Wednesday, 8 February 2012

Tahniah PASTI

PASTI = Pusat Asuhan Tunas Islam

Pasti merupakan pusat pendidikan awal bagi kanak2 prasekolah yg bertemakan Islam yg diuruskan oleh Pemuda PAS. Ia langsung tiada kaitan dengan unsur2 politik. Program pendidikan ini sudah terkenal dengan sistem pembelajaran dan silibus yang bagus utk anak2.

IA merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek sahsiah,keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam,Iman dan Ihsan.
Mengambil kira potensi dan bakat yan sedia ada,pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitof,psikomotor,bahasa,sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi waarga yang cintakan negara serta berpegan teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredai oleh Allah swt. di dunia dan di akhirat..

Tidak seperti TADIKA lain, ia langsung berteraskan ajaran Islam, tiada menari2 seperti tadika kemas. pembelajarannya yang menyeluruh dan holistik menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan ibu bapa kini.

Seperti biasa, negara kita mempunyai ramai golongan bekerja sederhana termasuklah saya., tergolong dalam kategori "average family". Namun dalam peredaran zaman yg begitu cepat ini, ramai ibu bapa semakin sedar akan kepentingan untuk mendedahkan anak2 mereka dengan pendidikan Islam pada peringkat yang lebih awal lagi.....maka sudah tentu TADIKA yg bercirikan ISLAM menjadi pilihan utama. Di dalam keghairahan ini, pusat2 pendidikan awal yg bertemakan ISLAM tumbuh bagai cendawan, memeningkan lagi kepala mak ayah nak pilih TADIKA yg mana satu. Masing2 mempromosikan program/ silibusnya yg menarik perhatian. Tapi, disebalik kegemburan TADIKA2 Islam ini, kos perbelanjaannya juga boleh tahan hebat juga.

contohnya, TADIKA yg besar2 - Genius Aulad, Little Caliph, Montessori Islam, CIC (Children Islamic Centre).




 Dengan kesedaran yg semakin tinggi di kalangan ibu bapa tetapi kekangan kos pendidikan yg mahal, sudah tentu PASTI menjadi pilihan terbaik sehinggakan terlalu ramai permintaan dan byk permohonan yg terpaksa ditolak. Ya, Ya, PASTI menawarkan silibus yg sudah "well-established" lagi terbukti dengan kos yg rendah sahaja. Saya bukan memandang remeh atau enteng, apatah lagi memandang lekeh dengan fakta ini. Kos yg rendah seringkali dikaitkan dengan kualiti yg kurang juga.... TAPI bukan PASTI. PASTI lain drpd yg lain.


IA adalah satu organisasi yg tidak mengharapkan untung, maka segala kos yg dibayar adalah hanya utk menanggung perbelanjaan buku2, aktiviti, gaji guru2. Kos berpatutan yg ditawarkan memberi peluang utk ibu bapa golongan majoriti yg berhasrat tinggi utk memberi pendidikan awal Islam kpd anak2 mereka agar kos2 tadika lain yg terlampau mahal tidak menjadi penghalang utama utk kanak2 ini mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi di samping mampu menggilap potensi yg ada dalam diri mereka.

jangan main2, guru2nya juga guru terlatih, mempunyai Majlis Guru2 PASTI dan komiti yg menghasilkan dan menyelaras silibusnya agar menetapi kehendak semasa.

YA, hadirnya PASTI ini menberi ruang dan peluang utk semua ibubapa menghantar anak2nya ke TADIKA Islam dan beroleh pembelajaran yg baik. Tiada golongan yg terpinggir hanya kerana dek kekangan kewangan.

TAHNIAH PASTI - semoga anda terus berjaya mendidik anak2 yg bakal memimpin generasi kemudian dengan pendidikan berteraskan agama yg berkualiti.

p/s - yang pastinya, saya juga hampir menghantar anak ke PASTI, namun disbbkan masalah logistik, tadika sekarang lebih mudah utk dihantar/ diambil, tak perlu uruskan kenderaan (bas), maka kami pon memilih tadika tersebut.




No comments:

Post a Comment