Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Sunday, 30 November 2014

Haji si kecil


Kursus Haji (3)

Menunaikan Haji atau Umrah bersama anak kecil.

- Fuqaha' bersepakat Sah Haji atau Umrah bagi anak kecil tetapi tidak menggugurkan kewajipannya. ...Beerti apabila baligh dia perlu untuk menunaikan Haji atau Umrah yang wajib bagi dirinya.

Hal berkenaan Anak kecil ini ada 3:

1) Jika mampu untuk berjalan sendiri maka dia perlu mengerjakan manasik sendiri seperti Tawaf dan Saie.

2) Jika tidak mampu berjalan sendiri tetapi sudah Mumayyiz( dpt beza baik dan buruk) maka die perlu berniat sahaja dan segala manasik haji seperti tawaf dan Saie akan di bantu oleh Ibu atau bapa.

3) Jika masih terlalu kecil dan tidak mampu berjalan dan belum Mumayyiz, Ibu atau Ayah akan berniat Ihram untuknya dan menanggung segala pantang larang ihram yang di lakukan, serta ibu atau ayah akan melakukan Manasik seperti Tawaf dan Saie untuknya.

Adakah Tawaf atau Saie cukup sekadar 7 pusingan sekali bersama anak kecil atau kena buat 14 pusingan?
- Imam Abu Hanifah cukup 7 pusingan dengan menggendong Bayi tersebut ketika Tawaf atau Saie.
- Pandangan Ulama' selainnya mensyaratkan lepas 7 pusingan untuk diri sendiri terlebih dahulu baru buat untuk anak yg masih kecil tersebut.

Cara yang saya syorkan untuk meraikan kedua2 pendapat: Apabila si Ayah sudah selesai Tawaf atau Saie, maka boleh ambil kerusi roda dan ibu boleh menggendong anaknya dan duduk di kerusi roda tersebut. Maka ayah akan menolakknya untuk tawaf dan Saie. Terlepas la kewajipan 7 pusingan tawaf dan 7 pusingan Saie bagi ibu dan anak tersebut.

Dalil: seorang Wanita telah mengangkat anaknya sambil menunjukkan pada Rasulullah dan berkata " adakah padanya haji?" Rasulullah bersabda: Ya, padamu Pahala.
(Sohih muslim 1336)

Rasulullah tidak menerangkan padanya buat satu pusingan tawaf atau dua pusingan. Ini kerana jika tsabit padanya 2 kali tawaf Rasulullah sudah menerangkan awal2 kepadanya. Tidak harus penerangan itu di lambatkan ketika waktu ia di hajatkan (perbahasan Usul Fiqh)
Fatwa Syeikh Ibn Baz: Apabila telah diniatkan ihram untuknya Memadai satu tawaf dan satu Saie: ( rujuk Majmu' Fatawa (257/5)

Di tanya Syeikh Ibn Jibrin tentangnya: maka kata Syeikh telah di pertanggungjawabkan sesiapa yang berniat ihram untuk anak kecil ini, berihram untuknya, bertalbiah untuknya, melontar untuknya, maka memadai untuk satu kali Tawaf dan satu kali Saie.

( Kitab Fatawa Islamiah 2/182)
- Abu Muhammad-

Friday, 24 October 2014

Berakhirnya musim haji


Satu kisah yang memberikan inspirasi kepada kita agar benar-benar berserah kepada Allah. Keikhlasan itu akan di balas dgn ganjaran yang tidak terkira nilainya...... kekadang di balas oleh Allah di muka bumi ini lagi. Jzk pada Ustazah Maznah yang telah menukilkan kisah berikut:
Kebanyakan Jemaah Haji yang terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini telah pulang dengan membawa kenangan manis yang sukar dilupakan. Dikongsikan di sini kenangan yang pernah dilalui oleh insan yang terpilih menjadi tetamu Allah.


Berakhirnya Musim Haji

Musim haji 1431 berakhir sudah. Para tetamu Allah berduyun-duyun pulang meninggalkan kota suci dengan membawa seribu kenangan pahit dan manis sepanjang mengerjakan ibadah haji, rukun Islam yang ke 5. Apa yang paling penting ialah perasaan gembira dengan janji syurga serta diampunkan dosa.

Saya menerima sepucuk surat melalui email yang diutus oleh seorang sahabat dari Negara Arab mengisahkan pengalaman seorang tetamu Allah yang sungguh mencuit hati. Justeru saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat semua kisah tersebut.

Begini ceritanya:

Setelah berakhirnya musim haji, lapangan terbang Jedah penuh sesak dengan para jamaah yang menunggu pesawat untuk pulang ke tanah air masing-masing.

Antara mereka ialah Haji Sa’eid yang mengambil tempat duduk di sebuah kerusi. Di sebelahnya jamaah lain yang kelihatannya berasal dari negara yang sama dengannya.

Kedua-duanya bersalaman, berkenalan dan berbual mesra walaupun baru pertama kali berjumpa.
Lelaki yang baru berkenalan dengan Haji Sa’eid itu (kita panggil dia Haji Abdul Ghani atau ringkasnya HAG) bercerita mengenai dirinya:

- Saya seorang konteraktor yang Berjaya, Alhamdulillah. Tahun ini Allah telah menganugerahkan rezeki di mana saya berjaya mendapat satu tender yang saya kira cukup untuk membiayai keperluan sepanjang hayat saya. Dengan rezeki yang melimpah ruah itu, saya berikrar perkara pertama yang mesti saya lakukan ialah menunaikan haji kali ke 10 sebagai tanda syukur kepada Allah di atas nikmat-Nya yang begitu banyak. Dan sebelum berangkat, saya tidak lupa mengeluarkan zakat, memberi sedekah agar haji saya diterima di sisi Allah. Syukur kepada Allah, sekarang saya telah dapat menyelesaikan haji saya yang ke 10. Haji Sa’eid (HS) mengangangguk-anggukkan kepalanya sambil berkata:

- Haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa diampuni insya Allah.

HAG tersenyum sambil mengaminkan doa HS. Kemudian dia bertanya:
- Anda bagaimana ya akhi? Adakah anda juga mempunyai cerita tertentu di sebalik haji anda?

 HS menjawab dengan teragak-agak:
- Demi Allah ya akhi. Ceritanya sangat panjang dan saya tidak mahu memeningkan kepala anda mendengarnya.

 HAG tertawa pendek. Dengan nada mesra dia berkata:
- Tak mengapa ya akhi. Kita di sinipun bukan buat apa selain menunggu saja. Ceritakanlah kisahmu itu!

 HS turut ketawa seraya berkata penuh makna mengenangkan hari-hari yang dilalui sebelum dijemput oleh Allah menjadi tetamu-Nya yang dimuliakan.

- Ya, menunggu. Sebenarnya itulah permulaan cerita saya. Sesungguhnya saya telah menunggu saat untuk menunaikan haji beberapa tahun lamanya. Saya telah bekerja sebagai perawat fisioterapy sejak 30 tahun yang lalu, iaitu sejurus selepas menamatkan pengajian. Tak lama lagi saya akan bersara. Anak-anak semuanya telah berumahtangga dan telah terlepas dari tanggungan saya. Maka saya membuat keputusan menggunakan simpanan yang ada untuk menunai ibadah haji yang telah sekian lama saya impikan pada tahun ini. Maklumlah umur kita tiada siapa yang tahu bila akan habis?

- Saya mengeluarkan semua wang simpana dan berazam untuk pergi mendaftarkan diri di jabatan pengurusan haji selepas tugas saya selesai pada hari itu. Sebelum meninggalkan hospital tempat saya bekerja, saya terserempak dengan seorang ibu yang selalu membawa anaknya yang lumpuh untuk mendapatkan rawatan. Wajahnya sugul, muram dan kusam. Dia menghampiri saya seraya berkata:
- Selamat tinggal akhi Sa’eid. Ini merupakan kunjungan saya yang terakhir ke hospital ini.
Saya hairan mendengar kata-katanya itu. Saya terfikir, mungkin dia tidak berpuas hati dengan rawatan yang saya berikan dan telah memilih pusat rawatan lain untuk merawat anaknya. Setelah saya luahkan kehairanan saya itu, dia menjawab dengan suara yang sebak:

- Akhi Sa’eid, sesungguhnya Allah menjadi saksi bahawa anda seperti mengasihi anak saya lebih daripada ayahnya dan rawatan yang anda berikan telah banyak membantu memulihkan penyakitnya sedikit demi sedikit meskipun sebelumnya kami rasakan tidak ada harapan untuk dia sembuh.
HAG tidak dapat membendung perasaan hairannya terhadap keputusan ibu mahu menghentikan rawatan anaknya, lalu bertanya:
-
Aneh, kalau dia berpuas hati dengan rawatan yang anda beri beri, dan anaknya semakin sembuh, kenapa dia mahu mengehentikan rawatan?

- Itu jugalah yang menghairankan saya. Saya segera ke bahagian pentadbiran, bertemu dengan pegawai di situ untuk mengetahui sebabnya. Saya amat terkilan seandainya keputusan yang dibuat oleh ibu itu berpunca dari kecuaian saya. Pegawai menjelaskan bahawa keputusan itu tidak ada kena mengena dengan saya. Sebenarnya suami wanita itu telah kehilangan pekerjaan, jadi mereka tidak mampu lagi menanggung kos rawatan. Justeru mereka membuat keputusan untuk menghentikan rawatan anak mereka.

 Tak terkata sedihnya hati HAG mendengar penjelasan HS itu membuat dia mengeluh panjang:
-
La hawla wa la quwwata illa billah. Kasihan wanita itu. Bukan sedikit manusia yang terpaksa berhenti atau diberhentikan kerja pada zaman ini. Jadi apa yang anda lakukan ya akhi?

- Saya pergi bertemu dengan Pengarah, merayu supaya rawatan anak itu diteruskan dan kosnya ditanggung oleh pihak hospital. Namun pengarah tidak setuju sama sekali. Dia berkata, hospital ini bukan badan kebajikan untuk golongan fakir dan miskin. Kalau tidak mampu, mereka tidak perlu datang ke sini!

- Saya keluar dari biliknya dengan hampa. Saya tidak dapat membayangkan nasib anak itu jika rawatan dihentikan? Tiba-tiba tanpa saya sedari tangan saya meraba-raba wang yang ada di dalam saku saya, wang yang saya keluarkan untuk membayar kos menunaikan haji. Buat seketika saya terpaku di tempat saya berdiri. Kemudian saya mengangkat muka ke langit sambil meluahkan isi hati kepada Tuhan:

- Ya Allah, Engkau Maha Tahu apa yang ada di dalam hatiku. Engkau Maha Tahu bahawa tidak ada yang labih aku cintai selain daripada menunaikan haji di Rumah-Mu dan menziarahi Masjid Nabi-Mu. Aku telah berusaha sepanjang hayatku. Setiap detik, setiap waktu aku menghitung saat yang ditunggu-tunggu. Tetapi kini aku terpaksa membatalkan janjiku dengan-Mu. Maka ampunilah aku ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

- Saya pergi bertemu dengan kerani kewangan, dan saya berikannya semua wang yang ada pada saya sebagai pendahuluan kos rawatan anak itu selama 6 bulan. Saya meminta kerani memberitahu ibu itu, anaknya boleh meneruskan rawatan kerana pihak hospital mempunyai tabungan khas untuk kes-kes separtinya.

 Air mata HAG berguguran mendengar penjelasa HS. Dia berkata:
- Semoga Allah memberkatimu dan membanyakkan lagi orang-orang sepertimu. Tetapi sekiranya anda telah mensedekahkan semua wang yang anda miliki, bagaimana anda dapat menunaikan haji tahun ini?

- Nampaknya anda tidak sabar untuk mendengar kesudahan cerita saya. Adakah anda telah jemu? Begini sambungannya...

- Selepas menyerahkan wang itu saya pulang ke rumah dengan perasaan bercampur-campur; sedih kerana terlepas peluang untuk menunaikan haji yang merupakan satu-satunya peluang sepanjang hidup saya selama ini dan gembira kerana dapat melepaskan ibu dan anaknya dari kesusahan yang ditanggung mereka. Saya tidak dapat membendung dua perasaan yang bercampur-campur itu sehingga akhirnya saya tertidur dalam linangan air mata...

Di dalam tidur saya bermimpi, mimpi yang sungguh membahagiakan. Saya sedang bertawaf di sekeliling Kaabah, orang ramai berpusu-pusu mengucapkan tahniah kepada saya, haji mabrur wahai Haji Sa’eid! Sesungguhnya anda telah menunaikan haji di langit sebelum menunaikan haji di bumi. Doakan untuk kami wahai Haji Sa’eid!

Kemudian saya terjaga. Demi Allah, saya rasa sungguh bahagia. Kebahagiaan yang luar biasa sekalipun saya sudah hampir pasti tidak akan berpeluang mendapat gelaran haji lagi buat selama-lamanya. Saya memuji Allah sebanyak-banyaknya, bersyukur di atas segala-galanya serta menerima dengan redha segala ketentuan-Nya. Sejurus terbangun dari tidur, telefon saya berdering. Panggilan dari tuan pengarah hospital.

Beliau berkata:
- Wahai Sa’eid, saya perlukan bantuan kamu. Salah seorang ahli lembaga pengarah hospital ini hendak menunaikan haji pada tahun ini. Dia perlukan seorang pengiring yang bertindak sebagai perawat peribadi untuk menjaga kesihatannya dan memenuhi apa-apa keperluannya. Perawat peribadinya tidak dapat pergi kerana isterinya yang sedang sarat mengandung, menunggu saat hendak bersalin pada bila-bila masa sahaja. Jadi dia tidak seanggup meninggalkannya. Bolehkah kamu tolong saya, menjadi pengiring kepada ahli lembaga pengarah itu sebagai ganti perawat peribadinya? Tolonglah! Saya takut akan kehilangan jawatan kalau kehendaknya tidak dipenuhi. Dia adalah pemilik separuh daripada saham hospital ini.

Seperti tidak sabar saya bertanya tuan pengarah:
- Sebagai pengiring, adakah dia akan membenarkan saya menunaikan haji sekali?

 - Tentu boleh!

Tanpa berlengah saya terus menyatakn persetujuan untuk menjadi pengiring ahli lembaga pengarah itu tanpa apa-apa bayaran. Inilah saya telah dapat menunaikan haji saya pada tahun ini tanpa mengeluarkan belanja sedikitpun.

Meskipun saya tidak meminta apa-apa bayaran, dia tetap membayar juga kerana berpuas hati dengan khidmat yang saya beri sepanjang menunaikan haji. Saya mengambil kesempatan menceritakan nasib ibu yang miskin itu. Dia bersetuju menanggung semua kos rawatan anak wanita itu dan akan mencadangkan supaya diwujudkan tabung di hospital untuk membantu pesakit yang miskin dan fakir. Dan dia juga berjanji akan memberikan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang ada pada suami wanita itu di salah sebuah syarikatnya.

HAG bangun dari kerusinya lalu mengucup dahi HS dan berkata:
- Demi Allah, saya tidak pernah rasa malu seperti yang saya rasai ketika ini. Wahai akhi, sesungguhnya saya telah menunaikan haji berkali-kali. Saya menyangka bahawa saya telah melakukan sesuatu yang hebat dan kedudukan saya di sisi Allah kian terangkat setiap kali saya selesai menunaikan haji. Kini saya sedar bahawa satu kali haji yang anda lakukan menyamai 1000 kali haji saya dan orang-orang seperti saya. Saya telah pergi sendiri ke rumah Allah sedangkan anda dipanggil oleh Allah datang ke rumah-Nya!

HAG berlalu meninggalkan HS sambil mulutnya tidak henti-henti memohon ampun dari Allah ‘Azza wa Jalla.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kehilangan ni’matMu, bertukarnya kesejahteraan yang Engkau berikan, ditimpa kemurkaanMu secara mendadak, dan dari segala kemurkaanMu.

Wednesday, 15 October 2014

A journey of joy: an American convert’s first Hajj

http://muslimvillage.com/2014/10/14/58588/a-journey-of-joy-an-american-converts-first-hajj/

A journey of joy: an American convert’s first Hajj

by Huffington Post
Source: huffingtonpost.com

Filed under: Featured,Lifestyle,People |
                                      
How An Illinois Mom Converted To Islam And Found Peace And Joy During Her Very First Hajj
By: Huffington Post
Source: http://www.huffingtonpost.com/
Kristin Szremski is a 53-year-old mom from Palo Hills, Illinois. Born into a Missouri-Synod Lutheran family, she first converted to Catholicism before finding her place in Islam. This year, Szremski was one of the hundreds of thousands of Muslims who were drawn to Mecca between October 2 – 7 to complete the fifth pillar of Islam, the Hajj.
She tells Huffington Post about her experience below. Some answers have been edited for length and clarity.
1. How did you come to Islam and what was it about the religion that moved you?
I was a special assignment reporter for the Star Newspapers in suburban Chicago in 2000. I was assigned to cover the Arab community. At that time, I didn’t know anything about Islam — I was raised as a Missouri-Synod Lutheran and we had been taught that all religions and prophets that came after Jesus were false.
During the six weeks I had for research, I interviewed many, many Arab Muslims. My conversion was not something that happened overnight; it probably took more than 18 months. I was fascinated to learn that Islam had all the same stories as the Bible as well as the same characters.
To back up a bit — I was raised Lutheran, but converted to Catholicism when I was about 40. I always wanted to belong to a large community and I was intrigued by the Catholic Church. Since my husband at the time was Catholic, I decided to join the church. That had a huge impact on my later conversion to Islam because where the Lutheran church believed in the Bible literally, the Catholic Church encouraged knowledge, questions and also gave us the historical context for the books contained in the Christian canon. This allowed me to open my mind to the possibility that the Quran was truly the revealed word of God.
Once I came to believe this, it was an easy step to believe Muhammad (peace be upon him) was the messenger and prophet. The harder part was letting go of my belief that Jesus was the Son of God. Ultimately, it was the passages in the Quran where God tells us that He was not begotten nor has He begotten and similar ones that finally helped me. Also, Jesus figures prominently in Islam so I wasn’t letting go of him, but just the idea that he is God.
In the end, my conversion came while I was praying. The date was July 21, 2001. I was in a hotel room in Washington DC, where I’d gone to cover a meeting for a magazine I was writing for. I had the Quran open on the bed before me and I was actually on my knees praying, asking God to lead me to the truth when suddenly I declared the Shahada –- that there is no God but Allah and that Muhammad is His messenger. I later made a public declaration in Arabic but for all purposes it was at that moment that I became a Muslim.
I love Islam because of its purity, its simplicity and its truth. The Muslims I had met were truly pleasant, patient and well-mannered people.
2. We understand this is your first hajj. Were you nervous at all?
I was very nervous about this trip because it is a heavy spiritual journey, which means there’s a lot of personal reflection. It is also a very physical experience, with many different components taking place over several days. I’ve had two surgeries on my neck and lower back because of the degenerative arthritis and it has left me with some slight neurological deficiencies. One of the biggest of these is weakness in my legs, which things like overuse, fatigue, lack of sleep, extreme conditions can exacerbate.
3. Was there someone who showed you around? How did you know what to do?
I was traveling with a tour group, called Noor Travel, out of Milwaukee. The tour guide was extremely helpful. Plus, my lovely roommates are Arab American women who can help with the language as need be. There are also people in the group who have done this before who can offer advice. When all is said and done, though, 3 million people in one small place is pretty overwhelming and daunting so I pretty much learned as I went along.
4. Are there any parts of the hajj that you were particularly looking forward to?
Muslims pray in the direction of the Kaaba from wherever they are in the world. Being in the presence of God in Mecca, at the very center of the Earth, where Adam and Eve came to earth from the Garden of Eden, where Abraham and Ishmael rebuilt the Kaaba, and where Muhammad (peace be upon him) lived and received his first revelations from God is a tremendously invigorating and rejuvenating experience. To be able to see the Kaaba right in front of me after all these years was powerful and something I don’t believe I will ever forget.
5. How did it go?
I did much better physically than I expected. I’m actually feeling better now than before I left for the trip, mainly due to an improved state of mind that this trip brought about. In addition, Islam is always about moderation and the religion is not meant to be difficult. Therefore, certain accommodations are possible during the rites of Hajj.
There are three types of Tawafs, or circumambulations of the Kaaba. During each Tawaf, Muslims circle the Kaaba seven times.
I was able to use a wheelchair to circumambulate the Kaaba the first time.
During the second Tawaf, called Tawaf Al-Ifadah. I wanted to walk by myself so I could really concentrate on ‘talking to God,’ in my supplications and in worship. I also wanted to make the physical effort for God, as so much of Islam is about taking action with the help of God. This was an extremely beautiful experience for me, extremely spiritual. I finished the entire rite in just under three hours. Then it took me about one hour to make the usual 10 minute trip back to the hotel because I had overdone it a bit.
I was not able to finish the third Tawaf, called Tawaf Al-Wada or the Farewell Tawaf, because I was unprepared for the millions of people who were there at the same time as me. I was getting hurt and not strong enough to withstand the crush of people. So, sadly, I had to leave without completing it. To expiate for missing that rite, I paid to have a sheep slaughtered and its meat given to the poor.
Throwing stones at pillars that symbolize the spots where Satan tempted Abraham, who was preparing to sacrifice his son, is another rite of Hajj. Because of the sheer physicality it takes to walk up a steep hill to the throwing area and the danger of being in a crowd of a few million people throwing what are supposed to be pebbles but sometimes turn out larger, women, the elderly and people with health conditions can ask someone to throw the stones for them. I took advantage of this and asked some other group member to throw for me.
An integral part of the Hajj is the visit to Mount Arafah, where the Prophet Muhammad (peace be upon him) prayed on the ninth of Dhul Hijjah when he made Hajj. The Day of Arafah is a day of atonement, when we stand in prayer from just after the sun reaches its zenith during midday until sunset. This year, it was about six hours. We were at Arafah long before that, though. We stayed in sweltering tents. It was 108 degrees outside and hotter inside because the air conditioning did not work.
If one stands in Arafah in sincere devotion and sincerely repents of his sins, all his sins will be forgiven. And we also believe that supplications on this day made sincerely will be answered. Standing is key, although allowances are made for older people or people, like me, with health conditions. I stood a great deal of the time but had to sit from time to time.
It was probably the most difficult physically and spiritually of the entire trip. But it was also extremely beautiful and cleansing. The most beautiful time came when it was close to sunset and hundreds of people gathered on a hillside, facing the Kaaba in the West, to make supplications while the sun was setting. All this was done while one imam made the supplications, called du’as, out loud. It was extremely powerful and many people, including me, were crying.
I think there’s a recurring point here. Hajj requires extreme effort but then offers extreme beauty, peace and joy in return.
6. What were you searching for during this pilgrimage? Did you find it?
What I wanted most out of this journey is to find a deeper relationship with my Creator, to get to the place where I have the confidence of my conviction that God is all I need or will ever need. I was praying for this absolute, intuitive trust because who have attained this level of faith are never worried or discouraged.
I believe I absolutely found what I was looking for, although I also realize that this is something I have to work on every day. In Mecca, in the presence of the Kaaba, I felt God’s presence in a way that I never have before at any time in my life. There was an overwhelming feeling of love that inspired trust and confidence. I could pour my heart out, ask for anything and worship God.
Now that I have experienced this pure connection to God, I want to maintain and grow it. The onus is on me to make the changes necessary to help this happen. For instance, I plan on attending congregational Fajr (dawn) prayers at the mosque everyday, God-willing.
7. What did you hope would change about you after hajj, on the inside? Did this happen?
The last 10 years have been difficult ones for me – I got divorced, moved, had two major surgeries related to the degenerative arthritis, lost my house in economic crisis, and am beginning to feel worn down by the rampant Islamophobia in this country. Islam is the perfect religion, but I am not living it perfectly. Instead of complaining, I should be thanking God for what I’ve experienced in the past few years.
I think the biggest thing that happened to me was that I realized how spoiled I am as a privileged American, how ungrateful I’ve been for my conversion to Islam and for the life that I have.
People from all corners of the world come to Hajj and many of them do not have the means to stay in hotels, let alone tents. People leave their villages with not much more than a small sack of possessions, knowing they will be sleeping without shelter on a plaza, hillside, or on the street. Would I have that kind of devotion? I would hope so, but somehow I rather doubt it. It was these people, who inspired me to walk the second Tawaf, described above.
A person’s Hajj can be invalidated for complaining, arguing, or gossiping so it is extremely important to avoid all this. Dealing with crowds of millions requires massive doses of patience, which can only happen when you start looking at individuals in the crowd as just that – individual human beings deserving of respect and gentle treatment. Exercising this kind of patience for two weeks brought about a deeper sense of humility, which I hope to remember as I go about my daily life.
Finally, God says in the Quran that He guides whom He wills to Islam. As I mentioned, I’d been struggling lately because of things like Islamophobia. Instead of cherishing the fact that God called me to the religion, I’ve been focusing on superficial things that distract me from the real beauty of what it means to be Muslim. This experience showed me that I have been taking the great gift of this faith for granted.

Thursday, 2 October 2014

Istiqamah Selepas Haji

http://www.abuanasmadani.com/istiqamah-selepas-haji/

ISTIQAMAH SELEPAS HAJI
Al-Haqir Ila Allah swt, Abu Fatih Al-Mubaraki Ahmad Husni Abd Rahman
Pembimbing Jemaah Ash-Har Travel, Makkah Mukarramah, Haji 1432H / 2011M.
 
 TAKRIF ISTIQAMAH

Kalimah Istiqamah dan arahan untuk beristiqamah terdapat dalam surah Hud ayat 112:

 
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Maka tetaplah (fastaqim) kamu dalam jalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan barangsiapa yang bertaubat bersamamu dan tidak melampaui batas sesungguhnya Allah Maha Melihat setiap yang kamu kerjakan.”  [Khutbah Istiqamah Selepas Haji
 
Begitu juga dalam hadis riwayat Imam Muslim, Sufyan bin Abdillah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, khabarkan padaku sesuatu dalam Islam ini suatu perkataan yang aku tidak perlu bertanya tentangnya selain darimu? Jawab Nabi s.a.w:

قل آمنت بالله ثم استقم

“Katakanlah: Aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqamahlah (tetap teguh dalam agama).”

Inilah seperkara yang amat sukar dalam hidup. Untuk beriman itu agak mudah pada kata-kata namun istiqamah selalunya parah perlaksanaannya. Mungkin ini boleh membantu, kata Saidina Umar al-Khattab: ‘Istiqamah itu adalah seperti kamu berdiri terus dan teguh mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya tanpa berubah-ubah seperti musang.’ [Lihat Ibn Qayyim dalam Madarij al-Salikin].

MOTIVASI ISTIQAMAH

Dalam al-Quran Allah S.W.T memberi galakan dan motivasi untuk hamba-Nya yang istiqamah dalam jalan agama dan kebenaran.Tawaran syurga-Nya bagi mereka yang istiqamah. Firman Allah Ta’ala dalam surah Fussilat ayat ke 30:

إن الذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنزلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

“Sesungguhnya mereka yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah kemudian mereka tetap istiqamah maka akan turun kepada mereka para malaikat dan dikatakan kepada mereka janganlah kamu takut atau berdukacita. Bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah untuk kamu.”

Sesudah menyelesaikan  tuntutan ibadah Haji, gesaan istiqamah selepasnya punya signifikan yang tersendiri. Keadaan yang sudah putih bersih umpama bayi yang baru lahir menuntut untuk dicorakkan lembaran baru kehidupan selepas mengerjakan haji dengan warna-warna ketaatan dan melaksanakan kebaikan serta amal soleh.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. dalam sebuah hadis yang panjang antaranya Allah s.w.t berfirman kepada hamba-Nya yang bermaksud: “Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan daripada sesiapa sahaja yang kamu pinta ampun bagi pihak mereka. Setiap biji batu yang kamu lontar di jamrah akan menghapuskan dosa kamu. Korban yang dilakukan pahalanya akan disimpan untukmu di sisi Tuhanmu. Kepala yang kamu cukur, bagi setiap helaian rambutnya akan diberi pahala dan dihapuskan dosa. Tawaf ifadhah  yang kamu lakukan bakal menjadikan kamu tiada dosa lagi.

Sesudah itu malaikat datang dan meletakkan tangannya di atas bahumu dengan berkata: ”Beramallah kamu dengan amalan yang baru dan baik selepas ini. Sesungguhnya dosa-dosamu yang lepas telah diampunkan.” (Riwayat al-Bazzar dalam Majma’ al-Zawa’id, jil. 3, hlm. 274, Kashf al-Astar, jil. 2, hlm. 8 dan Sahih al-Jami’ al-Saghir, jil. 1, hlm. 429, no. 1373)


PANDUAN BERISTIQAMAH SELEPAS HAJI

Allah S.W.T memberi isyarat yang tersurat menerusi surah Hud selepas arahan untuk beristiqamah dengan beberapa noktah-noktah penting bermula dari ayat 113-115. Antara intisari yang boleh diambil ialah:
1) Jangan mendekatkan diri atau terlibat dengan orang-orang zalim dan berbuat   kezaliman.
2) Jangan menyekutukuan Allah Ta’ala.
3) Menjaga Solat Fardhu dan Solat Qiyam.
4) Memaksimakan kebaikan untuk menghapus keburukan/dosa.
5) Sabar dan berserah diri kepada Allah.

Berikut adalah beberapa nota fikir sebagai panduan untuk merencana perubahan dan meneruskan proses istiqamah sesudah pulang ke tanah air :-
  • Berpegang kepada Aqidah yang benar dan menjauhi syirik dan khurafat

Inilah perkara asas dan utama yang perlu diperhatikan. Aqidah yang benar dan Iman yang jitu kepada Allah. Aqidah yang benar adalah mengikut apa yang dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan salafussoleh. Masalah umat Islam terbesar hari ini ialah mereka mengaku beriman tetapi mencampur-adukkan Iman mereka dengan kepincangan syirik dan khurafat serta perkara yang karut marut.

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Ana’am ayat 82:

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْم أُولَئِكَ لَهُمُ الأمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ
 
”Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.”

Al-Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim membawa riwayat dari Imam Bukhari bahawasanya tatkala ayat ini dibacakan, para sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w: Manakah dari kalangan kami yang tidak terlepas dari menzalimi diri kami sendiri? Lalu Nabi s.a.w menjawab tentang maksud kezaliman dalam ayat tersebut dengan turunnya Firman Allah yang lain iaitu :

إن الشرك لظلم عظيم
 
“Sesungguhnya syirik itu merupakan kezaliman yang sangat besar.”

Justeru, tidak wajar sesudah selesai ibadah Haji, masih lagi kita berada dalam takuk yang lama. Masih lagi percaya kepada aneka macam tahyulan, kepercayaan karut yang tidak bersasas dan lebih teruk lagi jika kekal mensyirikkan Allah s.w.t. Jika sebelum ini anda pernah terjebak dengan dunia syirik, sihir, perbomohan, pemeliharaan jin dan seumpamanya, segeralah bertaubat nasuha dengan memurnikan tekad agar tidak mengulangi lagi aspek-aspek mensyirikkan Allah dalam hidup kita.
Tinggalkan segala amalan bersiifat jahiliyyah dan kembalilah kepada kesucian aqidah yang akan menyelamatkan kita dalam dua kehidupan yang bakal dilawati oleh setiap dari kita semua iaitu alam barzakh dan alam akhirat.

Tanpa aqidah ini, masyarakat akan berubah menjadi masyarakat Jahiliyah yang marak dengan kekacauan, diliputi ketakutan dan kecemasan di pelbagai penjuru, dan para penghuni dunia akan  berubah menjadi liar dan buas. [Al-Aqidah al-Islamiyyah Baina al-Aqli wa Al-A’tifah hlm 104-105] 
  • Iltizam dengan Solat Jamaah dan Solat Sunat / Witir

Sabda Nabi s.a.w: ”Barangsiapa yang mendengar azan lalu tidak menghadiri solat jamaah maka seolah-olah tiada solat baginya kecuali jika uzur (ketakutan atau sakit).” [Ibnu majah].
Sabda Nabi s.a.w: ”Solat berjemaah lebih afdhal dari solat secara bersendirian sebanyak 27 darjat.” [Muslim].

Sekadar kisah buat renungan bersama. Kisah berkaitan seorang ulama hadis tersohor bernama Sulaiman bin Mihran (148H) atau lebih dikenali dengan gelaran al-A’amash. Pada saat beliau di perbaringan menanti saat kematiannya, seluruh anak pinak dan kaum keluarga berada di samping­nya menangisi keadaannya yang se­dang nazak.

Melihat keadaan itu, beliau segera me­­manggil anak-anaknya supaya lebih hampir untuk berpesan dengan katanya: “Wahai anak-anakku yang dikasihi. Jangan­lah kamu menangis mahupun khuatir dan risau akan ayahandamu ini. Jangan terlalu berdukacita dan henti­kan­lah tangismu kerana ayahmu ini se­lama 60 tahun lamanya aku tidak pernah sekalipun tertinggal atau terlepas dari­pada mengangkat takbir yang pertama bersama-sama imam untuk solat ber­jemaah di masjid!”
Subhanallah! Tiada ulasan yang boleh dilampirkan, cuma ingin mengajak kita untuk berfikir dan berzikir.
 
JADUAL SOLAT FARDHU / SUNAT / WITIR
WAKTU
QABLIYAH (SBLM)
FARDHU / MUAKKAD
BA’DIYAH (SLPS)
SUBUH
2
2
-
DHUHA
-
2 + 2 +2 + 2
-
ZUHUR
2 + 2
4
2 + 2
ASAR
2 + 2
4
-
MAGHRIB
2
3
2
ISYA’
2
4
2 + 3 (WITIR)
JUMAAT
2 TAHIYYAT AL-MASJID
2
2 + 2

  •  Melazimi pakaian taqwa dan patuh syariat

Tiada lagi alasan untuk kita meninggalkan pakaian taqwa dari tubuh kita. Kepada para hajjah terutamanya, mulakanlah dengan melihat deretan dan lipatan baju yang ada dalam koleksi. Periksa samada ia patuh syariah atau tidak. Jangan lagi berhias dengan tabarruj jahiliyyah. Inilah bukti mabrurnya haji yang dilakukan.

Panduan utama menerusi firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nur ayat 31: ”Katakanlah kepada para mukminat agar mereka merendahkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan (kemaluan dan maruah) mereka. Tidak boleh mereka mendedahkan kecantikan dan perhiasan yang mereka miliki kecuali yang dibolehkan. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka sehingga menutupi bahagian bawah dada mereka…”

Di penghujung ayat yang sama Allah berfirman: ”Janganlah diantara mereka menghentakkan kaki mereka dengan tujuan untuk mendedahkan perhiasan mereka…”

Sabda Nabi s.a.w: ”Ada dua golongan ahli Neraka yang belum pernah kulihat. Manusia-manusia yang punya cemeti seperti hujung ekor lembu dan memukul-mukul manusia dengannya. Perempuan yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, suka menarik perhatian dan berwatakan menggoda. Kepala mereka umpama bonggolan unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga apatah lagi mencium baunya. Sungguhpun bau syurga itu dapat dihidu dari ribuan batu jauhnya.” [Muslim]

Begitu juga dengan sikap dan pergaulan. Pastikan semuanya terkawal. Jika anda bekerja di pejabat misalnya jauhi sikap keluar berdua-duaan atau keluar dengan lelaki yang bukan mahram walaupun dengan alasan kerja atau sekadar keluar makan. Jaga batas pergaulan dan bersikap seperti mukmin profesional dengan jatidiri dan sifat sejati muslimah. Jauhi gurau senda dan hilai tawa atau bertepuk tampar. Gunakan dengan bijak laman-laman web sosial dengan tujuan yang murni bukan dengan memasukkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat, aksi-aksi yang tidak sesuai dan segala yang negatif. Banyak yang perlu dijaga dan diawasi. Insya Allah jika semua ini dipatuhi dan dijaga, anda akan merasakan diri anda diawasi dan dirahmati Allah sentiasa.
  • Teruskan amalan-amalan Sunat / Zikir dan Doa

Inilah amalan-amalan yang telah diamalkan sepanjang permukiman ibadah kita dalam musim Haji. Jadikan amalan-amalan ini sebagai perisai diri kita dari segala gangguan dan sebagai penambah bekal di alam barzakh dan pemberat mizan di akhirat. Latihan sepanjang kita tinggal di Makkah, amalan ketika Arafah dan bumi Mina harapnya dapat menjadikan kita sudah terbiasa dan semoga menjadi tabiat yang baik untuk kita. Zikir pagi dan petang, zikir selepas solat dan zikir harian adalah senarai zikir yang dilafazkan dan diamalkan sendiri oleh Nabi s.a.w. Apakah punya lidah yang mengucap zikir yang lebih baik dari lidah mulia Nabi s.a.w? Sewajarnya kita berbangga dengan mengamalkan zikir-zikir warisan Nabi s.a.w ini kerana inilah zikir yang serupa dibacakan oleh manusia teragung, penghulu sekelian Nabi dan Rasul.

Antara zikir yang disukai oleh Nabi s.a.w dan para Anbiya’ sebelum baginda ialah:

لا اله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد ( يحيي و يميت ) وهو على كل شيء قدير

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala pemilikan dan pujian. Dialah yang menghidup dan mematikan dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu.” [Al-Tirmizi dan Ahmad]

Fadhilatnya tiada taranya. Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang membacanya sepuluh kali selepas fajar dalam keadaan tetap kedua-dua kakinya akan dititipkan baginya sepuluh kebajikan dan dihapuskan sepuluh keburukan (dosa) dan diangkat sepuluh darjat. Seluruh harinya akan dipelihara dari segala perkara yang tidak diingini dan dipagar dari gangguan Syaitan dan tidak ada dosa yang mengirinya pada hari itu kecuali jika dia berlaku syirik kepada Allah.” [Al-Tirmizi dan Ahmad]
  •  Bersahabat dengan Al-Quran

Alhamdulillah dengan kekuatan, keazaman dan usaha giat para jemaah Haji ramai yang dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh berada di Makkah al-Mukarramah. Insya Allah tanamkan azam dalam diri setiap dari kita agar melazimi dan terus ’bersahabat’ dengan Al-Quran setelah pulang ke Malaysia nanti.

Sabda Nabi s.a.w: ”Bacalah al-Quran. Sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari akhirat nanti sebagai syafaat kepada pendampingnya (ketika di dunia).” [Muslim]
Antara mukjizat Al-Quran ialah ia diutuskan untuk mengimbangi dan menjadi ’supplement’ (khasiat harian) kepada ruh manusia. Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Syura ayat 52:

”Begitulah kami mewahyukan kepadamu ruh (Al-Quran) dari ketetapan kami.” Manusia terdiri dari unsur akal, fizikal dan ruh. Maka setiap satu punya keperluan tersendiri. Keperluan bagi ruh manusia adalah Al-Quran.
  • Cintakan llmu dan melazimi majlis ilmu

Pada hari ini ilmu mudah didapati di mana-mana dan terlalu mudah diakses dengan hanya menggunakan jari sahaja. Namun, ilmu yang paling penting adalah ilmu yang akan menyelamatkan kita dalam dua kehidupan, dunia dan akhirat. Ia merupakan satu tugas dan kewajipan yang sentiasa berjalan bermula dari hari kelahiran hingga detik kematian. Sentiasalah kita berdoa agar dikurniakan dengan ilmu yang bermanfaat bukan ilmu yang membawa laknat.

Allah berfirman dalam surah Taha ayat 114: ”Katakanlah, wahai Tuhanku tambahkanlah kepadaku akan ilmu pengetahuan.”

Nabi s.a.w juga menitip pesan: ”Menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim.” [Ibnu Majah – Hadis ini dkategorikan sebagai Hasan].
Ingat bahawasanya dengan kejahilan manusia akan berada dalam gelita dan kegelapan. Hanya dengan ilmu manusia akan terselamat dan memiliki cahaya untuk menyuluh jalan hidupnya. Jangan hanya kita mudah berpuas hati dengan ilmu yang telah kita pelajari. Pastikan ilmu meningkat dan sesuai dengan pergerakan usia.

Malulah kita jika usia sudah dewasa atau meningkat tua, tapi ilmu masih bertaraf tadika! Carilah ilmu walau dimana sahaja; masjid, surau, tv, radio dan internet. Umpama kata-kata Imam Syafie rhm: ’Sikapku dengan mencari ilmu adalah umpama seekor ibu ayam kehilangan anaknya.’
  • Halal haram dalam kewangan dan muamalat

Ingatilah bahawasanya Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 278-279:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَذَرُوا۟ مَا بَقِىَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓا۟ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ، فإن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ فَأْذَنُوا۟ بِحَرْبٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَٰلِكُمْ لا تَظْلِمُونَ وَلا تُظْلَمُون

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah segala bentuk-bentuk riba jika benar kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melakukannya sesungguhnya kamu telah mengisytiharkan peperangan dengan Allah dan RasulNya. Jika kamu bertaubat, maka ambillah modalnya (pokok harta tersebut) dan kamu tidak menzalimi dan dizalimi.”

Begitu juga Nabi s.a.w pernah menitipkan amaran bahawasanya memakan harta riba itu dosanya yang paling ringan adalah seperti menikahi ibu sendiri [Lihat dalam hadis no 4504 dalam Al-Jami’e Al-Suyuti] dan lebih berat dari 36 kali melakukan perzinaan![Lihat Al-Munziri, Al-Targhib wa Al-Tarhib, 3/68]. Bukan itu sahaja malahan orang yang terlibat dengan riba ini juga akan menjemput bala dan azab Allah dalam kehidupannya.
Sabda Nabi s.a.w:

إذا ظهر الزنا و الربا في قرية، فقد أحلوا بأنفسهم عذاب الله

“Jika perzinaan dan riba berlaku secara berleluasa dalam sebuah kawasan, maka penduduknya telah menghalalkan turunnya azab Allah kepada mereka.” [Lihat Sahih al-Jami’e no 679, Syeikh Nasir al-Din]

Masalah umat Islam hari ini dengan sistem kewangan yang ada, merasa selesa dengan segala bentuk nikmat dan kekayaan yang diperolehi saat ini walaupun mungkin bersalut riba.  Perasaan takut, risau, kurang keyakinan sudah tentu akan terbit kesan dari lamanya terlibat dengan sistem riba. Inilah hasil dari penjajahan barat terhadap dunia Islam yang masih kekal walaupun sudah bebas dan mampu mentadbir dunia mereka sendiri. Mengapa sistem yang direncana Yahudi dan Nasrani itu masih mendominasi ruang pasaran kewangan umat Islam.

Umat Islam pernah gemilang dengan pengaplikasian sistem Allah dalam era emas pemerintahan Islam di dunia. Mengapa kita kembali semula ke lembah dan lumpur jijik rekaan Yahudi dan Nasrani sedangkan kita pernah hidup dalam keindahan dan keadilan sistem yang bersumberkan wahyu Allah.  Namun, peluang  untuk kita kembali semula kepada sistem Allah yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan keuntungan akhirat masih terbuka luas. Oleh itu,selepas pulang dari Haji nanti perhatikanlah harta benda kita dan sumber rezeki kita. Periksa semua jenis harta, simpanan, pelaburan, saham, perniagaan, hartanah dan seumpamanya. Pastikan semuanya bebas dari riba. Jika masih belum, setelah pulang nanti pastikan semuanya ditukar dan diuruskan sesuai dengan kehendak syariat.

Sistem kewangan dan perbankan Islam sentiasa menanti untuk memberi khidmat yang terbaik dan pastinya patuh syariah demi kesejahteraan dalam kehidupan. Tukar semua akaun yang masih konvensional sifatnya kepada sitem perbankan Islam. Bertaubatlah! Jangan biarkan harta benda kita dijadikan senjata  untuk kita berperang dengan Allah Ta’ala dan Rasulnya kerana masih terikat dengan riba dan sistemnya. Bergembira dan beruntunglah semula dengan keuntungan dan kejayaan yang merupakan tawaran hebat dari Allah!

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 130:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu makan sebarang hasil riba berlipat kali ganda. Bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya kamu akan memperoleh kejayaan.”

PENUTUP

Semoga risalah kecil ini dapat memberi sedikit panduan berguna kepada para jemaah Haji yang akan pulang ke tanah air nanti. Semoga Allah menerima segala amalan kebajikan kita dan menjadikan kita semua dari kalangan haamba-hambanya yang beroleh nikmat, rahmat dan kemenangan dari kalangan orang-orang yang soleh. Selamat pulang ke pangkuan keluarga dan selamat beramal. Kuatkan azam dan semangat serta motivasi untuk melakar perubahan. Semoga perubahan kita kesan Haji yang mabrur akan membekas juga kepada saudara seagama kita yang lain. Wallahua’alam.

Dibaca oleh:
Abu Anas Madani, 23/11/11.
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/11/istiqamah-selepas-haji.html

Sunday, 27 April 2014

UMKI Nostalgia

http://muhdkamil.org/u-mki/2014/04/27/nolstagia/

Pengalaman pertama kali berada di kedua Tanah Suci tetap terakam nun jauh di sudut hati. Ia mungkin sebagai jemaah umrah ataupun ketika menunaikan fardhu haji. Banyak rahsia diri. Kami fikir ia turut dirasai oleh hampir semua jemaah yang mahu menyerahkan dirinya kepada Allah SWT. Kami juga begitu. Sungguh, ia berbekas di hati.
 
Pada ketika ini kami merenung kembali saat-saat ketika Allah membuka pintu hati untuk menunaikan fardhu haji. Kami benar-benar berada dalam ketakutan yang amat sangat walaupun semangat dan keinginan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima benar-benar menggila. Hampir sepanjang masa kami dapat membayangkan Kaabah, Hijir Ismail, hajarul Aswad, Masjid Nabi. Kami seolah-olah hati dan perasaan sudah berada di sana.
 
Namun – itulah – ia berselang seli dengan rasa kecut perut umpama mereka yang berada di bangunan yang sangat tinggi dengan mata memandang ke bawah. Terasa-rasa mahu melompat tetapi tiada upaya. Perasaan “butterflies in my stomach”.
 
Banyak perkara yang melintas di hati. Mahukah Allah menerima kami? Apakah kami akan dibalas tunai dalam setiap kesilapan dan kealpaan kami? Bagaimana sekiranya kami diuji dengan ujian yang tidak tertanggung dek kami?
 
Malah, kami terfikir-fikir bagaimana agaknya perasaan kami jika gagal melihat kaabah kali pertama. Tentu juga kami melayankan perasaan tidak keruan memikirkan pelbagai masalah yang diceritakan orang yang telah kembali daripada melaksanakan ibadah haji. Tandas di Mina, sesat di Arafah, gagal bermalam di Mudzalifah, bilik bersesak-sesak, dilanda masalah kesihatan dan pelbagai isu yang kelihatan lumrah bagi jemaah haji.
 
Lalu kami menyerah diri memohon keampunan di atas dosa-dosa lalu, mengharapkan kasih sayang dan belas kasihannya supaya kami dipermudahkan, diberi ilham, dan dibantu sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Itulah doa-doa yang telah kami pohon hampir setahun sebelum berangkat meninggalkan Malaysia.
 
Perasaan takut dan rendah diri untuk mengadapnya sambil mengharapkan kasih sayangnya benar-benar membentuk tingkah laku yang sangat berbeza sepanjang perjalanan kerohanian ini. Kami kurang bercakap, mata sentiasa menunduk bumi, bibir dan hati sentiasa memohon-mohon dan mengulang-ngulang perkara yang dipohon semasa di Malaysia.
 
“Ya Allah, ampunilah kami. Ya Allah permudahkanlah kami.
 
Ya Allah kami banyak dosa ya Allah. Terimalah kami, ampunilah kami. Ya Allah jika kami pernah berlaku syirik, pernah menduakanmu, kau ampunilah kami. Kami tidak pernah berniat begitu ya Allah. Jika ia berlaku adalah kerana kebodohan dan kejahilan kami ya Allah.
 
Rabbi yasiir, Wala Tuaasir, Rabbi yasiir, Wala Tuaasir, Rabbi yasiir, Wala Tuaasir, Rabbi yasiir, Wala Tuaasir”
 
Hari-hari yang dilalui sepanjang 46 hari di Mekah dan Madinah berkisar kepada janji-janji kami sebelum berangkat. Kami mahu melakukan yang terbaik di sisinya. Kami mahu bangun awal berqiamullai di masjid, membaca al-quran dan terjemahan, berzikir, berdoa dan bermunajat. Mahu sentiasa bersolat dengan melihat fizikal Kaabah. Bercita-cita sekerap mungkin melakukan tawaf sunat.
 
Malah hampir setiap hari airmata sentiasa menitis. Pasti akan ada saat-saat di luar kawalan di mana secara tiba-tiba perasaan sebak dan sayu. Maka muncullah titis-titis halus menyebabkan pipi berlinangan dengan air payau yang memberikan rasa hati yang sangat luar biasa. Kalau tidak semasa solat sunat, ia mungkin berlaku ketika bertawaf atau semasa berdoa di Hijir Ismail atau di hadapan Multazam.
 
Alangkah anehnya apabila memikirkan bagaimana mungkin kami boleh mengalirkan airmata ketika imam membaca surah-surah ketika solat berjemaah. Kami langsung tidak memahami maknanya. Apatah lagi untuk mengetahui isi kandungannya sehingga menggetar jiwa dan perasaan.
 
Kami berfikir, alangkah ruginya kami tidak tahu berbahasa Arab. Jika mendengar bacaannya sudah boleh melembutkan hati yang kering-kusang apatah lagi jika setiap baris dan ayatnya dapat difahami. “Ya Allah, kami mohon keampunanmu ya Allah. Mudahkanlah kami untuk membaca terjemahan dan tafsir ayat-ayatmu ya Allah. Pancarkanlah nur kasih sayangmu kepada kami ya Allah”.
 
Hari berganti hari. 46 hari sentiasa berada dalam linangan air mata. Maka ketika saat-saat mahu meninggalkan Madinah merupakan ketika yang sangat syahdu. Sebak. Kami meninggalkan hotel penginapan dengan rasa luar biasa. Seolah-olah kehilangan kekasih buat selama-lamanya.
 
Perjalanan ringkas bandar Madinah – lapangan terbang sunyi sepi. Setiap jemaah hanya mendiamkan diri. Tidak kira siapa mereka, terpancar rasa sayu mahu meninggalkan Tanah Suci. Apa yang difikirkan tidak pula dapat kami telah. Buat kami, airmata yang mengalir adalah kerana benar-benar menginsafi betapa Allah itu maha berkuasa, penuh dengan kasih sayangnya dan sentiasa menerima taubat hambanya.
 
“Kekalkah kami dengan rasa yang sangat luar biasa ini apabila menjejak kaki di Malaysia?”
 
Tiba-tiba skrip bertukar 180 darjah. Suasana di Lapangan Terbang Madinah riuh rendah. Mereka yang tunduk sedih kelihatan bergema-gema bersuara. Ketawa berdekah-dekah. Ada yang bercerita tentang siapa yang akan menyambut mereka, makanan apa yang bakal terhidang dan sudah ada yang mula memotong barisan. Bukankah kapalterbang yang sama akan dinaiki?
 
Itulah rasa ria dalaman yang terkeluar tanpa sengaja, memantul jiwa dan perasaan sebenar. Ia kegembiraan melampau membawa implikasi kepada kerohanian manusia sebagaiman pesanan Allah SWT melalui surah Al-Hadiid, ayat 23 yang bermaksud,
 
“(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”
 
Bertenanglah ketika berada di saat-saat mahu meninggalkan Tanah Suci sama ada Mekah atau Madinah. Bawalah perasaan ketenangan itu bersama ketika menaiki pesawat. Perjalanan panjang – selain berehat-rehat – setelah berhari-hari memberi fokus kepada amalan-amalan di Tanah Suci hendaklah diteruskan. Berzikirlah, sebutlah nama-nama Allah sepanjang masa.
 
Dan renunglah pertanyaan ini “apakah yang ingin aku lakukan apabila pulang ke Malaysia?”

Saturday, 26 April 2014

UMKI pasca ibadah umrah/ haji

http://muhdkamil.org/u-mki/2014/04/26/menjaga-tingkah-laku/

Bagaimana rasa jiwa apabila selesai menunaikan keperluan bertahlul yang melengkapkan rukun dan wajib umrah? InsyaAllah, ketakutan dan kegelisahan terurai serta-merta. Itulah rasa hati mereka yang pertama kali menunaikan umrah.
Lega.
Jemaah lega kerana pelbagai persepsi yang terkandung di dalam hati tidak berlaku. Cerita-cerita kesukaran mereka yang berada di Tanah Suci – sebenarnya – tidaklah benar atau begitu teruk. Banyak yang ditokok-tambah atau jika ia benar-benar berlaku sekalipun hanyalah kes terpencil yang diperbesar atas beberapa sebab yang tidak kami ketahui.
Istilah pembalasan tunai dinyatakan secara negatif. Hakikat sebenar, apa sahaja yang berlaku merupakan ujian Allah SWT bagi mendekatkan hamba kepadaNya. Kita sebenarnya diajar untuk berdoa, merayu dan merintih serta menyerah seluruh jiwa raga kepada Dia yang kita sembah. Satu-satunya yang disembah.
MasyaAllah, Subhanallah, Allahu Akbar … bukankah dua kali kita berikrar kepadanya betapa Dialah satu-satunya yang kita sembah melalui sebutan talbiah yang begitu ringkas sepanjang berada di dalam ihram.
HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu. HambaMu datang menyahut panggilanMu Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu.
Hamba datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala pujian dan ni’kmat serta kerajaan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagi-Mu.
Begitulah. Bagi jemaah yang mengerti konsep umrah yang sebenarnya akan sujud rebah ke bumi mengucapkan syukur kepadaNya apabila selesai menunaikan ibadat ini. Ia bukan soal kelegaan kerana terlepas daripada pantang larang ihram tetapi lebih kepada bersyukur di atas sifat Maha Pengasih Allah SWT yang membenarkan kita menyempunakan ibadat umrah. Malah bayangkanlah bagaimana dosa-dosa yang tertanggung selama ini gugur satu persatu.
Kita sesuci bayi.
Jika itu yang kita sedari maka logiknya tingkah laku kita akan menggambarkan perasaan tersebut. Airmata gugur tanpa dipaksa. Rasa hati jadi sebak dan pilu. Hati pastinya akan merayu-rayu kepadaNya agar tidak lagi membuat dosa. Kita mahu menambah kebaikan sehinggalah kita dijemput pulang.
Namun suasana seumpama ini jarang berlaku. Mereka yang datang berkeluarga lebih enak untuk melahirkan kegembiraan dengan bergambar beramai-ramai berbanding sujud syukur. Usai ibadat umrah membawa mereka kembali kepada tingkah laku yang tidak melayakannya menjadi ahli syurga tanpa dihisab.
Hari-hari selebihnya lebih banyak diguna dengan bersembang, berjenaka, membeli-belah sehinggalah kepada tidur dan rehat yang berpanjangan. Tiada masa untuk bertafakur dan merenung masa berbaki yang kian suntuk. Terdapat juga jemaah yang sudah tidak mementingkan solat berjemaah di masjid. Ruang hadapan hotel sudah menjadi tempat mereka berimamkan imam Masjidil Haram.
Malah ketika berangkat pulang sudah ada kaum wanita yang tidak lagi menjaga aurat dengan sempurna. Mulut bercakap langsung tidak menggambarkan wanita solehah.
Begitulah …. apabila mendarat di KLIA, carilah jika ada jemaah yang begitu terharu dan sebak kerana selamat sampai ke Tanah Air lalu singgah di bilik solat untuk mengucapkan syukur kepadaNya. Hati akan merayu dan meminta kepadaNya,
Ya Allah, ya Tuhan kami, berikanlah kekuatan kepada kami untuk meneruskan apa yang telah kami lakukan semasa di Makkah dan Madinah ya Allah. Kami ingin solat berjemaah di masjid, kami ingin bangun malam, kami ingin membaca al-Quran dan terjemahan, kami ingin berpuasa sunat ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersihkan hati kami ya Allah.
Barangkali lebih ramai yang ceria menuju tempat bagasi untuk mengambil tamar, air zam-zam, abaya, jubah dan pelbagai barangan yang dibawa pulang. Bukankah itu kegiatan bersungguh yang kita lakukan di Madinah atau Makkah sebelum berlepas pulang?
Maka itulah perilaku pasca umrah yang akan berlaku. Entah … kami sebut dan nyatakan untuk difikirkan. Ia bukan soal wajib di dalam melaksanakan ibadat umrah. Benar, hanya untuk difikirkan.

Sunday, 16 February 2014

Cara Mengekalkan Ibadah Selepas Haji


Tips mengekalkan ibadah selepas haji
1.Cari sahabat yang baik, yang boleh membantu kita mendekatkan diri kepada Allah
2.Sentiasa hadiri majlis ilmu supaya iman kita sentiasa bertambah
3.Berdoa kepada Allah.
Di akhir solat, doa minta
(a) Perlindungan dari 4 perkara; azab kubur, azab neraka jahanam, dari fitnah sewaktu hidup dan mati, dari fitnah dajjal.
(b) Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamamu.
(c) Perlindungan daripada berubah setelah mendapat hidayah


video ini dr Abdul Basit