Sunday, 9 March 2014

Cara meransang lima deria anak

 

Ransangan deria ni adalah amat penting untuk anak berumur 0-5 tahun.

Ransangan deria adalah sangat penting.
Sebab deria adalah faktor utama yang menentukan sama ada penyampaian mesej ke otak melalui sistem saraf berlaku dengan baik atau tidak. Deria, saraf dan otak adalah sangat berhubung kait.

Means, kelemahan pada sistem saraf, juga menyebabkan kelemahan pada otak.
Sistem saraf adalah antara sistem badan yang terpenting yang meliputi seluruh anggota badan dari hujung ke hujung.


1) Deria sentuhan

 
Organ badan yang terlibat adalah kulit, iaitu organ yang paling banyak dan luas meliputi seluruh anggota badan.

Ok secara asasnya, kulit kita ada lima reseptor iaitu pain, heat, cold, touch, and pressure.
So ransangan yang baik adalah apabila ia melibatkan kelima-lima reseptor kulit tadi.

Macam mana nak ransang kulit?
Dedahkan anak dengan pelbagai tekstur, permukaan dan keadaan seperti
keras dan lembut,
kering dan basah,
tajam dan tumpul,
panas dan sejuk,
halus dan kasar,
licin dan kesat,
dan sebagainya.


Bleh gunakan benda-benda semula jadi dan senang nak jumpa atau yang memang dah ada kat rumah.


Ni contohnya.

 

Bagi dia sentuh dan rasa sendiri perbezaan tekstur benda-benda tu.

Explain kat anak tu,

"Ini halus. Ini kasar. Oh yang ni pulak lembut. Yang ni tajam."


 

 Biar dia rasa dan experience sendiri dengan tangan dia.




 Boleh jugak guna beras. 

Jangan risau. Beras ni korang still boleh basuh, jemur dan masak macam biasa.



Juga boleh guna apa sahaja di sekeliling yang boleh meransang deria sentuhan anak.






Sekali lagi, sambil anak sentuh, mak kena explain.

Untuk ransang reseptor panas dan sejuk, aku guna wap air panas dan ice cube.



Yang air panas ni, korang setakat lalu-lalukan tangan dia kat asap je.

Jangan pulak korang pergi rendam tangan anak dalam kopi tu.

Asalkan dia dapat rasa haba je.

Kalau anak korang tarik tangan cepat-cepat, maksudnya ransangan berlaku dengan baik. 

Antara aktiviti-aktiviti lain yang boleh meransang deria sentuhan ialah seperti

Crayon Rubbing,

  


 



Find beads and furballs dalam beras,



 
Korang boleh jugak basahkan beras supaya ia lebih mencabar. :D


kaedah lain untuk meransang deria sentuhan kanak-kanak iaitu
- pijak rumput tanpa kasut/selipar
- golek-golek atas pasir pantai
- kejar dan tangkap bubbles.



2) Deria bau

Contohnya seperti bunga, rempah ratus, buah-buahan, makanan dan sebagainya.

Hati-hati kalau anak ada asthma atau allergic kepada pollen ke apa. jd elakkan guna bunga.

barang dapur pon boleh, senang dan mudah didapati



Serai.



Daun limau purut.


kayu manis

 
3) Deria rasa

 
Lidah kita ada beribu-ribu taste buds yang mempunyai fungsi tersendiri yang membezakan rasa manis, masam, masin, pahit, tawar, pedas, etc.

Bagi dia rasa jus yang manis ke. Takpon bagi dia rasa seketul dua gula pasir.
Asalkan dia dapat rasa manis tu, dah memadai.

Macam pahit, korang boleh cubit sikit pucuk pegaga dan bagi dia rasa.

Contoh untuk masam, korang boleh guna limau kasturi.
Atau apa-apa buah yang masam lah.

 

 
4) Deria pendengaran.


Yang pertama, berbisik.
Bisikkan sesuatu kat telinga anak, dan suruh dia ulang balik apa yg dibisikkan.
Boleh buat game mcm "telepon buruk"

Bercakap disebalik pintu.
Berbual tanpa nampak pergerakan mulut.
Sorang dalam bilik dan sorang di luar bilik.
Kalau anak respon perbualan dengan baik, tiptop lah pendengaran.


Sebenarnya banyak lagi yang boleh meransang deria pendengaran.
Macam bunyi music instruments, gitar, drum, piano, etc.
Tak pon bunyi-bunyi alam seperti guruh, hujan, bunyi ombak, bunyi haiwan, bunyi vehicles.
Banyakkan berbual dengan anak juga salah satu cara untuk meransang deria pendengaran.



5) Deria penglihatan.


Semua aktiviti di atas juga meransang mata.

Sebab tu mata sangat penting.
perlu bijak dalam "menjaga dan memelihara" mata anak.
Dedahkan kepada perkara-perkara elok sahaja.

Elakkan dari anak2 melihat dan menonton rancangan yang kurang sesuai seperti adegan
Seks bebas, gangsterism, tumbuk menumbuk, bunuh membunuh.
kerana unsur negatif ini mampu menghantar signal tidak sihat ke otak anak2.



Untuk pengetahuan juga, deria penglihatan berlaku dengan lebih baik terutama bila melibatkan warna, perbezaan saiz, bentuk dan jarak.

That's why ramai yang belikan tivi besar, HD, 3D dan sebagainya untuk anak-anak mereka tengok cartoon ke apa.
Secara saintifiknya, memang lah bagus. Mata teransang dengan baik.
Tapi MESTI CONTROL apa yang dia tengok kat tivi.
Pencahayaan, warna dan teknologi yang baik tak semestinya membawa message dan effect yang baik terhadap otak anak. Parents, sila hati-hati. Dan jangan lepas tangan.


 

1 comment:

  1. Salam..puan,saya mohon izin guna gambar dalam ni utk didik tv.Terima kasih puan.

    ReplyDelete