Tuesday 14 October 2014

Turki ... dulu dan sekarang (bahagian 3)

Bumi khilafah terus berdarah

Dalam bab 2: Memahami Turki dari Dalam;  ustaz banyak mengupas kisah keluh kesah yang dialami oleh warga Muslim di Turki. Ia turut memberi pencerahan kepada saya yang jahil tentang Turki ini. Seperti yang dikisahkan sebelum ini, ramai hanya mengenali Turki dari sebelah pandangan sahaja. Banyak bentuk2 tulisan, ucapan yang memberikan gambaran yang salah dan tidak seimbang tentang umat Islam di Turki.Contohnya tentang krisis tudung di sana. Terdapat banyak ulasan songsang yang memberi gambaran betapa jahatnya umat Islam di Turki dan lemahnya Islam di kalangan mereka kerana benda yang asas yang bebas dilakukan di Negara-Negara Eropah itu dihalang sedemikian rupa di Turki.

Tidak dinafikan apa yang diterakan oleh penulisan2 sebegitu ada benarnya. Namun hakikatnya Turki adalah sebuah negara yang sedang menghadapi krisis identiti yang kronik. Situasi Turki sukar untuk difahami oleh kita melainkan kita cuba melihatnya dari dalam seperti apa yang telah Ustaz lakukan. Apa yang sering digambarkan ialah negara itu membiarkan majalah2 lucah dijual bebas, pantai bogel Izmir, keruntuhan sosial yang berlaku sehingga perkara seperti berpacaran di khalayak menjadi perkara biasa di sana. Lantas terbayanglah kita bahawa ianya adalah sebahagian dari budaya umat Islam di sana.

Kita harus melihat masalah ini dengan secara pandangan yang lebih jauh. Krisis tudung yang berlaku di Turki bukanlah masalah utama. Sedangkan masalah krisis bertudung ini jauh lebih hebat mehnahnya di Negara seperti Tunisia dan Maghribi. Akan tetapi tekanan yang dikenakan oleh pihak kerajaan dan tentera Turki kelihatan lebih keras kerana ia disambut dengan sikap melawan rakyat.  Bantahan demi bantahan.. semua itu menatijahkan suatu krisis besar besaran . Di bumi khalifah inilah berlakunya pertempuran hebat antara Islam dan sekularisme. Kita perlu memahami bahawa kerajaan Turki tidak mencerminkan identiti rakyatnya. Ia bukanlah pemerintahan yang mewakili rakyatnya.

Ramai yang melihat Turki menjadi porak peranda dek kerana sekularisme yang menguasai pelosok rakyatnya, tetapi sebenarnya kegawatan yang berlaku adalah kerana semangat juang yang tinggi di kalangan umat Islam di sana untuk terus melawan dan berlawan. Mereka bukan golongan yang duduk berdiam diri..mereka bukan golongan "aku tidak pedulisme"

Kesusahan yang mereka hadapi akibat kejatuhan nilai matawang Lira mendorong mereka untuk lebih teliti dalam setiap perbelanjaan. Kesatuan mereka membeli barangan dari syarikat Islami memaksa tentera mengisytiharkan lebih dari 100 syarikat sebagai "syarikat pelampau Islam" yang mesti diboikot.

DI Turki, mereka adalah golongan "sedar" dan "peduli" dan ini termasuklah siswazah mereka. Tiada ruang bagi fahaman "aku tidak pedulisme". Masing2 giat berfikir bagaimana untuk menyelamatkan Negara yang sedang menuju kehancuran itu. Dan dalam konteks ini, kita masih ketinggalan untuk memperbaiki dan memajukan umat kerana penyakit "aku tidak peduslime" ini kuat di kalangan siswazah kita.

Ustaz membuat kesimpulan....

Turki bukanlah lambang kejayaan sekularisme menguasai umat Islam. Turki juga bukan contoh rosaknya masyarakat sehingga Islamnya dilihat malap. Tetapi Turki adalah medan pertempuran antara Barat dan Timur, antara Islam dan jahilliyah, antara sekularisme dan ajaran Nabi SAW. Umat ISlam di sana tidak pernah meletakkan se njata. Semenjak Attaturk membutakan mata rakyatnya dengan revolusi pembaharuan, penentangan drpd golongan yang cintakan Islamjuga tidak pernah luntur.

Kita harus tahu krisis yang dihadapi oleh pejuang Islam di sana bukanlah hanya menentang diktator yang zalim, atau polis yang dikuda-kudakan pemerintah, juga bukan hanya isu kronisme, nepotisme pemerintah. Apa yang sedang membentengi kebangkitan Islam di sana adalah senjata api yg didukung di belakang Yahudi sedunia, konspirasi Barat keseluruhannya, kejatuhan matawang Lira, Greece yang rakus, krisis Bangsa Kurdi dan 1001 masalah lain.

Sesungguhnya umat Islam di Turki adalah saudara kita yang gigih dan gagah. Mereka mengharapkan doa dan sokongan yang padu dr kita.

 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Kisah bagaimana pemodenan Turki menyebabkan Islam terus ditekan dan terus ditekan hingga ke akhirnya mengimbaukan kembali kisah kejatuhan negara kita di tangan British. Saya tidak mahu mengulas sama ada kita sebanarnya pernah dijajah atau tidak oleh British walaupun pada suatu ketika, menjadi satu perdebatan hebat antara ahli sejarahwan Malaysia. (sebab saya bukan ahli sejarahwan)...Kalau ikutkan buku teks sejarah yang kita semua pernah pelajari, Malaya dijajah British. Namun ada yang kata Malaya tidak pernah dijajah, yg hanya adalah negeri2 selat. wallahualam.

Tapi apa yang saya ingin tekankan adalah kesan keberadaan pihak British di Tanah Melayu (tak kisah lah nak panggil jajah ke, diduduki ke, didiami ke, penempatan koloni ke). Ada mungkin kita tidak merasai dijajah secara fizikal...namun hakikatnya minda kita benar2 sudah dijajah dan "diikat" oleh pemikiran yang sekular. Kita mudah lupa....betapa hebatnya perjuangan tokoh2 Islam seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dol Said, Hj Abdul Rahman Limbong, Dato Maharaja Lela, Mat Kilau mempertahankan bumi Islam di Malaya. Kita sedia maklum mereka penentang hebat British di negeri masing2. Namun kita tidak sedar kerana ianya tidak diceritakan secara tereperinci bahawa mereka sebenarnya cuba mempertahankan kedaulatan Islam dan bangsa Melayu di bumi Malaya.

Kisah perjalanannya hampir sama seperti yang dilalui di Turki. Cuma janji2 manis pemodenan yang telah dibawa dan digula-gulakan oleh British kepada rakyat Malaya adalah secara damai, tanpa peperangan dan tanpa disedari. Pemodenan, pembangunan ini sebenarnya adalah perancangan teliti dari pihak musuh Islam yang sudah memakan masa berpuluh, beratus tahun lamanya.



Kita lihat pellbagai aktiviti tidak sihat yang berlaku di negara yang kita cintai ini. Masalah sivik, jenayah, riba menular dan semakin menjadi-jadi. Penceraian, keretakan institusi rumahtangga dan kekeluargaan Islam (termasuk cerai, pembuangan anak, anak luar nikah tiada nisab etc), keruntuhan akhlak, keliru agama, tudung, aurat, perbatasan pergaulan, hiburan/ hedonisme dan pelbagai lagi.

Sekarang kita boleh lihat kesan puluhan tahun dahulu. Kita perlu sedar tindakan kita sekarang mungkin tidak menunjukkan kesan dalam jangka masa pendek, namun ia akan meninggalkan bekas puluhan tahun kemudian. Apa yang kita ada sekarang adalah hasil olahan terdahulu. dan didikan generasi kita sekarang akan memberi prospek hasil kepada produk dan generasi kemudian.. dan ini adalah sunnatullah yang perlu kita fahami.

Sewaktu saya melalui ruang jalanan pulang dari tempat kerja, fikiran saya melayang-layang mengenangkan apa yang sudah menimpa masyarakat umat Islam di sini. Fikiran menjadi berat, dada menjadi sesak, hati ibarat digores-gores, dada berat macam nak kena serangan jantung setiap kali mendengar berita kurang enak di corong radio. KIsah perjuangan Turki yang terus berdarah ini dapat saya kaitkan dengan apa yang sedang berlaku di tanah air sendiri. Ia suatu konflik yang besar yang dipandang enteng oleh sesetengah pihak namun kita perlu bangkit dan kekal tegar dan tsabat di jalan kebenaran ini.

Ayuh bangunlah, bangkitlah wahai umat Islam... bangkitlah bagi mengharumkan kembali kegemilangan Islam...Islam kini yatim dan kembali dagang....mode sedih dan syahdu...

mari layan lagu....

Islam kini yatim piatu.
 
Islam Kini Yatim Piatu
Tiada Berbapa Tiada Beribu
Tiada Saudara Tiada Pembantu
Marilah Bela Marilah Bantu
Di Akhir Zaman Terbukti Sudah
Telah Rasul Tiada Bercanggah
Islam Dagang Dicerca Hina
Manusia Zalim Musuh Durjana
 
Ayuh Bangunkan Islam Semula
Jangan Biarkan Tiada Pembela
Datangnya Dagang Sudah Tersurat
Kembali Dagang Sudahlah Tepat
 
Marilah Kawan Kita Berjuang
Belalah Islam Nasibnya Malang
Jiwa Dan Raga Mesti Korbankan
Agar Terbela Islam Yang Dagang
 
Allah Allahu Ya Allah
Allah Ya Rahman Allah Ya Rahim
Allah Allahu Ya Allah
Allah Ya Rahman Allah Ya Rahim
 
Jadi...tepuk dada, tanyalah iman...
 
Apakah ertinya kemerdekaan kepada kita?
Adakah apabila kita sudah tidak dijajah secara fizikal sahaja?
Adakah apabila kita merasa senang dalam kehidupan kita sekarang?
Adakah apabila kita hidup dalam senang lenang kemewahan yg ada?
Adakah kemerdekaan apabila kita berdiam diri?
 
ATAU
 
Kemerdekaan itu apabila kita bangun berjuang
Kemerdekaan itu apabila kita bangkit menegakkan yang haq
            menentang yang batil,
Kemerdekaan itu apabila minda, peribadi, perwatakan bebas dr belenggu barat

No comments:

Post a Comment