, baru Mujahid nak melekat skit ngan saya, mungkin jeles lah tuh..org kata pembawakan budak....
macam2 mujahid nih...
p/s - mcm saya kata, tak byk yg saya dpt ingat dan coret buat masa ni...kena kelebek balik gambar dan tanya suami...nanti kalau ada benda lagi, saya kabo.
No comments:
Post a Comment