harapan saya benar2 salah kerana tahun ini sahaja, saya sudah kehilangan 3 org penting dalam hidup saya.
pd 12 februari lalu, nenek saya (disebelah abah) pergi meninggalkan kami kerana mengadu sesak nafas, mungkin kerana masalah jantung.
kemudian pd 28 Julai jam 740 pm, ayah mertua saya pula dipanggil Ilahi. pemergian beliau amat terasa buat keluarga kami semuanya. nak dijadikan cerita, ketika kami mendapat berita ayah sakit tenat, kami bergesa kembali ke terengganu dan dalam perjalanan, Allah telah menguji kami dengan kereta yg rosak. kami tidak sempat berjumpa dengan ayah dan hanya tiba di terengganu jam 5 pagi keesokan harinya (sedangkan kami bertolak awal jam 12 pm...nanti saya cerita lain apa yg jd dlm perjalanan itu)
impak itu tidak berhenti di situ sahaja apabila seminggu lepas itu, ketika saya sedang rehat di hari jumaat, saya menerima panggilan dr kakak saya mengatakan makcik saya sakit tenat. terburai air mata saya. luka yg ada masih basah, ditambah pula luka baru. saya rasa amat terkejut kerana makcik saya baru sakit sebulan, ini bermakna kanser makcik saya sangat agressive. selepas operation yg pertama, makcik saya kelihatan sihat. namun beliau merosot kembali dan terpaksa masuk dewan pembedahan buat kali kedua. selepas op kedua itu, saya tidak sempat menziarahi makcik saya kerana berada di terengganu, bertahlil utk arwah ayah. sepanjang minggu tu, saya sibuk. hari khamisnya, suami pulang ke terengganu menemani mak. saya pula bertiga dengan anak2. ketika itulah saya ditampar dengan berita sedih ini. setibanya di icu ppum, saya lihat makcik saya diintubate, wajahnya pucat dan jaundice. dialysis dalam operasi. saya tidak dpt membendung perasaan saya. nangis terburai2 air mata. kami semua mengharapkan keajaiban (miracle) tp dalm hati masing2, kami tahu itu petanda tidak baik. melihat keadaan makcik saya, saya tahu takkan lama.
saya dan kakak hanya pulang ke rumah selepas berbuka puasa di dalam kereta. semuanya tergesa2. saya berdoa agar yg terbaik berlaku buat makcik saya tak kira apa end-resultnya, agar ianya terbaik buat beliau. sekembalinya ke rumah, saya masih terpinga2 kerana terkejut dengan berita itu. tidak boleh tidur....jam 12 lebih, ketika saya baru cuba melelapkan mata, telefon saya berbunyi. jantung berdebar dan berdegup pantas...ya Allah.. saya sudah jangkakan berita tidak baik ini. makcik saya pergi menemui Ilahi jam 1215am hari berikutnya bersamaan 6 Ogos 2011/ 6 Ramadhan 1432.
pemergian beliau amat kami rasai kerana beliau merupakan tunggak keluarga. kampung kami itu adanya rumah beliau. kalau ada apa2 function, beliaulah yg lead nyer. beliau juga yg byk menjaga datuk dan arwah nenek. rumah di kampung kini sunyi tanpa beliau.
saya ingat, selepas nenek sya meninggal, makcik saya yg byk merasakan impaknya kerana beliau yg byk menjaga nenek saya. makcik saya byk bersedih ketika itu. selepas itu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila makcik saya terkoyak ligamen lutut kirinya setelah jatuh mengangkat datuk. setelah beberapa bulan, ketika baru sahaja lutut makcik saya baik, digemparkan pula dengan khabar beliau menghidapi kanser ovari stage 3C.
pemergian makcik saya ini bukan saja dirasai kami sekeluarga, kawan2 sejawat, sekolah, se-department turut merasakannya. sehinggakan di hari pengkebumian beliau, org ramai memenuhi ruang dalam dan luar rumah utk memberi pepnghormatan terakhir buat beliau. kehilangan beliau merupakan kehilangan seorang pakar perunding paediatrik respiratory physician yg hanya ada beberapa sahaja di malaysia ini. sebagai seorang anak saudara dan juga sama2 berkongsi minat dalam kerjaya yg sama, saya merasakan ianya satu kehilangan yg amat besar. kini, saya hilang tmpt rujukan, motivasi saya. beliau ibarat mak kedua saya setelah arwah mak saya pergi. arwah mak pernah pesan kpd makcik saya utk menjaga saya dan kakak apabila mak sudah tiada lagi. sekarang, makcik saya juga telah menyahur seruan Ilahi meninggalkan kami. saya merasakan ibarat saya kehilangan seorang lagi mak buat kali kedua...kesannya amat mendalam.
sehingga kini, ia masih terasa dalam hati. jadi tahun ini, TAHUN DUKACITA buat kami.
saya doakan agar roh2 mereka semua berada bersama2 org2 yg beriman dan beramal soleh/solehah.
rentetan ramadhan/ raya:
2007: ramadhan di hospital HUKM, arwah mak sakit, admitted, keluar wad lps 6 minggu, beberapa hari sblm raya. jd raya tahun tuh tak memberi apa makna sbb mak sakit.2008: tahun nih mak lebih sihat selepas complete chemo. tahun pertama saya beraya dengan anak sulong saya, mujahid yg berusia 8 bulan ketika itu. tahun terakhir saya dpt beraya dengan mak.
2009: arwah mak saya meninggal pd 1 Mei. tahun ini, raya begitu kosong...
2010: raya 3 hari di lenggeng tak balik terengganu disbbkan kerja, dpt cuti 3 hari je. sederhana sahaja.
2011: ramadhan yg penuh pilu. nenek pergi 6 bulan lps. ayah mertua pergi 3 hari sblm menyambut ramadhan, makcik pula pergi pd ramadhan keenam.
No comments:
Post a Comment