Tuesday 3 January 2012

Hari pertama Mujahid di Tadika

Hari ni hari pertama Mujahid di Tadika Little Caliph. Saya pula yg nervous. Tahun 2012, tahun baru disambut sederhana sahaja.... takde sambutan sebenarnya....buat mcm hari2 biasa je. Namun yg membezakannya, tahun ni, saya melangkah satu lagi era keibubapaan yg baru..new parenting era...anak bersekolah.

Persediaan sederhana sahaja. Beg sekolah dah beli 3 minggu awal yg mana Mujahid dah rasmikan di taskanya. sibuk setiap hari membawa beg sekolah ke taska...beg sekolah ben10. tak berisi apa2 pon, kosong aje. baju sekolah pula dpt masa open day di tadika 2 minggu sebelum sesi persekolahan bermula. alat2 tulis pon tak beli sbb nanti akan disediakan di tadika...mudah. kasut sekolah pon tak perlu sbb bukannya nak pakai kasut dalam tadika....pakai selipar je.

pagi tu, saya bangun seperti biasa. saya memang merancang utk bercuti selama dua hari utk memantau mujahid di tadika. tapi sbenarnya tak byk yg perlu dipantau sbb saya tak perlu uruskan kenderaan transit, Mujahid akan terus daycare di tadika tersebur. suami pula hari tu ada ujian utk master tp jam 2pm. jd siapkan mujahid jam 8am dan hanya ke tadika hampir2 jam 830am. setibanya di sana, sudah ramai ibu bapa berkumpul dan sibuk menghantar anak masing2. mujahid dengan seronoknya bermain2 di situ, al maklumlah byk mainan di sana. sehingga jam 930 kami di sana, menantikan sekiranya ada sesi orientasi utk ibu bapa, namun tiada yg diberi. pelik pula, selalunya ada sesi perkenalan dengan ibu bapa dan guru2 pengajar. jam 930, teacher dah suruh anak2 berkumpul dan ibu bapa pula perlu beredar. saya terpinga2 kerana tiada sesi perkenalan/ orientasi, tak diberitahu nama2 teacher, jadual pembelajaran anak2, bila aktiviti sukan etc.

disbbkan ibu bapa sudah disuruh meninggalkan anak masing2, kami pon menghampiri Mujahid yg sibuk bermain "ibu dan abah nak balik ni"... saya sangkakan mujahid akan tenang sahaja kerana sudah biasa di taska dan dr tadi sungguh asyik bermain, namun selepas memberitahu dia bahawa kami akan meninggalkan dia di tadika, mujahid terus duduk atas riba suami, menjebek. "nak ikut"

nasib baiklah tak nangis. dan nasib baik juga anak kakak saya juga turut dihantar ke tadika yg sama. kira sepupu Mujahid lah..mereka sebaya. saya menyuruh Hana memujuk Mujahid...dengan bijak sekali, Hana kata " Takpe Mujahid, nanti kakak boleh tolong jaga Mujahid" Hana membahasakan dirinya dengan Mujahid sbg kakak kerana walaupun lahir pd tahun yg sama, perbezaan umur mereka hampir setahun (mana taknya, Hana lahir bulan Feb, Mujahid pula Dis)... saya juga turut memujuk Mujahid dan akhirnya Mujahid bersedia utk ditinggalkan.... bunyi mcm lama nak memujuk tp sebenarnya tak lama pon. sekejap je.ada lah sorang budak yg menangis mengejar ibunya, tp saya tak sempat tengok drama tu smpai habis kerana terpaksa beredar sebelum Mujahid tukar fikiran.

lepas hantar mujahid, saya sibuk menguruskan hal2 saya dan suami pula ke uniten utk study sebelum exam ptg nanti. di hari pertama, pihak sekolah tidak menyediakan daycare, jd jam 1130 am, saya menjemput mujahid kembali ke rumah. tanya belajar apa, kata lukis2 je....hehe...habis cerita Mujahid di tadika di hari pertama.

alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment