Berbulan2 juga untuk buat keputusan nak pilih stroler yg mana...maklumlah takde pengalaman. Tak tahu sangat pon pasal stroller ni sampailah saat kena mencari satu.....
Sebenarnya saya x terlintas langsung nak beli stroller sbb sebelum2 ni anak tak nak duduk dalam stroller mahupon carseat. Lagipon dah ada satu stroller pemberian kakak saya...tak pasti pula brand apa tp stail/ fesyen zaman dolu2...yg besar, bulky dan berat serta susah nak lipat2/ atau bukak...wpon stroller tu boleh kedua2 front/ rear facing (facing parents)...tp bila stroller tu set rear facing...tayar jadi kejung sket...secara standardnya, kedudukan default stroller tu adalah menghadap depan (front facing) so tayar depan yg sepatutnya boleh gerak2...tayar blakang fix...bila tukar arah handle nak rear facing...tayar gerak2 dah jadi di posisi blakang, tayar fix di depan...masa tu payah lah nak menolak stroller tu terutama bila nak pusing/ belok kat selekoh sebab tayar depan dah kejung. Maka stroller tu duduk dlm stor aje.
Idea nak stroller ni dtg dr cik suami yg selalu menjadi "mangsa" anak...anak2 slalu mengharapkan suami dukung dorang. so bila adik nak berdukung, kakak pon nak berdukung juga....terutama kalau dah jalan jauh sket...mulalah kakak lembikkan kaki dia...takmau berjalan....suruh abah dukung....lenguh bahu lah...saya biasanya amek dukung adik sbb dia kecik dan ringan...kakak bagi abah dia dukung.
pd peringkat awal...saya beli ssc (soft structured carrier) (boleh baca di sini utk tahu psal jenis2 baby carrier)...itupon ms tu saya desperate nak pergi grocery shopping...duk pk nak bawa baby mcm mana....tu yg trus singgah kedai barangan bayi dan beli ssc. Lepas2 tu sronoklah "dukung" baby guna ssc ke mana2 shj kami pergi esp cik suami....kuranglah menggeletar tangan dukung baby lama...cuma bila time kakak nak berdukung, cabaran pon tiba... saya akan ambil alih pakai ssc tu dukung baby..cik suami akan dukung kakak...tu yg cik suami beria2 nak cari stroller...
since baby ni berdisiplin boleh duduk elok dalam carseat, kami fikir dia tentu akan berdisiplin juga duduk dalan stroller....dan paling penting bila time si kakak dah lenguh...bolehlah load kakak dlm stroller..adik pakai ssc.
So dr situlah bermula pencarian kami. susah juga nak mencari yg sesuai dan berkenan di hati....
Langkah pertama.......
Menyenaraikan ciri2 stroller yang kami cari..
1. Mudah dikendalikan (bukak/ tutup)
2. Saiz kecil boleh muat MYVi - dan lagi ringan lagi bagus
3. Harga berpatutan (bajet kami < RM 1000)
4. Tahan lama - boleh pakai dr newborn sampai 4 thun...which also means seat boleh recline and boleh sustain berat up to 16 kg - 20 kg
5. Front/ rear facing - possible nak yg boleh reversible handle
Langkah kedua....
survey website rasmi stroller/ website kedai baby/ review dalam blog2 orang (menggunakan kata kekunci "stroller muat myvi")
BLOG
1. https://forum.lowyat.net/topic/2346436/all
2. http://layarhidupkudiduniafana.blogspot.com/2013/11/pencarian-stroller-lilld-berakhir-jua.html
3. http://www.intanurulfateha.com/2013/09/stroller-baby-yang-sesuai-untuk-kereta.html
4. http://cujen.blogspot.com/2014/08/pencarian-stroller-untuk-melissa.html
5. http://rinastories.blogspot.com/2013/01/antara-stroller-pilihan.html
OFFICIAL SHOP WEBSITES
1. www.fabulousmom.com/
2. http://axeana.com/
3. http://www.mothercare.com/
4. http://www.babymanja.com/
5. http://www.mamours.com.my/
OFFICIAL BRAND WEBSITE
1. http://www.quinny.com/
2. http://www.combistrollers.com/
3. http://www.combiusa.com/
4. http://combi.com.au/
5. http://www.sweetcherry.com.my/
6. http://www.capella.com.my/
7. http://japan-baby.com/products/aprica-strollers
8. http://easywalker.nl/product/mini-buggy/
9. http://www.halfords.com/
10. http://www.babyzen.com/
Langkah ketiga.....
pergi tengok sendiri kat kedai...tengok rupa stroller tu, cara fungsi dia, dan yang paling penting HARGA...
1. Jusco ( ada Sweet Cherry je) - ada buggy SC, ada model2 seperti SCR 6, SCR 7, SCR 8, SCR 9, SCR 10, SCR 11, SCR 12....
2. kedai Twin baby -
dekat kedai ni, dia ada satu floor (tingkat 3) penuh ngan stroller je. Masa kami pergi tu, dia belum officially bukak floor tu. Tingkat tu gelap lagi, masa kami smpai baru dia bukak lampu. Terasa bangga plak kami jadi antara yang terawal merasmikan tingkat yang penuh dgn stroller. Banyak pilihan jenama dr Jepun seperti Combi (spazio/ miracle turn) dan Aprica, serta Capella (Korea) .. rasanyer mcm ada Peg Perego (Itali) dan Perreno (France) gak...Brand2 omputih mcm Halford, Maclaren, Quinny takde.
Kat kedai ni lah kami mula2 berkenalan dengan jenama Combi, Aprica, Capella dan Perenno. Masa kat kedai tu, kami cakap kami nak stroller yang senang handle, ringan, muat Myvi dan reversible handle so salesperson tu terus perkenalkan kami kat brand Combi, Aprica dan Capella yang ada beberapa model yang ada reversible handle....
Mula2 kami mcm tak puas hati sebab rasa mcm cikai je bunyi brand2 yang dijual tu sebab tak pernah dengar sebelum ni. (Biasa dengar nama2 mat salleh je...Quinny, Halford, Maclaren...). Nama Combi tu walaupun sebenanrnya disebut "kom-bi" tapi bunyinya mcm "chom-bi" ( ala ...chombi P. Ramlee) jadi bunyinya mcm gegirl sangat....Dah lah nama tak glamour (ms tu kami rasa tak glamour lah).....pastu masa salesperson tu demo...nampak mcm fragile je stroller2 tu....skali tarik dah bukak, skali tarik dah tutup...haha.... Kami takut tertipu terkena produk2 China yang tak brapa bagus..haha....bertambah lahhhhh lagi rasa cikai bila dapat tau nama jenama biasa2 je (pada masa tu) tapi harga mahal mai aiii......tapi akhirnya barulah kami tau stroller2 tu dr Jepun/ Korea dan sangat famous dan branded...haha...
3. Kedai Fabulous Mom -
ada Quinny zap extra 2, Halford Zuss 4/ S8 Pramette, Baby jogger, Perenno, EasyWalker - minibuggy stroller (minicooper), maxicosi travel system, carseat ada brand littlebean, coopers, halford
4. Axeana -
kat Mahkota Cheras, kedainyer kecik aje tapi dia jual byk brand..hampir sume ada kat dia....tanya je dia...Combi, Maclaren, Baby jogger, Quinny, Halford, Bumbleride, Clek, Buggypod, Combi, Maxicosi travel system, SweetCherry, Firstyear, Aldo, Mydear, Graco, Cybex, Aprica, Baby Zen, Hauck, Viva, Obaby, Seebaby, Capella, Easywalker (mini cooper), car seat - ada Recaro, Sparco, Little Bean etc...harga stroller dia rata2 murah sedikit berbanding harga pasaran lain.
5. Mothercare -
Bugaboo, Halford, Maclaren, Stokke, Mothercare, Silver Cross (one of the model of Silver Cross tu adalah the only model yang claimed boleh sustain berat sehingga 20 kg, brand/ model stroller lain hanya claimed up to 16kg)
Tempat2 lain yang boleh pergi tapi kami tak pergi sebab takde masa dan rata2 dah survey kat kedai lain.
1. Baby manjaku -
2. Mamours -
3. Kedai Anakku - brand Anakku
Lepas dah survey melalui website dan berkunjung ke kedai2 untuk tengok sendiri secara langsung stroller2 yang ada di pasaran.... barulah kami belajar sket2 psal stroller ni...
--> tau lah psal prem, stroller, buggy, travel system....(utk maklumat lanjut..baca di sini)....
--> pastu dapat tau beberapa jenama yang kami tak berapa familiar sebelum ni seperti Combi, Capella, Aprica yang merupakan jenama terkenal dr Jepun dan Korea.... Rasanya nama Combi tu saya macam pernah dengar lama dulu sebab ada sahabat beli highchair brand Combi....tapi tak brape ingat.
--> Pastu tahu pelbagai rekabentuk stroller yg ada.... front/rear facing yang mana ada model yg di"adjust" melalui reversible handle dia mcm certain model Combi dan Capella.. dan ada model yang disesuaikan dengan seat yang boleh dicabut (maksudnya cabut dan pusingkan seat tu untuk front/ rear facing) mcm SCR 6/ SCR 12, Quinny Zapp. Ada juga yang hanya adjust seat dia ( tak payah cabut) mcm Maclaren Techno XT
------------------------------------------------- oooooo-----------------------------------------------
Banyak model yang kecik, compact, ringan, senang dikendalikan, yang boleh newborn sampai 4 tahun kebiasaannya tak boleh rear facing.. sebab dia fold compact mcm umbrella fold tu, maka dia tak boleh tukar2 arah...dia boleh front facing je...tu yang menyukarkan lagi pencarian menyebakan senarai pilihan tak banyak.
Suami kata kalau susah sangat, abaikan lah ciri2 front/ rear facing tu and tak payah cari untuk newborn... since kami takde newborn lagi dan yang kecik pon dah sethn setgh usia dia...
so suami suggest buggy sbb harga buggy jauh lebih murah dan saiz yang compact/ ringan dan kecik mcm umbrella fold.....
tapi saya kata saya still nak yang boleh pakai untuk newborn untuk kegunaan masa depan sebab menjimatkan dan tak payah beli banyak2 stroller. (Kebanyakkan buggy tak boleh utk newborn, again sbb dia umbrella fold so seat dia tak leh recline untuk newborn dan biasanya utk berat 6 kg ke atas)
so suami suruh cari stroller biasa yang boleh dr newborn tapi tak payah susah2 pening2 nak cari yang boleh both front/ rear facing.... cari yg standard front facing aje.
Tapi saya tak nak juga.... kalo stroller yang tak leh rear facing tu saya tak gemar especially untuk newborn. Kalo baby kecik saya suka baby pandang arah parents senang kita nak pantau dia. Tak puas kalau sekadar tengok kat peek window.
Haha... saya yang fussy/ memilih rupanyer...
Setelah penat survey...akhirnya kami menyenaraikan model2 yang menghampiri kriteria yang kami nak (susah benarnya nak cari stroller yang memenuhi ciri2 yang kami nak...especially part yang boleh rear facing dan kalau ada yang "perfect" pon meaning dia boleh rear facing...dia akan " tak perfect" pada harganya...haha - maksudnya harga mahal dahhhhh...)
Berikut adalah senarai yang telah kami shortlisted kan...untuk dipertimbangkan dan diulas secara terperinci....(yang kebanyakkan tak memenuhi kriteria "harga berpatutan"
1. Sweet cherry - SCR 6/ SCR 12
2. Quinny Zapp/ Quinny Zapp Xtra/ Quinny Zap Xtra 2.0/ Quinny Buzz
3. Easywalker minibuggy (mini cooper)
4. Combi - Well Comfort/ Spazio/ Miracle Turn
5. Halford Zuzz 4/ S8 Pramette
6. Babyzen yoyo
7. Maclaren Quest/ Techno XT
Dah lepas menyenaraikan senarai ni, kami pi jenguk2 balik website rasmi utk pertimbangkan kembali...nak pilih yang mana satu....
berpeluh juga.......
sambung kemudian
bli yg mn boleh muat myvi
ReplyDeleteThis is very nice information. because our child safty is very important to us hence you may like baby care Strollers canopy/hood from http://www.lovee.com
ReplyDeleteThey have many varieties like mountain buggy nano