Monday, 26 December 2011

Selamat Hari Lahir ke-4 Mujahid

"Tepat jam 10.40 pm nanti, genaplah usiamu 4 tahun. Selamat Hari Lahir buat anakku sayang, Ahmad Mujahid. semoga menjadi anak soleh, hidupmu sentiasa di bawah lindungan Ilahi, diberkatiNya, dimurahkan rezeki. Wahai anakku, jadikanlah Allah matlamatmu, Ar-Rasul ikutanmu, al-Quran panduanmu, al-jihad jalanmu, syahid impianmu..inilah doa IBU buat mu, wahai Ahmad Mujahid. Ameen. (asalnya Ibu dan Abah nak bagi nama Amer Mujahid tp remang pulak bulu roma kami sbb nama yg cukup besar maksudnya)"
 4 tahun yg lepas, saya selamat melahirkan zuriat kami yg pertama. Penantian selama 9 bulan itu terasa cepat sahaja walaupun pada peringkat awalnya terasa berzaman. 
Antenatal
suami ketika itu baru bertukar kerja dr UTP ke TNBR...jadi perlu pergi Team Building di OBM, Lumut. saya ditinggalkan selama 2 minggu. Seperti biasa, saya due untuk datang bulan tp bulannya tak dtg2. Saya pelik, stress agaknya. tapi saya perasan suatu kelainan pd diri saya. beberapa selepas itu, saya seringkali sakit perut di waktu malam, mencucuk2 di bahagian bawah perut, awal pagi pula asyik cirit.Nak kata salah makan, tak juga. Selepas lewat seminggu, saya pon melakukan ujian kehamilan sendiri di rumah dan mendapati POSITIF. saya meloncat2 kegembiraan seorang diri. Tak sabar menanti kepulangan suami utk memberitahu khabar gembira tersebut.  Masa bagitau suami, suami tersengih lebar mcm kerang busuk.
seminggu selepas itu, mulalah morning sickness saya yg amat teruk. apa saje yg makan pasti keluar kembali. almaklumlah nih pregnant yg pertama, manja lah skit. tp memang pedih perut dan tekak sbb asyik muntah je. byk pula pantang larangnya. sepatutnya saya bermula bekerja sbg HO di awal Jun, namun selepas bekerja selama 3 minggu, saya tidak dpt bertahan disbbkan morning sickness saya. Saya HO baru, maka selalu dibuli dan oleh kerana tidak sihat, saya selalu MC dan tidak dpt fokus utk belajar dan menjadi HO yg rajin. Maka ramai senior2 HO menganggap saya pemalas. Saya berbincang dengan HOD saya dan dia bersetuju agar saya menangguhkan HO saya terlebih dahulu. Saya senang hati sbb tak perlu menyusahkan org lain.  
selepas tu, arwah mak dtg utk melawat saya, dan ketika itu, arwah jatuh sakit dan didapati menghidap kanser paru-paru. Saya yg tidak bekerja menjaga arwah mak saya di HUKM selama 2 bulan dan seterusnya sehingga saya bersalin.... full time. Ketika mengandungkan Mujahid, saya mengalami byk mood swing disbbkan hormon dan sering dilanda kesedihan melihat keadaan mak saya yg tidak sihat. Dalam sarat, saya seret diri saya utk menemani mak utk sesi kemoterapi. setiap hari melihat mak sakit dan lemah disbbkan rawat kemo tersebut. Bila sedih, saya mula jadi marah2 utk sembunyikan kesedihan saya. 
rawatan antenatal saya dibuat di Klinik Famili, Bangi kerana klinik tu kurang orang. Di penghujungnya, kami dirujuk ke Hospital Pakar Az-Zahrah, Bangi. 
seminggu sebelum saya due utk bersalin, mak pindah dan duduk bersama kakak. saya pula disuruh menyerahkan diri pada hari rabu 26 Dis 2007 utk di"induce" disbbkan Mujahid IUGR/ SGA. (EDD 27/12/2007). 3 hari sebelum bersalin, saya mengamalkan air selusuh, tp bukan air akar kayu apa2 pun, air bacaan doa dan Quran sahaja yg dibuat ileh ibu rakan suami yg merupakan anak murid Harun Din.
Labour pain
saya tiba jam 11 pagi. doktor datang dalam jam 2 pm dan hasil pemeriksaan VE (vaginal examination), pangkal rahim tertutup rapat, belum ada tanda2 bersalin, maka prostin pertama dimasukkan. Jam 4 pm, sakit mula semakin kerap. Saya gagahkan diri utk solat. suami membantu saya dengan membaca Al-Quran sambil menggosok2 belakang saya.Jam 6 pm, VE menunjukkan progress, bukaan rahim (Os) sudah 2 cm.  Khabarnya lepas isya', akan dibawa ke bilik bersalin. Maghrib pun tiba. Tiba2 lendir darah turun (show)..sakit tidak terperi. Saya mohon utk jama'kan solat maghrib dgn isya' namun suami kata saya sempat utk bersolat isya'. Menonggeng2 saya disbbkan sakit. Sudah beberapa kali jururawat datang dan menawarkan kpd saya utk mengambil epidural, namun saya menolak kerana ingin merasa kesakitan bersalin itu sepertimana ibu2 lain. Jam 830pm, saya di VE kan sekali lagi, baru 4 cm. Kontraksi semakin kerap dan saya semakin lembik. Solat isya' sudah masuk dan saya tertangguh kerana dek kesakitan. Jam 930pm, saya mengangkat bendera putih, saya mahu epidural. Namun jururawat hanya dtg jam 1015pm lalu menolak saya ke bilik bersalin utk diberikan suntikan epidural. VE menunjukkan antara 5-6 cm. tapi sakitnyer terlampau kerap, dah overstimulated...agak2nya disbbkan air selusuh. Bidan pun pelik sbb kerap sangat, maybe 5 in 10. sementara menunggu pakar bius dtg, dalam lingkungan 10-15 minit, saya rasa macam nak terberanak, menjerit2 panggil bidan. Bidan pula mcm tak percaya yg saya nak beranak sbb baru sekejap td dia VE saya. Tapi dia mula menyedari yg saya teramat sakit, lalu dtg VE sekali lagi.. alamak, dah fully...cepatnya... ketika itu, pakar bius baru tiba. Mereka tak sempat memasang branula, tiada IV drip, tiada CTG terpasang.. betapa tidak bersedianya mereka utk saya bersalin ketika itu. Precipitate labour lah kata kan. Tergesa2 mereka memanggil pakar saya. dalam menunggu tuh, air kutuban saya pecah, rasa mcm belon air pecah...brushhhhhh....sampai jer pakar, terus bagi laluan utk bersalin. Pakar suruh suami tengok kepala baby tapi suami saya tengok kejap je, tak sanggup tengok lebih2...dia kata ngeri. Dua kali teran, lahirlah Ahmad Mujahid....alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment