Sunday 10 February 2013

cat rumah

Nak cat rumah ni sbb anak dah banyak conteng2 dinding. Penuh dgn hasil tangan mereka. Org dtg umah asyik tegur je. Kadang2 rasa kelakar gelihati tengok hasil lukisan dan contengan mereka. Tapi nak buat camne, dah mmg itu cara mereka mengekspresi kreativiti mereka.

Berminggu minggu juga survey nak cat ruang tamu rumah warna apa. Bukan sbb apa, langsir dah warna kelabu muda, jd nak cari warna yg sesuai dan boleh matching dgn langsir. Takkan pulak nak tukar langsir dan sofa. Banyak lak belanjanya gitu. Jadi kenalah cari cat yg bolwh masuk dgn warna langsir dan sofa. Kamj nak warna yg ceria. Masa mula2 masuk rumah tu, kami cat warna white apple, warna putih yg ada sedikit warna kehijauan. Tapi lama2 rasa jemu dgn warna tu, nak cari warna ceria.

Antara brand yg ada utk cat ialah Dulux, Nippon, Kcc, colourland, jotun

Kami byk survey secara online tgk idea2 yg ada. Juga masuk website cat2 yg ada spt Dulux, Nippon paint...utk melihat spectrum warna yg ada. Antara calon2nya ialah hijau, biru dan ungu. Selepas beberapa kali membuat simulasi warna secara online dan tgk2 gambo yg ada, saya pon berkenan dgn warna ungu, warna yg lembut, sejuk tapi ceria. Kemudian cari brand cat yg ada warna ungu spektrum yg diingini..so kami pilih nippon.

Untuk ruang tamu, kami memilih dua tona berbeza, warna ungu cair (nippon satin glo - pale pansy) dan warna ungu gelap (nippon satin glo - full wine). Warna gelap utk featured wall (dinding tumpu).Dan utk bilik bawah kami pilih warna hijau nippon satin glo green grape. Kami pilih warna hijau sbb nak buat ruang solat di bilik tu.




Cat ni ada beberapa jenis
1. Cat coating/ undercoat - utk lapisan dalam (base/ foundation)
2. Cat biasa - dulux pentalite, nippon vinilex easywash - cat biasa, tekstur nya sedikit kasar, tidak licin dan tidak berkilat.
3. Cat kilat - dulux pearl glo, nippon satin glo- harga sedikit mahal sbb dia lebih cantik, tekstur yg licin dan sedikit berkilat
4. Cat besi/kayu - utk besi dan kayu sahaja, cat dia glossy
5. Cat bumbung - untuk atap sahaja
6. Cat luar -weatherbond - utk dinding luar rumah
7. Cat apoxy -

Barang2 yg diperlukan
1. Berus cat & batang kayu- berus ada pelbagai size, berus lain utk cat warna lain, ada byk jenis - nak senang pakai roller atau sponge. Kayu utk cat tmpt yg tinggi, hard to reach places.
2. Paint pan - tmpt utk tuang cat
3. Surat khabar, masking tape (utk "lining"kan bahagian runcing dinding agar sempadan cat kemas)
*thinner tak perlu utk cat jenis ni sbb dia water-based. Jadi berus2 semua boleh basuh dgn air. Thinner hanya utk cat kayu/besi.


Harga di kedai saya beli ~ ni harga anggaran je, tak ingat harga tepat (ni antara kedai yg jual harga sedikit murah)
Berus (x2) + pan = RM 10
Cat 1 liter (nippon satin glo) = RM 31
Cat 5 liter (nippon satin glo) = RM 95 (tmpt lain ada yg RM 110-120)
Cat 5 liter (biasa/ pentalite) = RM 70
Cat undercoat 5 liter = RM 30

Kebiasaannyer warna gelap lebih mahal sedikit. Tapi tmpt yg saya beli tu harganya sama je. Harga cat 1 liter lagi mahal dari harga seliter utk cat 5 liter. Kalau upah cat pon, harga upah beza2. Kalau cat satu warna terang murah sikit berbanding cat dua atau lebih warna dan kalau cat warna gelap nak buat featured wall lagi mahal. Ni sbb nak cat warna gelap susah sikit, kena cat berkali2 dan berlapis2. Kalau tak warna dia akan berbeza dari katalog dan bercapuk2 tak licin dan sekata, nmpak tak kemas.. Ni berdasarkan pengalaman suami mengecat....

Mula2 cat asas dulu warna putih cair nak tutup sedikit conteng2an anak. Kebiasaannya kalau cat lama merekah2 atau rupa dah tak elok, boleh juga kikis cat lama, kemudian cat undercoat. Tapi sbb cat dinding kami okay je, kami terus buat undercoat. Pastikan undercoat betul2 kering dalam beberapa hari baru start cat sbb nanti ada wap2 air terperangkap dlm dinding menyebabkan timbul capuk2 warna putih atas dinding yg baru kita cat...mcm kulat kot.

Dah lps undercoat, suami test cat kedua2 warna ungu yg telah dipilih, nak tgk warna okay ke tak...jadi kami beli cat 1 liter dulu. tggu smpai kering baru nampak hasil. Warna cat ketika basah x sama ketika kering. Kadang2 warna yg dicat x sama mcm kita tengok dlm katalog dan gambar internet. Bila nmpk okay baru suami teruskan mengecat. Suami setiap hari lps balik kerja duk sibuk mengecat rumah lah. Itu je masa yg ada.

Cat yg baru dibuka haruslah dikacau terlebih dahulu supaya warna cat sebati elok. Cat boleh trus digunakan atau dicampurkan sedikit air utk mengurangkan kepekatan. Kalau pekat sangat susah nak cat. Jgn letak air byk sgt. Biasanya sukatan dia ialah 1/10 dr jumlah cat. Kalau cat 10 litre, jumlah air yg nak pakai ialah satu bekas plastik bulat kecik saiz sedang yg org isi taufufa tu.

Bilik bawah tu suami cat kemudian sket sbb mood dah slow....bila dah cat separuh, terasa berpinar2 mata. Warna hijau green grape nippon satin glo tu terlalu terang utk bilik kecil. Tgk dlm internet org cat nmpak lawa dan ceria tp rupa2nya tak sesuai. Dpt pulak bilik kecil dan kena pakai lampu, pantulan warna teramat terang. Cat pulak jenis berkilat menambahkan kesan terang tersebut. Nasib baik baru beli cat 1 liter.

Akhirnya kami buat keputusan utk bertukar warna ke warna hijau lembut nippon vinilex easywash green myth. (Satin glo/pearl glo yg warna terang x sesuai bilik kecik kot). Hah dah lps cat green myth baru terasa sejuk mata memandang.


Jadi kos keseluruhan cat ruang tamu, ruang makan dan bilik bawah:
Berus + pan = RM 10
Cat pale pansy 1 liter x 2 = RM 31 x 2 = RM 62
Cat full wine 1 liter x 1 = RM 31
Cat pale pansy 5 liter x 1 = RM 95
Cat full wine 5 liter x 1 = RM 95
Cat foundation x 1 = RM 30
Cat lime green 1 liter x 1 = RM 31
Cat green myth 5 liter x 1 = RM 70
TOTAL = RM 424 ( Hah jimat, kan...dr berbayar dekat RM2K)

P/S - Dinding rumah saya yg dicat tu on/off ada capuk2 putih. Bila pegang rasa melekit sket dan bila lap dia hilang. Tapi lama2 dia naik balik capuk2 putih tu. Ingatkan mcm kulat kot masa cat undercoat tu tak kering betul2 jd dinding sedikit lembab. Tp org kata kulat dinding warna hitam. Cuba trobleshoot melalui carian google, jmpa website ni, rupanya masalah kemekaran (efflorescene). Cuma dia bagi solution utk elakkan dr ianya berlaku tp pula bagi mcm mana nak problemsolve bila dah terjadi ni.

Bawah ni website utk troubleshoot berkenaan cat
http://azamansaidin.blogspot.com/2011/04/kecacatan-dalam-kerja-kerja-mengecat.html?m=1

Sunday 3 February 2013

Grill rumah

Grill umah dah buruk berkarat dan nampak "fragile" ...pak mertua dah lama tegur suruh tukar grill baru bila ada bajet...kami yg tangguh sbb tadde bajet hehe..grill umah lama tu dipasang oleh tuan rumah yg lama...jd kiranyer dah dekat 6 tahun. Jadi skng ni, alang2 renovate umah sket...kami pikir inilah masanyer nak tukar grill. Lagipon suami kata aritu ada taklimat keselamatan oleh jabatan bomba nasihatkan agar buat grill tingkap atas ada emergency escape. Grill lama ni tadde...suami agak risau dr keselamatan. So mmg kena tukar grill baru...Jadi mulalah "grill hunting" kami

Pasal grill ni, banyak benda kena pikir....
1. Grill jenis apa
2. Corak/ design macam mana
3. Kemasan macam mana
4. Siapa nak buat grill
5. Paling penting....bajet....yg bakal mempengaruhi jenis grill dan harga tawaran pembuat grill

Grill ada byk jenis
1. Besi biasa/ mild steel
2. Wrought iron
3. Stainless steel
4. Aluminium

Kebiasaan yg kita tengok org pilih ialah besi biasa (mild steel) atau wrought iron so skng saya citer psal besi biasa (mild steel) dan wrougt iron...

Mild steel vs wrought iron...

Ketebalan kedua2 nya sama dan ada size..nipis → tebal. Ada org kata wrought iron lebih tahan tapi menurut kajian kami melalui kedai2 grill yg kami survey dan juga internet, dr segi ketahanan pon sama je. Kedua2 mild steel dan wrought iron ni ada yg jenis hollow (berlubang) dan ada yg solid. Biasanya yg corak lurus, besi dia hollow, kalau corak2 bunga tu biasanya solid. Solid lagi tahan dr hollow. Pastu yg bezanya ialah harga....wrought iron mahal lagi...jadi sbb dia mahal lagi..tu yg ramai kata dia lebih tahan tp sebenarnya dia mahal sbb besi dia ada corak2 melengkung di sekeliling batang besi dia tu...pergi kedai cuba tengok besi yg mentah (raw metal) dia iaitu besi yg belum dicat lagi...

So either besi biasa/ mild steel atau wrought iron...kalau nak tahan sket..banyakkan corak yg curvy, bunga2 sbb biasanya yg tu dia pakai solid material dan bukannya hollow.

besi biasa (mild steel)
wrought iron

 Sebut psal corak pula..pilih lah apa yg ada dalam buku katalog dia....trendnyer..

kalau besi biasa org suka simple dan corak lurus/ geometri..design moden..skang trend warna putih. Zaman saya kecik2 trend warna gelap (hitam dan coklat) dan corak masa tu jenis mcm batu bata..skang mcm2. Besi biasa kalau corak2 bunga x glamor sgt. Grill besi biasa ni boleh pilih warna macam2...





Kalau wrought iron..org suka design bunga2/daun2 lah...ada pilihan 3 warna....gold, silver, bronze....ramai suka bronze...tu warna common...gold ada jugak...silver jarang... saya perasan..kalo warna bronze..org suka letak warna lain utk bunga2 dia....

wrought iron bronze
wrought iron gold
ada kaler kaler

ada kaler lagi




Design design lain dalam buku.....







Kemasan (finishing) pulak merujuk kpd kemasan cat grill tersebut. Ada dua pilihan...
1. cat biasa (metal gloss) atau
2. powder coated....

cat biasa ni cat besi biasalah...dia kalis air tapi tak tahan lama...lama2 mudah berkarat. Mula2 berkilat dan licin tp lama2 pudar dan kesat dimamah masa dan cuaca...

Powder coated ni pulak cat khas yg digunakan utk melapisi besi grill dan selepas cat, ianya dibakar dalam ketuhar/ lohong besar. Kalis air...lebih berkilat dan lebih licin (boleh rasa coated layer dia)...dan paling penting tahan karat..senang nak lap/cuci...cat takkan tertanggal. Powder coated ni applicable utk kedua2 jenis besi biasa (mild steel) dan wrought iron. Tapi powder coated mahal lagi.


powder coated
texture powder coated...zoomed...

Dari segi bajet pula...wrought iron lagi mahal dr mild steel..powder coated lebeh sket berbanding cat biasa...design biasa vs design byk corak....yg byk corak bunga2, curvy2 lg mahal sbb mengambil kira usaha nak mereka corak2 tersebut (labour cost/ kos buruh). Mild steel RM3k+, wrought iron RM4k-5k, kalau powder coated tambah dalam rm 1k+ lagi..harga dia ikut psf (per square foot) tp tak ingat brape lebeh kurang...harga juga bergantung kpd rekabentuk dia..lg byk corak, lg susah nak buat, lebih mahal lah.

Jenis grill lain ialah stainless steel...ni mahal bangat..harganya berganda...kalau besi biasa RM3k utk satu umah dua tingkat...wrought iron dalam RM4k stainless steel rm 10k ke atas. Tapi berpadanan dengan harga dia...stainless steel mmg tahan lasak dan sangat kuat. Design dia simple...tak byk bunga2... slalu rumah chinese suka jenis ni..especially utk pintu utama dan pagar besar.





Lagi satu dia mcm aluminium...mgkin juga aluminium kot...yg ni jarang jmpa sini..dia ringan tapi tahan. Kebiasaannya org oversea pakai jenis mcm ni.

Tips 1
Tak kisah lah nak besi biasa atau wrought iron...kena pastikan tukang buat tu buat grill anda dengan kemas dan dia welding keseluruhan/ semua bahagian besi yg bersambung. Ada sesetgh tu welding separuh2 je...jadi masih ada lubang dekat tmpt besi sama besi tu bersambung...air senang masuk kalau kena hujan jd cepat berkarat. Bila berkarat mudah reput dan patah. So kena bagitau dia dan pergilah usha2 grill2 yg dia tgh buat kat kedai dia supaya kita boleh assess kekemasan dan hasil kerja dia. Stainless steel x aure plak dr segi welding dia tu.

Tips 2
Pastikan grill untuk tingkap bilik atas ada emergency escape...maknanya grill tu direka supaya boleh dibuka..ada selak yg boleh letak mangga (padlock)...jangan buat grill mati. Ini utk keselamatan sekiranya berlaku kebakaran..mmg bomba dah pesan byk kali.



Saturday 2 February 2013

reno reno

Bulan disember lps kami buat keputusan utk buat sedikit ubahsuai rumah. Renovation kecil ni hanya melibatkan membuang dinding yg memisahkan ruang tamu dan ruang makan bagi meluaskan lagi rumah dan agar ruang makan lebih terang. Kalau tak ruang makan gelap, asyik kena pasang lampu sbb tiada cahaya yg sampai. Jadi ruang makan ni kurang digunakan sbb gelap dan "terpencil". Dah lama dah nak buat tapi kumpul bajet. Dan eloklah masa sekarang since kami bakal nak dpt baby lagi sorg.

Selain tu, kami ingin menukar grill kami sbb grill sedia ada dah lama dan berkarat. Tabletop dapur kami pon tiles tepi2 dia dah jatuh rongak jadi kami nak baiki yg tu jugak. Pastu dinding umah pon lama dah nak cat balik sbb dah penuh dgn hasil seni anak2. Org yg dtg umah kami semua tegur dgn hasil tangan mereka. Maka....alang2 buat reno ni, baik buat semua sekali gus.Senang bila nak bersih2kan rumah nanti.
Kami buat keputusan utk memulakan kerja2 pengubahsuaian bulan ni. Nak buat cepat sebelum saya sarat mengandung dan bersalin. Nanti bila dah sarat dah tak larat nak kemas rumah. Dan habuk2 tak elok utk baby.

Pengubahsuaian bermula dgn memecah dinding. Tiles2 yg ada dicabut buang. Disbbkan tiles ruang makan berbeza dgn ruang tamu (saiz dan warna), kami terpaksa berpusing merata utk mencari tiles yg sama/ lebih kurang sama seperti jubin ruang tamu. Kalau tak bila dinding dah takde nanti, jubin lantai nampak pelik lah sbb kaler lain2. Punyerlah susah nak mencari yg sama sbb jubin pon ikut musim. Sesetgh design limited. Nasib baik jumpa jugak. Dah lps cari jubin utk lantai, cari pulak jubin utk gantikan jubin tabletop yg tepi2nya jatuh rongak tu. Mula2 ingat nak pakai jubin yg sama je sbb kami ada byk spare yg tak berpakai lagi. Tp sbbkan jubin ni besar dan berat, takut lama2 jatuh balik. Jadi kami buat keputusan utk gantikan dgn jubin2 yg kecik mcm mozek tu...tp mozek moden skng cantik2,byk kaler,design..kalau dulu mozek kan slalu utk toilet. Harapnya bila dia kecik dan ringan, takdelah nak jatuh lopong lagi. Setiap ujung minggu kami keluar cari brg2 utk reno rumah.

Pengubahsuaian hanya mengambil masa dua minggu. Habuk tak hingat punya. Ingatkan sikit2 je sbb minor work rupa2nya dasyat...habis satu rumah berdebu. Sampai ke tingkat atas. Sepanjang ubahsuai, kami sekeluarga duduk di tingkat atas je, dlm bilik..sm. Makan2 ni kami pergi ke kedai je. Balik umah trus rehat, tengok tv dan tidur.

ni corak grill yg kami pilih
Masa reno jugak pasang grill tp disbbkan bawah masih berdebu,kami pasang grill berperingkat. Kalau tak nak tdo mana kami. Setelah reno habis, kami mintak psg gutter kat luar sbb air hujan turun dr bumbung mcm air terjun merosakkan pagar dinding. Kontraktor ada tolong kemas2 yg asas spt lap/mop lantai tp kena buat sendiri dan mop berkali2 sbb lantai sgt berdebu. Kami terpaksa membersih rumah sedikit demi sedikit sbb bekerja di aiang hari...kami bersih bermula dengan dapur sbb nak membolehkan saya masak. Sikit demi sikit kami emas umah...habis tingkat bawah, kami pasang grill atas dulu pastu baru kemas tingkat atas pulak. (Kisah grill rumah, klik sini dan sini)

Dah habis kerja2 habuk ni,mulalah operasi mengecat. Mula2 ingatkan nak upah pekerja kontraktor je yg cat tp upahnya mahal. Kami tanya kalau nak cat tingkat atas dan bawah, dia nak caj rm2k. Suami buat keputusan nak cat sendiri. Keluarlah lagi kami hujung minggu pergi cari cat dan search dlm internet warna2 yg menarik utk dipakai. Tapi mmg jimat. Kami habiskan beberapa ratus sahaja utk cat serta peralatan2 yg berkenaan. Cuma yg menjadi cabaran ialah masa dan tenaga. Suami cat waktu ptg dan mlm lps balik dr kerja...kalau x larat, sambung hari lain pula. Akhirnya siap juga tp mengambil masa yg agak lama utk menyiapkan cat ruang tamu bawah. Bilik bawah pon kami cat lain saje bertukar angin. (Kisah cat rumah klik sini)