Saturday, 10 May 2014

Mendidik generasi Z dan Alpha: Part 3: Dimensi pendidikan anak2 melalui kaca mata Islam

sambungan dari
Part 1: Muqaddimah
Part 2: Mengenali Generasi 

11. Gifts for your children

One wise man had said :
There are two gifts to give to  your children
Roots of responsibility
and
wings of independence
 
 
Pohon yang mempunyai akar yang kuat akan tetap berdiri tegak walaupun ditiup angin kencang mahupun dilanda banjir. Jika kemarau, akar yang panjang mampu merentas ke dasar tanah mencari air. AKAR ITU ADALAH IMAN......CINTA KPD ALLAH
 
Sayap itu pula rasa harap dan takut.....
 
IMAN adalah perkara yang sangat PENTING dan BESAR
dan ia akan terbang bersama2 TAKUT dan HARAP
 
 
12. Didikan agama bermula di rumah
 
Bagaimana kita ingin mendidik anak jikalau kita tidak mentarbiyahkan diri kita sendiri terdahulu? Qudwah hasanah menjadi petunjuk utama buat anak2 kita
 
"Do something that will make your children proud of you
only then
they will be proud, make you proud and respect you."

"BAWALAH ISLAM MASUK KE DALAM RUMAHMU"
 
Pendidikan anak2 dalam ISLAM perlu merangkumi LIMA aspek ini
1. Aqidah (kepercayaan)
2. Akhlakiah (tingkah laku)
3. Aqliah (akal pemikiran)
4. Insaniyyah (kemanusiaan)
5. Jasmaniyyah (fizikal)
 
Dengan mengenali anak2 kita berada dalam generasi mana, diharap ia dapat memberi panduan kepada kita bagaimana kita boleh mendidik mereka...seperti gen alpha yg terdedah kepada hedonism.. bagaimana kita akan pandu mereka ke arah yang betul, mengelakkan mereka dr terjebak dengan budaya kurang sihat ini.
 
Prof Har kata;
"Anak2 by default akan mula berckp bohong/ menipu di lingkungan usia 8-10 tahun.
Di Dalam Islam, bercakap bohong adalah pelanggaran integriti pertama (1st breech of intergrity) yang boleh menjurus anak2 kepada episod pembohongan lagi
lagi dan lagi
sekali berbohong, dia akan berbohong lagi
lalu seterusnya menjadi pintu utama kepada pelanggaran integriti yang lain"
 
Jadi, kita mesti bersedia dan menjadi orang paling rapat dengan anak agar kitalah menjadi tempat rujukan mereka tak kira dalam apa jua situasi.


Kita kena tahu keutamaan kita


 
Serba sedikit tentang pendidikan seksualiti yg menjadi isu hangat pada awal tahun ini dek kerena soalan saringan kesihatan yang tersampai ke tangan ibu bapa.
Masing2 takut dengan "pendidikan seksualiti" tapi tidak pula takut dan gusar bila anak remaja mula terjebak dengan hal ini
 
Pendidikan seks anak2 adalah satu perkara yang penting dan anak2 perlu diberi didikan yang sihat tentang hal ini. Dengan adanya pendidikan yang berpandu ini, anak2 akan lebih memahami tuntutan2 ISlam dalam memelihara hubungan berlainan jantina/ bukan mahram, batasan aurat justeru menghindarkan diri dari terjebak ke lembah maksiat.
 
 
Dimensi Pendidikan seksualiti
1. Biologi
2. Emosi
3. Sosial
4. Spiritual/ kerohanian
5. Otak/ minda

NI ada satu link : Menjelaskan kepada anak tentang proses kejadian manusia (ni pon satu cabang pendidikn seksual)

Pendidikan seksual untuk anak2 prof tak sempat nak cover. Prof kata pengisian lain kali lak....

13. Kesimpulan

Keluarga adalah merupakan satu komponen yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang Islamik. Hanya individu yang Islamik akan mewujudkan baitul muslim Islamik/ keluarga Islamik...seterusnya mewujudkan masyarakat Islamik dan daulah Islamik.

Jadi bagi yang belum dan ingin berumahtangga, bersiap siaga kan diri dan melengkapkan diri dengan ilmu2 agama serta kekeluargaan dalam Islam.

Nak ada anak pon kena siap2kan emosi.. bukan senang.. tuh amanah....








 
 

No comments:

Post a comment