Saturday, 16 July 2011

rush hour 5

apa kebenda lah rush hour 5 nih. tp yg saya nak ckp bukan psal filem rush hour tp psal kisah saya dalam 2 hari nih yg kerjanya rushing after 5.

dalam minggu ni, saya benar2 serabut sesudah dpt tahu yg ayah mertua saya masuk hospital kali kedua kerana kurang darah merah disebabkan kanser pundi kencing. dalam masa yg sama, saya juga terkejut kerana mendapat khabar berita bahawa makcik saya masuk ICU kerana kurang darah merah dan akhirnya mendapat tahu makcik saya ada kanser ovari.ketumbuhannya sangat besar sehinggakan perut makcik saya teramat terik.

pd hari khamis lps, suami tergesa2 balik terengganu utk menguruskan ayahnya. saya pula pd waktu ptg, selepas pulang dr kerja, saya terus bergegas ke hospital serdang utk menziarahi makcik saya di ICU. saya rasa sedih melihat keadaan makcik saya yg terlantar kerana selama ini, saya melihat makcik saya sebagai org yg ceria dan aktif. tapi pd hari itu, makcik saya terlantar kepenatan. yelah...berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya. saya duduk di situ dan berbual2 dengan sepupu saya. jam menunjukkan pukul 7pm. saya pula berpuasa sunat pd hari itu. tergesa2 saya kembali ke rumah. dalam perjalanan, tgk2 minyak kereta nak habis pula. bergegas ke stesen minyak kemudian rush cari dinner dan last sekali ambil anak2 di taska. penat betul haritu. ingatkan nak tidur awal pd malam tu, tp kerja yg sedia ada perlu dibuat, basuh baju etc. nak sidai baju kena tunggu insyirah tidur dulu, kalau tak dikejarnya ke depan pintu meraung2. nanti tak jadi kerja pula. akhirnya seperti biasa, hanya jam 12 baru saya dpt melelapkan mata dan merehatkan diri. dah lah pd waktu siangnya di tmpt kerja, saya serabut memikirkan psal makcik dan ayah mertua saya, saya serabut pula memikirkan kes2 mengarut yg saya tengok di jabatan pesakit luar.  pesakit masing2 mcm2 perangai dan permintaan dan byk menduga kesabaran saya. habis satu hari yg penuh rushing

keesokan harinya, pergi kerja mcm biasa, kena bertolak awal sedikit dr waktu selalu sbb kena singgah hantar anak ke taska. hari tuh saya buat lunchcall panjang sbb hari jumaat lunchbreak nya lama. tp boleh balik awal, jd saya ingat balik tu boleh terus singgah serdang menziarahi makcik saya. tp pg tuh juga, saya mendapat berita yg makcik saya dipindahkan ke PPUM. saya pening kepala sbb saya sah2 tak tahu jalan nak ke sana. so saya pon terpaksa tukar plan utk ikut dengan kakak saya. jd petang tu, sesudah tamat kerja jam 300pm, saya rush ke kajang utk trace blood results saya yg saya buat screening dulu. pecut bagai nak rak di LEKAS. dr kajang, rempuh ke serdang, byk kereta dan trafficlight pula. kemudian di serdang, nak naik komuter, tp awal tu, berpusing2 cari tmpt nak parking kereta. pastu berlari2 saya seberang jalan ke stesen komuter takut2 terlepas train. rupa2nya train terlambat skit.

malangnya, train yg dtg mengalahkan tin sardin, penuh sarat sehinggakan bila pintu train terbuka, instead of rasa dingin aircond, dia terasa bahang kehangatan. nak menyiku org pon dah tak cukup ruang. saya terpikir, kenapa ramai sgt org sedangkan belum habis waktu kerja lagi...dan lagipun patutnya ramai lagi nak ke arah seremban sbb balik dr kerja...rupa2nya ya......hari jumaat. ramai nak ke KL nak balik kampung lah, nak berparti, nak bershopping...aduh....saya terpaksa melepaskan train pertama sbb terlalu sarat. tunggu extra 20 mnit sblm next train dtg. alhamdulillah tak penuh sangat. setibanya di stesen kuala lumpur, saya tergesa2 ke HQ KTM utk berjmpa dengan kakak saya. kami berdua rushing ke PPUM sbb mendapat berita yg makcik saya akan dibedah jam 6ptg. ..mcm tak sempat. nasib menyebelahi kami sbb dewan bedah tak panggil lagi makcik saya so kami sempat berjmpa dulu. saya pula cepat2 menunaikan solat asar saya di sana walaupun jam sudah menunjukkan pukul 645pm. kami tunggu sehingga dewan bedah panggil. pukul 730pm, kami pon bergerak menemani makcik ke dewan bedah. saya dan kakak berehat di ruang menunggu bersama2 sepupu dan makcik2 kami yg lain. disbbkan sudah lewat, kami pergi solat maghrib, dan berbual sebentar dengan makcik2 kami. hanya pd jam 900pm kami mula bergerak. risaukan anak2 saya yg masih di taska. nasib baik taska ada OT juga. saya dah tepon taska siap2 beritahu akan smpai lambat.

sblm balik, singgah di gerai2 makan di ppum utk beli dinner. KL....malam jumaat memang jem...jam 1015 baru smpai di serdang, saya perlu ambil kereta saya. memandu di waktu malam memang mencabar sbb saya memang tak berapa nampak dengan jelas dek silau lampu kereta. tp alhamdulillah saya selamat mengambil anak2 saya dan hanya tiba di rumah jam 1045pm. anak2 dah tidur di taska. mujahid tidur terus bila smpai di rumah, tp insyirah sudah mula bulat matanya. saya buat keputusan utk makan dahulu tp malang sekali, nasi yg saya beli tuh dah basi rupanya. haish, geram betul, tak patut org kedai tuh jual nasi yg dah basi... nanti lah saya nak komplen.so masak maggie jelah malam tu. tepuk2 insyirah cuba menidurkan dia kembali, nasib baik tidur balik.

2 hari nih memang saya kepenatan kerana rushing memanjang. tp hari ni dpt rehat sedikit. hantar anak2 pergi taska. nak buat kerja rumah sedikit. (termasuk nak mencoret sesuatu dalam blog)

tp emosi saya byk terganggu minggu ini mengenangkan makcik dan ayah mertua saya sedang sakit disebabkan barah. ia byk mengenangkan saya kepada arwah mak saya yg meninggal disbbkan kanser paru2. melihat makcik saya yg terlantar di katil hospital juga mengimbau kenangan sedih ketika arwah mak sakit juga terlantar tidak bermaya di atas katil. sedih.......

No comments:

Post a Comment