Thursday 22 December 2011

sakit leher paling teruk

hari ni saya cuti...MC sebenarnya...boring pula duduk rumah...selalunya tak lah sebosan nih sbb mcm2 kerja yg saya boleh buat di rumah, namun sbbkan masalah "ni" saya langsung tidak dpt berfungsi dengan baik. cuaca di luar pun mendung aje menambahkan suasana kemuraman saya.

saya tak pernah terseliuh leher seteruk begini. semalam ketika bangun pagi, dah mula sakit..org kata salah bantal..tp saya masih boleh mandi dan buat kerja lain. cuma masa nak menyarungkan baju, saya tergeliat sekali lagi menambahkan kesakitan yg sedia ada. tapi saya cuba lagi....terus bersiap2 utk ke tmpt kerja. dalam kereta, tengah nak mengundurkan kereta keluar dr anjung rumah, saya cuba membetulkan lubang "air-cond" kereta saya yg paling kiri sekali, maka saya pon terseliuh buat kali ketiga dan ketika itu sakit tuh terus menangkap lengan kiri saya. terhenti seketika di dalam kereta. rasa mcm nak nangis. namun saya sangkakan takde apa2 cari sy terus proceed ke tmpt kerja.

saya mengalami kesukaran utk menggerakkan leher jd hal ini melambatkan proses sy merawat pesakit. di pengujung hari, leher saya menjadi2 sakitnya. bawa kereta pon tak boleh nak teleng langsung sehinggakan saya tidak dpt menoleh side mirror saya. di rumah pon sy tak dpt nak buat apa2. malam tuh nak tido serba tak kena sbbkan sakit...tak tahu nak baring mcm mana. asyik2 terjaga...sakit nyer tidak terperi....badan sudah lenguh tp nak gerak sangat, terlmpau sakit.

pagi tadi, leher saya langsung tak leh nak bergerak. nak bangun pun kena mintak tolong cik abang tarikkan. nak mandi susah, nak pakai baju susah...last2 pergi klinik amek ubat thn sakit dan muscle relaxant....dan amek MC...mcm mana nak memandu dlm keadaan sebegini. setelah makan voltaren dan orphenadol, saya pon dilanda rasa mengantuk akibat dek ubat dan juga kerana tidak dpt tidur semalaman. tak dpt nak buat apa2 kerja di rumah. sehingga kini, leher saya masih sakit terkehel...dah kurang sikit namun kena jaga elok2 sbb silap pergerakan, boleh menyebabkan kesakitan dan boleh terkehel lagi....

hmm....

No comments:

Post a Comment