Saturday, 20 August 2011

ramadhan yg datang lagi

salam ramadhan buat semua. tak disangka2 sudah hari ke 20 kita berpuasa. habis 2/3 puasa kita. dan sudah genap sebulan saya tak menulis apa2 entry...dalam bulan puasa ni agak sibuk sikit, terkejar sana sini. pd asalnya saya nak menulis tentang menyambut awal ramadhan..skali tgk, dah 10 malam terakhir pula.

seperti tahun2 sebelum ini, ramadhan saya hanya sederhana. tahun ini saje jarang2 sekali ke bazar ramadhan kerana lebih gemar memasak utk keluarga, al maklumlah tahun ni ramadhan pertama saya berpuasa sebagai medical officer dan takde oncall. walaupun penat, tergesa2 kembali dr tmpt kerja di seremban, saya gagahkan juga memasak utk keluarga kerana saya inginkan yg terbaik. lagipun, apa yg ada di bazar ramadhan bukanlah sedap mana pon. ujung minggu lepas, saya masak desert sekali..saya buat murtabak, jelly dan kek coklat. jimat pon jimat.

setiap tahun, saat yg mendebarkan adalah awal2 malam puasa. saya amat menggemarinya kerana pd ketika itu, suasana malam begitu ceria, tidak seperti hari2 yg lain yg mana sungguh sunyi dan masjid2/ surau rata2 gelap gelita. pabila ramadhan menjelma, surau/ masjid berseri2 dipenuhi jemaah utk mengimarahkan solat tarawih. ketenangan timbul dalam hati saya. tahun lepas, saya di posting kecemasan ketika itu. sekali sekala saya akan balik dr kerja di waktu malam apabila tamat syif ptg, kalau tak pon dalam perjalanan ke tmpt kerja kerana syif malam. dalam perjalanan ke tmpt kerja, saya seronok melihat suasana malam yg ceria dan tenang itu terus dtg dlm jiwa.tahun nih, disbbkan saya kerja waktu pejabat, malam2nya selepas berbuka, saya hanya duduk di rumah menemani anak2 ketika suami ke surau menunaikan solat isya' dan tarawih.

setelah berkahwin sudah lebih 5 thn, saya tak pernah buat baju raya lagi. pd ketika itu, tak rasa nak raya sangat disbbkan beberapa tahun pertama, arwah mak saya sakit dan meninggal di tahun 2009. lagipun saya masih ada baju kurung yg jarang2 dipakai, maka saya pakai semula utk raya aje. sepanjang itu, saya kumpul2 kain yg dihadiahkan oleh mak mertua saya dan rakan2 seperjuangan di tronoh. kemudian, saya ada extra sepsang kain lagi kain arwah mak saya yg diberikan oleh sepupu saya ketika majlis perkahwinannya di tahun 2007. so jadinya 5 pasang kain yg tak berjahit hinggalah tahun ini. awal tahun ini, saya terjmpa satu kain yg amat cantik, lalu saya borong. saya buat keputusan utk jahit kesemua pasang kain yg ada tahun ni. mak mertua saya tolong jahitkan 3 pasang utk saya, dan saya hanya sempat jahit sepasang. dua drpdnya, saya dah rasmi pergi kerja, 2 lagi simpan utk raya.

disbbkan tahun2 sebelum ini tak pernah sedondon, saya bercadang utk mencari yg sepasang. disbbkan saya dan suami sudah ada baju sepasang, mak mertua saya tolong jahitkan baju melayu utk mujahid, dan saya pula jahitkan baju kurung utk insyirah. saya rasa teruja utk menjahit lagi lalu saya membeli 2 pasang kain utk jahit dress utk insyirah, satu dah siap...satu lagi.. mungkin tergendala. tak sempat nak buat sbb sibuk dengan kerja dan persediaan berbuka puasa. by the time kerja sehari-harian sume habis, saya mesti sudah kepenatan.

pd awalnya, saya rasa tahun ini akan menjadi tahun yg meriah menyambut raya kerana baju yg banyak dan sedondon......namun....

bersambung daa

No comments:

Post a Comment