Wednesday 15 October 2014

Turki ... dulu dan sekarang (bahagian 4)

Di sini saya ingin berkongsi petikan2/ frasa2 penting  dari buku Secangkir Teh Pengubat Letih karya Ustaz Hasrizal sebagai pedoman, ibrah/pengajaran, penghayatan, dan iktibar

 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Carilah satu dunia yang asing...untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi sunyi dengan Allah, sama ada di atas tikar sejadah, atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah

 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

What you see is what you get....jadi seharusnya kita bersangka baik dengan Allah dan situasi kita

 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Barat  menggunakan strategi "pecah dan perintah". dengan cara itu, barat memecahbelahkan dunia Islam.Bayangkan suatu ketika dahulu, satu dunia disatukan di bawah payung pemerintahan khalifah yg sama...sekarang semua terasing sebagaimana Antaknya pada asalnya kepunyaan Syria ditarik masuk Turki, Kashmir milik Pakistan ditarik ke India, Pattani milik melayu ditarik menjadi sebahagian Thailand. Inilah strategi jangka masa panjang barat "divide & rule". Saudara-saudara kita terus berada dalam wilayah yang senantiasa bergolak panas. Kita semua menjadi batu catur di papan penjajahan musuh Allah.

 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Putus bangsa kerana bahasa

"Sebenarnya saya rasa kita orang Islam menghadapi masalah keyakinan diri. Macam di Negara saya, apabila disebut yang kita kena kembali kepada Islam, ramai yang memandang sinis. Mereka rasa kembali kepada Islam semacam cubaan menukar dunia moden hari ini kepada tamadun hitam putih sebagaimana yang ditonton di televisyen. Apatah lagi menyebut pemeritahan Islam"

Seorang warga turki berkata " Engkau tahu mengapa selama ini saya tidak pernah tahu apatah lagi untuk berbangga dengan sejarah datuk nenek saya? soalnya kepada saya (ust Hasrizal)

"Sebabnya mudah sahaja. Walaupun saya masih berketurunan mereka, tapi sebenarnya kami sudah terputus hubungan. Saya sudah tidak mampu  membaca hasil tinggalan Othmaniyyah, bukan sekadar warisan Fatih Sultan Mehmet, malah datuk saya sendiri. Saya sudah tidak boleh membaca catatannya sebab dia mencatat dengan huruf arab. Saya tidak boleh membaca bahasa Othmaniyyah malah saya tidak tahu membaca Kuran (Al-Quran). Bagaimana saya boleh menjadi seorang cucu andainya saya tidak boleh memahami bahasa datuk saya sendiri" keluhnya lagi.

Saya bersimpati dengan dia. Dia adalah mangsa kejahatan Attaturk dan regimnya. Pd tahun 1928, Ataturk telah mengambil keputusan untuk menukar bahasa Turki drpd ditulis dengan menggunakan huruf bahasa arab, digantikan dengan huruf latin. Kabinetnya sendiri ragu-ragu dengan keupayaan mereka untuk melaksanakan revolusi ini. Ataturk pernah bertanya kepada mereka tentang hal ini dan kabinetnya menjangkakan masa yang diperlukan adalah selama lima tahun.

Mencabut tulisan Arab drpd  bahasa umat Islam akan secara langsung menjauhkan mereka drpd sumber Islam itu sendiri. Mereka akan buta Al-Quran dan buta agama. Malah yang paling menakutkan ialah, berlakunya keputusan rantai antara dua generasi.

Kerana telah berubahnya huruf, generasi Turki sekarang tidah mampu membaca surat datuk moyangnya. Mereka berkongsi darah dan keturunan tetapi hakikatnya mereka adalah dua generasi yang terputus.

Renung sahaja keadaan di Malaysia.

Generasi yang menjadi mangsa polisi yang menghapuskan tulisan jawi dalam sistem pendidikan Malaysia tentu faham dengan apa yang saya maksudkan. Bahasa Turki, Bahasa Parsi, bahasa Urdu malah Bahasa Melayu, semuanya cuba diceraikan dari huruf Arab. Malah bahasa Arabh sendiri cuba dirosakkan apabila penyair2 digalakkan menulis sastera dalam bahasa pasar.

Ia bukan semata-mata soal bahasa, tetapi jati diri dan keyakinan terhadap agama turut terheret sama.

Bahasa yang senget seperti itu adalah symbol kepada jati diri dan pemikiran yang senget.

Seorang yang berhalus dalam bahasadan beradat budaya, adalah seorang yang menghargai dirinya sendiri. Jika pucuk lupakan akar, tiadalah buah, tunggulah sudah.

"Bahasa itu ialah sesuatu yang pergi...Engkau tinggalkan ia, ia tinggalkan engkau..."

 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Ambillah iktibar dari sejarah. Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam. JIka kita mencari kemuliaan selainNya, kita akan dihina Allah.

Umat yang tidak mahu menoleh kepada sejarah adalah umat yang rugi. Umat yang tiada sejarah, tiada baginya masa depan!!

 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Pada yang kecil itu ada barakah

Orang Istanbul sangat tertib, teliti dan mengira sekecil-kecil perkara seperti dalam menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.

Masyarakat di sana menggunakan nama Mehmet di sebalik nama Muhammad. Persoalan yang diutarakan Ustaz..mengama Rasul dipanggil Muhammad tp bila nama orang, disebut Mehmet?

"Nama Muhammad ini kami khususkan untuk baginda Rasulullah SAW. Kalau kami namakan anak-anak kami dengan nama Muhammad, nanti kalau mereka buat hal, tercemar pula nama Rasulullah.Contohnya sekiranya anak yg bernama Muhammad ini mencuri epal lalu orang kampung mencela anak ini , isy jahatnya Muhammad ini, Hah kan tak elok. Perbuatan mencuri itu dinisbahkan kepada nama yang semulia Muhammad"

Betapa hebatnya mereka sehinggakan perkara sekecil ini diambil kira.....menjaga kemuliaan nama Muhammad, baginda Rasulullah.

Jangan pandang kecil selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan. Penilainya adalah Allah, Allah yang menilai amal pada harga sebuah iman. Jangan tangguhkan kebaikan kecilsemata-mata menunggu peluang amal yang besar.

Marilah kita bersama-sama menghitung dan mengambil kira benda-benda kecil yg kita abaikan selama ini. Mungkin pada yang kecil halus itulah Allah menyentuh kehidupan kita dengan barakah.

Sebagaimana kebaikan yang kecil mungkin menjadi punca keberkatan Allah, maka berhati-hati juga dengan dosa-dosa yang dianggap kecil. Ia boleh menjadi punca murka Allah.

Mari luruskan saf, mari kemaskan saf, mari habiskan makanan, mari pelihara adab dalam iman. Murahkah senyuman, banyakkanlah membuat kebaikan yang mudah dan kecil,tapi berpanjangan. Mengubah ranting dari jalan agar jangan ada yang kesakitan, memandang wajah saudara dengan air muka manis penuh senyuman. Banyak-banyakkan berbuat kebaikan, tidak diketahui yang mana bakal dipilih Tuhan, jadi pemboleh ke syurga yang berkekalan.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Dalam kehidupan ini, macam2 ujian berlaku. Apakah ujian itu buruk atau baik, musibah atau anugerah? Kita sendiri yang menentukan tafsiran kejadian itu.

Bagi yang merasakan setiap bencana itu sebagai bahasa Tuhan mengingatkan insan, mereka akan menafsirkannya dengan Allah, Tuhan sekalian alam.

"Maka orang yang mengaitkan setiap kesenangan dan kesusahan kehidupan dengan Allah, akan mendapat mesej Allah dari kejadian itu. Dapat baik, dekat kepada Allah dengan syukur. Dapat musibah, dekat dengan Allah dengan istighfar dan tawakal"

"What happen to you is not as important as what happen in you" (apa yang berlaku kepada dirimu, tidaklah sepenting apa yang berlaku dalam dirimu)

Ujian yang datang seperti tiupan angina yg tidak boleh ditentu. Namun bagaimanakan kita menyambut ujian itu, agaimanakan kita  menafsirkannya, adalah layar perahu yang kita kawal. Arah angina tidak boleh ditentu, namun layar perahu boleh dipandu. Mahu menyambut reality kehidupan secara positif atau negatif, anda pilih sendiri.

Mukmin menafsirkan kesusahan dan kesenangan, kedua-duanya adalah pelajaran dari Allah.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Sejarah memperlihatkan  bagaimana umat Islam cemerlang, gemilang,  dan terbilang ketika kaum wanitanya berada di rumah. Ataturk menyedari bahawa antara unsur kekuatan  pegangan umat Islam ialah pada kedudukan wanita. Wanita memelihara rumahtangga, anak-anak dan suami. Institusi keluarga ini menjadi banteng pertahanan umat ketika berhadapan dengan proses pembaratan budaya dan cara hidup di kala itu.

Kerana itulah Ataturk telah menyususn strateginya yang tersendiri. Atas nama hak sama rata antara lelaki dan wanita, Ataturk menggalakkan wanita bekerja, bermusafir keluarmeninggalkan rumah, malah diberikan tempat di kerusi kerusi parlimen. Bagi mereka yang dahagakan kemajuan, merekamelihat usaha Ataturk ini sebagai pemodenan yang disyukuri. Namun strategi Ataturk "Safar al-Mar'ah" ini Berjaya. Institusi keluarga Islam mula retak.

Lihat sahaja dalam masyarakat kita. Kesan dari wanita bekerja.Penjagaan anak-anak terpaksa diserahkan kepada pembantu rumah dan pusat penjagaan kanak-kanak.Lantas mereka terbentuk mengikut sifat pembantu rumah dan pusat berkenaan.

Titik getir pula menyelubungi rumah tangga dengan menghadirkan pembantu rumah dalam sebuah rumah sempit. Duduk tinggal bersama yang bukan mahram. Tidak sedikit kes-kes fahsya' (keji) dan mungkar yang berlaku akibat situasi ini. Anak-anak menjadi renggang dengan ibu bapa, kasih saying tidak sekukuh generasi lalu. Lantas bertambahlah ibu-ibu yang melahirkan bosnya sendiri.

Al MArhum Said Hawwa telah mengulas berhubung dengan hal ini dalam kitabnya Al-Islam. Beliau menegaskan bahawa Uqubat Fithriyyah (baasan/hukuman fitrah) drpd wanita meninggalkan peranan mereka di rumah dan keluar bekerja

1. kecelaruan hubungan antara lelaki dan perempuan serta hilangnya ketenangan dan kesejahteraan. Anak-anak tidak dapat mengecapi penjagaan ibu bapanya dengan sempurna
2. Perempuan hilang rasa kebergantungan kpd suaminya dan ia menjadi ancaman yang besar kpd hubungan perkahwinan mereka.
3. wanita telah menolak tjawab nafkah orang lainke atas dirinya, Akibatnya, selepas mencapai usia tua dan uzur, wanita itu masih perlu bekerja spt lelaki wpon fizikalnya sudah tidak mengizinkannya.
4. wanita kehilangan sifat kewanitaannya yg dikhususkan kpdnya. mereka tidak lagi sesuai untuk memikul tjwab asasi spt mengandung
5. keretakan hubungan kekeluargaan berkembang menjadi krisis masyarakat
6. ibu bapa yg baik tidak dapat mewariskan sifat-sifat mereka kepada anak-anak bahkan hubungan kasih saying juga terjejas.

Akan tetapi, untuk memujuk kaum wanita kembali ke rumah memainkan peranan mereka maha besar dan penting itu bukanlah suatu yang mudah. Selain dari terperangkapnya kita dalam corak kehiduan sedemikian rupa, permintaan itu mungkin akan diperangi oleh pelbagai pertubuhan yang ditubuhkan dengan matlamat "menjaga hak-hak wanita".

Satu lagi....saya rasa (ni pendapat peribadi saya)...selain dr keadaan corak kehidupan kita sekarang yang "memaksa" wanita keluar bekerja...menerukkan lagi keadaan adalah apabila suasana sekarang juga mendesak lelaki terleka dan terbuai akan tanggungjawab asal mereka. Ramai wanita memilih untuk berdikari kerana disangkankan lelaki sudah tidak boleh diharap dan dipercayai. Ramai lelaki diluar sana yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Mereka disibukkan dengan hal2 duniawi sehingga isteri terpaksa memikul bebanan selebihnya. Boleh jadi wanita akan menjadi fobia dengan lelaki. Lelaki yg kurang imannya, turut menyumbang kpd keretakan institusi kekeluargaan.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Kita sedang melalui zaman yang org fobia dengan agama, fobia dengan perkataan "Tuhan", (theophobia), mewujudkan agama baru yang antiagama....mereka bukan alah kepada erti kata TAKWA, tetapi alergi kepada "G" word. Apa sahaja yang berkenaan dngan Tuhan (God), akan menimbulkan kegelisahan.....seperti ada segelintir yang alergi kepada bulan penuh, warna hijau, songkok, baju batik dan entah apa lagi.......

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ * * * * * ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

 
 
 
 




No comments:

Post a Comment