sebagaimana tajuk posting ini, ini merupakan permulaan untuk blog yg baru buat saya. ini kerana blog lama saya sudah ditelan oleh friendster. katanya dah bagitau beberapa bulan sebelum re-format, namun saya tidak mendapat apa2 berita. oleh yg demikian, habislah segala entry saya selama ini...sedih...tapi nak buat mcm mana, bak kata2 motivasi dr stress mgt course.."letting go & acceptance". jd saya perlu menerima hakikat bahawa blog saya yg telah diperincikan sejak tahun 2006 lagi sudah punah pada 27 Jun baru2 ini (hmm..sedangkan baru saje saya post entry pada 25 jun lepas)...sedih ...masih sedih kerana apa yg sudah saya usahakan selama 5 tahun habis begitu sahaja. segala cerita saya susah nak re-call kembali.
tapi....
yg hidup pasti kan mati..maka yg ada pasti kan musnah/ rosak
dan...
yg patah tumbuh hilang berganti...
maka dengan kata pepatah itu dan demi menyedapkan hati saya yg gundah gulana ini kerana kehilangan blog tersayang, saya pun mewujudkan blog baru agar mudah saya meluahkan rasa isi hati saya.
huhu...tapi saya masih sedih kerana byk kenangan suka duka saya ceritakan dalam blog..kisah bagaimana arwah mak saya meninggalkan saya, kisah kegembiraan anak2 saya menyambut raya, kisah housemanship saya sehinggalah saya tamat dan menjadi MO di kecemasan dan kini di KK, kisah bagaimana saya mula2 menguatkan hati utk terus memandu kereta, kisah penyusuan susu ibu saya, kisah2 nasihat dan tazkirah....semuanya musnah dalam beberapa saat sahaja.
jd saya berharap, dengan adanya blog baru ini, saya akan cuba me"re-call" kembali apa2 kisah yg penting dalam hidup saya di samping meneruskan mengupdate kisah2 terbaru.
moga Allah kurniakan kesabaran kpd saya.
No comments:
Post a Comment