Saturday, 2 February 2013

reno reno

Bulan disember lps kami buat keputusan utk buat sedikit ubahsuai rumah. Renovation kecil ni hanya melibatkan membuang dinding yg memisahkan ruang tamu dan ruang makan bagi meluaskan lagi rumah dan agar ruang makan lebih terang. Kalau tak ruang makan gelap, asyik kena pasang lampu sbb tiada cahaya yg sampai. Jadi ruang makan ni kurang digunakan sbb gelap dan "terpencil". Dah lama dah nak buat tapi kumpul bajet. Dan eloklah masa sekarang since kami bakal nak dpt baby lagi sorg.

Selain tu, kami ingin menukar grill kami sbb grill sedia ada dah lama dan berkarat. Tabletop dapur kami pon tiles tepi2 dia dah jatuh rongak jadi kami nak baiki yg tu jugak. Pastu dinding umah pon lama dah nak cat balik sbb dah penuh dgn hasil seni anak2. Org yg dtg umah kami semua tegur dgn hasil tangan mereka. Maka....alang2 buat reno ni, baik buat semua sekali gus.Senang bila nak bersih2kan rumah nanti.
Kami buat keputusan utk memulakan kerja2 pengubahsuaian bulan ni. Nak buat cepat sebelum saya sarat mengandung dan bersalin. Nanti bila dah sarat dah tak larat nak kemas rumah. Dan habuk2 tak elok utk baby.

Pengubahsuaian bermula dgn memecah dinding. Tiles2 yg ada dicabut buang. Disbbkan tiles ruang makan berbeza dgn ruang tamu (saiz dan warna), kami terpaksa berpusing merata utk mencari tiles yg sama/ lebih kurang sama seperti jubin ruang tamu. Kalau tak bila dinding dah takde nanti, jubin lantai nampak pelik lah sbb kaler lain2. Punyerlah susah nak mencari yg sama sbb jubin pon ikut musim. Sesetgh design limited. Nasib baik jumpa jugak. Dah lps cari jubin utk lantai, cari pulak jubin utk gantikan jubin tabletop yg tepi2nya jatuh rongak tu. Mula2 ingat nak pakai jubin yg sama je sbb kami ada byk spare yg tak berpakai lagi. Tp sbbkan jubin ni besar dan berat, takut lama2 jatuh balik. Jadi kami buat keputusan utk gantikan dgn jubin2 yg kecik mcm mozek tu...tp mozek moden skng cantik2,byk kaler,design..kalau dulu mozek kan slalu utk toilet. Harapnya bila dia kecik dan ringan, takdelah nak jatuh lopong lagi. Setiap ujung minggu kami keluar cari brg2 utk reno rumah.

Pengubahsuaian hanya mengambil masa dua minggu. Habuk tak hingat punya. Ingatkan sikit2 je sbb minor work rupa2nya dasyat...habis satu rumah berdebu. Sampai ke tingkat atas. Sepanjang ubahsuai, kami sekeluarga duduk di tingkat atas je, dlm bilik..sm. Makan2 ni kami pergi ke kedai je. Balik umah trus rehat, tengok tv dan tidur.

ni corak grill yg kami pilih
Masa reno jugak pasang grill tp disbbkan bawah masih berdebu,kami pasang grill berperingkat. Kalau tak nak tdo mana kami. Setelah reno habis, kami mintak psg gutter kat luar sbb air hujan turun dr bumbung mcm air terjun merosakkan pagar dinding. Kontraktor ada tolong kemas2 yg asas spt lap/mop lantai tp kena buat sendiri dan mop berkali2 sbb lantai sgt berdebu. Kami terpaksa membersih rumah sedikit demi sedikit sbb bekerja di aiang hari...kami bersih bermula dengan dapur sbb nak membolehkan saya masak. Sikit demi sikit kami emas umah...habis tingkat bawah, kami pasang grill atas dulu pastu baru kemas tingkat atas pulak. (Kisah grill rumah, klik sini dan sini)

Dah habis kerja2 habuk ni,mulalah operasi mengecat. Mula2 ingatkan nak upah pekerja kontraktor je yg cat tp upahnya mahal. Kami tanya kalau nak cat tingkat atas dan bawah, dia nak caj rm2k. Suami buat keputusan nak cat sendiri. Keluarlah lagi kami hujung minggu pergi cari cat dan search dlm internet warna2 yg menarik utk dipakai. Tapi mmg jimat. Kami habiskan beberapa ratus sahaja utk cat serta peralatan2 yg berkenaan. Cuma yg menjadi cabaran ialah masa dan tenaga. Suami cat waktu ptg dan mlm lps balik dr kerja...kalau x larat, sambung hari lain pula. Akhirnya siap juga tp mengambil masa yg agak lama utk menyiapkan cat ruang tamu bawah. Bilik bawah pon kami cat lain saje bertukar angin. (Kisah cat rumah klik sini)

No comments:

Post a Comment