Friday 20 June 2014

Program Isra' Mi'raj 2014

Pada 27 Mei lalu, masjid qariah saya mengadakan Majlis Penutup Program Isra' Mi'raj. Sepanjang dua minggu itu, pihak masjid mengadakan pelbagai aktiviti bersempena hari yg istimewa itu termasuklah pertandingan melukis, Treasure hunt Explorace, ceramah2 yg hebat2 belaka yg digilir2kan antara surau2 yg ada dalam qariah ini, surau terbaik dan banyak lagi. Pada hari penutup tersebut, hadiah2 pertandingan disampaikan. Saya tak terlepas dr mengikuti program tersebut. Saya, suami, kakak dan abg ipar join main Explorace....seronok!!! Kami dapat hadiah saguhati no 6 dari sejumlah 26 kumpulan....okay lah kan... hehe...anyway, masa majlis penutup tu, ada forum bual bicara yg disampaikan oleh Ustzh Norhafizah Musa dan suami beliau. (program yang saya nanti2kan....walaupun badan dah rasa dedau2 panas, sengal2 a.k.a myalgia, arthralgia..sakit tekak nak demam lah tewww tp saya tetap pergi nak dengar kuliah..puas hati...esoknyer demam berhari2 smpai 4 hari MC..amek kawww)...
so di bawah ini adalah nota2 yg sempat saya salin......
 
 
 
SOLAT MENJANA KELUARGA YANG SAKINAH, MAWADDAH, RAHMAH
Ustzh Norhafizah Musa dan zauj, Ust Dr Azhar Yaakub

bila sebut isra mi'raj....perkara utama yg dibincangkan ialah SOLAT
solat merupakan satu tuntutan yg penting dlm islam sehingga perintahnya langsung terus (direct) kpd Rasul dan bukannya melalui pengantara malaikat.

Peringkat solat:
1. x solat langsung
2. solat tp x cukup 5 waktu
3. cukup 5 waktu tp berlengah2
4. sempurna, awal waktu, tp x khusyuk
5. sempurna habis

ramai yg lulus utk diri sendiri tp ramai gagal mengajak ahli keluarga utk turut sama mengerjakan solat.

sila teliti tertib azan........
"haiya 'ala solah"
"haiya 'ala falah"
nape solat dulu sblm kejayaan?
sesungguhnya sesiapa yg menjaga solat, Allah akan memberinya kejayaan...
malang sekali org skrg nak "falah" tp lupa tentang solat...nak kaya tp tidak menunaikan solat

"solat itu tiang agama"

Solat yg bagaimana yg boleh mewariskan kebahagiaan, sakinah & mawaddah dalam keluarga?





solat kita perlu smpai kpi - benar2 membesarkan ALLAH

Sekarang terlalu byk penyakit hati:
berlaku byk kemungkaran dan perkara2 kufar, kurafat & syirik yg menjadi hijab kepada solat yg sempurna contoh:

suami x beri nafkah
isteri x taat suami

SEBAB TAK TAKUT ALLAH....TIDAK MEMBESARKAN ALLAH
SYAITAN PULA MENJADI PENEMAN

Sesungguhnya mmg manusia bersifat berkeluh kesah, apabila Allah uji dgn kesusahan, dia akan merasa tidak tenteram, bila diberi kebahagian, dia jd bakhil kecuali org2 yg soleh yg sentiasa memelihara solatnya.
Al Ma'arij: 19-22

masalah penceraian 3:10 ( statistik 10 thn dulu)
yg makan hati berulam jantung? brape pula?

pasti ada yg kita abaikan sehingga Allah belum ingin mengurniakan ketenangan dalam keluarga.

kisah seorg sahabat...pasangan hebat berceramah, menulis buku ttg kekeluargaan..Allah menguji hati, dilanda ujian sehingga perkahwinan bergolak. berusaha segala upaya tp x mampu selamatkan rumahtangga. bercerai 10 bulan dan kahwin semula. apabila kembali bersama, baru sedar Allah nak bgtau yg solat menjadi perkara utama dlm keluarga yg perlu dititikberatkan.

Doakanlah....
"Jadikan dalam solat ku ada ketenangan... "
al furqan : rabbana hablana min azwajina...
kita slalu doa ni... dari dulu dah hafal....pejam mata pon boleh..org buta pon boleh... tp kenapa tiada kebahagiaan.....

musuh yg menghalang dr kita mengecapi kebahagiaan
1. lambat
2. laju
3. lalai

Q&A:Hukum qada solat - ada dua pandangan...

A) wajib

wajib qada solat yg ditinggalkan sejak akil baligh
ada yg qada spt lps solat subuh fardhu...diikuti solat subuh qada...lps solat zuhur, solat qada zuhur lak etc...tp...
cara yg sebenar ialah tentukan brape waktu yg kita tinggalkan. kira brapa byk supaya kita dpt tgk jumlahnya...agar kita menyegerakan qada solat kita semaksimum yg mungkin setiap hari...sbb kita x tahu kita hidup brape lama..bila mati

(B) tidak wajib

tidak wajib menggantikan solat2 yg ditinggalkan..
dgn syarat sessorg itu benar2 bertaubat dgn taubat nasuha...
syarat kedua: apabila tertinggal tnpa sengaja...wajib qada...

merasa aib dgn Allah...jgn buat2 tadde masa dgn Allah...kelak nanti Allah akan mengambil semua masa dr kita.....akan dituntut di akhirat kelak...

Doa tentang bagaimana bermohon kpd Allah agar Allah mengikat hati suami isteri...berpada-pada
--> doa nabi kpd abu hurairah dan bondanya

 allahumma habbib ilaina...
"Wahai Allah, jadikanlah hamba ini (aku) ini mencintai org2 mukmin dan jadikanlah org2 mukmin mencintaiku."


TAKE HOME MESSAGES
1. bersihkan hati
2. perbanyakkan sentuhan - salam 5x sehari, saya sayang awak kerana Allah taala..sayang kerana komitmen kpd Allah...kalau x, lama2 menjadi hambar, tawar...
3. jaga akhlak, jaga penampilan, imej, budi pekerti...terus memperbaiki akhlak....


KESIMPULAN SAYA

Memang sesungguhnya solat itu menjadi tiang agama dan perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim. Dan solat itulah yang membezakan kita dengan penganut2 agama lain. Sehinggakan suruhan solat itu disampaikan secara terus oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui peristiwa Isra' Mi'raj dan bukannya melalui perantaraan malaikat Jibrail.

Dalam pengisian2 sebelum ini yg telah saya kongsi seperti pengisian dari Seminar Raising Young Caliphs dan Mendidik Generasi Z dan Alpha, kita akan dapati solat itu ditekankan banyak kali.....



salah satu cara mendidik anak adalah dengan membawa Islam ke dalam rumah dan disiplinkan anak2 dengan SOLAT.....tarbiyyahkan diri kita terlebih dahulu sebelum mentarbiyyahkan anak2..
 
 
DR HARLINA SIRAJ
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Salah satu resipi kejayaan mendidik anak adalah membina hubungan utuh dengan Allah dan mendidik anak melalui solat. Terdapat tujuh jambatan menuju Ilahi antaranya tahajjud, melazimi bacaan al quran dan berzikir, memelihara kesempurnaan SOLAT, menjaga SOLAT DHUHA, bersedekah, memelihara wudhu, beristighfar

 
Beri pendedahan awal kepada anak2 tentang solat dan kepentingannya seperti membawa anak ke surau/ masjid, ajar anak solat musafir contoh bila berhenti kat R&R, ajak gi surau sama2 dan terangkan macam mana solat musafir dilakukan etc.
 
 
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Taha: 132)
 
 
Rotanlah anak sekiranya mereka tidak solat. Sesungguhnya solat itu adalah perkara yang sangat besar sebagai Muslim sehinggakan Allah memberikan perintah solat itu direct kepada RAsul dan bukannya melalui pengantara malaikat.
 
 
USTAZ ZAHAZAN
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Baginda tidak pernah meninggalkan solat tahajjud dan rawatib sehingga disiplin inilah yg menyebabkan tentera baginda berjaya menakhluki kota konstantinopal.
 
 
SULTAN MUHAMMAD AL FATEH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Bagi mewujudkan suasana Islam di dalam rumah, perkenalkan solat kepada anak2. Solat mencegah kemungkaran --> apabila kita menunaikan solat, seolah2 kita menegakkan/ mendirikan agama. Dan solatlah di awal waktu.
 
 
USTAZAH JEMPUTAN FORUM SEMINAR RAISING YOUNG CALIPHS
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Untuk mencapai kebahagian dalam keluarga, solat menjadi pengikatnya.
Solat menjana keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.
 
 
USTZH NORHAFIZAH MUSA & US DR AZHAR YAAKUB
wallahu'alam....

No comments:

Post a Comment