Tuesday, 14 October 2014

Turki ... dulu dan sekarang (bahagian 3)

Bumi khilafah terus berdarah

Dalam bab 2: Memahami Turki dari Dalam;  ustaz banyak mengupas kisah keluh kesah yang dialami oleh warga Muslim di Turki. Ia turut memberi pencerahan kepada saya yang jahil tentang Turki ini. Seperti yang dikisahkan sebelum ini, ramai hanya mengenali Turki dari sebelah pandangan sahaja. Banyak bentuk2 tulisan, ucapan yang memberikan gambaran yang salah dan tidak seimbang tentang umat Islam di Turki.Contohnya tentang krisis tudung di sana. Terdapat banyak ulasan songsang yang memberi gambaran betapa jahatnya umat Islam di Turki dan lemahnya Islam di kalangan mereka kerana benda yang asas yang bebas dilakukan di Negara-Negara Eropah itu dihalang sedemikian rupa di Turki.

Tidak dinafikan apa yang diterakan oleh penulisan2 sebegitu ada benarnya. Namun hakikatnya Turki adalah sebuah negara yang sedang menghadapi krisis identiti yang kronik. Situasi Turki sukar untuk difahami oleh kita melainkan kita cuba melihatnya dari dalam seperti apa yang telah Ustaz lakukan. Apa yang sering digambarkan ialah negara itu membiarkan majalah2 lucah dijual bebas, pantai bogel Izmir, keruntuhan sosial yang berlaku sehingga perkara seperti berpacaran di khalayak menjadi perkara biasa di sana. Lantas terbayanglah kita bahawa ianya adalah sebahagian dari budaya umat Islam di sana.

Kita harus melihat masalah ini dengan secara pandangan yang lebih jauh. Krisis tudung yang berlaku di Turki bukanlah masalah utama. Sedangkan masalah krisis bertudung ini jauh lebih hebat mehnahnya di Negara seperti Tunisia dan Maghribi. Akan tetapi tekanan yang dikenakan oleh pihak kerajaan dan tentera Turki kelihatan lebih keras kerana ia disambut dengan sikap melawan rakyat.  Bantahan demi bantahan.. semua itu menatijahkan suatu krisis besar besaran . Di bumi khalifah inilah berlakunya pertempuran hebat antara Islam dan sekularisme. Kita perlu memahami bahawa kerajaan Turki tidak mencerminkan identiti rakyatnya. Ia bukanlah pemerintahan yang mewakili rakyatnya.

Ramai yang melihat Turki menjadi porak peranda dek kerana sekularisme yang menguasai pelosok rakyatnya, tetapi sebenarnya kegawatan yang berlaku adalah kerana semangat juang yang tinggi di kalangan umat Islam di sana untuk terus melawan dan berlawan. Mereka bukan golongan yang duduk berdiam diri..mereka bukan golongan "aku tidak pedulisme"

Kesusahan yang mereka hadapi akibat kejatuhan nilai matawang Lira mendorong mereka untuk lebih teliti dalam setiap perbelanjaan. Kesatuan mereka membeli barangan dari syarikat Islami memaksa tentera mengisytiharkan lebih dari 100 syarikat sebagai "syarikat pelampau Islam" yang mesti diboikot.

DI Turki, mereka adalah golongan "sedar" dan "peduli" dan ini termasuklah siswazah mereka. Tiada ruang bagi fahaman "aku tidak pedulisme". Masing2 giat berfikir bagaimana untuk menyelamatkan Negara yang sedang menuju kehancuran itu. Dan dalam konteks ini, kita masih ketinggalan untuk memperbaiki dan memajukan umat kerana penyakit "aku tidak peduslime" ini kuat di kalangan siswazah kita.

Ustaz membuat kesimpulan....

Turki bukanlah lambang kejayaan sekularisme menguasai umat Islam. Turki juga bukan contoh rosaknya masyarakat sehingga Islamnya dilihat malap. Tetapi Turki adalah medan pertempuran antara Barat dan Timur, antara Islam dan jahilliyah, antara sekularisme dan ajaran Nabi SAW. Umat ISlam di sana tidak pernah meletakkan se njata. Semenjak Attaturk membutakan mata rakyatnya dengan revolusi pembaharuan, penentangan drpd golongan yang cintakan Islamjuga tidak pernah luntur.

Kita harus tahu krisis yang dihadapi oleh pejuang Islam di sana bukanlah hanya menentang diktator yang zalim, atau polis yang dikuda-kudakan pemerintah, juga bukan hanya isu kronisme, nepotisme pemerintah. Apa yang sedang membentengi kebangkitan Islam di sana adalah senjata api yg didukung di belakang Yahudi sedunia, konspirasi Barat keseluruhannya, kejatuhan matawang Lira, Greece yang rakus, krisis Bangsa Kurdi dan 1001 masalah lain.

Sesungguhnya umat Islam di Turki adalah saudara kita yang gigih dan gagah. Mereka mengharapkan doa dan sokongan yang padu dr kita.

 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Kisah bagaimana pemodenan Turki menyebabkan Islam terus ditekan dan terus ditekan hingga ke akhirnya mengimbaukan kembali kisah kejatuhan negara kita di tangan British. Saya tidak mahu mengulas sama ada kita sebanarnya pernah dijajah atau tidak oleh British walaupun pada suatu ketika, menjadi satu perdebatan hebat antara ahli sejarahwan Malaysia. (sebab saya bukan ahli sejarahwan)...Kalau ikutkan buku teks sejarah yang kita semua pernah pelajari, Malaya dijajah British. Namun ada yang kata Malaya tidak pernah dijajah, yg hanya adalah negeri2 selat. wallahualam.

Tapi apa yang saya ingin tekankan adalah kesan keberadaan pihak British di Tanah Melayu (tak kisah lah nak panggil jajah ke, diduduki ke, didiami ke, penempatan koloni ke). Ada mungkin kita tidak merasai dijajah secara fizikal...namun hakikatnya minda kita benar2 sudah dijajah dan "diikat" oleh pemikiran yang sekular. Kita mudah lupa....betapa hebatnya perjuangan tokoh2 Islam seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dol Said, Hj Abdul Rahman Limbong, Dato Maharaja Lela, Mat Kilau mempertahankan bumi Islam di Malaya. Kita sedia maklum mereka penentang hebat British di negeri masing2. Namun kita tidak sedar kerana ianya tidak diceritakan secara tereperinci bahawa mereka sebenarnya cuba mempertahankan kedaulatan Islam dan bangsa Melayu di bumi Malaya.

Kisah perjalanannya hampir sama seperti yang dilalui di Turki. Cuma janji2 manis pemodenan yang telah dibawa dan digula-gulakan oleh British kepada rakyat Malaya adalah secara damai, tanpa peperangan dan tanpa disedari. Pemodenan, pembangunan ini sebenarnya adalah perancangan teliti dari pihak musuh Islam yang sudah memakan masa berpuluh, beratus tahun lamanya.



Kita lihat pellbagai aktiviti tidak sihat yang berlaku di negara yang kita cintai ini. Masalah sivik, jenayah, riba menular dan semakin menjadi-jadi. Penceraian, keretakan institusi rumahtangga dan kekeluargaan Islam (termasuk cerai, pembuangan anak, anak luar nikah tiada nisab etc), keruntuhan akhlak, keliru agama, tudung, aurat, perbatasan pergaulan, hiburan/ hedonisme dan pelbagai lagi.

Sekarang kita boleh lihat kesan puluhan tahun dahulu. Kita perlu sedar tindakan kita sekarang mungkin tidak menunjukkan kesan dalam jangka masa pendek, namun ia akan meninggalkan bekas puluhan tahun kemudian. Apa yang kita ada sekarang adalah hasil olahan terdahulu. dan didikan generasi kita sekarang akan memberi prospek hasil kepada produk dan generasi kemudian.. dan ini adalah sunnatullah yang perlu kita fahami.

Sewaktu saya melalui ruang jalanan pulang dari tempat kerja, fikiran saya melayang-layang mengenangkan apa yang sudah menimpa masyarakat umat Islam di sini. Fikiran menjadi berat, dada menjadi sesak, hati ibarat digores-gores, dada berat macam nak kena serangan jantung setiap kali mendengar berita kurang enak di corong radio. KIsah perjuangan Turki yang terus berdarah ini dapat saya kaitkan dengan apa yang sedang berlaku di tanah air sendiri. Ia suatu konflik yang besar yang dipandang enteng oleh sesetengah pihak namun kita perlu bangkit dan kekal tegar dan tsabat di jalan kebenaran ini.

Ayuh bangunlah, bangkitlah wahai umat Islam... bangkitlah bagi mengharumkan kembali kegemilangan Islam...Islam kini yatim dan kembali dagang....mode sedih dan syahdu...

mari layan lagu....

Islam kini yatim piatu.
 
Islam Kini Yatim Piatu
Tiada Berbapa Tiada Beribu
Tiada Saudara Tiada Pembantu
Marilah Bela Marilah Bantu
Di Akhir Zaman Terbukti Sudah
Telah Rasul Tiada Bercanggah
Islam Dagang Dicerca Hina
Manusia Zalim Musuh Durjana
 
Ayuh Bangunkan Islam Semula
Jangan Biarkan Tiada Pembela
Datangnya Dagang Sudah Tersurat
Kembali Dagang Sudahlah Tepat
 
Marilah Kawan Kita Berjuang
Belalah Islam Nasibnya Malang
Jiwa Dan Raga Mesti Korbankan
Agar Terbela Islam Yang Dagang
 
Allah Allahu Ya Allah
Allah Ya Rahman Allah Ya Rahim
Allah Allahu Ya Allah
Allah Ya Rahman Allah Ya Rahim
 
Jadi...tepuk dada, tanyalah iman...
 
Apakah ertinya kemerdekaan kepada kita?
Adakah apabila kita sudah tidak dijajah secara fizikal sahaja?
Adakah apabila kita merasa senang dalam kehidupan kita sekarang?
Adakah apabila kita hidup dalam senang lenang kemewahan yg ada?
Adakah kemerdekaan apabila kita berdiam diri?
 
ATAU
 
Kemerdekaan itu apabila kita bangun berjuang
Kemerdekaan itu apabila kita bangkit menegakkan yang haq
            menentang yang batil,
Kemerdekaan itu apabila minda, peribadi, perwatakan bebas dr belenggu barat

Turki ... dulu dan sekarang (bahagian 2)


"Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Aku boleh lari ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul"
sebahagian dari terjemahan "diari Sultan Abdul Hamid"


Berikut adalah kisah yang dikongsi oleh Ustaz Hasrizal melalui pembacaan beliau dari kalam diari Sultan Abdul Hamid. Kisah ini saya kongsikan bersama pembaca agar pembaca juga turut sama-sama  dapat menjiwai peristiwa penuh tragis ini sebagaimama yg kami rasai.....

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
 
TIADA SIMPATI
 
 
Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak
akan dilupakan oleh sejarah.

Emmannuel Carasso, seorang yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di parlimen Othmaniyyah (Meclis-I Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat  yg juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat Bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

"Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga? Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?" Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.

"Ummah telah memecat kamu" beritahu Esat Pasha. Angkuh benar bunyinya. Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

"Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?" baginda berfikir

"JIka benar ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?" Sultan Abdul Hamid menudingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. "Apa kena mengena yahudi ini dengan ummah?" wajah baginda kemerah-merahan menahan marah

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapat izin menempatkan yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekah yang lalu (1898).Mereka menawarkan pembelian lading milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan yahudi di Tanah suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
 
sedutan lagu "1924" oleh Soldiers of Allah
 
In 1901 the kufar went to Sultan Abdull Hamid the II and offered to pay tremendous amount of money to the Islamic State for Palestine. Sultan Abdull Hamid the II replied:

"I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine to give but it belongs to the Ummah and Ummah have shed blood to defend this land but if one day the Islamic State falls apart then you can have the Palestine for free but as long as I am alive I would rather have my flesh be cut up than cut Palestine from the Muslim land I will not allow any carving while we are alive!!!!!"
 
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
 
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan yahudi bermaustatin di Palestin telah menyebabkan yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khalifah disembelih agar tamat nyawanya.
 
"Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu" Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.
 
Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakngan ini, nama baginda sudah tidak disebut dalam khutbah.
 
"Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada dalam jaminan kami." Esat Pasha menyambung kata-katanya.  
 
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yg seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
 
"Bawa adik-adik kamu ke dalam," Sultan Abdul Hamid mengarahkan AmirAbdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam bilik.
 
"Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka," ujar Sultan meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yg dibawa oleh rombongan itu dibantah.
 
Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknnya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.
 
Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-memntah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut dalam gelap menuju Stesen Kereta Api Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.
 
"Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!" Azan berkumandang di puncak menara Masjid Hamidiye di Istana Yildiz itu.
 
Saya tersentak dari lamunan. Lengan baju saya basah mengusap air mata yang semacam tidak mahu berhenti. Pahit sungguh kenangan peristiwa malam itu.
 
 
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
 
KEMATIAN SEBELUM KEMATIAN!


Diari Sultan Abdul Hamid yang diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir yang saya anggap sebagai guru, Dr Muhammad Abdul Hamid Harb, dikepit di bawah lengan. Saya melangkah lesu ke saf depan di dalam masjid. Dua rakaat rawatib saya dirikan dengan penuh lemah, menahan kesedihan dan kekecewaan yang sukar saya ungkapkan dengan bicara.

Angin lesu bertiup bersama gerimis salji di petang itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, semacam turut sedih mengiringi perjalanan saya menjejaki tragedi penggulingan Sultan Abdul Hamid. Saya berjalan menuju ke Barboros Bulvari untuk mengambil bas ke Eminonu.

Di Eminonu, saya berdiri sendirian memandang lepas ke Galata di seberang teluk. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan  Muhammad Al Fateh dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberangi bukit dalam tempoh satu malam. Semuanya gara-gara teluk di hadapan saya ini, yang telah dirantai pintu masuknya oleh Maharaja Konstantinopel. Sejarah itu sejarah gemilang. Ia mengundang bangga  dan syukur.

Tetapi bukan itu yang saya mahu kenangkan.

Saya melangkah menuju ke Stesen Kereta Api Sirkeci, tempat Sulatan Abdul Hamid beserta sekalian isteri dan anaknya dihantar pergi menginggalkan  bumi Khalifah, ke istana buruk milik yahudi di Salonika, pembuangan Negara sebelum seluruh khalifah dimusnahkan di tangan musuh Allah; si yahudi dan konco-konco Ittihad ve Terakki.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu - Sultan Mehmed V Resad menjadi khalifah ke-99 umat Islam semenjak Abu Bakar As Siddiq r.a. Tetapi khalifahyang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

"Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan," kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sikerci Istanbul menuju Salonika di Greece penuh misteri.

"Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita. bukankah kematian itu kesudahan untuk semua," kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitamyang  mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjur kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicitoleh anaknya Fatimah.

"Sabarlah anakku. Ummah tidak tahu apayang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini," Baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Saya seperti terpaku melambai baginda pergi.

Saya tinggalkan Sikerci dan melangkah membawa diri ke stesen tram. Saya mahu ke Beyazid.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai-berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di istana Beylerbeyi selama enam tahun.

"Maafkan patik Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal."kata doctor yang merawat Sultan Abdul Hamid, berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asma baginda semakin serius.

Doktor tidak dapat berbuap apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doctor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

"Ampunkanlah aku ya Allah. Tiada upaya bagi hambaMu yang lemah ini," ujar seorang doctor, sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan khilafah Othmaniyyahdilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah.... tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Selepas turun di Beyazid, akhirnya saya tiba di hadapan makan Sultan Abdul Hamid.

:Akhirnya di sini jasadmu bersemadi. Maafkakn saya Tuanku kerana tidak segagahmu untuk mempertahankan Ummah ini," saya berdiri sepi di dinding makam.

Akhirnya petang itu, saya coretkan kenangan melalui sebuah nasyid yang saya cipta di sisi makam Sultan Abdul Hamid

Sebuah taman bernama Daulah
Retak seribu oleh kesombonngan bangsa
Seorang khalifah yang gigih memerintah
Mengekang rekah dari terbelah
Bagai terdengan bisikan di pusaramu
"Ya muslimi al-Aalam, Ittahidu!"
(Wahai muslimin sekalian alam, bersatulah kamu)

Di sini persemadianmu
Kuterkenang semalam
Hari-hari indah bahagia
Islam pernah gemilang

Tiada penderitaan
Keimanan pun dirasa
Islam yang gagah bertakhta
Rahmat alam semesta

Langit tidak akan cerah selamanya
Mendung datang bersama gerimis kedukaan
Rebahlah ummah bersama catatan sejarah yang hitam
kekallah dunia dalam hina selamanya

Bumi Turki menyaksikan pengkhianatan agama
Mahkota Negara jatuh gugur berkecai tidak tersisa
Lemaslah ummah dalam pelukan kemajuan  yang berdusta
Islam dan Al-Quran diperhina terpenjara

Seorang iblis yang durjana
Bertopengkan manusia
Membutakan mata rakyatnya
Dengan janji dunia

Bagai tak punya agama
Hidup membina harta
"Islam baru" yang dicipta
Jauh dari Tuhannya

Manusia yang mulia di bumi yang bahagia
Kau hancurkan sejarah warisan perjuangan mereka
Namun lupakah engkau Islam itu di tangan Tuhannya?
Langit tidak akan mendung selamanya

Bumi Turki memnyaksikan kebangkitan kali kedua
Menjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupa
Bersemadilah kau dalam kemurkaan Tuhan yang Esa
Islam akan dikembalikan ke takhtanya

Lagu/Lirik/ Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah Al Firdaus
Album: Dunia Ini (1996)

"Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekalipun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku," Sultan Abdul Hamid menulis suara hatinya ketika pembuangan di Salonika, Greece.

"Hamba di sini, Tuanku." Saya menadah tangan memohon taufik daripadaNYA.

 
 

 




 

Monday, 13 October 2014

Turki ... dulu dan sekarang (bahagian 1)


Kali ni saya nak share serba sedikit tentang sebuah buku yang pernah saya baca, yang bertajuk "Secangkir Teh Pengubat Letih". Saya ingin membawa pembaca bersama-sama mengembara di alam penulisan berpandukan hati yang bersih menitip sejarah suka duka Turki. Saya ingin berkongsi coretan ustaz Hasrizal tentang kisah Sultan Abdul Hamid II yang menyentuh perasaan saya.

 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

MUQADDIMAH

Suatu ketika dahulu, saya ada membaca buku penulisan Ustaz Hasrizal yg bertajuk "Rindu Bau Pohon Tin" yg berkisar tentang kehidupan beliau di bumi Jordan. Sedikit sebanyak ia memberi pengetahuan dan gambaran suasana pembelajaran di sana, kehidupan masyarakat dan pelajar2 Malaysia. Ia turut memberi satu interaksi perasaan keseronokan beliau yg dpt berada di bumi anbiya bersama2 menyoroti kisah para sahabat.

Selepas khatam buku tersebut, saya menyambung pembacaan santai saya dengan buku ust hasrizal yang berikutnya "Secangkir teh pengubat letih". Ia memberi satu perasaan yang berbeza ketika saya membaca karya tersebut berbanding karya sebelumnya. Perasaannya sangat mendalam... terhadap apa yang berlaku kepada Islam suatu ketika dahulu. Yang paling penting ia mengubah persepsi saya sendiri terhadap Turki.

Ya.....

Sesungguhnya saya sangat jahil tentang Turki. Yang saya tahu ialah tentang kisah penakhlukan kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al Fateh dan khilafiyyah Islam yang terakhir adalah di sana yang mana Sultan Abdul Hamid II digulingkan oleh Mustafa Kamal Attarturk. Ini pon sebab hasil pembelajaran sejarah Islam ketika saya menuntut di Australia. Sebelum2 ini kita disogokkan dengan kisah dongeng "hebat" Mustafa Kamal Attaturk sebagai "bapa pemodenan" Turki padahal dialah pemusnah khalifah Islamiyah di bumi ini. Betapa berbezanya apa yg dipelajari di sekolah dan apa yg dipelajari luar sekolah.

Berbalik kepada kejahilan saya tentang Turki ini, selain dari pengetahuan cetek tentang  dua peristiwa yang disebutkan tadi, saya membayangkakn Turki ini tidak jauh berbeza dari negara Eropah yang lain dek kerana lokasinya berhampiran Eropah dan sebagai tempat destinasi pelancongan yang beriklim mediteranean. Maklumlah byk agensi pelancongan yang mengiklankan destinasi pelancongan ke Turki. Cuma sekarang ada modal baru pelancongan dengan menggunakan istilah "ziarah" supaya kelihatan lebih Islamik dan biasanya pakej ini dimasukkan dengan ziarah Madinah Al Munawwarah beserta umrah di Makkan Al Mukarramah. Nak lagi "bagus" diomokkan pula dengan kisah layar "Istanbul Aku Datang" yang menggambarkan suasana sejuk romantis di Turki.
p/s - saya tak tengok citer tu, cuma terlintas kat tv masa kisah pembikinan filem tersebut.

Teringat kata2 ustaz dalam buku tersebut..."Pusat2 pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan ke Turki hanya membawa peserta ke tempat2 yg "sekular" dan moden." Jauh sekali gambaran sebenar realiti Turki sekarang.

Pengalaman mengerjakan ibadah haji pada musim tahun lepas (1434H/2013M) tidak cukup memberi gambaran terhadap warga Turki itu sendiri. Mereka berpakaian lengkap berseragam berwarna coklat kelabu, datang secara berkumpulan besar dan ketika tawaf, seringkali ditolak oleh mereka kerana mereka enggan berpisah dari gerombolan mereka. Mereka pula rata2 berbadan jauh lebih besar dan tegap dari org Malaysia...kita pula yang kena beri laluan kepada mereka. Mereka seringkali dilihat duduk dalam kumpulan kecil sambil makan kacang2 mereka sementara menunggu waktu solat. Mereka sangat baik hati menghulurkan kacang mereka yg diletakkan dalam cawan plastic kepada saya. Sedap......tp alangkah bahagianya kalau saya dpt membaca buku ini (merujuk kpd "Secangkir Teh Pengubat Letih") terlebih dahulu sebelum pergi menunaikan haji agar saya lebih memahami mereka dan sudah tentu banyak yang ingin ditanya kepada mereka.

Berbalik kepada buku "Secangkir Teh Pengubat Letih" ia cukup memberi gambaran ASLI kepada saya tentang realiti politik Turki dan suasana Islam di sana, perjuangan parti politik Islam di sana yang giat berjuang untuk mempertahankan martabat Islam di bumi Turki, bumi khalifah. Perjuangan mereka di sana bukan perjuangan mereka bersendiri tapi perjuangan mereka itu mewakili perjuangan kita semua sebagai umat Islam. Samalah juga kesnya dengan perjuangan jihad di Palestin. Mereka berjihad bukan sekadar untuk mendapatkan kembali Tanah air mereka tapi mereka adalah wakil kita dalam memperjuangkan Tanah air Islam bagi memartabatkan kembali ISLAM di bumi ini.



Saat yang menyentuh perasaan ialah ketika ustaz bermonolog kisah perjuangan Sultan Abdul Hamid II sebagai khalifah Islam dan bagaimana baginda digulingkan di dalam bab 18: Menjejak Tragedi Penggulingan Sultan Abdul Hamid II.

Ia adalah satu kisah yang menyayat hati yang ditulis menurut sebuah buku Diari Sultan Abdul Hamid yang telah diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir, Dr Muhammad Abdul Hamid Harb. Ia mencampakkan suatu perasaan yang sukar digambar, yg tidak pernah saya jiwai sebelum ini. Perjuangan Sultan Abdul Hamid II merupakan delegasi warisan perjuangan Sultan Muhammad Al Fateh ketika Islam menahluki kota Konstantinopel pada 29 Mei 1453. Betapa susahnya Islam utk menakhluki kembali Tanah khalifahnya sehingga memakan masa 800 tahun. Namun janji Allah tiba apabila tentera Sultan Muhd Al Fateh adalah sebaik2 tentera berjaya menakhlukinya (kisah sultan muhd al fateh boleh di baca di sini) ...namun.... akhirnya ia jatuh ke tangan musuh2 Islam atas dasar ole-ole PEM-BA-NGU-NAN.

Mungkin sesetghnya tidak dpt menghargai apa yg berlaku di Turki dahulu kala dan bagaimana ia ada perkaitan sejarahnya dengan bumi Malaya itu sendiri. Hakikatnya dakwah Sultan Abdul Hamid II pernah sampai ke Tanah Melayu.

" Namanya disebut dalam khutbah jumaat. Nenek moyang saya mendoakan ketika khilafah retak menanti belah. Baginda menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta pan-Islamism ke kepulauan Melayu. Tetapi nasib Muhammad Kamil Bey tamat di tali gantung di Burma atas alasan mengadakan perancangan untuk mengancam kuasa koloni British."

"Bukan sahaja di Tanah Melayu, seruan pan-Islamism sampai ke Jepun sehinggakan Maharaja Jepun,Mutsuhito Meiji (1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun"

"Seruanya melata ke Ghana hingga ke Korea, melangkau ke Jepun, di tangga istana maharaja. Demi perpaduan umat Islam sedunia, Sultan Abdul Hamid gigih menjalankan tanggungjawab baginda"


Retak hati, sesak nafas, meruntun jiwa mengenang kembali ketika membaca saat getir Sultan Abdul Hamid II digulingkan. Walaupun ustaz tidak bercerita secara terperinci, namun saya dapat menyelami perasaan hiba itu.

Masjid HamidiyeYildiz menjadi saksi pelbagai peristiwa manis pahit yang berlaku di zaman itu. Di situlah baginda memuji puterinya, Aishah Osmanoglu, dengan penuh hikmah agar puterinya itu berhijab.

" Ayahanda lihat, orang ramai sudah mula memuji kecantikan rupa parasmu. Mulai hari ini ayahanda mahu anakanda memakai hijab yg sempurna kerana anakanda sudah menjadi wanita dewasa"


Di hadapan masjid inilah baginda hampir dibomkan yg diletakkan di atas kereta kuda baginda. Ketika itu usai solat jumaat. Allah masih menyayangi baginda dan ingin baginda bertakhta memimpin umat. Di situ jugalah baginda sering megerjakan solat dan keluar menyapa rakyat. Beginilah pemimpin berjiwa rakyat, pemimpin penegak syiar Islam.

 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

TURKI DULU.....DETIK 3 MAC 1924

Detik itu merupakan detik penting buat umat Islam, jauh lebih penting dr sogokan tarikh "Valentine's Day" .ia merupakan saat kehilangan empayar terunggul iaitu khilafah uthmaniyah. Tanpa kita sedari, detik 3 Mac 1924 menjadi detik hitam dalam sejarah umat islam. Kehilangan ini bukan sahaja melibatkan kejatuhan empayar Uthmaniyah, bahkan ia meliputi  kejatuhan empayar Islam secara keseluruhannya. Islam yang mana suatu ketika dahulu pernah menaungi 2/3 dunia.
 
Peristiwa yang perit ini terjadi gara-gara angkara musuh Allah yang bertopengkan manusia iaitu Mustafa Kamal Atartuk laknatullah.

Ya, dialah dalang segala-galanya. Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam merancang kejatuhan khilafah melalui empat teknik rahsia iaitu kaedah hutang, melalui revolusi Arab 191 perjanjian Skyes-Picot dan juga melalui kekalahan Jerman dalam perang Dunia Pertama. Semua faktor ini amat berkait rapat dengan kejatuhan sistem khilafah. Sama ada kitasedar ataupun tidak, semua ini sebuah konspirasi yang terancang.
  
Namun jangan kita lupa bahawa di sebalik sejarah kejatuhan ini, kecekalan seorang pemerintah yang benar-benar berusaha untuk mempertahankan Islam  ketika itu, iaitu khalifah Abdul Hamid II. Pada zaman pemerintahannya, wujud banyak anasir luar yang menekan Turki. Antaranya termasuklah negara Barat, Yahudi dan Freemason.

 Malangnya, Sultan Abdul Hamid tidak dapat meneguhkan kedudukannya untuk mempertahankan Islam. Pada tanggal 31 Mac 1909, pihak zionis melakukan satu konspirasi hebat di mana mereka telah mencetuskan pembunuhan berdarah di kota Istanbul, Turki. Rentetan daripada peristiwa tersebut, Sultan Abdul Hamid II telah dituduh sebagai dalang. Akhirnya, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai seorang khalifah, pemegang tampuk pemerintahan Turki pada ketika itu.

Orang-orang Yahudi telah menjadikan hari perlucutan sultan tersebut sebagai hari penting dan bersejarah mereka. Tidak lama selepas perlucutan jawatan tersebut, jelas lagi nyata hakikat sebenar yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Pihak kuffar mula menjalankan niat jahat mereka. Mereka menyedari bahawa bukan mudah untuk menghancurkan khilafah melainkan dengan mengangkat seorang pahlawan boneka seperti Mustafa Kamal Atartuk bagi mengaburi mata rakyat Turki pada waktu itu.Setelah itu, bermulalah tipu daya mereka.

Kemenangan di dalam beberapa siri peperangan yang diketuai oleh Atartuk telah dirancang rapi. Semasa pemerintahan Atartuk, dia telah mengusulkan kepada anggota Zionis Antarabangsa untuk melaksanakan projek pembubaran khalifah. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh anggota organisasinya sendiri. Detik hitam ini dirakamkan pada 3 Mac 1924.
 
 Mulai hari itu, maka bermulalah usaha Atartuk dalam melaksanakan misi pihak Yahudi. Atartuk telah menggantikan sekolah Islam dengan sekolah sekular dibawah Kementerian Pendidikan. Selain itu, dia juga telah mengarahkan supaya azanditukarkan kepada bahasa Turki. Dia juga mengarahkan kalendar Hijri ditukar kepada kalendar Masihi. rentetan dari situ, maka banyaklah pembaharuan dan pemodenan yang dilakukan atas dasar PEMBANGUNAN bagi mengaburi mata rakyat 



                          
 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
 
Sekarang marilah kita sama2 menghayati lagu ini
 
SONG TITLE : 1924
BY: SOLDIERS OF ALLAH
 
The truth about the state
It wasn't always like this
Let's look back in time
History reminds us
One army
One land
One central authority
Crushing the Romans
Persians put in fear

The Ummah like a Lion
No need to shed a tear
When the village was attacked by the kufar
The Khalife heard
The sisters, cried
Prepare for war
Attacking the city
Destroying it from existence
Lesson # 1
Don't ever mess with Muslims

The Imam of the Ummah is a shield where he protects the Ummah and where the Ummah fights behind him
Where is this shield today to protect the Ummah??
What happen to this shield to honor and dignify the Ummah???

In 1917 Prime Minister of Britain after entering Jerusalem stated:

"The crusade war has ended"

In the same year the French general, Goro, went to the grave of Salahudeen-Ayubi,
Salahudeen-Ayubi, the one who 730 years prior crushed the crusades and liberated Palestine & Syria
he went to his grave in Damascus and kicked it and said:

"Wake up oh Salahudeen we are here"

How did they do this
to you and me
We turn on the TV
and all we see
is a world full of casualties
a generation in agony
our Ummah is in misery
let us go back
to beginning of the century
and review our history
from one side
to the other side of the globe
the system of Islam
Ruled over the world

They went to the Muslims
for the all their solutions
from mathematics to biology
to the advancements in technology
the kafir women
use to imitate our women
they wanted the same respect
that the Muslims sisters were given while the enemies of Islam
were trying to twist the Quran
trying to write a Surah like Allah's they all failed miserably
& many of them responded:

"Ashhadu-an la Ilaha Ilallah wa Ashhadu-anna Muhammadun rasullullah"

Allah has challenged the humanity until the day of judgment to produce a Sura or an Aya like the Quran
And Allah assures that they will never be able to make an Aya like it
The kufar plan and work to destroy this Deen and Allah affirms that we too are planning
and if all the people of the world got together they still could not and will never be able to put even a scratch a side of a muster seeds on the throne of almighty Allah (SWT)

After failing on the battlefield
they kufar got together
and they decided to yield
they said we must change
the way the Muslims think
and sure enough
the Muslim Ummah
began to sink

In 1917 john belford
promised Palestine
to the jews 31 years later
his promise went through
brittan and france
split the Muslim lands
3 years later
Islam worst traitor
mustafa kamal
Brought the states fall

In 1920 s mustafah kammal with the help of the british becomes the hero.
Hmm, well this so-called hero cancels the authority of the most powerful system suitable for human beings
The khilafah!!!
He abandon all the rulings of Allah he did not stop there.
He banded the Adhaan in Arabic, he denied Muslim sisters from obeying Allah (SWT) by abandoning the Hijab
All Islamic calendars and holidays were canceled
Yes brothers and sisters
he changes the Arabic alphabet to Latin
By doing so he made sure the next generation will be lost and have no connection to their Islamic roots
as they can not read or write all the Islamic culture that was recorded
This Islamic system sent by the Creator of Alameen went from the application in life to be in museums for people to go and see in turkey

In 1924
Our state was demolished
Hundred years of planning And their plans were accomplished
Kafirs broke our bond
Contaminated our knowledge
Better listen up
because you won't learn this in college
Beginning of the end
and the divisions began
Step by step
they divided our lands
in 1921 Ssaudi Arabia & Iran next year Egypt &
In 32 Iraq

In 1945
Jordan, Indonesia
Lebonon & Syria
Two years later
The division of India
the Muslims took a stand
and demanded
the ruling of Islam
so they gave them Pakistan
but it was only an illusion a false resolution
far from the solution
In 1948 The Jews establish their
Israeli state

In 1901 the kufar went to Sultan Abdull Hamid the II and offered to pay tremendous amount of money to the Islamic State for Palestine. Sultan Abdull Hamid the II replied:

"I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine give but it belongs to the Ummah and Ummah have shed blood to defend this land but if one day the Islamic State falls apart then you can have the Palestine for free but as long as I am alive I would rather have my flesh be cut up than cut Palestine from the Muslim land I will not allow any carving while we are alive!!!!!"

In 1960's
Somolia & Nigaria
Kuwait & Algeria
In 1964 Came the PLO
Yasar Arafat
The US scarecrow
a great decline
In 1969
When the west was training Muslims scholars for hire
Jews were setting
Al-Aqsa mosque on fire!

Let us recall 1970
For those who don't remember
That was the year
That we had black September
The king of Jordon
& Yasar Arafat
Began their plot
Shot after shot
Muslim blood spilled
As innocent Muslims were killed
Communism attacked
but Muslims fought back

The sincere Mujahideen of Afghanistan fought and pushed back the Russians
and then They started to fight among themselves
Khomaine became in power with the promise of ruling and raising the Ummah to a level of dignity
But his promise never went through soon after Iran and Iraq went to war
And millions of innocent Muslims died for 10 years Muslims killed Muslims
Over what!!!??? What else !!!
The agenda of the west!!! At the end there were no resolutions
Today Iran is very much open to democracy and reformation
and the Muslims in Iraq continue to suffer .
SubhanAllah! Where is the Amir of the Ummah??!!!!..

Another decade gone
But we still don't have Islam
Take a look at the gulf
And the killings of Sadam
Over million Muslims died
But no one answered their cries
In the 1990's
The Muslim genocide
Bosnia
Kosovo
Chechenya
Dagistan


Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!

It's the year 2000
And nothing has changed
Past generation aged
Let's write the next page
It's time for us to change
It's up to you & me
Either we make history
Or we become history.


 

 
 
 
 


Thursday, 2 October 2014

Istiqamah Selepas Haji

http://www.abuanasmadani.com/istiqamah-selepas-haji/

ISTIQAMAH SELEPAS HAJI
Al-Haqir Ila Allah swt, Abu Fatih Al-Mubaraki Ahmad Husni Abd Rahman
Pembimbing Jemaah Ash-Har Travel, Makkah Mukarramah, Haji 1432H / 2011M.
 
 TAKRIF ISTIQAMAH

Kalimah Istiqamah dan arahan untuk beristiqamah terdapat dalam surah Hud ayat 112:

 
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Maka tetaplah (fastaqim) kamu dalam jalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan barangsiapa yang bertaubat bersamamu dan tidak melampaui batas sesungguhnya Allah Maha Melihat setiap yang kamu kerjakan.”  [Khutbah Istiqamah Selepas Haji
 
Begitu juga dalam hadis riwayat Imam Muslim, Sufyan bin Abdillah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, khabarkan padaku sesuatu dalam Islam ini suatu perkataan yang aku tidak perlu bertanya tentangnya selain darimu? Jawab Nabi s.a.w:

قل آمنت بالله ثم استقم

“Katakanlah: Aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqamahlah (tetap teguh dalam agama).”

Inilah seperkara yang amat sukar dalam hidup. Untuk beriman itu agak mudah pada kata-kata namun istiqamah selalunya parah perlaksanaannya. Mungkin ini boleh membantu, kata Saidina Umar al-Khattab: ‘Istiqamah itu adalah seperti kamu berdiri terus dan teguh mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya tanpa berubah-ubah seperti musang.’ [Lihat Ibn Qayyim dalam Madarij al-Salikin].

MOTIVASI ISTIQAMAH

Dalam al-Quran Allah S.W.T memberi galakan dan motivasi untuk hamba-Nya yang istiqamah dalam jalan agama dan kebenaran.Tawaran syurga-Nya bagi mereka yang istiqamah. Firman Allah Ta’ala dalam surah Fussilat ayat ke 30:

إن الذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنزلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

“Sesungguhnya mereka yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah kemudian mereka tetap istiqamah maka akan turun kepada mereka para malaikat dan dikatakan kepada mereka janganlah kamu takut atau berdukacita. Bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah untuk kamu.”

Sesudah menyelesaikan  tuntutan ibadah Haji, gesaan istiqamah selepasnya punya signifikan yang tersendiri. Keadaan yang sudah putih bersih umpama bayi yang baru lahir menuntut untuk dicorakkan lembaran baru kehidupan selepas mengerjakan haji dengan warna-warna ketaatan dan melaksanakan kebaikan serta amal soleh.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. dalam sebuah hadis yang panjang antaranya Allah s.w.t berfirman kepada hamba-Nya yang bermaksud: “Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan daripada sesiapa sahaja yang kamu pinta ampun bagi pihak mereka. Setiap biji batu yang kamu lontar di jamrah akan menghapuskan dosa kamu. Korban yang dilakukan pahalanya akan disimpan untukmu di sisi Tuhanmu. Kepala yang kamu cukur, bagi setiap helaian rambutnya akan diberi pahala dan dihapuskan dosa. Tawaf ifadhah  yang kamu lakukan bakal menjadikan kamu tiada dosa lagi.

Sesudah itu malaikat datang dan meletakkan tangannya di atas bahumu dengan berkata: ”Beramallah kamu dengan amalan yang baru dan baik selepas ini. Sesungguhnya dosa-dosamu yang lepas telah diampunkan.” (Riwayat al-Bazzar dalam Majma’ al-Zawa’id, jil. 3, hlm. 274, Kashf al-Astar, jil. 2, hlm. 8 dan Sahih al-Jami’ al-Saghir, jil. 1, hlm. 429, no. 1373)


PANDUAN BERISTIQAMAH SELEPAS HAJI

Allah S.W.T memberi isyarat yang tersurat menerusi surah Hud selepas arahan untuk beristiqamah dengan beberapa noktah-noktah penting bermula dari ayat 113-115. Antara intisari yang boleh diambil ialah:
1) Jangan mendekatkan diri atau terlibat dengan orang-orang zalim dan berbuat   kezaliman.
2) Jangan menyekutukuan Allah Ta’ala.
3) Menjaga Solat Fardhu dan Solat Qiyam.
4) Memaksimakan kebaikan untuk menghapus keburukan/dosa.
5) Sabar dan berserah diri kepada Allah.

Berikut adalah beberapa nota fikir sebagai panduan untuk merencana perubahan dan meneruskan proses istiqamah sesudah pulang ke tanah air :-
  • Berpegang kepada Aqidah yang benar dan menjauhi syirik dan khurafat

Inilah perkara asas dan utama yang perlu diperhatikan. Aqidah yang benar dan Iman yang jitu kepada Allah. Aqidah yang benar adalah mengikut apa yang dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan salafussoleh. Masalah umat Islam terbesar hari ini ialah mereka mengaku beriman tetapi mencampur-adukkan Iman mereka dengan kepincangan syirik dan khurafat serta perkara yang karut marut.

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Ana’am ayat 82:

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْم أُولَئِكَ لَهُمُ الأمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ
 
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.”

Al-Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim membawa riwayat dari Imam Bukhari bahawasanya tatkala ayat ini dibacakan, para sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w: Manakah dari kalangan kami yang tidak terlepas dari menzalimi diri kami sendiri? Lalu Nabi s.a.w menjawab tentang maksud kezaliman dalam ayat tersebut dengan turunnya Firman Allah yang lain iaitu :

إن الشرك لظلم عظيم
 
“Sesungguhnya syirik itu merupakan kezaliman yang sangat besar.”

Justeru, tidak wajar sesudah selesai ibadah Haji, masih lagi kita berada dalam takuk yang lama. Masih lagi percaya kepada aneka macam tahyulan, kepercayaan karut yang tidak bersasas dan lebih teruk lagi jika kekal mensyirikkan Allah s.w.t. Jika sebelum ini anda pernah terjebak dengan dunia syirik, sihir, perbomohan, pemeliharaan jin dan seumpamanya, segeralah bertaubat nasuha dengan memurnikan tekad agar tidak mengulangi lagi aspek-aspek mensyirikkan Allah dalam hidup kita.
Tinggalkan segala amalan bersiifat jahiliyyah dan kembalilah kepada kesucian aqidah yang akan menyelamatkan kita dalam dua kehidupan yang bakal dilawati oleh setiap dari kita semua iaitu alam barzakh dan alam akhirat.

Tanpa aqidah ini, masyarakat akan berubah menjadi masyarakat Jahiliyah yang marak dengan kekacauan, diliputi ketakutan dan kecemasan di pelbagai penjuru, dan para penghuni dunia akan  berubah menjadi liar dan buas. [Al-Aqidah al-Islamiyyah Baina al-Aqli wa Al-A’tifah hlm 104-105] 
  • Iltizam dengan Solat Jamaah dan Solat Sunat / Witir

Sabda Nabi s.a.w: ”Barangsiapa yang mendengar azan lalu tidak menghadiri solat jamaah maka seolah-olah tiada solat baginya kecuali jika uzur (ketakutan atau sakit).” [Ibnu majah].
Sabda Nabi s.a.w: ”Solat berjemaah lebih afdhal dari solat secara bersendirian sebanyak 27 darjat.” [Muslim].

Sekadar kisah buat renungan bersama. Kisah berkaitan seorang ulama hadis tersohor bernama Sulaiman bin Mihran (148H) atau lebih dikenali dengan gelaran al-A’amash. Pada saat beliau di perbaringan menanti saat kematiannya, seluruh anak pinak dan kaum keluarga berada di samping­nya menangisi keadaannya yang se­dang nazak.

Melihat keadaan itu, beliau segera me­­manggil anak-anaknya supaya lebih hampir untuk berpesan dengan katanya: “Wahai anak-anakku yang dikasihi. Jangan­lah kamu menangis mahupun khuatir dan risau akan ayahandamu ini. Jangan terlalu berdukacita dan henti­kan­lah tangismu kerana ayahmu ini se­lama 60 tahun lamanya aku tidak pernah sekalipun tertinggal atau terlepas dari­pada mengangkat takbir yang pertama bersama-sama imam untuk solat ber­jemaah di masjid!”
Subhanallah! Tiada ulasan yang boleh dilampirkan, cuma ingin mengajak kita untuk berfikir dan berzikir.
 
JADUAL SOLAT FARDHU / SUNAT / WITIR
WAKTU
QABLIYAH (SBLM)
FARDHU / MUAKKAD
BA’DIYAH (SLPS)
SUBUH
2
2
-
DHUHA
-
2 + 2 +2 + 2
-
ZUHUR
2 + 2
4
2 + 2
ASAR
2 + 2
4
-
MAGHRIB
2
3
2
ISYA’
2
4
2 + 3 (WITIR)
JUMAAT
2 TAHIYYAT AL-MASJID
2
2 + 2

  •  Melazimi pakaian taqwa dan patuh syariat

Tiada lagi alasan untuk kita meninggalkan pakaian taqwa dari tubuh kita. Kepada para hajjah terutamanya, mulakanlah dengan melihat deretan dan lipatan baju yang ada dalam koleksi. Periksa samada ia patuh syariah atau tidak. Jangan lagi berhias dengan tabarruj jahiliyyah. Inilah bukti mabrurnya haji yang dilakukan.

Panduan utama menerusi firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nur ayat 31: ”Katakanlah kepada para mukminat agar mereka merendahkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan (kemaluan dan maruah) mereka. Tidak boleh mereka mendedahkan kecantikan dan perhiasan yang mereka miliki kecuali yang dibolehkan. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka sehingga menutupi bahagian bawah dada mereka…”

Di penghujung ayat yang sama Allah berfirman: ”Janganlah diantara mereka menghentakkan kaki mereka dengan tujuan untuk mendedahkan perhiasan mereka…”

Sabda Nabi s.a.w: ”Ada dua golongan ahli Neraka yang belum pernah kulihat. Manusia-manusia yang punya cemeti seperti hujung ekor lembu dan memukul-mukul manusia dengannya. Perempuan yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, suka menarik perhatian dan berwatakan menggoda. Kepala mereka umpama bonggolan unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga apatah lagi mencium baunya. Sungguhpun bau syurga itu dapat dihidu dari ribuan batu jauhnya.” [Muslim]

Begitu juga dengan sikap dan pergaulan. Pastikan semuanya terkawal. Jika anda bekerja di pejabat misalnya jauhi sikap keluar berdua-duaan atau keluar dengan lelaki yang bukan mahram walaupun dengan alasan kerja atau sekadar keluar makan. Jaga batas pergaulan dan bersikap seperti mukmin profesional dengan jatidiri dan sifat sejati muslimah. Jauhi gurau senda dan hilai tawa atau bertepuk tampar. Gunakan dengan bijak laman-laman web sosial dengan tujuan yang murni bukan dengan memasukkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat, aksi-aksi yang tidak sesuai dan segala yang negatif. Banyak yang perlu dijaga dan diawasi. Insya Allah jika semua ini dipatuhi dan dijaga, anda akan merasakan diri anda diawasi dan dirahmati Allah sentiasa.
  • Teruskan amalan-amalan Sunat / Zikir dan Doa

Inilah amalan-amalan yang telah diamalkan sepanjang permukiman ibadah kita dalam musim Haji. Jadikan amalan-amalan ini sebagai perisai diri kita dari segala gangguan dan sebagai penambah bekal di alam barzakh dan pemberat mizan di akhirat. Latihan sepanjang kita tinggal di Makkah, amalan ketika Arafah dan bumi Mina harapnya dapat menjadikan kita sudah terbiasa dan semoga menjadi tabiat yang baik untuk kita. Zikir pagi dan petang, zikir selepas solat dan zikir harian adalah senarai zikir yang dilafazkan dan diamalkan sendiri oleh Nabi s.a.w. Apakah punya lidah yang mengucap zikir yang lebih baik dari lidah mulia Nabi s.a.w? Sewajarnya kita berbangga dengan mengamalkan zikir-zikir warisan Nabi s.a.w ini kerana inilah zikir yang serupa dibacakan oleh manusia teragung, penghulu sekelian Nabi dan Rasul.

Antara zikir yang disukai oleh Nabi s.a.w dan para Anbiya’ sebelum baginda ialah:

لا اله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد ( يحيي و يميت ) وهو على كل شيء قدير

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala pemilikan dan pujian. Dialah yang menghidup dan mematikan dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu.” [Al-Tirmizi dan Ahmad]

Fadhilatnya tiada taranya. Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang membacanya sepuluh kali selepas fajar dalam keadaan tetap kedua-dua kakinya akan dititipkan baginya sepuluh kebajikan dan dihapuskan sepuluh keburukan (dosa) dan diangkat sepuluh darjat. Seluruh harinya akan dipelihara dari segala perkara yang tidak diingini dan dipagar dari gangguan Syaitan dan tidak ada dosa yang mengirinya pada hari itu kecuali jika dia berlaku syirik kepada Allah.” [Al-Tirmizi dan Ahmad]
  •  Bersahabat dengan Al-Quran

Alhamdulillah dengan kekuatan, keazaman dan usaha giat para jemaah Haji ramai yang dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh berada di Makkah al-Mukarramah. Insya Allah tanamkan azam dalam diri setiap dari kita agar melazimi dan terus ’bersahabat’ dengan Al-Quran setelah pulang ke Malaysia nanti.

Sabda Nabi s.a.w: ”Bacalah al-Quran. Sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari akhirat nanti sebagai syafaat kepada pendampingnya (ketika di dunia).” [Muslim]
Antara mukjizat Al-Quran ialah ia diutuskan untuk mengimbangi dan menjadi ’supplement’ (khasiat harian) kepada ruh manusia. Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Syura ayat 52:

”Begitulah kami mewahyukan kepadamu ruh (Al-Quran) dari ketetapan kami.” Manusia terdiri dari unsur akal, fizikal dan ruh. Maka setiap satu punya keperluan tersendiri. Keperluan bagi ruh manusia adalah Al-Quran.
  • Cintakan llmu dan melazimi majlis ilmu

Pada hari ini ilmu mudah didapati di mana-mana dan terlalu mudah diakses dengan hanya menggunakan jari sahaja. Namun, ilmu yang paling penting adalah ilmu yang akan menyelamatkan kita dalam dua kehidupan, dunia dan akhirat. Ia merupakan satu tugas dan kewajipan yang sentiasa berjalan bermula dari hari kelahiran hingga detik kematian. Sentiasalah kita berdoa agar dikurniakan dengan ilmu yang bermanfaat bukan ilmu yang membawa laknat.

Allah berfirman dalam surah Taha ayat 114: ”Katakanlah, wahai Tuhanku tambahkanlah kepadaku akan ilmu pengetahuan.”

Nabi s.a.w juga menitip pesan: ”Menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim.” [Ibnu Majah – Hadis ini dkategorikan sebagai Hasan].
Ingat bahawasanya dengan kejahilan manusia akan berada dalam gelita dan kegelapan. Hanya dengan ilmu manusia akan terselamat dan memiliki cahaya untuk menyuluh jalan hidupnya. Jangan hanya kita mudah berpuas hati dengan ilmu yang telah kita pelajari. Pastikan ilmu meningkat dan sesuai dengan pergerakan usia.

Malulah kita jika usia sudah dewasa atau meningkat tua, tapi ilmu masih bertaraf tadika! Carilah ilmu walau dimana sahaja; masjid, surau, tv, radio dan internet. Umpama kata-kata Imam Syafie rhm: ’Sikapku dengan mencari ilmu adalah umpama seekor ibu ayam kehilangan anaknya.’
  • Halal haram dalam kewangan dan muamalat

Ingatilah bahawasanya Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 278-279:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَذَرُوا۟ مَا بَقِىَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓا۟ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ، فإن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ فَأْذَنُوا۟ بِحَرْبٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَٰلِكُمْ لا تَظْلِمُونَ وَلا تُظْلَمُون

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah segala bentuk-bentuk riba jika benar kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melakukannya sesungguhnya kamu telah mengisytiharkan peperangan dengan Allah dan RasulNya. Jika kamu bertaubat, maka ambillah modalnya (pokok harta tersebut) dan kamu tidak menzalimi dan dizalimi.”

Begitu juga Nabi s.a.w pernah menitipkan amaran bahawasanya memakan harta riba itu dosanya yang paling ringan adalah seperti menikahi ibu sendiri [Lihat dalam hadis no 4504 dalam Al-Jami’e Al-Suyuti] dan lebih berat dari 36 kali melakukan perzinaan![Lihat Al-Munziri, Al-Targhib wa Al-Tarhib, 3/68]. Bukan itu sahaja malahan orang yang terlibat dengan riba ini juga akan menjemput bala dan azab Allah dalam kehidupannya.
Sabda Nabi s.a.w:

إذا ظهر الزنا و الربا في قرية، فقد أحلوا بأنفسهم عذاب الله

“Jika perzinaan dan riba berlaku secara berleluasa dalam sebuah kawasan, maka penduduknya telah menghalalkan turunnya azab Allah kepada mereka.” [Lihat Sahih al-Jami’e no 679, Syeikh Nasir al-Din]

Masalah umat Islam hari ini dengan sistem kewangan yang ada, merasa selesa dengan segala bentuk nikmat dan kekayaan yang diperolehi saat ini walaupun mungkin bersalut riba.  Perasaan takut, risau, kurang keyakinan sudah tentu akan terbit kesan dari lamanya terlibat dengan sistem riba. Inilah hasil dari penjajahan barat terhadap dunia Islam yang masih kekal walaupun sudah bebas dan mampu mentadbir dunia mereka sendiri. Mengapa sistem yang direncana Yahudi dan Nasrani itu masih mendominasi ruang pasaran kewangan umat Islam.

Umat Islam pernah gemilang dengan pengaplikasian sistem Allah dalam era emas pemerintahan Islam di dunia. Mengapa kita kembali semula ke lembah dan lumpur jijik rekaan Yahudi dan Nasrani sedangkan kita pernah hidup dalam keindahan dan keadilan sistem yang bersumberkan wahyu Allah.  Namun, peluang  untuk kita kembali semula kepada sistem Allah yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan keuntungan akhirat masih terbuka luas. Oleh itu,selepas pulang dari Haji nanti perhatikanlah harta benda kita dan sumber rezeki kita. Periksa semua jenis harta, simpanan, pelaburan, saham, perniagaan, hartanah dan seumpamanya. Pastikan semuanya bebas dari riba. Jika masih belum, setelah pulang nanti pastikan semuanya ditukar dan diuruskan sesuai dengan kehendak syariat.

Sistem kewangan dan perbankan Islam sentiasa menanti untuk memberi khidmat yang terbaik dan pastinya patuh syariah demi kesejahteraan dalam kehidupan. Tukar semua akaun yang masih konvensional sifatnya kepada sitem perbankan Islam. Bertaubatlah! Jangan biarkan harta benda kita dijadikan senjata  untuk kita berperang dengan Allah Ta’ala dan Rasulnya kerana masih terikat dengan riba dan sistemnya. Bergembira dan beruntunglah semula dengan keuntungan dan kejayaan yang merupakan tawaran hebat dari Allah!

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 130:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu makan sebarang hasil riba berlipat kali ganda. Bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya kamu akan memperoleh kejayaan.”

PENUTUP

Semoga risalah kecil ini dapat memberi sedikit panduan berguna kepada para jemaah Haji yang akan pulang ke tanah air nanti. Semoga Allah menerima segala amalan kebajikan kita dan menjadikan kita semua dari kalangan haamba-hambanya yang beroleh nikmat, rahmat dan kemenangan dari kalangan orang-orang yang soleh. Selamat pulang ke pangkuan keluarga dan selamat beramal. Kuatkan azam dan semangat serta motivasi untuk melakar perubahan. Semoga perubahan kita kesan Haji yang mabrur akan membekas juga kepada saudara seagama kita yang lain. Wallahua’alam.

Dibaca oleh:
Abu Anas Madani, 23/11/11.
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/11/istiqamah-selepas-haji.html

Friday, 19 September 2014

Choosing baby carrier

BABY CARRIER. BENCI DENGAN FAKE CARRIER!!
Assalamualaikum.

Terkejut dengan kisah baby 4m yang terjatuh dari carrier akibat buckle patah. Koma dah 4 hari termasuk hari ni. Saya mohon.. penjual2 semua cuba periksa semula item yang anda jual. Seperti carrier. Yang fake tu especially. Mohon anda berhenti jual. Cuba gali ilmu tentang babywearing. Ada group Malaysian Babywearers untuk anda gali ilmu tentang jenis2 carrier.

Say NO to fake, crotch or narrow carrier, front carrier.

Please! Educate urself.



Mommy dah lama ban org2 yg jual item ni kat grup2 Mommy. Stress giler sbb akhirnya ada jugak kes mlibatkan fake one nih. isk

Tahukah anda??



Ada beberapa kategori yang perlu anda tahu..






Carrier yang menghadap hadapan (Front facing Carrier)
Kenapa bahaya??



Crotch Carrier
Kenapa bahaya??
 

Baby Sling
Kenapa bahaya??

Cara yang betul..



Kalau FAKE CARRIER?

Boleh jadi kes yang x disangka2. Buckle patah, tercabut apa yg x patut. Risiko? Kat anak.

Mak2 tolong la AMBIL TAHU.

*****************************
Kesian kat mak nih. Mungkin beliau xtahu. Kita x boleh nak judge dia. Jangan hukum dia. Kita x berada di situasinya. Kita cuma mampu berdoa untuk dia & anaknya.
Saya geram kepada supplier & seller. Stop keluarkan produk FAKE begini. Nanti ramai lagi yang jadi mangsa.

Doakan yang baik2 buat ibu & anak ini. Bismillah.