Saturday, 11 February 2012

handfon baru

sebenarnya lama dah saya menyimpan hajat nak ada handfon baru disbbkan handfon yg sedia ada sudah lama. ye..walaupun lama tp masih boleh berkhidmat. cuma yg menjadi masalahnya, butang2nya sudah tidak sensitif lagi apabila ditekan. dan yg paling penting memori yg sedikit menyebabkan saya tidak boleh mengambil sebarang gambar lagi, kameranya pon hanya VGA....fon yg saya maksudkan ialah sony ericsson k700...model lama...fon ni dr ujung tahun 2004..bayangkan sudah 7 tahun lebih...mmg dah tak up-to-date. walaupun bunyinya macam saya nih cuba nak mengejar trend smartfon sekarang, tp alasan sbenar nak bertukar hanfon adalah kerana saya ingin merakamkan detik2 indah anak2 saya membesar.lama saya menunggu utk dptkan fon baru nih, cuma disbbkan bajet belum diizinkan lagi.

apabila saya memberitahu hajat saya utk membeli handfon baru kpd suami saya, dia pon bertanya saya nak fon apa? saya tidak tahu, dulu2 saya ambil tahu juga jenis handfon apa yg ada di pasaran namun sekarang takde masa nak survey2. jadi saya beritahu suami yg penting, saya boleh ambil gambar dan video yg cantik. suami saya pon tolong survey dalam internet mencari jenis handfon yg menarik. sebenarnya terlalu byk dalam pasaran seperti iphone, samsung galaxy, SE experia etc. tp dalam byk2 suami saya memilih android agar mudah utk memuaturun aplikasi2 yg ada. dalam byk2 survey, suami saya pon mencadangkan xperia arc/ arc s/ ray. pd mulanya saya berkenan ray sbbkan saiz yg kecil, sama seperti fon yg sedia ada, namun bila kami ke mines shopping mall utk mencuba2 fon, ray terlalu kecil utk menekan keypad nyer. so pusing punyer pusing, saya memilih xperia arc.(sbb dia murah lagi drpd arc s)....so saya pon kumpul duit mengharapkan duit bonus utk beli handfon baru.

8 hb feb lalu, saya EL disbbkan Insyirah demam. petangnya suami saya pulang bersama2 satu kotak dan kad terletak di atas meja makan. saya tercengang2, rupanya kad birthday saya bersama2 fon xperia arc. walaupun second hand, suami dpt bargain murah dan pemilik sebelumnya baru menggunakannya selama 2 bulan (alasan tukar fon sbb nak upgrade ke samsung galaxy note)....rupa fon seperti baru...

akhirnya tercapai hasrat saya utk dapat fon baru. boleh download angry birds....kelakar tp baru sekarang nak merasa main angry birds sedangkan org lain dah lama mainkannya.....tp takpelah, biar lambat asalkan masih boleh main angry birds, dan yg penting boleh ambil gambar byk2. yeah.....alhamdulillah, Allah murahkan rezeki.


No comments:

Post a Comment