Saturday, 20 August 2011

tribute dr diablogue

Al-Fatihah buat Shidah (Adnan)

Ramadhan tahun ini amat berlainan dari Ramadhan2 sebelum ini. Ramadhan masuk hari ke-8. Buka puasa di rumah cuma 2 kali, di surau bapa mertua 2 kali, dalam kereta atas highway 3 kali, di kedai makan di kuala nerang 1 kali. Hari ini berbuka puasa tanpa isteri. Lia masih di Lenggeng, Negeri Sembilan, mengurus hal ehwal kematian adik beliau Dr.Norrashidah yang telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu, 6 Ogos 2011, bersama 6 Ramadhan 1432.

Pada 11 Julai, Shidah dimasukkan ke Hospital Serdang untuk rawatan hernia. Namun selepas pemeriksaan lanjut pembedahan hernia yang dijadualkan pada 13 Julai terpaksa dibatalkan kerana para pakar dapati bahawa ianya bukan masalah hernia tetapi CANCER. Beliau segera dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapat rawatan dari pakar2 onkologi di sana. Beliau menjalani pembedahan pertama pada 15 Julai dan doktor mengesahkan bahawa Shidah menghidap Adenocarcinoma of the Ovary (kanser ovari) yang telah merebak kepada colon dan rectum.

Shidah yang kami sekeluarga kenali adalah seorang insan yang amat penyayang dan pemurah. Aku boleh katakan dia adalah ibu saudara yang paling disukai dan disayangi oleh anak-anak buah beliau. Mereka sering melihat MakCidah, nama panggilan anak-anak buah kepada beliau, sebagai role model seorang ibu yang penyayang dan seorang doktor yang amat komited. Anak kedua ku Atina, memang banyak terpengaruh dengan MakCidah dia. Atina menanam impian nak jadi pakar pediatrik macam MakCidah. Aku masih ingat `janji' MakCidah bahawa dia akan `groom' Atina untuk menjadi seorang doktor yang berjaya seperti beliau.


Pemergian Dr. Norrashidah bukan hanya kehilangan kepada keluarga tetapi sebenarnya kepada negara. Malaysia hanya mempunyai dua orang Pakar Pulmonori Pediatrik (paediatrician and paediatric pulmonologist).

Shidah, we're gonna miss you... yang pasti aku tidak akan dapat lagi dengar kata-kata beliau dengan dialek Minangkabau setiap kali aku membuat silly joke di hadapan beliau...."Abang Nan.....ghusakkk!"

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Semoga roh Allahyarhamah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama oleh yang beramal soleh dan bertakwa. Amin.

TAHUN DUKACITA....Tuhan lebih menyayangi mereka

namun....

harapan saya benar2 salah kerana tahun ini sahaja, saya sudah kehilangan 3 org penting dalam hidup saya.

pd 12 februari lalu, nenek saya (disebelah abah) pergi meninggalkan kami kerana mengadu sesak nafas, mungkin kerana masalah jantung.

kemudian pd 28 Julai jam 740 pm, ayah mertua saya pula dipanggil Ilahi. pemergian beliau amat terasa buat keluarga kami semuanya. nak dijadikan cerita, ketika kami mendapat berita ayah sakit tenat, kami bergesa kembali ke terengganu dan dalam perjalanan, Allah telah menguji kami dengan kereta yg rosak. kami tidak sempat berjumpa dengan ayah dan hanya tiba di terengganu jam 5 pagi keesokan harinya (sedangkan kami bertolak awal jam 12 pm...nanti saya cerita lain apa yg jd dlm perjalanan itu)

impak itu tidak berhenti di situ sahaja apabila seminggu lepas itu, ketika saya sedang rehat di hari jumaat, saya menerima panggilan dr kakak saya mengatakan makcik saya sakit tenat. terburai air mata saya. luka yg ada masih basah, ditambah pula luka baru. saya rasa amat terkejut kerana makcik saya baru sakit sebulan, ini bermakna kanser makcik saya sangat agressive. selepas operation yg pertama, makcik saya kelihatan sihat. namun beliau merosot kembali dan terpaksa masuk dewan pembedahan buat kali kedua. selepas op kedua itu, saya tidak sempat menziarahi makcik saya kerana berada di terengganu, bertahlil utk arwah ayah. sepanjang minggu tu, saya sibuk. hari khamisnya, suami pulang ke terengganu menemani mak. saya pula bertiga dengan anak2. ketika itulah saya ditampar dengan berita sedih ini. setibanya di icu ppum, saya lihat makcik saya diintubate, wajahnya  pucat dan jaundice. dialysis dalam operasi. saya tidak dpt membendung perasaan saya. nangis terburai2 air mata. kami semua mengharapkan keajaiban (miracle) tp dalm hati masing2, kami tahu itu petanda tidak baik. melihat keadaan makcik saya, saya tahu takkan lama.


saya dan kakak hanya pulang ke rumah selepas berbuka puasa di dalam kereta. semuanya tergesa2. saya berdoa agar yg terbaik berlaku buat makcik saya tak kira apa end-resultnya, agar ianya terbaik buat beliau. sekembalinya ke rumah, saya masih terpinga2 kerana terkejut dengan berita itu. tidak boleh tidur....jam 12 lebih, ketika saya baru cuba melelapkan mata, telefon saya berbunyi. jantung berdebar dan berdegup pantas...ya Allah.. saya sudah jangkakan berita tidak baik ini. makcik saya pergi menemui Ilahi jam 1215am hari berikutnya bersamaan 6 Ogos 2011/ 6 Ramadhan 1432.

pemergian beliau amat kami rasai kerana beliau merupakan tunggak keluarga. kampung kami itu adanya rumah beliau. kalau ada apa2 function, beliaulah yg lead nyer. beliau juga yg byk menjaga datuk dan arwah nenek. rumah di kampung kini sunyi tanpa beliau.

saya ingat, selepas nenek sya meninggal, makcik saya yg byk merasakan impaknya kerana beliau yg byk menjaga nenek saya. makcik saya byk bersedih ketika itu. selepas itu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila makcik saya terkoyak ligamen lutut kirinya setelah jatuh mengangkat datuk. setelah beberapa bulan, ketika baru sahaja lutut makcik saya baik, digemparkan pula dengan khabar beliau menghidapi kanser ovari stage 3C.

pemergian makcik saya ini bukan saja dirasai kami sekeluarga, kawan2 sejawat, sekolah, se-department turut merasakannya. sehinggakan di hari pengkebumian beliau, org ramai memenuhi ruang dalam dan luar rumah utk memberi pepnghormatan terakhir buat beliau. kehilangan beliau merupakan kehilangan seorang pakar perunding paediatrik respiratory physician yg hanya ada beberapa sahaja di malaysia ini. sebagai seorang anak saudara dan juga sama2 berkongsi minat dalam kerjaya yg sama, saya merasakan ianya satu kehilangan yg amat besar. kini, saya hilang tmpt rujukan, motivasi saya. beliau ibarat mak kedua saya setelah arwah mak saya pergi. arwah mak pernah pesan kpd makcik saya utk menjaga saya dan kakak apabila mak sudah tiada lagi. sekarang, makcik saya juga telah menyahur seruan Ilahi meninggalkan kami. saya merasakan ibarat saya kehilangan seorang lagi mak buat kali kedua...kesannya amat mendalam.

sehingga kini, ia masih terasa dalam hati. jadi tahun ini, TAHUN DUKACITA buat kami.

saya doakan agar roh2 mereka semua berada bersama2 org2 yg beriman dan beramal soleh/solehah. 

rentetan ramadhan/ raya:
2007: ramadhan di hospital HUKM, arwah mak sakit, admitted, keluar wad lps 6 minggu, beberapa hari sblm raya. jd raya tahun tuh tak memberi apa makna sbb mak sakit.
2008: tahun nih mak lebih sihat selepas complete chemo. tahun pertama saya beraya dengan anak sulong saya, mujahid yg berusia 8 bulan ketika itu. tahun terakhir saya dpt beraya dengan mak.
2009: arwah mak saya meninggal pd 1 Mei. tahun ini, raya begitu kosong...
2010: raya 3 hari di lenggeng tak balik terengganu disbbkan kerja, dpt cuti 3 hari je. sederhana sahaja.
2011: ramadhan yg penuh pilu. nenek pergi 6 bulan lps. ayah mertua pergi 3 hari sblm menyambut ramadhan, makcik pula pergi pd ramadhan keenam.

ramadhan yg datang lagi

salam ramadhan buat semua. tak disangka2 sudah hari ke 20 kita berpuasa. habis 2/3 puasa kita. dan sudah genap sebulan saya tak menulis apa2 entry...dalam bulan puasa ni agak sibuk sikit, terkejar sana sini. pd asalnya saya nak menulis tentang menyambut awal ramadhan..skali tgk, dah 10 malam terakhir pula.

seperti tahun2 sebelum ini, ramadhan saya hanya sederhana. tahun ini saje jarang2 sekali ke bazar ramadhan kerana lebih gemar memasak utk keluarga, al maklumlah tahun ni ramadhan pertama saya berpuasa sebagai medical officer dan takde oncall. walaupun penat, tergesa2 kembali dr tmpt kerja di seremban, saya gagahkan juga memasak utk keluarga kerana saya inginkan yg terbaik. lagipun, apa yg ada di bazar ramadhan bukanlah sedap mana pon. ujung minggu lepas, saya masak desert sekali..saya buat murtabak, jelly dan kek coklat. jimat pon jimat.

setiap tahun, saat yg mendebarkan adalah awal2 malam puasa. saya amat menggemarinya kerana pd ketika itu, suasana malam begitu ceria, tidak seperti hari2 yg lain yg mana sungguh sunyi dan masjid2/ surau rata2 gelap gelita. pabila ramadhan menjelma, surau/ masjid berseri2 dipenuhi jemaah utk mengimarahkan solat tarawih. ketenangan timbul dalam hati saya. tahun lepas, saya di posting kecemasan ketika itu. sekali sekala saya akan balik dr kerja di waktu malam apabila tamat syif ptg, kalau tak pon dalam perjalanan ke tmpt kerja kerana syif malam. dalam perjalanan ke tmpt kerja, saya seronok melihat suasana malam yg ceria dan tenang itu terus dtg dlm jiwa.tahun nih, disbbkan saya kerja waktu pejabat, malam2nya selepas berbuka, saya hanya duduk di rumah menemani anak2 ketika suami ke surau menunaikan solat isya' dan tarawih.

setelah berkahwin sudah lebih 5 thn, saya tak pernah buat baju raya lagi. pd ketika itu, tak rasa nak raya sangat disbbkan beberapa tahun pertama, arwah mak saya sakit dan meninggal di tahun 2009. lagipun saya masih ada baju kurung yg jarang2 dipakai, maka saya pakai semula utk raya aje. sepanjang itu, saya kumpul2 kain yg dihadiahkan oleh mak mertua saya dan rakan2 seperjuangan di tronoh. kemudian, saya ada extra sepsang kain lagi kain arwah mak saya yg diberikan oleh sepupu saya ketika majlis perkahwinannya di tahun 2007. so jadinya 5 pasang kain yg tak berjahit hinggalah tahun ini. awal tahun ini, saya terjmpa satu kain yg amat cantik, lalu saya borong. saya buat keputusan utk jahit kesemua pasang kain yg ada tahun ni. mak mertua saya tolong jahitkan 3 pasang utk saya, dan saya hanya sempat jahit sepasang. dua drpdnya, saya dah rasmi pergi kerja, 2 lagi simpan utk raya.

disbbkan tahun2 sebelum ini tak pernah sedondon, saya bercadang utk mencari yg sepasang. disbbkan saya dan suami sudah ada baju sepasang, mak mertua saya tolong jahitkan baju melayu utk mujahid, dan saya pula jahitkan baju kurung utk insyirah. saya rasa teruja utk menjahit lagi lalu saya membeli 2 pasang kain utk jahit dress utk insyirah, satu dah siap...satu lagi.. mungkin tergendala. tak sempat nak buat sbb sibuk dengan kerja dan persediaan berbuka puasa. by the time kerja sehari-harian sume habis, saya mesti sudah kepenatan.

pd awalnya, saya rasa tahun ini akan menjadi tahun yg meriah menyambut raya kerana baju yg banyak dan sedondon......namun....

bersambung daa

Wednesday, 20 July 2011

5S

BUKAN
SEIRI – SISIH – SORT
Sisih barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan buangkannya secara sistematik.

SEITON – SUSUN – SET IN ORDER
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

SEISO – SAPU – SHINE
Bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan.

SEIKETSU – SERAGAM – STANDARDISE
Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan.

SHITSUKE – SENTIASA AMAL – SUSTAIN
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya organisasi.
TAPI

SOPAN

SANTUN

SABAR

SUSILA

SEGAN

pd hari ini saya menghadiri satu seminar di HTJS. seperti di seminar sebelum2 ini di venue yg sama, saya dapati kejadian yg sama berlaku. ketika itu saya dan teman sedang menunggu makan tengahari dan secara kebetulan kami duduk berdekatan dengan meja hidangan buffet. apabila makanan terhidang, kami menuju ke meja tersebut utk beratur. tiba2 dtg segerombolan manusia terus menolak kami ke tepi tanpa segan silu. kami terkejut dibuatnya. rata2 yg hadir ke seminar hari itu adalah org melayu...islam...sbb nama pon seminar penghayatan ramadhan... cuma terlepas sorang berbangsa lain yg juga merupakan salah seorang "penolak" / "penyiku" terbaik.

kkeadaan suasana sebegini amat memalukan saya kerana tiada kesabaran dan kesantunan di kalangan kita melayu islam secara khusus dan masyarakat secara umum. bukan setakat itu sahaja, yg hadir ke seminar itu merupakan profesional kesihatan (healthcare workers)... nama pon "professional" tp kelakuan tidak menunjukkan begitu. disbbkan susunan makanan dan air agak tidak seragam, maka barisan beratur yg ada terganggu sehinggakan ketika rakan saya sedang beratur utk mengambil makanan, dia disiku sekali lagi.mentang2 kawan saya nih kecil, nasib baik tak terlayang. wanita ini berlalu tanpa ucapan "maaf, tumpang lalu" atau sekurang2nya dah langgar org tu sebutlah "maaf ya"...takkan tuh nak ajar kot... so nih pon kes langgar lari. dah lah muka masam mencuka.

saya malu. bukan hanya sbb kita yg sepatutnya profesional pd gelaran tp tidak profesional dr segi akhlak, bahkan malu kerana masing2 berebut makanan seperti kebuluran. alangkah bagusnya mereka melihat mereka yg dilanda kemiskinan seperti di afrika dan somalia, bosnia, palestin..tp sebenarnya, dalam seminar tuh, mereka telah diperlihatkan tentang jerit perih mereka di sana, namun ia hanya tinggal di situ sahaja. dan paling malu.. mereka ini ISLAM.

inilah dia yg terjadi apabila kita hanya Islam pd nama, sbg hiasan, sbg jawapan sekiranya org bertanya "awak agama apa", islam hanya sbg kata nama khas. namun tanpa kita sedari hakikat ISLAM itu jauh lebih meluas, tidak terbatas pd hukum syarak/ ibadah. ISLAM itu adalah "taat", "tunduk","sejahtera"...kalau kita mengkaji dengan betul2, kata2 tersebut bukan kata nama khas tetapi merupakan kata2 perbuatan (adjectives). ini menunjukkan ISLAM itu adalah perbuatan "tunduk", "taat" dan "mensejahterakan". tunduk dan taat kpd perintah Allah dan Rasul serta mensejahterakan umat Islam dan masyarakat yg lain. segala perbuatan yg kita buat itu menunjukkan keISLAMan kita. islam juga menyentuh tentang keindahan berakhlak mulia dan di sini saya ingin mengetengahkan tentang 5S ini - sopan, santun, sabar, susila, segan.

benda nih pon Islam dah ajar kita. betapa lengkapnya (syumul) islam ini sehinggakan akhlak juga diajar. sedangkan kalau pergi negara omputeh, mereka rata2 berdisiplin, beratur dengan baik dan sabar, saling hormat- menghormati. mereka yg atheist (tidak beragama) juga lebih berdisiplin. malu kalau mereka2 ini melihat senario yg berlaku di seminar tadi. habis makanan diserbu tanpa rasa tolak ansur dan sabar.

nih belum lagi bulan puasa, dah kebulur mengalahkan org lain, bulan ramadhan,..mcm mana lah pula....

wallahu'alam.

ini adalah peringatan utk saya sendiri. 

Tuesday, 19 July 2011

mode sedih

hari ni saya tak berapa sihat. sebenarnya dr malam ahad lagi saya dah mengalami sakit tekak yg teramat sgt dan semalam, batuk tak berhenti2, mcm pertandingan batuk dengan rakan di bilik sebelah. balik tuh, satu badan sengal2 sehinggakan saya tidak boleh tidur langsung. pada waktu siangnya, selepas kembali dr kerja, saya mengajak suami saya utk ke PPUM utk menziarahi makcik saya yg sudah dibedah utk mengetahui dan melihat dengan mata sendiri keadaan makcik saya. dengar2 saje berita dr org memang  tak best. alhamdulillah makcik saya kelihatan lebih segar berbanding ketika di ICU serdang haritu. namun findings berdasarkan pembedahan itu tidak menyedapkan hati saya, didapati memang sah makcik saya menghidap kanser dan berkemungkinan asal kanser dr usus rektum dan merebak ke ovari (dan bukannya ovari sebagai primer)...akhirnya tanpa perancangan, pakar bedah membuat keputusan membuang bahagian rektum juga. selain itu, didapati usus2 di sekeliling sudah menunjukkan tanda2 awal kanser sudah mula melekap. walaupun pd peringkat awal, berdasarkan CT scan, didapati organ2 lain selain ovari tidak terjejas, namun, indah khabar dr rupa. pembedahan melihatkan segala2nya. saya tidak tahu nak bereaksi mcm mana. kesihatan emosi saya benar2 terganggu.

seperti posting yg sebelum ini, saya menceritakan tentang saya dan kakak rushing ke serdang, ke ppum, semalam pon rushing utk melawat makcik saya yg sakit, mungkin disbbkan itu, badan saya kepenatan di samping tiap2 hari travelling seremban cheras utk ke tmpt kerja. emosi juga terganggu...akhirnya saya kecundang hari ini ditimpa demam.

apa yg boleh saya katakan, sejak arwah mak saya meninggal disbbkan kanser paru2, semakin "menjadi2" pula mendengar khabar berita tentang ahli keluarga terdekat yg mengalami kanser juga. yg sedihnya kesemuanya sudah mencapai tahap terakhir (late stage) apabila pertama kali didiagnosa. hampir 7 thn lalu, ketika kakak saya baru mendirikan rumah tangga, arwah bapa abg ipar saya sakit tenat dan didapati mempunyai barah otak. lama sebelum itu, ketika suami masih peringkat awal dewasa, makcik suami saya (adik mak mertua saya) meninggal dunia disebabkan kanser payu dara. salah seorang dr pakcik suami saya di sebelah pak mertua saya juga meninggal disbbkan kanser.

4 bulan lepas, sekali lagi kami dikejutkan dengan khabar pak mertua saya pula menghidapi kanser pundi kencing yg sudah didiagnosakan sbg kanser tahap 4. simptom2 ayah didapati dr hujung tahun lepas, apabila ayah mengadu kerap kencing. tp apabila ditanya, ayah kata dia puas (no hesistency, just frequancy of urination)...saya ada menyarankan agar ayah membuat pemeriksaan air kencing, dan hasil pemeriksaan, tiada jangkitan air kencing mahupun kencing manis. next, saya terpikir BPH (benign prostate hypertrophy - kalenjer prostat bengkak). setelah beberapa ketika, ayah demam dan pemeriksaan ultrasound menunjukkan prostat membengkak dan query ada ketumbuhan di pundi kencing. maka dr situ, bermulalah drama baru, CT scan, cystoscopy. setakat ini, sudah dua kali ayah masuk wad disbbkan anaemia (darah merah kurang) dan memerlukan tranfusi darah. baru2 ini, pd hari jumaat (pd hari yg sama pembedahan makcik saya), pak mertua saya juga underwent surgery utk membuat stenting (tiub) di dalam salur kencing. namun pembedahan terpaksa dibatalkan kerana cyctoscopy menunjukkan sel2 salur kencing terlalu lemah utk stenting, dan berbahaya sekiranya proceed disbbkan risiko pendarahan.

minggu lps pula, seperti yg saya ceritakan, kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan berita sakit makcik saya yg juga didapati secara tidak sengaja. makcik saya mengadu sakit perut, disangkakan periumbilical hernia yg memang sudah sedia ada sejak makcik bersalin bedah kpd sepupu kembar saya. lalu makcik saya membuat keputusan utk membuat ct scan di KPJ dan mendapati terdapat satu ketumbuhan besar di peritoneal cavity.

dua hari lepas, saya tergamam pula bila mendapati MP titiwangsa, Dr Lo' Lo' meghembuskan nafasnya yg terakhir selepas berjuang beberapa tahun dengan penyakitnya, kanser paru2 (seperti arwah mak saya)...seperti nak luruh jantung saya mendapat khabar ini kerana beliau merupakan seorang idola. sebagai seorang pakar sakit puan, juga seorang ahli politik yg terkenal dalam memperjuangkan Islam. beliau merupakan seorang tokoh termayshur.

melihatkan ini, mereka semua ini adalah org2 yg sihat, tiada penyakit lain. mungkin inilah "alasan" yg Allah berikan utk memanggil mereka kembali kpdNYA.

mendengar berita ini dalam jangkamasa terdekat dan serentak ini menyebakan hati saya benar2 tidak sihat.

dengan perasaan pilu dan sedih, kita yg masih ada harus terus berjuang melawan penyakit itu sehingga masih diizinkanNYA, dan sebagai keluarga, haruslah memberi dorongan dan motivasi agar mereka terus bersabar dan berjuang. semoga Allah kurniakan kesabaran, ketaatan dan keimanan kpd kita semua dalam menghadapi hari2 yg penuh berliku ini.

mode: sedih