mungkin ia perkara biasa bagi ibu bapa yang sudahpun mempunyai pengalaman dengan anak2 mereka yg sudah bersekolah.. Tapi bagi saya, ini ialah pengalaman pertama. Dah lah anak kedua saya pon baru masuk tadika pulak. Jadinya dua org anak dah pergi ke sekolah.
pada saya ia sangat memenatkan. rutin seharian saya bermula di awal pagi. Slps mandi dan solat, saya mengejutkan anak2 saya. Mengejutkan anak2 adalah satu perkara yang sangat mencabar. Malam sebelumnya saya puas menyuruh anak2 agar tidur awal supaya dapat bangun di awal pagi tanpa sebarang masalah. Namun mereka seringkali tidur lewat kerana melihat saya membuat kerja lewat malam. seharusnya saya juga perlu tidur awal supaya anak2 dapat mencontohi saya namun apakan daya, saya tidak dpt mengelakkan dari membuat kerja di lewat malam kerana itu sahaja masa yg ada buat saya.
JAdi byk "drama" yang berlaku di awal pagi....menangis2 tidak mahu bangun awal pagi..walaupun mereka seronok utk ke sekolah, ia masih tidak mencukupi untuk memotivasikan mereka utk bergegas bersiap. Nak kejut pagi satu hal, si abang mesti nak satu dos susu sblm mandi. Kalau tak, si abang akan merengek. Kakak pula suatu ketika dulu mmg senang nak kejut pagi, panggil nama je terus bangun. sejak sekolah ni, dramanya turut lebih.
Kakak, kalau dah bangun senang, mesti ada drama lain pula yg menyusul...sama ada tak nak mandi....tak nak pakai baju, tak nak naik kereta....sehinggakan masih memeluk kaki saya ketika sudah berada di depan pintu tadika. Saya rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan anak dalam keadaan dia gundah gelana tidak mahu ke tadika. Nak pujuk takut jadi lama sangat, saya pula terkejar2 ke tempt kerja. Bila smpai di tmpt kerja, saya terngiang2 ingatkan kakak... kesian... terbayang wajahnya yang monyok itu. Tapi apakan daya.. saya perlu bekerja. Kalau ikutkan rasa, tk mahu bekerja, nak uruskan anak2 sahaja.
MAsih berlegar dalam fikiran.....adakah anak saya tidak gemar bersekolah di tadikanya? setahu saya sblm ini, di taska anak saya memang aktif dan becok. Tapi di tadika, anak saya senyap aje, kurang ingin berkwn. Suami kata mungkin dia dah biasa di taska berbanding baru sebulan dua di tadika. Belum ada kawan lagi di tmpt baru. Tapi bab belajar Alhamdulillah laju.
Kami menyangkakan anak dara kami lebih pandai dan akan cepat menyesuaikan dirinya berbanding abang. Dari awal2 lagi nampak kakak lagi laju dr abangnya. Sebab tu kami buat keputusan utk menghantar kakak ke tadika seawal umur 4 tahun (berbanding abang yang dihantar ketika usia 5 tahun - kalau ikut tahun lahir mmg abang 5 thn lah tp sebenarnya kalau ikut tarikh lahir, anak sulong saya tu pon baru je 4 thn sebulan masa masuk tadika...ketidakmatangannya menyebabkan abang masuk kelas 4 thn selama satu semester dan kemudian semester kedua baru upgrade masuk kelas 5 thn). Si kakak...kalo ikutkan umur baru 3 tahun 8 bulan.....bila sudah beberapa hari terjadinya insiden kakak tidak mahu ke tadika, suami terpk mungkin kami hantar terlalu awal. Namun disbbkan dah bayar yuran tahunan semua, kami teruskan aje. dengan harapan, anak kami cepat dapat menyesuaikan diri.
Drama pagi saya tamat slps menghantar kakak ke tadika dan saya bergerak ke tmpt kerja. but not for long though....sambung ngn drama kat tmpt kerja pulak... tu satu cerita lain.... byk juga dramanya.....rasanya dah byk dah saya cerita psal drama2 di tmpt kerja saya di posting sblm2 ni.
Drama pagi ini diteruskan oleh suami setelah saya keluar rumah menghantar kakak.. suami ditugaskan utk menghantar abang dan adik .
penat mengejar 3 org nak ke sekolah/tadika/taska ni.
balik dr kerja, saya tergesa2 kerana mengejar masa untuk mengambil anak2 saya, nak mengelakkan dari dikenakan caj masa tambahan (OT). sebelum ini, kebiasaannya saya balik dalam keadaan relaks (berbanding ms nak pergi kerja yg tergesa2)....relaks sbb masa balik selalunya seronok sbb nak balik umah, tak sabar nak jumpa anak2. Masa tu anak sulong di tadika, kakak dan adik di taska, jadi OT hanya dicajkan lps jam 630 pm di kedua2 tmpt - RM 5/jam (dulu masa saya HO, OT dia hanya RM 3/jam - sbbkan murah suka hati amek anak lmbt terutama bila saya oncall suami sorg nak uruskakn anak2, suami selalu amek lps solat maghrib bg memudahkan suami uruskan dirinya dulu ..tapi skang dah naik jadi RM5/jam)
Sekarang, anak di sekolah, OT slps jam 6pm, bayarannya RM10 sejam...mak ai mahal..jadi kena lah ambil anak teruna saya ni cepat2. Balik kerja terkejar2 amek ketiga2 anak di tiga tmpt berbeza. Balik rumah, rehat ambil nafas kejap, dah mula siap2 nak masak. Kalau sempat, masak sblm maghrib, kalau tak, masak lepas maghrib. Kalau tak larat, outsource ke kedai2/ restoran yang ada. Sempat tak sempat tu bergantung kepd keadaan...sbb anak2 dah ada di rumah.
Masak - basuh baju - lipat baju - sidai baju - kemas brg2 utk esok - makan malam - kemas rumah..
kalau ikutkan list, mmg pendek dan ringkas je, tp nak laksanakan tu agak susah kerana banyak gangguan di tengah jalan menyebabkakn satu2 kerja yang boleh disiapkan dalam tempoh setengah jam menjadi berjam2 untuk disiapkan....
"ibu...nak susu"
"ibu...nak kencing" (utk kakak - sbb kena monitor kakak membersihkan diri)
"ibu,.....adik berak...."
"ibu...adik bocor..ibu adik muntah...."
"ibu....nak biskut"
"ibu...adik panjat tangga...adik panjat sofa nak terbalik"
PPRRrarrangngngng.......mainan dipunggah.....disepak ke merata tmpt....
HUwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....."ibu tengok Mujahid ni....."...."ibu...tgk insyirah ni....."
Huwaaaaaaa.....adik pon tumpang sekaki menangis.....
sampai ke sudah kerja ibu tak siap gini....
Sambil drama2 ini beraksi, saya memasak...membasuh baju etc....mengemas beg2 sekolah anak2 saya....
beg sekolah abang kena selongkar, tengok kalau2 ada makanan ptg tadi disorokkannya...stoking yg disumbat bersama2 buku2 pelajaran.....sambil kelebek buku sekolah tengok2 apa yang dipelajari anak teruna saya pada hari itu. sambil tu jugak tengok klau sekiranya ada kerja rumah yang tertinggal. Dah setel semua, saya susun buku yg nak dibawa keesokan harinya. Perlahan2 nak latih anak siapkan beg sekolahnya. Tp kena selalu juga spotcheck dan inspect beg anak2 ni.
giliran beg kakak pula, diisi dengan baju2 dan pampers utk waktu day nap. buku kakak semua di tadika. alat tulis pon teacher bagi jadi beg kakak tak byk brg. susu dan botol susu tinggalkan kat tadika. bila susu dah habis baru bawa balik bekas susu.
next.....bakul adik...isi pampers, baju, pastikan nestum dan susu mencukupi.
pong pang ping pang...makan malam......kemas2 dapur dan meja makan....tugas suami jemur baju....saya malas nak jemur sbb kena pakai tudung sarung baju semua..so bab2 kluar rumah sume suami buat termasuk buang smpah.
habis semua, anak mcm nak tdur, saya smbung lipat baju, kemas2 brg nak bwk pergi kerja (jika perlu)...anak2 bila tgk saya masih aktif buat kerja, mereka pon turut aktif sama. Abang je biasanya tidur awal sbb penat belajar. Kakak dan adik.. selagi tgk saya masih buat kerja, mereka pon "bekerja" sama.
Saya yang berhasrat nak study sket ke, buat kerja2 klinik saya ke..akhirnya terbantut dan kecundang sbb terpaksa angkut anak2 yang tidak mahu tidur ini ke bilik tidur dan malapkan lampu. biasanya sambil baring, saya tidur2 ayam melihat gelagat anak2 yang belum tidur ini (ada sahaja imaginasi mereka dalam gelap2 ni). Dalam dok perhatikan anak2 saya dalam gelap ni, adakalanya tewas dan saya terus terlelap. Si adik ni yg bahayanya dalam gelap tu pon dia memanjat. Belum boleh duduk, belum merangkak, baru mengesot (commando crawl) shj tp hati berjjiwa besar nak meniti....jadi dalam gelap2 tu dia buat aktiviti memanjat.. sat2 lagi dgr lah adik menangis sbb terjatuh meniti di tepi katil di dalam gelap. aduhai anakanda2 ku......
Keesokan harinya, rutin yg sama bermula..... berulang2 sehinggakan kdg2 terasa bosan.....penat sangat, ada kalanya rasa mcm nak nangis... mcm mana lah nak "cope" nih....dah lah tadde pembantu rumah....mmg tak nak pon selagi boleh... kalau tanya mcm mana nak buat..."we just have to do it"....
Tp saya x nafikan kdg2 tekanan di tmpt kerja mempengaruhi mood dan motivasi kita seterusnya..kadang2 bila terlalu penat...tu yg pikir mcm2. Tp bila tgk gelagat anak2...rs tenang aje. Walaupun anak2 terjerit jerit bergaduh berebut...dah nama adik beradik..saya biarkan aje sbb itu yg menjadi pengubat kpd kepenatan. saya gelak seorg diri tgk perangai masing2. Hanya org yg dah kawin ada anak je slalu menonton live drama anak2 ni. And most...u can never turn back time. Tup tup tgk anak2 dah besar panjang. So hargailah setiap masa tu. Pastu tringat kata2 ust hasrizal..."HIDUP UTK MEMBERI" inilah yg memotivasikan diri saya utk terus berjuang di medan ini.
Tapi saya rasa saya perlukan holiday........(Anak baru sekolah 2 bulan...dah rasa nak holiday)
No comments:
Post a Comment