Wednesday 11 June 2014

HALAL ke TAK ni????

Berikutan kes DNA babi yang ditemui dalam coklat kegemaran kita iaitu Cadbury, ramai yang menghentam tak tentu pasal....ada yang sampai kata mintak saman sebab dah cemarkan darah org Islam dengan babi etc. Dan kemudian pihak JAKIM pula menafikan dengan membuat ujian sekali lagi yg dikatakan diambil dari sample kilang yg dikatakan halal, dan suci tanpa DNA babi. (tp of course sampling dah berbeza so tak leh buat perbandingan direct sbb sampling kkm dr kedai, sample jakim dari kilang, batch production yg beza....but anyway, Ust Dr MAZA ada kongsi fatwa yg dikeluarkan oleh Yusuf Qardawi dan ulama2 yg mengatakan gelatin dr babi halal.... lepas2 tu berlakulah perselisihan faham dan kekeliruan di kalangan org ramai dek kerana kegawatan ilmu.

Sebelum kata apa2..berhenti, take a step back dan pikir kembali. Tanya org yg berilmu, dapatkan pendapat dr sumber yg sahih dan bertauliah.

Second, mungkin ada ilmu worth sharing dan mungkin ada ilmu kena share berpada-pada ikut tahap kefahaman seseorang itu...kerana sekiranya tersalah anak didik, takut2 boleh menimbulkan fitnah besar kepada agama....

Jadi, hikmahnya jadi begitu, supaya org lebih sedar tentang konsep halal haram dan tahu bahawa hukum fiqh ini sangat luas.

Berikut adalah perkongsian ilmu, apa yang telah saya kongsikan bersama2 teman di fb tentang isu ini...(copy & paste dr fb saya)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


bagi mereka yg masih keliru psal konsep halal haram ni...sebelum kita memberi komen negatif terhadap para ulama muktabar...baik kita berlapang dada dan baca tentang konsep istihalah ni Belajar dan kaji apa yg kita tak tahu sblm menghentam mana2 pihak.

Bila org yg bukan ahlinya berbicara, maka ia hanya akan mengundang kemusnahan sahaja...
 
Dari Abu Hurairah r.a : Pada suatu ketika Nabi saw sedang berbicara dengan orang ramai (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab Dusun menanyakan kepada beliau, ‘Bilakah datangnya saat (kiamat)?’
 
Nabi saw tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Nabi saw yang demikian itu, sementara orang mengatakan Nabi saw mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya.
 
Setelah Nabi saw selesai berbicara, beliau bertanya, “Di mana orang yang bertanya perkara saat (kiamat) tadi?”
 
Orang itu menyahut, “Saya! Ya Rasulullah!”
 
Rasulullah saw bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat).”
 
Tanya orang itu, “Bagaimanakah caranya disia-siakannya amanah?”
 
Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat/kehancuran)[Hadis 0049]
 

 
masa saya pergi konvensyen fiqh medik tempoh lalu, Ustaz Zaharuddin ada menceritakan tentang konsep istihalah...mula2 mcm x faham juga tp itulah sbbnyer kita BELAJAR kan...kan

 
istihalah dlm bhs atau bermakaud berubah/ bertukar yakni berubah sifat dan tabiat dr satu keadaan ke satu keadaan yg lain. dalam konteks yg lebih khusus, istihalah merujuk kpd perubahan sesuatu najis kpd sesuatu yg suci spt seperti perubahan zat dan sifat najis,arak,khinzir menerusi proses tertentu spt pembakaran, pemeraman atau perubahan yg berlaku dgn bercampurnya sesuatu najis dlm bhn suci spt khinzir yg bercampur dgn garam sehingga ia menjadi garam. (al-mawsu'ah al-fiqhiyyah:213)
 

contoh

1. darah kijang menjadi kasturi
2. arak menjadi cuka
3. tahi yg menjadi abu dan baja
 
dalam konsep istihalah ni, ada ulama yg strict dan ada yg tak...yg strict spt mazhab syafie menerima konsep istihalah ni dgn syarat yg ketat. perbezaaan/khilaf yg berlaku mempunyai hujah/dalil masing2. mereka berilmu dlm usul fiqh dan dgn ilmu tu mereka berijtihad..jd kita yg langsung tadde ilmu ni jgnlah kondem usaha ulama2 tersohor ni.
 
dlm perubatan juga timbul isu sebegini. konsep istihalah dlm perubatan spt berikut:
 
"bergantung kpd proses istihalah yg dijalankan iaitu mestilah berjaya menghilangkan unsur najis dan berubah kpd unsur yg baru.jika tidak ia kekal sbg najis dan tidak boleh dugunakan melainkan dharurat dgn hukum dharurat dan bukannya hukum istihalah" (al -istihalah wa ahkamuha fi fiqh al-islami:206)
 
pengesahan proses istihalah:
dilakukan menggunakan kaedah real time PCR (polynerase chain reaction) bg mengesan DNA khinzir. jika ternyata maaih wujud DNA khinzir dlm bhn tersebut,maka hukumnya tetap haram.
 
[sumber rujukan: kertas kerja ustaz zaharuddin abd rahman yg bertajuk "perubatan dr sumber yang haram dan istihalah"]
 
dlm hal ini juga, fatwa ini (spt dlm artikel) mengatakan dibuat mengikut konteks dan keadaan. fatwa yusuf qardawi nampak spt "ringan" pd kaca mata kita sbb ia dlm konteks berbeza yakni ia berlaku dlm konteks eropah...susah utk mencari bahan yg 100% suci disbbkan penggunaan unsur khinzir sgt berleluasa. ia tidak menjadi masalah besar dlm negara Islam spt negara kita kerana wujud alternatif lain yg halal lg suci. kalo tak boleh makan cadbury, makan beryll, vochelle atau jenama tempatan lain. tp dlm suasana eropah, keadaannya sukar.
 
sama kisahnya dgn fatwa jihad di palestine dan syria. ada ulama mengatakan ia adalah jihad, pejuangnya mujahidin...ada ulama yg disagree dgn penentangan sebegitu sedangkan dua2 ulama merupakan ulama tersohor. maka mereka ada hujah masing2 dan dgn ilmu mereka itulah mereka berijtihad....jd kita yg tade ilmu ni....berhenti dulu...fikir sejenak sebelum nak menghentam.
 
contoh berbeza ialah soal batal wudhu jika lelaki dan perempuan bukan mahram berssntuhan. mazhab syafie strict....tp bila kita pergi tunai haji...kita ikut mazhab sana yg berpegang kpd selemah2 pendapat yakni x batal wudhu...sbb kat sana masa tawaf bukan senang nak jg wudhu...org bersesak2...kompem akan bersentuhan...ada sesetgh mazhab kaki x wajib tutup jd ms tawaf mmg x dpt nak elak dr terpijak kaki mereka.kalao kita berpegang kpd mazhab syafie...wudhu sokmo..smpai ke sudah x habis tawaf.
 
 islam ini memudahkan....kita di sini suka memberatkan hal yg ringan dan meringankan hal yg berat....
 
Ada kawan tanya, vaksin tu macam mana pula????
 
ini jawapan saya....
 
 
utk vaksin tu..jawapan dia bukan semudah "yes", "no", "halal", "tak halal"...kita kena tgk secara menyeluruh (the bigger picture)..

kita kena kembali kpd sejarah vaksin dan kenapa vaksin diciptakan...utk mengelakkan dr wabak penyakit dan kemudharatan kpd yg menghidapinya. islam sgt menitikberatkan soal kesihatan. kesihatan yg baik bukan sekadar utk memenuhi keperluan hidup di dunia tetapi utk akhirat.

tujuan manusia diciptakan adalah utk beribadah dan mentauhidkan Allah. Allah yg menciptakan kita maka Allah jualah yg tahu apa yg terbaik utk kita...segala pensyariatan yg ada adalah utk kelangsungan dan kesejahteraan kita di dunia. islam adalah agama yg seimbang dan amat memetingkan kesejahteraan kehidupan manusia di dunia kerana ia merupakan jambatan ke akhirat. maka utk beribadah dan mentauhidkan Allah, manusia ini memerlukan berada di tahap kesihatan yg baik..


"mukmin yg kuat itu adalah lebih baik dr mukmin yg lemah, dan pd kedua2nya terdapat kebaikan" (riwayat muslim)


segala pensyariatan islam diturunkan mempunyai objektif yg jelas yg dikenali sbg maqasid al syariah yg tertumpu kpd penjagaan maslahah (manfaat) dan mengelakkan mafsadah (kemudharatan). antaranya utk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. ini menunjukkan islam sgt menitikberatkan soal nyawa dan pemeliharaannya.

islam memberi dua pendekatan utk manusia memelihara dan memulihara kesihatan iaitu teknik pencegahan dan teknik rawatan. islam menganjurkan agar kita pro-aktif utk mengelakkan diri dr dijangkiti penyakit. teknik pencegahan diterjemahkan oleh baginda rasulillah dlm bentuk perbuatan dan amalan...


" sesiapa yg makan tujuh biji tamar ajwah pd waktu pagi, maka dia akan selamat dr racun dan sihir pd hari itu" (hadis nabi)


ada kisah nabi (tp x ingat in detail nnt kena cek balik kisah tu) yg mana nabi telah menyarankan agar umat islam tidak menghampiri kawasan yg dilanda wabak.

berbalik kpd vaksin tadi...kita kembali kpd tujuan vaksin dibuat...Islam menyuruh kita berusaha utk mencegah dr mendapat penyakit. dan ternyata melalui kajian vaksin mampu mengurangkan kadar kematian penyakit2 berbahaya yg membawa maut....
 
menyebut soal usaha, saya tidak menyangkal dan bersifat terbuka sekiranya ada individu yg menolak vaksin kerana dek keraguan dan adanya alternative homeopati...sekurang2nya, itu juga dikira berusaha dan berikhtiar. kita perlu meghormati keputusan individu yg memilih jalan lain dr kita. yang pasti dunia perubatan sekarang bukan seperti dahulu yg bersifat paternalistic dan sekarang lebih memberi "kekuasaan"/ autonomy kepada pesakit utk mengambil peranan aktif dalam menjaga kesihatan masing2, tugas kita hanya untuk assist sahaja mengikut kadar ilmu bidang kita. mereka yang memilih rawatan alternative ini mempunyai hujah masing2.. tak nafikan saya pernah terbaca tentang beberapa ulamak yang memang menentang vaksin ini tp saya tidak sempat mengkaji siapakan ulama2 ini, adakan mereka ulama2 yg masyhur dan thiqah, adakah hujah2 mereka sahih atau dhaif etc... so mungkin kita kena buat "homework" sket psal ni....
 
kembali kepada vaksin kita....beberapa konsep perlu difahami.. seperti yang dibincangkan di atas tentang maqasid syariah dan keperluan menjaga kesihatan yang baik, kita juga perlu memahami hukum berubat dengan najis

"Beberapa org telah datang ke Madinah. Oleh kerana tidak begitu sesuai dengan cuaca di situ, lantas mereka diserangi penyakit Rasul menghantar kepada mereka ke tempat2 unta sedeqah disimpan dan berkata "Minumlah dr susunya dan dari air kencingnya"

rasanya ramai yang pernah dengar psal air kencing unta ni smpaikan masa ketika saya di Tanah suci, ada Jemaah2 yg tercari2 kencing unta ini atas alasan untuk berubat.


berhubung dgn hadis ini, Imam Qastalani di dalam kitab "Irsyadus Sari" berkata "Dan telah berkata Imam Syafie dan Abu Hanifah dan jumhur ulama Islam, air kencing adalah najis kesemuanya melainkan yg dimaafkan"

menurut kajian ketika zaman itu, air kencing unta berkesan dalam mengubati beberapa penyakit dan ketika itu tiada ubatan lain yg dapat mengubati penyakit2 tersebut melainkan air kencing unta. Dr Ahlam dalam majalah "Al-Dakwah" pd 2004 menyatakan melalui kajian beliau bahawa kencing unta berkesa mengubati penyakit kullit, jangkitan pada hati, msalah penghadaman dan penyakit rambut gugur


Imam Izzuddin Abd Salam berkata
"Harus berubat dengan najis SEKIRANYA tidak kedapatan bahan suci yang boleh menggantikannya kerana maslahah kesembuhan itu lebih utama dr kepentingan menjauhi yang haram (Qawaid Al -ahkam)
adapun hadis Ummu Sulaim di mana Rasul berkata
"Sesungguhnya Allah tidak menjadikan ubat dari bahan yg diharamkan"

so dua benda di sini...

pertama....kita kena faham...di waktu ikhtiar...dharurat sahaja ketika mana tiada alternative lain.

Syarat

1. Dharurat

2. Ketika mana jelas terbukti tiada alternative lain dan diyakini ia boleh menyembuhkan penyakit (adapun sangkaan semata2 (iaitu tidak yakin) maka ia tidak diharuskan. dan perkataan seorang tabib semata2 tidak boleh membawa kepada sesuatu yg yakin.. beerti perlu ada bukti pengkajian terlebih dahulu.

kedua....sbg umat islam, kita perlu perbanyakkan kajian dan industri halal bagi menjaminkakn segala perubatan dan produk2 yg ada adalah halal lagi suci...
 
 
vaksin vs homeopati

sekarang semakin banyak kajian keberkesanan rawatan homeopati setakat ini ada beberapa prophylaxis homeopati (homeoprophylaxis) yg didapati berkesan seperti leptospirosis. tetapi dalam kajian tersebut, dinyatakan beberapa perkara

1. keberkesanan homeoprophylaxis adalah kurang dr keberkesanan vaksin konvensional yg ada.
2. kesan sampingan homeoprophylaxis adalah kurang dr konventional

so maybe kita kena tambahkan kajian lagi kot

tapi di sini kita perlu juga clarify bahawa

1. natural NOT EQUAL to Islamic
2. natural NOT EQUAL to safer, lesser side effect (sbb ada je bahan natural tp yg merbahaya kalau diambil dalam kuantiti yg berlebihan - so kena byk kajian

Segala yang baik dan mengikuti syarak itu sama ada ianya adalah rawatan alternative, rawatan homeopati mahupun rawatan peruubatan sains moden, SEMUANYA ADALAH PERUBATAN ISLAM

definisi perubatan islam
- amalan perubatan berdasarkan paradigma dan konsep/ nilai/ prosedur yg digunakan untuk merawat
- rawatan yg bersifat unggul
- holistic/ syumul
- universal
- saintifik (evidence based spt Cochrane study, metaanalysis....N.B testomonials adalah the lowest form of level of evidence)

berkisar tentang penggunaaan kencing unta sebagai rawatan, mmg tak nafikan masih ada yg cuba nak mengamalkannya... ada Jemaah aritu kata boleh ubati kencing manis.... tp saya kata, kan sekarang dah ada ubat kencing manis yang lagi baik dan halal serta suci... jawabnyer.... hadis kata begitu... tuh kan sunnah....

so ini satu lagi konsep tentang sunnah dan rawatan

kita tak nafikan sunnah nabi merupakan tujuan utama untuk memahami pandangan islam terhadap sesuatu perkara termasuk bidang perubatan. Oleh kerana itu didapati perbincangan para fuqaha mengenai hukum rawatan amat berkait rapat dengan perbincangan ulama usul fiqh mengenai autoriti hadith Rasulullah SAW mengenai perkara2 urusan dunia (Mustafa Al Siba'i dlm Al -SUnnah wa makanatuha fi al-tashri al-islami)

antara pokok perbicangan mereka adalah adakah penyataan dan pendapat Rasul mengenai urusan dunia seperti pertanian, rawatan dan perubatan merupakan satu pensyariatan ataupun dianggap sebagai panduan akhlak, adab dan tauladan

ulama usul fiqh membahagikan hadith Rasul kepada dua kategori ialaitu
1. sunnah berbentuk tashri'
2. sunnah yang bukan berbentuk tashri'

hal ini dibuktikan oleh periwayatan para sahabat baginda , apakah keputusan yg baginda ambil merupakan wahyu atau pendapat peribadi

Secara umumnya, ulama Hadis cenderung kepada pendapat bahawa hadis- hadis perubatan yang sahih itu berasaskan wahyu. Dalam ertikata lain ia adalah perkhabaran daripada Allah S.W.T kepada nabiNya s.a.w. Maka, semuanya kandungannya benar tepat dan untuk diamalkkan. Ertinya, ia perubatan yang mendapat pengiktirafan daripada Allah S.W.T sendiri. Maka, dalam kitab-kitab hadis didetilkan perkara-perkara ini sehingga dalam Sahih al-Bukhari ada Kitab al-Tibb (Kitab Perubatan). Ibn al-Qayyim dalam al-Tibb al-Nabawi berpegang dengan pendapat ini.

Muhammad Sulayman al ashqar menegaskan kaedah rawatan dan penemuan dalam bidang perubatan pd zaman Rasulullah bukan berbentuk tashri', tetapi ia merupakan pemberitahuan dan maklluman kpd umat Islam bahawa Islam menerima pembaharuan dalam bidang perubatan dan rawatan. Apa yg ditunjukkan oleh rasul tetang kaedah rawatan yg diamalkan pd zaman baginda lebih kepada makluman tentang hasil pengalaman masyarakat ketika itu.

Golongan seperti al-Qadi ‘Iyadh, Ibn Khaldun, Muhammad Abu Zahrah berpendapat bahawa hadis-hadis perubatan ini bukan berteraskan wahyu, sebaliknya Nabi s.a.w bercakap berdasarkan pengalaman dan persekitaran baginda ketika itu. Bagi ulama yang berpegang dengan pendapat ini mereka menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak diutuskan sebagai ahli perubatan dan itu bukan tujuan baginda diutuskan. Maka, ucapan atau tindakan baginda dalam perubatan sama seperti ahli masyarakat Arab lain ketika itu dan tidak semestinya tepat dengan realiti perubatan. Antara yang berpegang dengan fahaman ini al-Imam Ibn Khaldun (w. 808H) dalam kitabnya al-Muqaddimah. Kata Ibn Khaldun:

“Maka perubatan yang diriwayatkan dalam syarak (hadis) kepada kita adalah dari jenis ini (perubatan Arab), sedikit pun bukan dari wahyu. Ia hanyalah perkara yang menjadi kebiasaan arab. Apa yang disebut keadaan Nabi s.a.w dalam hal ini termasuk dalam jenis adat dan jibiliyyah (tabiat kebiasaan) bukan kerana ia disyariatkan amal sedemikian rupa. Ini kerana Nabi s.a.w diutuskan untuk mengajar syariat, bukan untuk memperkenalkan perubatan atau adat kebiasaan yang lain. Ini telah dibuktikan dalam kes pendebungan tamar, lalu



baginda bersabda: ‘Kamu lebih tahu urusan dunia kamu’.




Tidak wajar untuk difahami sedikit pun perkara perubatan yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang diriiwayatkan sebagai sesuatu yang disyariatkan. Tiada bukti yang menunjukkan demikian. Melainkanlah jika hendak beramal atas dasar mendapat berkat dan keyakinan ikatan iman, maka baginya kesan manfaat yang besar.” (Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, 493-494. Beirut: Dar al-Fikr).

Seperti yang Ibn Khaldun sebut, antara alasan golongan yang berpendapat bahawa perubatan Nabi s.a.w berasaskan kebiasaan dan pengalaman bukannya wahyu ialah hadis sahih yang mana Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:

“Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain, baginda menjawab:



“Jika itu memanfaatkan mereka maka lakukanlah. Aku hanya menyangka satu sangkaan, maka jangan salahkan aku atas sangkaan. Namun, jika aku memberitahu sesuatu daripada Allah maka ambillah, kerana sesungguhnya aku sama sekali tidak akan berdusta atas nama Allah” (Riwayat Muslim).





Juga di sana ada dalil-dalil yang lain yang menunjukkan bahawa adanya tindakan dan perkataan Nabi s.a.w itu berasaskan kebiasaan, atau pengalaman atau pandangan baginda dan bukannya wahyu. Ini termasuk pemilihan tempat yang baginda buat dalam Perang Badar yang kemudian dicadangkan tempat yang lain oleh Hubbab bin Munzir dan baginda mengubah pandangannya dan bersetuju dengan cadangan tersebut. Perkara ini menjadi perbahasan panjang dalam kalangan ulama dalam membezakan sunnah Nabi yang disyariatkan untuk diamalkan dan yang tidak disyariatkan untuk diamalkan.

Kisahnya begini:



 

Rasulullah telah memutuskan satu lokasi tertentu untk peperangan lalu datang seorang sahabat bernama Hubayb bin Mundhir, kemudian bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, adakah lokasi ini ditentukan oleh Allah yg tidak dapat diubah2 atau merupakan pilihan peribadi tuan yg merupakan taktik peperangan?"
Hubayb selanjutnya berkata' "Wahai RAsulullah, tempt ini bukanlah tempat yg sesuai. lebih baik kita pergi ke tempat rendah yg ada air. RAsulullah SAW bersetuju dan bersabda "kamu telah memberikan pendapat yg bernas wahai Hubayb"


 

Berdasarkan hadis ini, difahami bahawa ijtihad Rasulullah berkenaan urusan duniawi adalah bersumberkan pendapat peribadi dan pengalaman oleh yg demikian baginda bersedia utk mengubah pendapat baginda.

Muhammad Sayyid Tantawi dalam Konsep Ijtihad dalam hokum syara di institute terjemahan Negara Malaysia pernah berkata, berdasarkan hadis Rasulullah

"sekiranya aku menyuruh kamutentang urusan agama kamu, maka hendaklah kamu melakukannya, dan sekiranya aku menyuruh kamu mengenai urusan dunia kamu maka sesungguhnya aku adalah manusia(kemungkinan aku melakukan kesilapan)"

ini bermakna dalam urusan duniawi, RAsulullah memberi kelonggaran kpd umat Islam utk berijtihad dan membuat keputusan selagi mana tidak bertentangan dgn prinsip Islam

 

Nota kaki:
semua perbincangan di atas adalah olahan dari hasil pembacaan dan hasil perbincangan di seminar yg saya hadiri..bukan ditulis suka2..

Rujukan
1. Dr Maszlee Malik (UIAM); "Kesihatan dan perubatan dalam Islam"
2. Dato Dr Suriyakhatun Osman (Healthcare director Spectrum of LIfe); "Vaccination, sebuah revolusi atau kontroversidari kaca mata seorang medical homeopath" (Dr suriyakhatun merupakan pegawai perubatan yg juga mempunyai kepakaran dalam perubatan homeopati)
3. Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman (UIAM); "Perubatan dari Sumber Yang Haram dan Istihalah"
4. Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin; "Apakah itu perubatan Islam"
5. Dr Saadan Man (Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya); "Pendekatan IStihalah dalam produk yang berunsurkan babi" melalui Seminar Fenomena Najis Mughallazah Dalam Dunia Kontemporari
 
 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 
Sebagai healthcare provider...kita jgn kecewa kalau ada pesakit yg memilih jalan yg berbeza... tugas kita adalah untuk memberi panduan kepada mereka agar mereka memilih yg terbaik utk mereka. (walaupun ada kalanya agak kecewa juga apabia pesakit memilih jalan yg mungkin berbahaya kpd mereka seperti kisah2 himebirth)

Bertepatan dengan konsep keadilan dalam Islam, manusia diberi kuasa memilih...Islam memberi peluang untuk kita manusia memilih apa yg terbaik utk kehidupan kita sebagai jambatan utk ke akhirat. Allah berdasarkan keadilanNya telah menunjukkan kepada manusia jalan yg baik dan yg buruk sebagai pilihan....

dalam surah as syams 8-9
"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya"
 
 
So halal ke tak Cadbury??????
 
Jawapan dia senang sahaja......
 
Tepuk dada, tanyalah IMAN
 
Pilihlah yg mana kita yakini, dengan syarat, sumber2 rujukan yg membantu untuk kita "berijtihad" buat diri kita, dalam hati kita ini, datangnya dr sumber yg sahih dan thiqah (dipercayai)... ilmu fiqh ni kan luas....sedangkan di kalangan ulama muktabar dan masyhur pon ada pendapat yg berbeza tp mereka berilmu dalam hal tersebut dan mempunyai hujah2/ dalil2 mereka.
 
Jakim announce HALAL..insya Allah HALAL lah... kalau dia "tipu" sebab ada kepentingan2 tertentu (Seperti yg di"claim" oleh sesetengah pihak.... )...maka itu tanggungan dia ...sebab kita dah amanahkan dia sebagai badan untuk penentuan halal haram, sewajarnya kita yakin mereka sudah melakukan tugas mereka dgn terbaik.
 
Tapi mcm mana pulak dengan KKM? KKM kata ada.....
 
Kalau dah was was... elakkan sahaja...kerana perkara was was ini menghampiri haram. Dan itu sebaik2nya.
 
Lagipun kita di msia ni banyak pilihan lain yg buatan tempatan yg diyakini halal dan suci...
ada Beryls
ada Vochelle
ada Van Houten
ada Hazleen
(ni coklat buatan tempatan saya beli masa saya pergi Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013...sangat sedap..ada byk perisa seperti cempedak, durian, mangga, bluberry yum yum)
 
 
WALLAHU'ALAM
 
 
disclaimer....eh eh..kita bukan buat advert utk coklat ni...
 
saje nak share je
 


 

 

No comments:

Post a Comment