Pada 12April yang lepas, saya telah menghadiri satu program :
"SEMBANG PETANG"
yang dianjurkan oleh Wanita IKRAM Bdr Tun Razak bertajuk
"Mendidik Generasi Z dan Alpha"
yang disampaikan oleh
Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.
Malas nak cerita panjang, tetapi secara keseluruhannya, sangat menarik. Ini adalah program parenting pertama yang pernah saya hadiri. Antara tarikan utama ialah anjuran bersama sekolah anak saya, sbb disampaikan oleh Dr Harlina dan venue dekat ngan rumah.
Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.
Malas nak cerita panjang, tetapi secara keseluruhannya, sangat menarik. Ini adalah program parenting pertama yang pernah saya hadiri. Antara tarikan utama ialah anjuran bersama sekolah anak saya, sbb disampaikan oleh Dr Harlina dan venue dekat ngan rumah.
sebelum2 ni saya tak berapa nak pergi parenting course sbb saya takut tak terbuat seperti yang telah dipelajarinya (Ada ke patut alasan gitu???)...
anyway, sbbkan tahun ni saya sedikit stress sebab lps balik dr haji haritu, macam2 perubahan berlaku dalam keluarga....
Bilangan ahli keluarga bertambah slps lahirnya anak ketiga saya yg comel lote tu...
anak teruna masuk darjah satu, anak dara start tadika
pening pala nak sort out kerja2 urusan sekolah anak...pagi2 drama nak kejut bangun pi sekolah...malam2 kemas beg2 dorg... jumpalah segala mcm dlm beg sekolah termasuk lah kuih muih yg dah penyet menyet dlm beg....sluar terkucil disumbat dalam beg (tepuk dahi)...pastu kena sama2 buat homework anak.....smpai satu hari dia guling2 menangis sbb saya tak dpt nak tolong homework arab dia....mana tak nye, dah mak die tak belajar bahasa arab...akhirnya saya menggunakan teknologi moden Whatsapp utk menghantar gambar homework anak saya kat kawan2 saya untuk memohon pertolongan. muahahaha.....
pastu, balik dr haji tu, saya kembali bekerja di tmpt baru, dpt lak kena jaga Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah....
maka sebagaimana tnggungjwab bertmbah,
begitu juga ulser2 (mata ikan) tumbuh mcm cendawan dalam mulut saya ni silih berganti....
boleh lah baca kisah saya dgn lanjut kat page ni : Bila anak masuk darjah satu
begitu juga ulser2 (mata ikan) tumbuh mcm cendawan dalam mulut saya ni silih berganti....
boleh lah baca kisah saya dgn lanjut kat page ni : Bila anak masuk darjah satu
jadinya, dengan harapan pergi program2 mcm ni dptlah saya release tensen sket sbb buat aktiviti di luar rutin harian saya di samping memberi masa untuk saya bersendiri dan beristirehat sambil menuntut ilmu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Anak2 memerlukan kedua ibubapanya dalam proses pembesaran dan pendidikan. Yang pastinya ibu mempunyai peranan yang berbeza dengan ayah.
anak2 belajar sosial dengan ayah,
belajar emosi dengan ibu.
anak2 yang kekurangan perhatian dari salah seorang ibubapanya menjadikan anak ini membesar dalam keadaan yang tidak lengkap.
ini bukan kali pertama saya dengar psal hal ni. masa student dulu, time belajar psychiatry, saya ada terbaca tentang anak2 yang membesar tanpa ayah mereka. dan antara kesannya adalah anak kurang yakin dengan diri sendiri dan kurang bersosialisasi dengan masyarakat luar. Sbb tu penting masa clerking pesakit, kita harus tahu latar belakang kelurganya. Mungkin ini menjadi penyebab utama masalah psikiatri tersebut seperti kemurungan dan antisosial. Walau bagaimanapun, ini hanyalah fakta secara umum.. namun ada juga anak2 yang Berjaya walaupun dibesarkan dengan seorang ibu/ ayah sahaja (single parents). Ia mungkin turut dipengaruhi oleh keterlibatan seorang single parent itu dalam memberi dan menunjukkan kasih sayangnya kpd anak2nya.
Anak2 perempuan perlu rapat dengan ayahnya agar dapat membentuk peribadi yang sempurna. Jangan lupa....kebanyakkan wanita yang Berjaya disebabkan di sebalik itu mereka rapat dengan ayah mereka. Ayah berperanan memberi perlindungan dan keselamatan. Anak2 yang membesar dengan kehadiran ayah mereka, akan membesar dengan yakin kerana mereka merasakan selamat dan tenteram di bawah jagaan ayah mereka.
2.Dalam keluarga, melibatkan SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAH seperti yang disebutkan dalam Al-Quran (AR-RUM: 21)
Sakinah = tenteram
inilah tujuan perkahwinan...membawa ketenteraman dalam hati...tgk muka pasangan, sejukkkk hati...terus hilang nak marah...mcm tu lah...hati remaja muda yang tgh tinggi dan bergolak bergelodak tu akhirnya dpt tenteram melalui pernikahan.
mawaddah = kasih sayang
jd ms awal2 kawin tu, penuh lah kasih sayang...darling..darling...ms ni kasih sayang memuncak.
rahmah = belas kasihan
bila dah lama mendirikan rumahtangga, kasih sayang dah mulai plateau ..... tp kita masih bersama sbb adanya perasaan rahmah itu...bukanlah kata tadde kasih sayang langsung...tp bila dah sampai kemuncak masa awal2 perkahwinan, mmg secara semulajadinya akan plateau. pakcik makcik kita tgk ke anak cucu..kekal hubungan mereka kerana adanya belas kasihan....ms tu tak pikir nak syok2 dah...nak hidup smpai mati bersama..jumpa kat syurga nanti...insyaAllah. ameen...
3. MONEY IS NOT EVERYTHING.....BUT EVERYHTING NEEDS MONEY
jd kenalah balance kehidupan kerja dengan keluarga. jgnlah sampai kelurga terabai.
4. Merancang keluarga menjadikan kita ibu bapa yang bertanggungjawab
Menurut Al Quran, seorang wanita/ ibu itu haruslah menyusui anaknya dengan susu ibunya selama 2 tahun. Itulah hak anak2 terhadap ibunya..utk mendapat susu ibu...jd perlulah merancang keluarga agar setiap anak itu mendapat haknya secara saksama.
kita tak boleh samakan kita dengan mak2 kita dahulu. Sbb masa mak2 kita dahulu, beranak pinak ramai sbb mereka tidak bekerja, full time di rumah. Mereka mempunyai ms sepenuhnya untuk mendidik anak2 mereka. Berbanding dgn kita sekarang, kedua ibu bapa sibuk bekerja. Masa berkualiti bersama anak jauh lebih kurang. Mmg tak nafikan bagus ada anak ramai, tapi jgn sampai hak mereka itu terabai dan kelak kita akan menanggung dosa. INGAT...ANAK ITU ADALAH AMANAH.
5. Tidak dinafikan kita mmg terbeban dengan anak, NAMUN....jangan sesekali kita RASA TERBEBAN
Tanggungjawab ibu bapa : AL BAQARAH: 233
6. Terdapat satu kajian yang dilakukan di US tentang gaji asas seorang suri rumahtangga.. dianggarkan gaji asas (basic salary) US$100,000.... tak termasuk elaun ye....
http://www.freerepublic.com/focus/fr/1626069/posts
http://www.salary.com/mom-paycheck/
Salary.com's 14th Annual Mom Salary Survey
bersambung daa.....
Part 2: Mengenali generasi
Part 3: Dimensi pendidikan anak2 melalui kaca mata Islam
Part 2: Mengenali generasi
Part 3: Dimensi pendidikan anak2 melalui kaca mata Islam
No comments:
Post a Comment