hari ni saya tak berapa sihat. sebenarnya dr malam ahad lagi saya dah mengalami sakit tekak yg teramat sgt dan semalam, batuk tak berhenti2, mcm pertandingan batuk dengan rakan di bilik sebelah. balik tuh, satu badan sengal2 sehinggakan saya tidak boleh tidur langsung. pada waktu siangnya, selepas kembali dr kerja, saya mengajak suami saya utk ke PPUM utk menziarahi makcik saya yg sudah dibedah utk mengetahui dan melihat dengan mata sendiri keadaan makcik saya. dengar2 saje berita dr org memang tak best. alhamdulillah makcik saya kelihatan lebih segar berbanding ketika di ICU serdang haritu. namun findings berdasarkan pembedahan itu tidak menyedapkan hati saya, didapati memang sah makcik saya menghidap kanser dan berkemungkinan asal kanser dr usus rektum dan merebak ke ovari (dan bukannya ovari sebagai primer)...akhirnya tanpa perancangan, pakar bedah membuat keputusan membuang bahagian rektum juga. selain itu, didapati usus2 di sekeliling sudah menunjukkan tanda2 awal kanser sudah mula melekap. walaupun pd peringkat awal, berdasarkan CT scan, didapati organ2 lain selain ovari tidak terjejas, namun, indah khabar dr rupa. pembedahan melihatkan segala2nya. saya tidak tahu nak bereaksi mcm mana. kesihatan emosi saya benar2 terganggu.
seperti posting yg sebelum ini, saya menceritakan tentang saya dan kakak rushing ke serdang, ke ppum, semalam pon rushing utk melawat makcik saya yg sakit, mungkin disbbkan itu, badan saya kepenatan di samping tiap2 hari travelling seremban cheras utk ke tmpt kerja. emosi juga terganggu...akhirnya saya kecundang hari ini ditimpa demam.
apa yg boleh saya katakan, sejak arwah mak saya meninggal disbbkan kanser paru2, semakin "menjadi2" pula mendengar khabar berita tentang ahli keluarga terdekat yg mengalami kanser juga. yg sedihnya kesemuanya sudah mencapai tahap terakhir (late stage) apabila pertama kali didiagnosa. hampir 7 thn lalu, ketika kakak saya baru mendirikan rumah tangga, arwah bapa abg ipar saya sakit tenat dan didapati mempunyai barah otak. lama sebelum itu, ketika suami masih peringkat awal dewasa, makcik suami saya (adik mak mertua saya) meninggal dunia disebabkan kanser payu dara. salah seorang dr pakcik suami saya di sebelah pak mertua saya juga meninggal disbbkan kanser.
4 bulan lepas, sekali lagi kami dikejutkan dengan khabar pak mertua saya pula menghidapi kanser pundi kencing yg sudah didiagnosakan sbg kanser tahap 4. simptom2 ayah didapati dr hujung tahun lepas, apabila ayah mengadu kerap kencing. tp apabila ditanya, ayah kata dia puas (no hesistency, just frequancy of urination)...saya ada menyarankan agar ayah membuat pemeriksaan air kencing, dan hasil pemeriksaan, tiada jangkitan air kencing mahupun kencing manis. next, saya terpikir BPH (benign prostate hypertrophy - kalenjer prostat bengkak). setelah beberapa ketika, ayah demam dan pemeriksaan ultrasound menunjukkan prostat membengkak dan query ada ketumbuhan di pundi kencing. maka dr situ, bermulalah drama baru, CT scan, cystoscopy. setakat ini, sudah dua kali ayah masuk wad disbbkan anaemia (darah merah kurang) dan memerlukan tranfusi darah. baru2 ini, pd hari jumaat (pd hari yg sama pembedahan makcik saya), pak mertua saya juga underwent surgery utk membuat stenting (tiub) di dalam salur kencing. namun pembedahan terpaksa dibatalkan kerana cyctoscopy menunjukkan sel2 salur kencing terlalu lemah utk stenting, dan berbahaya sekiranya proceed disbbkan risiko pendarahan.
minggu lps pula, seperti yg saya ceritakan, kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan berita sakit makcik saya yg juga didapati secara tidak sengaja. makcik saya mengadu sakit perut, disangkakan periumbilical hernia yg memang sudah sedia ada sejak makcik bersalin bedah kpd sepupu kembar saya. lalu makcik saya membuat keputusan utk membuat ct scan di KPJ dan mendapati terdapat satu ketumbuhan besar di peritoneal cavity.
dua hari lepas, saya tergamam pula bila mendapati MP titiwangsa, Dr Lo' Lo' meghembuskan nafasnya yg terakhir selepas berjuang beberapa tahun dengan penyakitnya, kanser paru2 (seperti arwah mak saya)...seperti nak luruh jantung saya mendapat khabar ini kerana beliau merupakan seorang idola. sebagai seorang pakar sakit puan, juga seorang ahli politik yg terkenal dalam memperjuangkan Islam. beliau merupakan seorang tokoh termayshur.
melihatkan ini, mereka semua ini adalah org2 yg sihat, tiada penyakit lain. mungkin inilah "alasan" yg Allah berikan utk memanggil mereka kembali kpdNYA.
mendengar berita ini dalam jangkamasa terdekat dan serentak ini menyebakan hati saya benar2 tidak sihat.
dengan perasaan pilu dan sedih, kita yg masih ada harus terus berjuang melawan penyakit itu sehingga masih diizinkanNYA, dan sebagai keluarga, haruslah memberi dorongan dan motivasi agar mereka terus bersabar dan berjuang. semoga Allah kurniakan kesabaran, ketaatan dan keimanan kpd kita semua dalam menghadapi hari2 yg penuh berliku ini.
mode: sedih
No comments:
Post a Comment