Minggu lps tmpt keje suami ada buat family fun hunt, mcm treasure hunt tp pesertanya ahli keluarga. Kami bermula seawal jam 8pg berkumpul di pintu utama ofis. Kami disuruh memberi nama kumpulan dan diberikan sticker utk ditampal di kereta. Kereta berbaris dan diatur mengikut giliran. Disbbkan masa tu Mujahid sgt suka tngok Ben10, kami nama kan kump kami Ben10. Sedikit taklimat berkenaan program pd hari itu diberikan bg melancarkan aktiviti diringi dgn doa dan goodie bags diserahkan. Dalam goodie bag ada pelbagai jenis makanan dan air buat bekalan.
Kemudian kami berlepas dalam kereta masing2 ke checkpoint yg telah disediakan. Kami bermain sekitar kawasan uniten. Ada aktiviti jigsaw puzzle..mak bapak yg beria pasang jigsaw puzzle sbb nak cepat, anak2 pulak relaks2 aje sbb dia tak tau yg ni pertandingan. Selain tu ada aktiviti sepak bola, pass getah dalam straw, baling dart, main kereta control dan byk lagi (tak ingat semua). Aktiviti2 tersebut perlu dihabiskan bagi memdapat klu tempat/lokasi seterusnya. Sambil main, sambil cari tmpt, sambil tu jawab teka teki (riddles) yg diberikan. Mengah juga dibuatnya sbb dah lama tak main mcm ni.
Dah habis tu...kami berkumpul di kantin tingkat atas ofis utk majlis penutup dan penyampaian hadiah. Dapatlah hadiah sagu hati...pulang dgn perasaan seronok sbb tringat zaman muda2 main treasure hunt.
No comments:
Post a Comment