bersambung dari Raising Young Caliphs: Part 5
DISCLAIMER: pengisian2 yang dikongsi ini adalah hasil olahan/ tambahan (elaboration) saya dari nota ringkas yg saya sempat catat dari pembentangan para penyampai dan mungkin tidak memberi gambaran refleksi sepenuhnya apa yg benar2 disampaikan. Mungkin juga ada info yang tertinggal sbb tak sempat salin etc terutamanya pengisian Ustaz Zahazan sbb suara ustaz yang "base" itu menyukarkan saya untuk menyerap lebih banyak info...saya ada masalah pendengaran sket mendengar suara "base". Harap maklum
FORUM:
MENGHIDUPKAN SUASANA ISLAM
DI RUMAH
PANELIS:
Ustaz Ebit Lew
Maulana Tahir Al Mazahiri
Ustazah jemputan
Tn Hj Roslan bin Nordin (Moderator)
Ustaz Ebit Lew
Maulana Tahir Al Mazahiri
Ustazah jemputan
Tn Hj Roslan bin Nordin (Moderator)
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sangat2 sebab saya tak ingat nama ustazah yg menjadi salah seorang panelis tersebut. Patutnya Tn Hj Roslan menjadi salah seorang panelis dan dimoderatorkan oleh Amin Idris, Malang sekali Encik Amin Idris tidak dapat bersama2 kami pada hari itu. Maka Tn HAji Roslan menjadi moderator dan ada ustazah jemputan utk berkongsi ilmu.
Mewujudkan Suasana Islam di dalam rumah mulai dengan solat
Solat mencegah kemungkaran --> apabila kita menunaikan solat, seolah2 kita menegakkan/ mendirikan agama.
Kenapa perlu solat di awal waktu?
Solat itu merupakan hak Allah --> manusia ini diciptakan untuk beribadah dan mentauhidkan Allah dan ibadah yang paling penting ialah SOLAT. Oleh yang demikian, kita perlu memnjaga solat dan menunaikannya di awal waktu
Contoh, kalau di pejabat, kita mesti datang kerja "on-time" sebab takut bos marah, jadi kenapa tidak dengan solat sedangkan keutamaan solat itu lebih tinggi.
Oleh yang demikian, kita perlu belajar tatacara menunaikan solat dengan sempurna
baca quran itu fardhu ain, mempelajari al quran dan tajwid adalah fardhu kifayah. Namun disbbkan kita perlu membaca al quran dengan sempurna, kita perlu belajar sedikit sebanyak teknik pembacaan yg sempurna. Jd sama lah konsepnya dengan ibadah solat.
Tanya diri sendiri
Pernah tak kita bersyukur dengan kurniaan anak kpd kita oleh Allah???
Adakah anak ini "Hak kita" atau "amanah"????
dalam Islam telah menitikberatkan hak anak2 itu terhadap ibu bapa mereka sejak 1400 tahun dahulu sedangkan dalam usaha duniawi ini, akta kanak2 untuk melindungi hak anak2 hanya diterbitkan pada1905.
kita jangan lupa anak2 itu adalah amanah Allah kepada kita untuk ditarbiah, dididik dan dijaga dengan sebaiknya kerana merekalah bakal menyambung usaha dakwah kita. mereka bukan hak kita untuk kita layan sesuka hati, pukul sesuka hati.
Hak anak2 ke atas kita
(A) menjaga bayi sejak dari dalam rahim
- memilih isteri yg sesuai
- menjaga hak harta pesaka bayi
- menjaga kesihatan ibu yg hamil
- menjaga kesihatan janin
(B) menjaga anak selepas kelahiran
- hak mendapat perbelanjaan (nafkah)
- hak utk belajar
- hak untuk mendapat penjagaan
- memberi nama yg baik
- menjaga nasabnya
- hak menyusu
Islam menitikberatkan pemilihan isteri2 yg baik dan penjagaan bayi di dalam kandungan. Seorang ahli bijaksana ada berkata " Mulakan tarbiah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan".. ini beerti masa si ibu itu kecil2 lagi perlu dididik...maka anak kita ini dari kecil perlu dididik bukan sahaja menjadi anak yg soleh tetapi bakal menjadi ibu bapa yg soleh juga.
Dalam hadis nabi riwayat Ibnu Majah, Nabi Muhammad SAW bersabda " muliakanlah anak2 kamu dan tunjukkanlah pd mereka adab yg baik"
Diriwayatkan ada seorang datang kepada Sayidina Umar memnceritakan keburukan perangai anaknya lalu Sayidina Umar r.a. memanggil anak tersebut dan mengingatinya tentang besarnya dosa menderhaka kpd ibu bapa.
Jawab Umar "Ya"
Apakah hak2 mereka"
Sayidina Umar menjawab " hak anak2 ialah hendaklah si bapa memilih ibu yg solehah, memeri nama yg baik untuk anaknya dan mengajarnya al quran"
Si anak itu terus menjawab " Dia tidak membuat satu pun dari 3 perkara itu. yng pertama dia tidak memilih isteri yg baik, inuku seorang Negro haba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tidak mengajarku satu huruf pun dr al quran
Sayidina Umar pun berkata : Adakah kamu datang utk mengadukan kpdku kederhakaan anakmu..kamu yg telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu"
Dalam riwayat yg lain, telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya " Apakah hak anakku ini?
Lalu baginda SAW menjawab " Berilah nama yg baik, ajarkanlah ia akhlak yg baik dan letakkan dia di tempat yg baik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Doa supaya anak menjadi soleh dan taat serta ibu bapa mendapat hidayah Surah Al Ahqaf:15.
Doa ini diamalkan oleh Abu Bakar r.a. sehingga dikabulkan. Ibu bapa, naka-anaknya dan saudaranya memeluk Islam. Abu MAsyar rah pernah mengadu kepada Talhah r.a. mengenai anaknya yg tidak taat, Talhah r.a. berkata, "Berdoalah dengan ayat ini". Doa ini untuk islahatau perubahan ahli keluarga (petikan dr kitab Durrul Manthur)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam mendidik anak:
1) konstan
2) sentiasa berusaha untuk berubah dan semak diri - kalau salah boleh tukar approach lain
kita perlu mengislahkan diri kita dulu sebelum mengislahkan anak...jd semuanya bermula dari ibu bapa itu sendiri.
3) menanam/ memupuk pengetahuan di dalam diri kita sbg ibu bapa dan anak2.
untuk menjadi ibu bapa yg baik, kita tidak boleh mengharapkan kemahiran itu datang secara semulajadi...kita kena juga belajar parenting skills terutama di zaman sekarang sangat berbeza..pendedahan anak sekarang lain dr zaman kita kecil2 dahulu. cabaran mereka turut berbeza. Jadi kita perlu persiapkan diri kita dan anak2 untuk menghadapi cabaran2 tersebut. jangan samakan zaman kita dengan zaman anak2 kita. So dalam pendidikan anak2, kita perlu sentiasa up to date.
4) amalkan akhlak yg baik - again....kita as parents menjadi contoh kepada anak2. action speaks louder than words....anak2 belajar melalui sikap ibu bapa lebih lagi dr leteran kita.
5) bila kita tengah marah anak, buat kerja lain (distraction/ mengalih perhatian) terlebih dahulu supaya kita lebih tenang dan rational apabila tiba masanya untuk menegur.
6)amalkan doa/ zikir di dalam rumah
7) guna pendekatan lembut untuk menenangkan suasana yg hiruk pikuk --> emosi kena stabil
8) bawalah Islam masuk ke dalam rumah, hidupkan suasana Islam melalui ajaran al quran dan as-sunnah. baca/bercerita kpd anak2 kisah para nabi/ rasul/ sahabat
Ada satu ayat yg terkesan kepada saya
" Sebenarnya bahagia tu dekat je dengan kita. Bila kita sujud kepada Allah dengan penuh rasa nikmat, itulahlah nikmat bahagia sebenar yg paling besar"
Ustaz Ebit Lew
SAMBUNGAN NOTA:
No comments:
Post a Comment