sabtu minggu lepas (10/12/11), kami sekeluarga pergi ke genting. nak kata bercuti, tak juga, cuma "short trip" sahaja. suami saya ada "friendly match" kat sana. saya mengambil kesempatan tu utk mengikut sbb saya tak pernah lagi smpai ke Genting seumur hidup saya.
kalau tanya genting...dalam kepala saya casino, tmpt perjudian terbesar....sebut lagi genting, terbayang pula taman tema yg besar di atas puncak gunung....jd tak ada sebab sebenarnya saya nak ke genting sbb saya tak berjudi...haram!!! dan saya tak main benda2 yg ada kat taman tema tuh sbb saya penakut....cumanya kalau nak pon harapkan pemandangan yg cantik. tapi kat situ tak byk "scenary walk"..semua org pergi ke genting antara dua sebab tuh saje. dan sbb tuh juga saya tak pernah jejak kaki ke sana mahupun teringin nak mengajak keluarga ke sana. tapi disbbkan suami ada aktiviti di sana, saya pon nak ikut, teringin nak tengok sendiri apa yg ada di genting tuh.
perjalanannya tak jauh dr rumah kami, agak2 kalau tak sesak di jalanraya, mungkin satu jam sahaja utk smpai ke pos pengawal genting highland tu. sebelum ke sana, saya dan suami sempat "survey" dalam internet tentang aktiviti2 yg boleh dibuat di sana. rata2 aktiviti main2. pastu naik kereta kabel. survey harga barangan di sana juga. byk komen dalam blog mengatakan harga makanan 2-3 kali ganda. paling bajet adalah makanan "fast food" tp itupun harganya tetap 2 kali ganda dr harga asal. bila dah tahu mcm tu, kami buat keputusan utk bawa bekalan sendiri....beli KFC siap2 dr sini....bawak nasi lemak lebih dr sarapan pagi.
setibanya di sana, kami pon naik kereta kabel Genting Skyway....pada mulanya, naik gayat juga saya dibuatnya....meremang bulu roma. tp lama2 naik seronok. setibanya di puncak, kabus tebal melitupi kawasan....smpai2 pon dah jam 130pm (sbb bertolak pon lambat dr rumah, ada kot jam 11am lebih cmpur kesesakan jalan di tgh2 KL tu)...sebaik tiba di puncak, kami terus menunaikan solat Zuhur. dr surau tu, ada tingkap2 besar dan boleh nmpak pemandangan yg sangat cantik....rasa segar dan tenang je melihat pemandangan tersebut.
dan lepas tu, kami pergi makan kat KFC, tumpang duduk je tp kami bwk KFC gak, cuma dibawa khas dr cheras. saya pon gatal pi jenguk harga..mak ai...memang btul....snack plate harganya RM 17.95 dan dinner plate RM 25.95..sedangkan harga di sini hanyalah masing2 RM 8.90 dan RM 11.40....untung bawak bekal sendiri. pastu kami jalan2 sekitar kawasan. tak masuk pon taman tema tu, tengok dr luar je. dengan anak2 kecil nih, tak terasa kerugian pon. cuma bila lihat taman tema dalaman (indoor)..cam best jugak...sbb anak2 kecil leh join. tp disbbkan kekangan masa, game suami dah nak start, terpaksalah kami turun kembali ke skyway utk turun bukit dan ke awana resort, tmpt suami akan bermain.solat asar di sana.
masa suami main, saya pon main sekejap dengan Mujahid...ala main badminton pukul2 angin je. insyirah pula sibuk minum susu. lama2 saya kepenatan, suruh mujahid main sorang2 dia. selepas perlawanan, kami solat maghrib dan terus kembali ke cheras....bertolak dlm pukul 8 dan tiba di rumah jam 9pm...
alhamdulillah.....dpt jugak jejak kaki di genting. kalau org tanya, boleh lah kata dah pernah smpai walaupun hanya buat seketika.tp kalau tanya saya, saya lebih suka cameron sbb saya suka tengok pemandangan. nak jalan2 sbb nak tenangkan diri, bukan nak peningkan diri dgn aktiviti2 lasak mcm kat taman tema tu....lagipun perasaan tak lah berapa tenang sangat di genting tu sbb terasa dekat dgn maksiat...casino bersebelahan je...
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment