BUKAN
SEIRI – SISIH – SORTSisih barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan buangkannya secara sistematik.
SEITON – SUSUN – SET IN ORDER
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
SEISO – SAPU – SHINE
Bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan.
SEIKETSU – SERAGAM – STANDARDISE
Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan.
SHITSUKE – SENTIASA AMAL – SUSTAIN
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya organisasi.
TAPI
SOPAN
SANTUN
SABAR
SUSILA
SEGAN
pd hari ini saya menghadiri satu seminar di HTJS. seperti di seminar sebelum2 ini di venue yg sama, saya dapati kejadian yg sama berlaku. ketika itu saya dan teman sedang menunggu makan tengahari dan secara kebetulan kami duduk berdekatan dengan meja hidangan buffet. apabila makanan terhidang, kami menuju ke meja tersebut utk beratur. tiba2 dtg segerombolan manusia terus menolak kami ke tepi tanpa segan silu. kami terkejut dibuatnya. rata2 yg hadir ke seminar hari itu adalah org melayu...islam...sbb nama pon seminar penghayatan ramadhan... cuma terlepas sorang berbangsa lain yg juga merupakan salah seorang "penolak" / "penyiku" terbaik.
kkeadaan suasana sebegini amat memalukan saya kerana tiada kesabaran dan kesantunan di kalangan kita melayu islam secara khusus dan masyarakat secara umum. bukan setakat itu sahaja, yg hadir ke seminar itu merupakan profesional kesihatan (healthcare workers)... nama pon "professional" tp kelakuan tidak menunjukkan begitu. disbbkan susunan makanan dan air agak tidak seragam, maka barisan beratur yg ada terganggu sehinggakan ketika rakan saya sedang beratur utk mengambil makanan, dia disiku sekali lagi.mentang2 kawan saya nih kecil, nasib baik tak terlayang. wanita ini berlalu tanpa ucapan "maaf, tumpang lalu" atau sekurang2nya dah langgar org tu sebutlah "maaf ya"...takkan tuh nak ajar kot... so nih pon kes langgar lari. dah lah muka masam mencuka.
saya malu. bukan hanya sbb kita yg sepatutnya profesional pd gelaran tp tidak profesional dr segi akhlak, bahkan malu kerana masing2 berebut makanan seperti kebuluran. alangkah bagusnya mereka melihat mereka yg dilanda kemiskinan seperti di afrika dan somalia, bosnia, palestin..tp sebenarnya, dalam seminar tuh, mereka telah diperlihatkan tentang jerit perih mereka di sana, namun ia hanya tinggal di situ sahaja. dan paling malu.. mereka ini ISLAM.
inilah dia yg terjadi apabila kita hanya Islam pd nama, sbg hiasan, sbg jawapan sekiranya org bertanya "awak agama apa", islam hanya sbg kata nama khas. namun tanpa kita sedari hakikat ISLAM itu jauh lebih meluas, tidak terbatas pd hukum syarak/ ibadah. ISLAM itu adalah "taat", "tunduk","sejahtera"...kalau kita mengkaji dengan betul2, kata2 tersebut bukan kata nama khas tetapi merupakan kata2 perbuatan (adjectives). ini menunjukkan ISLAM itu adalah perbuatan "tunduk", "taat" dan "mensejahterakan". tunduk dan taat kpd perintah Allah dan Rasul serta mensejahterakan umat Islam dan masyarakat yg lain. segala perbuatan yg kita buat itu menunjukkan keISLAMan kita. islam juga menyentuh tentang keindahan berakhlak mulia dan di sini saya ingin mengetengahkan tentang 5S ini - sopan, santun, sabar, susila, segan.
benda nih pon Islam dah ajar kita. betapa lengkapnya (syumul) islam ini sehinggakan akhlak juga diajar. sedangkan kalau pergi negara omputeh, mereka rata2 berdisiplin, beratur dengan baik dan sabar, saling hormat- menghormati. mereka yg atheist (tidak beragama) juga lebih berdisiplin. malu kalau mereka2 ini melihat senario yg berlaku di seminar tadi. habis makanan diserbu tanpa rasa tolak ansur dan sabar.
nih belum lagi bulan puasa, dah kebulur mengalahkan org lain, bulan ramadhan,..mcm mana lah pula....
wallahu'alam.
ini adalah peringatan utk saya sendiri.
No comments:
Post a Comment