Saturday 7 February 2015

Nak makan mana ya?


Itulah soalan kami saling bertanya bila nak makan di luar..... sebenarnya kami jarang mencuba kedai2 lain. Slalu makan di kedai yg berhampiran dengan rumah je. Sebab dah tahu tahap kebersihan yang baik  dan servisnya yang pantas. Tapi skali skala mencuba lah jugak. Jadi sekali lagi Mr google jadi mangsa untuk kami buat pencarian tempat2 yang boleh kami cuba....

Macam saya kata kan tadi..kami jarang2 skali mencuba di kedai makan lain..jadi segala apa yang saya cerita ni berdasarkan citarasa saya lah ye. Saya bukan pengkritik makanan nak bagi review2 yang "panas"....hanya sekadar perkongsian dan bagi idea tambahan buat orang yang ada masalah nak cari tmpt makan kat mana lagi (mcm kami)....

Rumah Makan Cibiuk....


Ni kedai makanan sajian istimewa Sunda. Bukan macam kedai Ayam Penyet (AP) tu...dia lain dari yang lain...Nama cibiuk ni adalah nama salah satu daerah di Indonesia. Ia merupakan satu sajian istimewa untuk para tetamu khas.

Pelbagai makanan Indonesia seperti Mee Bakso, Mee Yamin, sate etc.....tapi yang paling special psal Cibiuk ni ialah sambal cibiuk dia.




Sebenarnya dia ada banyak jenis sambal yang dihidangkan bersama ulam-ulaman. Sambal2 tu kena bayar tau....tapi sambal2 ni percuma di waktu2 tertentu....1.00 - 3.00 petang dan 7.00 - 9.00 malam. Sambalnya sedap, pedas tapi tak menyengit..beerti tak pijarlah mulut tu makan...pedasnya terasa tapi tak lama....

ni susunan pelbagai jenis sambal dia

berjenis jenis sambal bersama ulam

sambel cibiuk yang lazat

Kedainnya bersih dan sangat selesa. Ada meja2 tmpt makan dan aja juga stail pangkin. Kalau datang masa time kemuncak, memang penuh. Tapi haritu kami pergi dalam lingkunagn 3.30-400 pm jadi restorannya lapang. Kami duduk di tmpt pangkin...satu2nya family yg duduk kat situ....jadi anak2 seronok berlari2 kat atas pangkin dia.

Kami makan Mee Yamin (mee campur kicap khas dengan sup bakso), Nasi timpel komplit ( ada ayam bakar, nasi, tempe, sambal cibiuk, sayur kuah  putih), nasi goreng biasa (nasi goreng, keropok sayur, sate beberapa batang)....air sirap limau dia sangat sedap sebab rasa dia lain dr yg lain...

Nasi timpel komplit



Harga....sederhana...masih dalam lingkungan berpatutan. Lingkungan harga RM 9.50 - RM 14.50.

Rumah Makan Cibiuk yang pertama di Malaysia ini terletak di Seksyen 7, Bangi ,
No. 1-G, JLN PUTRA 6, TMN PUTRA KAJANG , 43000 KAJANG, SELANGOR

Rumah Makan Cibiuk ini terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu sebuah kedai corner lot yang menghadap lebuhraya SILK. Dengan kehadiran Rumah Makan Cibiuk ini akan menambahkan lagi pilihan variasi Makanan Sunda bagi rakyat Malaysia. Cawangan2 lain kat Indonesia ya...


Untuk maklumat lanjut, boleh tengok kat http://cibiuk.my/

---------------------------------------------------------------------------------------
Laman Grill: Steak & Bar-B-Que

Restoran ni adalah ilham Chef Zubir.

Tempatnya klasik dan eksklusif.

Seperti namanya, makanan yang disaji adalah jenis makanan barat dan menu utamanya adalah steak dan barbeque. Antara menu2 yang ada adalah seperti grilled chiken, lamb cutlet kebab, penne lamb osse buco (pasta), lasagne, Bolognese, carbonara, grilled salmon, burger combo ( tak ingat nama dia) dan pelbagai lagi.....


Abah, kakak dan cik suami suka makan Penne Lamb tu..dia kata sangat sedap...tak hamis...
BIL x ingat makan apa...
Anak2 makan Bolognese, carbonara, burger combo....yang paling simple untuk dorg makan...karang kalau bagi yang "fancy" atau "pelik2"..tak makan plak dorang. Lagipon spaghetti tu mcm rupa mee.. anak2 suka mee...
Saya plak makan lasagne.... sedap...tapi...hidangannya kecik lah... saiz hidangan ala2 mcm hidangan Secret Resipi. Tapi harga....ehem..

lasagna

bolognese

penne lamb


Tempatnya eksklusif sbb sajian chef istimewa, maka harganya juga eksklusif. Skali skala makan takpe...slalu2 kopak juga....Lingkungan harga RM 23 ke atas.

Lokasi....

Laman Grill @ Shah Alam
G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40000 Shah Alam

Laman Grill @ Kajang
No. 38G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang

Hours: 11.00am – 11.00pm EVERYDAY

@ Kajang

@ Shah Alam
 Boleh buat tempahan

Untuk maklumat lanjut...
http://www.lamangrill.com/index.php/about/
http://foodisemania.blogspot.com/2012/04/laman-grill-steak-bar-b-que-shah-alam.html


Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Ok... tadi dah citer pasal sajian Sunda, Indonesia....kemudian sajian barat di LamanGrill.... skang citer psal mee tarik, sajian cina yang sangat istimewa.

Mee Tarik ni dibuat sendiri secara langsung di restoran dia. Kita yang berkunjung boleh tengok cara pembuatan mee tarik. Memang sangat terpesona dan kagum sebab tukang buatnya sangat cekap dan pantas. Tangan "magic"  ..tarik2 banyak kali trus jadi mee.... amazing....Sebelum ni pernah tgk kat tv je pembuatan dia. Skang dpt tgk "live"....kagum..sangat kagum...

ni tmpt boleh tengok dia buat mee....gambar courtesy ciklilyputih.com

in action........
Pekerja2 dia...yang melayan ni rata2 melayu kita dan Indonesia tapi tokei kedai dan tukang masak org cina dr China mainland. Suami cakap dorg ni tak pandai cakap melayu pon. Tengok muka dorang  pon tau dorg China mainland.

Saya tak brape ingat kami makan apa sebab terlalu banyak menu dia yang pada mata saya semuanya hamper sama je. Selain sajian mee Tarik yang boleh didapatidalam bentuk berkuah, atau kering (tapi masih ada kuah basah2 gitu)...dia juga ada sajian nasi. Dan istimewanya di situ, dia ada air teh special (Nama dia China Ba Bao Tea) cmpuran buah longan, kurma merah, krysantimum, dan beberapa herba2 yang lain... Boleh try...tp suami kata teh special dia tu berangin....jadi perut rasa tak sedap.

China Ba Bao Teh

Sajian yang kami makan memang sedap...salah satunya sajian nombor 111 ( haha tak ingat nama...tapi ada beef smthg smthg...)...lagi satu sajian ada kuah merah (rasanyer mustard beef noodle kot)...anak2 suka belaka... kami kongsi je... satu mangkuk/ pinggan mee dia pon dah cukup besar...mee dia rasa kenyal2 tp lazat lah....

mustard beef noodle

dia ada tempat makan berhawa dingin dan ada tempat yang biasa....

Harga...berpatutan...setiap hidangan tu lingkungan harga RM 6 ke atas...

Masuk rancangan Jalan2 Cari Makan gitu....

Lokasi....

Cawangan Sg Besi
51A, Jalan Tasik Utama 3, Medan Niaga Tasik Damai, Sg. Besi 57000, KL
(017-8768960 / 0390543209)

Cawangan BANGINo.3-47-01,Common Area Jalan Medan, Pusat Bandar Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (seksyen 9 setentang dengan Restoran Cina Muslim Haslinda).....
Tel :017 3589168


rasanya mcm ada cawangan Setapak juga.......

@ Sg Besi
@ Bangi


p/s - restoran cina muslim haslinda tu pon sedap.. harga sedang2... yang paling special ialah sotong celup tepung dia (salted egg squid) - ni sangat sedap dan rangup, pertugese chicken, beancurd soup ( tak ingat nama dia).... yg ni pon masuk rancangan Jalan2 Cari Makan.....

No:48,Jalan Medan 2C
Section 9,Pusat Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


No comments:

Post a Comment