mcm mana akan jadi bila kerajaan ingin menswastakan sistem kesihatan kita seperti yg dilaungkan? harga ubat2an yg semakin meningkat, mampukan semua rakyat kita menampung kos kesihatan yg tinggi????
p/s ada kalanya saya menyokong dgn kewujudan klinik2 sebegini bagi memudahkan pesakit mendapat rawatan pesakit luar dengan hanya bayaran RM1, masih ramai pesakit di luar sana yg menghargai perkhidmatan yg diberikan kpd mereka, namun masih ada segilintir pesakit yg kaki komel dan kaki komplen...pesakit yg sebegitu yg saya tak tahan....bayar seringgit, masih mengamuk sbb tunggu lama, bila giliran org lain, bising2 sbb org lain lama, bila giliran dia, seribu satu komplen....jd harap2nya pesakit2 begini kena lah tahan sabar sikit sbb semua org yg dtg ke klinik kerajaan ni inginkan rawatan yg baik utk mereka, mereka pon perlukan perhatian, bukan org2 tertentu sahaja. semua pesakit dilayan dengan adil. kalau pesakit yg suka mengamuk bising, pikir2lah..takkan nak suruh doktor tgk pesakit lain laju2 tp bila turn korang, nak pulak periksa habis2an...byk cantik...so pikir2kan lah... ada juga pesakit yg mengambil kesempatan mengambil peluang utk meminta segala mcm ubat yg tidak berkenaan sakitnya...yg tuh pon saya rasa tak adil sbb ubat2 ini distokkan utk golongan2 yg tertentu yg lebih memerlukan. kita bukannya kilang ubat yg boleh expell semua ubat2an kita sesenang hati begitu. satu lagi perkara, ada sesetgh pesakit suka mintak stok ubat emergency terutamanya yg nak pergi berjalan2 di luar negara. menang2 bayar seringgit je. saya tak suka pesakit yg ambil kesempatan sebegini. saya tak faham, kalau ada duit nak pergi luar negara, yg pastinya mesti ada duit extra utk berbelanja. kenapa tak cari stok ubat2 di farmasi luar. itu utk tujuan peribadi. saya ingin tekankan ubat2an di klinik2 kerajaan adalah utk kegunaan rawatan pesakit harian dan bukannya utk mengumpul stok2 ubat. kebanyakan golongan yg berkemampuan nih ambil kesempatan pula. pada saya itu tidak adil buat pesakit2 yg miskin yg lebih memerlukan ubat2an tersebut. seolah2 mereka ini dah ambil "share"/ bahagian pesakit2 miskin. tak adil!!!
ini satu blog tentang seorg pesakit yg visit rasah jaya.
http://www.mywanderingstory.com/2011/08/klinik-1malaysia-lagi-best.html
No comments:
Post a Comment