Saturday, 2 July 2011

projek pembangunan

skang nih saya dalam projek membangunkan semula blog saya. dan saya buat ini semua utk menyedapkan hati saya yg masih susah dipujuk kerana kemusnahan blog yg lama.

tapi pasti org tanya, mana lak lah saya dpt idea nak namakan blog saya sebegini rupa.

blog lama saya diberikan link nursafiyyah. ini disebabkan saya mmg minat dengan nama tuhm (mcm wardina safiyyah) dan safiyyah itu sendiri merupakan salah satu serikandi islam yg sanggup mempertaruhkan nyawanya utk mempertahan dan memperjuangkan agama Islam. kalau tak silap saya, ketika satu peperangan, ketika org kafir cuba menyerang di suatu kawasan yg mana di situ hanya ramai wanita, safiyyah berjaya memancung kepala salah seorg kafir lalu penentang2 yg lain menjadi takut memikirkan di sebalik kawasan tersebut, terdapat ramai askar2 islam yg hebat, sedangkan yg sebenarnya hanyalah seorang wanita. kisah kekuatan beliaulah yg menjadi idaman saya.

kemudian. akhirnya bila terpaksa berpindah blog, maka saya namakan blog ini Happiness is Homemade. sbb pd saya segala2nya bermula dr rumah. bak omputeh kata "charity begins at home", "home is where the heart is" dan sebagaimana org Islam juga percaya pendidikan anak2 dan keseluruhan sifat kita adalah didikan dr rumah. sbb di rumahlah adanya tangan seorang wanita yg dipanggil ibu yg menggoyangkan buai dan tangan yg sama ini juga yg bakal menggoyangkan dunia dengan anak2 soleh dan solehah. dan bagi saya yg sentiasa sibuk dengan pekerjaan saya, rumahlah segala2nya yg membawa kegembiraan kepada saya di kala saya bersedih, tension, berduka disbbkan apa2 yg terjadi di tmpt kerja, di luar sana. so HAPPINESS ISSSS HOMEMADE. kenapa lak add saya tetiba ada dalisha-is-happiness-is-homemade? sbbnya "dalisha is happiness" dan "happiness is homemade"...sebagaimana yg anda tahu, nama "Dalisha a.k.a Delisha ni bermaksud kegembiraan atau dalam omputehnya "happiness"

so itulah dia alkisah hikayat pertumbuhan blog baru saya ni

silalah mengikuti perkembangannya lagi....

(hah masih kesal kerana segala usaha penulisan saya selama 5 tahun musnah...)

No comments:

Post a Comment