Sunday, 18 December 2011

Human's right is not to do human's wrong....

tajuk nih diambil sempena petikan kata2 seorang rakan saya....

baru2 ini kita semua digemparkan dgn berita tentang kehilangan seorang pelajar lelaki jurusan perubatan tajaan petronas yg dikatakan menghilangkan diri dan tidak dpt dihubungi selama 3 tahun. apabila membaca berita tersebut, kita pasti akan terkejut kerana pelajar tersebut langsung tidak menghubungi keluarganya dan mereka pula terpaksa menanggung beban hutang membayar penajanya sejumlah RM800k+. sehari kemudian, berita tentang status pelajar tersebut tersebar lagi, dikatakan duta kita di sana mengesahkan pelajar terbabit berada dalam keadaan selamat dan status perjalanannya di sana adalah sah.namun maklumat lanjut tentang kedudukan dan cara menghubungi pelajar tersebut tidak akan didedahkan kerana menghormati hak asasi manusia yg dipegang oleh kerajaan di sana. kerajaan kita berharap dpt menghubungi pelajar tersebut agar dia dpt berhubung terus dengan keluarganya. di hari ketiga, berita lain pula tersebar...benar atau tidak, saya sendiri tidak pasti. ia berkisar tentang pelajar yg sama yg berkahwin dengan lelaki warga sana...a.k.a. gay wedding. 

di sini bukan utk saya bergosip tentang kehidupannya...bahkan saya sendiri tidak tahu kebenaran kisah itu, mungkin ianya satu tabloid dan fitnah semata2. namun, persoalan yg ingin dibincangkan bukan tentang betul atau tidak kisah itu, namun yg lebih besar iaitu MENYELAMATKAN AQIDAH seseorang itu. andai kata khabar itu adalah benar...adakah kerajaan kita, duta kita di sana, pegawai hal ehwal pelajar di sana TAHU tentang kisah pelajar kita? adakah mereka cuba menutupi hal ini? oklah...hal2 sebegini yg begitu mengaibkan harus ditutupi dan tidak perlu dibincang di khalayak ramai kerana ia amat memalukan bg pihak pelajar tersebut mahupun keluarganya. namun, saya agak tidak setuju sekiranya mereka akan terus berdiam diri dan tidak cuba mencari pelajar tersebut atau mendapatkan nombor kontek beliau utk diberikan kepd ahli keluarga....terutamanya atas alasan menjaga hak2 asasi manusia..(human's right)....

seharusnya mereka mendedahkan sahaja kedudukan beliau dan cara utk dihubungi kpd keluarga agar dpt memujuknya kembali ke pangkal jalan. sebagai saudara seIslam, kita tidak patut membiarkan dia terus hanyut dalam dunianya yg penuh maksiat, dosa dan noda itu. kasihanilah dia....dia masih ada ruang utk kembali membetulkan syahadahnya.

saya tidak mahu membicangkan hal pelajar tersebut dgn lebih lanjut. dalam negara kita sahaja, terdapat byk kes2 yg serupa tp tak sama. beberapa tahun yg lalu, seorang melayu Muslim yg memeluk agama Kristian (tak silap saya namanya Lina Joy) yg mana dia dinafikan haknya utk bertukar agama di dalam kad pengenalan oleh majlis agama kita. sedihnya, msih ada segelintir org kita yg tidak faham lalu memberontak akan tindakan majlis agama tersebut yg menghalangnya  dr menukarkan agama di dalam kad pengenalan..ok...tukar agama di kad pengenalan tuh tak lah penting sgt berbanding dgn realiti yg mana si dia sudahpun murtad. itu bukan isu yg perlu digaduh2...apa sahaja agama yg tertera di kad pengenalan itu bukanlah penentu segala2nya, yg penting apa yg tertakhluk dalam hati masing2. tp dalam perbahasan tersebut, saya ada menulis satu artikel perbincangan di ruangan Yahoo!Groups. nampaknya masih ada yg tidak bersetuju dengan pandangan saya tentang perlunya kita sama2 berusaha menyelamatkan aqidah seseorang itu.

dari situ, bermulalah satu dialog antara saya dan penulis misteri ini..saya tidak pasti dia ini beragama Islam atau lain. namun, pintasnya, dia cuba menegakkan hak2 asasi si murtad tadi utk menentukan agama yg ingin dianutinya. ya, saya faham tentang hak2 seseorang itu...tapi bagaimana pula hak2 kita terhadap dia (Lina Joy) sebagai saudara islam? haruskan kita membenarkan dia berpaling tadah kpd Tuhan pencipta sekalian alam?? apakah tanggungjawab kita dalam usaha ini? tidakkan kita akan dipersoalkan kelak kerana tidak menunaikan tanggunjawab kita terhadap saudara seIslam kita ini? memang kita ada hak utk memilih jalan kita sendiri, nak baik, nak jahat, namun mensyirikkan Allah sesudah kita mengucapkan syahadah..itu kita tidak diberikan pilihan. kita harus/ perlu setia. sudah tentu, selepas berusaha bersungguh2 sekalipun, sekiranya dia ingin kekal dengan agama lain itu, itu hak dia...tp sekurang2nya kita sudah berusaha. tugas kita berdakwah...namun hidayah tetap dr ALlah.

contoh lain, kes seksualiti merdeka....bukan ini perjuangan mereka, namun di sebaliknya, mereka cuba memperjuangkan hak2 mereka utk hidup "normal" seperti org lain tanpa di pandang serong oleh masyarakat. ya..sekali lagi, kita berbicara tentang HAK ASASI...TAPI SIAPA YG LEBIH TAHU TENTANG HAK ASASI MANUSIA KALAU BUKAN PENCIPTA MANUSIA ITU SENDIRI YAKNI ALLAH SWT. 

kalau kereta rosak, pergi ke mekanik, kalau paip rosak, cari tukang paip....kalau hati rosak....Allah lah tempat yg harus kita tujui....sebagai analogi, seorang pencipta kereta PERODUA merekacipta sebuah kereta baru yg diberi nama VaVaVooM. disbbkan dia yg mencipta VaVaVooM, maka hanya dia seorang sahaja yg tahu cara mengoperasikan kereta itu, hanya dia sahaja yg boleh ajar org lain utk membantunya operasikan kereta tersebut, kalau kereta itu rosak, kpd dia lah tmpt pertama yg perlu dituju. kalau tanya org lain, pencipta peti ais Toshiba, sudah tentu dia tidak tahu cara membaiki kereta tersebut. jd konsepnya sama...

siapa KITA? MANUSIA bukan? siapa yg mencipta kita? ALlah...kalau kita mengalami masalah, siapa kita rujuk? ALLAh..pandai....so buku manualnya sudah tentu Al-Quran.... kenapa perlu kita mengambil sistem lain selain dr sistem Islam sedangkan di dalam Quran, sudah terbentang luas garis panduan yg ada utk kita selamat dunia akhirat. apabila kita mengambil sistem selain dr Allah yg mana ianya tidak sempurna, maka wujudlah lubang2 dan jurang2 kekosongan yg tidak dpt diisi yg disbbkan ketidaksempurnaan itu. oleh yg demikian, sistem2 lain pula akan wujud utk menutupi lubang2 tersebut....

sistem barat yg diperkenalkan kpd kita byk lubang2nya sehinggakan suatu ketika, antara lubang yg dikenalpasti adalah penindasan wanita. wanita2 barat semakin gempar dengan penindasan yg berlaku terhadap mereka lalu di situlah mulanya wujud konsep "feminisme" yg dibangkitkan dengan tujuan utk membela nasib kaum wanita yg ditindas, didera etc. kewujudan Sisters In Islam juga diperakui diadakan utk menutupi lubang2 yg ada dalam sistem yg diamalkan di negara kita. oleh kerana kita tidak mengamalkan Islam sepenuhnya, masih ramai di luar sana yg tidak memahami sepenuhnya tentang hebatnya wanita ini di sisi Islam...sehingga ingin mewujudakn satu organisasi berbeza pula utk membela nasib.  wanita solehah..tangannya yg menggoncangkan dunia.. dengan kesolehannya itu wujud pejuang2 Islam yg lain...bagaimana tingginya pahala yg Allah kurniakan kpd mereka yg sedang mengandung, berperang utk sersalin etc.... di samping itu, Islam juga membela wanita2nya dengan mempertahankan maruah melalui penutupan aurat, membela mereka sekiranya didera oleh suami dengan wujud hukum fasakh/ khulu' dan mcm2 lagi....semuanya bertempat. mungkin ada yg rasa tak setuju contohnya hukum faraid yg mementingkan lelaki, namun semuanya bersebab...tak payah nak terang panjang lebar di sini, itu kena bincang lain pula. namun kita masih buta, masih ingin mengagungkan sistem yg selain dr Islam...sehingga kini, saya tidak nampak perjuangan SIS releven kerana perjuangan mereka itu lapuk, Islam sudah lama memperjuangkannya 1500 tahun yg terdahulu. perjuangan mereka hanya mengikut nafsu utk memenuhi kepentingan sendiri.


Yg penting......hal ini tidak berlaku di dalam Islam kerana Islam itu SYUMUL, merangkumi semua aspek kehidupan.. KONSEP PENTINGNYA IALAH ISLAM ITU SYUMUL DAN CARA HIDUP YG SEBENAR.

apabila kita cuba mempertahankan hak2 asasi ini...kita perlu ingatkan kembali...apa sebenarnya hak2 asasi kita yg sebetulnya? YA..MENGABDIKAN DIRI KPD ALLAH. memanglah semua orang nakkan hak2 mereka, privasi, tak mau diganggu, pilihan sendiri, nak pilih rumah mana, warna apa, siapa nak jadi kawan dia, nak duduk mana, nak kahwin dengan siapa etc...tapi selagi itu tidak melanggari syarak, ia tidak salah. namun yg menjadi KESALAHAN  ini adalah memperjuangkan sesuatu yg dikatakan  "hak asasi" namun ia jauh terpesong dr landasanNYA. itu sudah bukan kira hak asasi lagi....

HAK ASASI ADALAH HAK2 ASAS MANUSIA DALAM LINGKUNGAN SYARIAHNYA...BUKAN HAK2 JURUSAN NAFSU DAN GODAAN SYAITAN.

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment