Tuesday, 25 September 2012

ada lagi pemeriksaan haji

Ingatkan dah habis pemeriksaan haji. hari ini ada lagi satu sesi tambahan disebabkan masih ramai jemaah haji yang belum melakukan pemeriksaan kesihatan lagi.. ini disebabkan oleh panggilan kuota tambahan/ kes gantian yang telah ditambah oleh pihak Lembaga Tabung Haji. Tabung Haji meminta saya agar dapat membantu untuk melakukan pemeriksaan tambahan itu. Jemaah haji yang terlibat ramai, jadi saya terpaksa panggil rakan saya dari KK Seremban 2 untuk datang membantu. KAmi buat waktu pagi je, alhamdulillah selesai dengan lancar. Petang tu saya di tagging di KKIA.

Sunday, 23 September 2012

Cameron Highlands 3 - Sg Palas Tea Plantation


Bersambung dari Cameron Highlands 2 - Rumah Penginapan TNB Sharples

 16 Sept 2012

Awal pagi lagi anak2 sudah bangun...lepas mandi, kami biarkan mereka bermain di taman permainan di luar rumah buat seketika. Sambil menemani mereka, kami suami isteri menikmati susasana damai yang segar, sejuk dan tenang di pagi hari. Anak2 juga gembira dapat bermain2 dalam suasana yang selesa itu.

Selepas puas bermain, kami bergerak keluar untuk mencari gerai/kedai untuk sarapan pagi....sebenarnya kami tak tahu nak menuju ke mana, jd kami pusing2 di sekitar pekan Brincang..mencari tmpt yang sesuai. Masa tuh tengah hujan lebat....alahai..macam mana nak jalan dalam hujan2 nih....anyway, rata2 kedai dipenuhi pengunjung, jadi kalau boleh kami nak cari kedai yang kurang orang. Akhirnya kami berlabuh di salah satu kedai corner lot di bawah Hotel Titiwangsa. Makanan pon dah tak banyak pilihan, saya dan suami makan nasi goreng dan anak teruna kami makan mee goreng...feveret dia.Sambil menikmati sarapan kami, sambil2 tuh menunggu hujan reda.




Disebabkan kami pon tidaklah berapa ingat nak berjalan mana kat Cameron ni, kami pon buat keputusan untuk mencari Pusat Informasi...bila tanya orang, Pusat Informasi nyer terletak di Tanah Rata. Jadi kami pon menghala ke sana dalam keadaan yang masih gerimis. Kami tiba di Century Pines Hotel dan bertanyakan arah dari mereka. Akhirnya kami sampai di "I" dan membeli senaskah peta untuk dijadikan panduan. Setelah habis menelaah peta..kami buat keputusan untuk ke Ladang Teh Sungai Palas....daki balik ke Brinchang. Jalan ke sana agak sesak, masing-masing keluar mencari tempat untuk berkunjung



Setibanya di Ladang Teh Sungai Palas...kami tersangkut di jalan kecil menghala ke pusat informasinya/ kilang teh...mula2 terpinga juga kenapa kereta langsung tidak bergerak. Jauh di bawah, kami nampak kereta mulai sangkut di pintu pagar utama pusat teh. Jalan seterusnya tidak sesak bahkan tiada kereta langsung di sana. Tapi kami hanya sabar menunggu seperti pengunjung-pengunjung yang lain. Seperti orang lain, sambil menunggu di situ, kami pon keluar dari kereta dan ambil kesempatan untuk mengambil gambar....selepas itu, kami nampak sedikit demi sedikit kereta mula bergerak masuk ke arah pusat teh. Rupa2nya pusat teh ditutup untuk sementara waktu sehingga jam 1030am untuk memberi laluan sambutan Hari Malaysia. Oooooo...ingatkan langsung tidak dibuka...mula2 dah rasa kecewa jugak...

Lepas cari parking, kami pon berjalan ke pusat teh. Sambil berjalan sambil mengambil gambar. Anak-anak kelihatan gembira melihat pokok teh yang tidak pernah dilihatnya sebelum itu. Suasana begitu cantik, damai dan tenang...sungguh hijau....Kami berjalan di sekitar pusat tersebut sambil menikmati pemandangan yang teramat cantik ini....subhanallah! Kat situ ada kilang demo, di situ ada demo mcm mana daun2 teh diproses. tapi disebabkan hari tu hari cuti umum, maka kilang demo tersebut tidak beroperasi.











Setelah berada seketika di pusat teh, kami pon membuat keputusan untuk bergerak ke ladang strawberry...kat sini memang banyak ladang2 strawberry tapi nak pergi yang mana satu ye???... kami pon tak tahu, jadi kami buat keputusan untuk pergi ke ladang yang paling hampir yang kami nampak.


Saturday, 22 September 2012

Cameron Highlands 2 - Rumah Penginapan TNB Sharples

Bersambung dari Cameron Highlands 1

Entry nih saya nak cerita sket psal rumah penginapan TNB.

papan tanda ke rumah penginapan
sampai dah....

Rumah Penginapan yang kami duduk nih namanya Sharples. yang nih utk kakitangan eksekutif TNB. Ada satu lagi rumah penginapan, Banglo Osmaniah, yang ni utk non-exec. Dulu masa bujang, saya duduk di rumah penginapan yang sama juga, masa tu ikut pakcik saya yang merupakan kakitangan TNB juga (skang dah pencen).

Setiap rumah penginapan ada org yang menjaganya dan keadaan rumah diurus dengan baik mcm hotel.

Rumah TNB kat Cameron Highlands nih besar dan sangat selesa. Ruang tamunya pon sangat besar. Ada tv tapi susah nak dpt siaran tv sbb tadde aerial. DVD player ada so kalau nak mai, bwk cd byk2...boleh layan...Tak dapat dinafikan setting rumahnya adalah setting rumah lama...tapi campur dengan suasana damai CH, terasa sangat tenang dengan hanya berada di sini...






yg ni ruang tamu kedua


Ruang dapur juga kemas dan lengkap dengan dapur untuk memasak, peti ais dan segala periuk kuali semua ada.Memang boleh buat macam rumah sendiri lah.


Ada 3 bilik kesemuanya.
laluan ke bilik

Master bedroom ada bilik airnya tersendiri dan di situ ada disediakan katil bersaiz king, almari baju, meja solek dan babycot.


Bilik kedua kecik sket tp juga ada queen bed, almari...babycot tadde...dlm master bedroom je. toilet pon kat luar tp dekat aje.


Bilik ketiga bilik mcm bilik org bujang ada 4 single bedded.pastu ada satu almari baju yang besar. Org nak nyorok dalam tu pon boleh.


Di luar, terdapat taman yg indah dipenuhi dengan bunga2 yang segar pastu ada taman permainan untuk kanak2...

ni gambo lama..tmn permainan ni dah diupgrade
 Kesimpulannya mmg puas duduk situ..dapat merehatkan minda dan badan. kalau rehat di rumah sahaja tak jalan2 pon dah rasa mencukupi sekadar sebagai getaway....layan DVD ka...

Nota: Gambar dalam entry nih byknya diambil tumpang gambar blog org lain... terima kasih saya tumpang gambar..

Cameron Highlands 1

15 September - 17 September 2012 2M2H


Intro

Dah lama tak berjalan2 pergi holiday...saya dah rasa teramat penat dengan rutin harian...sangat memerlukan rehat dan lari dr suasana kesibukan bekerja dan hiruk pikuk bandar, tambah pulak saya baru tagging di unit KKIA sejak awal bulan ni ~ dlm 2 minggu ada kot, pagi di JPL, ptg di KKIA. (AKHIRNYA.. saya di"rotate"kan juga ke unit lain..dah dekat 18 bulan saya bertapa di JPL).. agak pening sket bila di KKIA kerana byk benda baru kena belajar...settingnya berbeza dgn JPL

Jadi sebulan yang lalu, kami telah membuat keputusan untuk pergi bersantai di Cameron Highland, menumpang di Rumah Penginapan TNB. Disebabkan suami saya tidak pernah menempah mana2 rumah peranginan TNB lagi, jd agak mudah untuk kami menangi tempahan tersebut. Kalau tidak, belum tentu dapat sbb sudah tentu ramai yang telah booking rumah yang sama, tambah2 lagi kami booking lewat dan tarikh yang ditempah merupakan hujung minggu yang panjang (Isnin cuti - Hari Malaysia) dan tak silap saya cuti sekolah.  Dimaklumkan rumah TNB tu tak pernah tidak berpengunjung... sentiasa menjadi rebutan. Cadangan nak ke Cameron tu sbb :

(a) lama tak pergi situ (saya rasa kali terakhir saya ke sana masa saya bujang lagi),
(b) dah lama x jalan2 sekeluarga, kali terakhir jalan2 di Taiping masa Mujahid setahun lebih, itu pun sbb menghadiri kenduri di sana.
(c) alasan biasa..kami ada kenduri di Ipoh untuk dihadiri..kenduri ni mmg wajib pergi dan sudah lama dirancang untuk ke sana..ianya adalah kenduri walimah anak jiran lama saya yang merupakan kawan baik arwah mak saya. Anak bongsunya berkahwin.

 15 Sept 2012

Peta Cameron
Kami bertolak awal pagi dan sampai kenduri tepat pada masanya. Setelah itu kami menjenguk rumah arwah mak saya di Tanjung Rambutan dan bersolat qasar dan jama' takdim di masjid berhampiran. Kami berehat sebentar di sana. Setelah asar barulah kami bertolak ke Cameron melalui jalan Simpang Pulai...bertolak dlm kul 5pm lebeh gituh (alang2 kami dah dekat ipoh, dekat lagi lah Simpang Pulai dari Tapah)...[kisah perjalanan dari simpang pulai ke cameron secara terperinci]


Lombong batu kapur











Pada permulaan perjalanan melalui Simpang Pulai, kami melalui beberapa lombong batu kapur (marble quarry) dan melalui beberapa penempatan orang asli.Kemudian kami perlahan-lahan mendaki bukit. Ternyata jalan ke Cameron dari Simpang Pulai tidak berbelit-belit seperti jalan dari Tapah. Perjalanan memanjat bukit tidak ketara kerana cerunnya tidak begitu tinggi dan kami anak beranak tidak rasa kereta sedang mendaki kawasan tanah tinggi sehinggakan suami saya menegur sama ada kami di jalan yang betul atau tidak. Sbb ni pertama kali ke Cameron ikut jalan Simpang Pulai ni. Berbanding dengan jalan dari Tapah, jalannya juga tidak sesempit walaupun hanya satu laluan bergaris kembar, ada sebahagian jalan mereka sediakan double lane untuk memotong. Sepanjang pendakian tersebut, saya nampak banyak orkid liar tumbuh di bahu jalan dan tepi lereng bukit. Geram....kalau arwah mak saya ada, kompem dia suruh berhenti di tepi jalan dan amek beberapa pohon.

gambar courtesy of mywisewife.com
gambar courtesy of mywisewife.com - pemandangan yang luar biasa



kat lereng bukit camni yg byk orkid liar tumbuh

dah sampai sempadan Pahang

Tak jauh lagi noh
 Apabila kami tiba di suatu kawasan yang mana kami dapat lihat satu pemandangan yang sangat indah...gunung ganang dan hutan yg kehijauan itu yang diselaputi kabus...barulah kami sedar kami sudah berada jauh dari paras laut. Kalau ikutkan ketinggian Cameron ni lebeh kurang 5000 kaki/ 1500m dari paras laut...tingginyer....Pastu nampak beberapa lagi penempatan orang asli..tak ingat nama apa tapi nama penempatan mereka dimulai dengan perkataan "Pos". Orang asli jual madu dan rebung di tepi jalan.... ya....kami di jalan yang betul...pastu sbb kami berpandukan papan tanda yang ada....saya dimaklumkan gunung2 yang dilihat merupakan sebahagian dari Banjaran Titiwangsa, yang mana gunung2 dikenali sebagai G7. Dalam tempoh itu, hujan renyai2 mulai turun dan suasana pemandangan dipenuhi kabus tebal....baru terasa auranyer....

jalan berkabus


penempatan orang asli...


 Akhirnya smpai ke persimpangan jalan BlueValley/ Gua Musang dan Kampung Raja. Dari Kampung Raja, ke Kuala Terla dan Tringkap, kami mula menurun lembah pula...kami mula musykil..betul ke idak nih...signboard dah betul tapi nape turun bukit lak...akhirnya nampak papan tanda Cameron Valley Teashop dan Sungai Palas Boh Tea Plantation...barulah kami rasa seribu satu kelegaan....akhirnya sampai juga. Saya rasa mcm lagi dekat ikut jalan ini kalau nak ke Brinchang.. sbb kalau lalu ikut Tapah, kita akan tempuh Ringlet dan Tanah Rata dulu.(Tapi sebenanrnya tak...dari segi jarak..Tapah-Brinchang 64km, Simpang Pulai-Brinchang 71km..tp mungkin sbb jalan yang baik, cepat lah sikit smpainyer...lagipon tak rasa seksa loya mual muntah dlm kereta kot...anak2 pon alhamdulillah takde muntah2 pening2 gitu..)

Anyway, kami smpai Brinchang lebih kurang 645 pm.....mak ai jem dah mula dari Kea Farm..tak tau nak smpai rumah TNB pukul berapa...lama jugak sangkut dalam jem..mmg kereta bergerak teramat perlahan. Tak sangka ramai betul orang kat Cameron ni...nak menerukkan lagi keadaan, ada pulak pasar malam..sah memang sangkut...by the time smpai kawasan pasar malam/pekan Brinchang, dah masuk maghrib dah. Disbbkan kami kepenatan, kami singgah di KFC dan tapau untuk dibawa ke rumah penginapan.. senang.. smpai2 boleh rehat, tak payah keluar cari makan lagi...kami hampir sesat juga mencari rumah TNB tu sbb tak banyak lampu jalan dan suasana agak gelap. Nasib baik ada papan tanda. Kami sampai dah masuk Isya'. Alhamdulillah....mandi rehat2 dan makan malam. Anak-anak sangat teruja sebab rumah tu sangat besar, al maklumlah banglo..berlari merata2. Orang yang menjaga rumah tersebut pon sangat baik. Enci suami awal2 lagi dah tumbang...penat bwk kereta....saya dan anak2 agak payah nak tido sbb masing2 sgt teruja..agak2nya dekat pukul 1am baru nak lelap......itupon kena paksa sbb hari esok masih panjang..nak jalan2 pulak...




Saturday, 8 September 2012

Pemeriksaan kesihatan jemaah haji 2012M/ 1433H

Pada tahun ini saya menawarkan diri secara sukarela untuk melakukan pemeriksaan kesihatan jemaah haji. Ada sesuatu yang saya rasa dalam diri saya menyebabkan saya sangat teruja untuk melibatkan diri dengan aktiviti ini. Mungkin juga saya tercari-cari aktiviti yang berlainan dan kerja di luar kebiasaan saya yakni merawat pesakit di jabatan pesakit luar. Kadang kala duduk di klinik kesihatan menyebabkan kita rasa jemu dengan kerja-kerja harian kita yang hampir sama setiap hari. Tambahan pula saya sudah lama ditempatkan di jabatan pesakit luar tanpa dipusingkan ke unit lain yang ada di klinik saya seperti unit NCD (non-communicable disease/ penyakit tidak berjangkit i.e.merujuk klinik kencing manis/darah tinggi), unit KKIA (klinik ibu dan anak) dan unit sekolah. Skali skala jika dipusingkan ke unit lain, mungkin dpt memberi kepelbagaian dlm kerja harian saya. Cuma x nafikan kerja di klinik jauh lebih selesa kerana waktu kerja yg tetap dan tidak perlu bertugas atas panggilan.selain itu, antara aktiviti lain ialah menggantikan rakan setugas di klinik lain, siasatan kes "outbreak", berkursus, lawatan ke rumah2 kebajikan etc.

Perasaan saya sangat berbunga-bunga kerana diberi peluang untuk menjadi doktor pemeriksa untuk jemaah haji. Rasa gembira kerana dapat berjasa kepada bakal-bakal tetamu Allah. Dengar je perkataan "haji" saya sudah terasa satu aura yang luar biasa. Mungkin juga saya sudah lama menyimpan hajat untuk memijakkan kaki dan beribadah di tanah suci Mekah dan bumi anbiya, Madinah...umrah atau haji..Saya bercita-cita dan berhasrat utk menunaikan haji pada usia muda.Namun keadaan tidak mengizinkan...jadi dengan menjadi salah seorang pemeriksa, saya akan rasa lebih dekat ke arah cita-cita itu.


ini adalah sijil lantikan yang diberi kepada semua pegawai perubatan yang terlibat dengan pemeriksaan haji

Tempoh untuk pemeriksaan haji itu telah ditetapkan dalam mesyuarat pihak JKN dengan Lembaga Tabung Haji...secara rasmi tarikh yg telah ditetapkan ialah 2 julai 2012 hingga 13 Julai 2012...sebelum bulan ramadhan yang dijangkakan jatuh pada 21 Julai...i.e 2 minggu, tidak termasuk jumaat kerana waktu yang singkat dan tidak mahu menganggu solat jumaat. namun disebabkan jemaah yang ramai, kami menambahkan hari pemeriksaan pd 18 & 19 Julai (rabu, khamis). Pemeriksaan diadakan di Klinik Kesihatan Seremban 2 dan seramai 4 orang doktor termasuk saya telah ditugaskan untuk membuat pemeriksaan bagi jemaah di daerah Seremban. Pihak JKN juga telah melantik beberapa orang pakar untuk rujukan kami seperti pakar buah pinggang, pakar perubatan, pakar pembedahan, pakar psikiatri, pakar perbidanan dan sakit puan. KAmi juga dibantu oleh beberapa orang jururawat terlatih dan juruawat masyarakat.

Jemaah yang mendaftar akan melalui beberapa kaunter yang terdiri dari kaunter pendaftaran, kaunter tekanan darah, kaunter pengambilan darah, kaunter pemeriksaan doktor dan akhir sekali kaunter vaksinasi meningicoccal sekiranya mereka lulus pemeriksaan.

buku rekod pemeriksaan kesihatan jemaah haji

Sepanjang tempoh tersebut, pemeriksaan haji berjalan dengan lancar. Walaupun pada tahun sebelumnya, kami mendengar pelbagai kisah dan reaksi jemaah terutama jemaah yang tidak diluluskan atau jemaah yang perlu dirujuk kepada pakar. Rata2 jemaah meluahkan rasa tidak puas hati kerana mereka perlu dirujuk dan ini memakan masa. ramai yang menyangka mereka akan terus diluluskan. Ada yang berkata2 seperti "disbbkan doktor x luluskan saya, nanti doktor tanggung dosa saya sbb saya tak dpt pergi haji"...rakan saya yang terlibat dengan pemeriksaan haji tahun lepas bersungut melayan kerenah seperti itu. Mana kan tidak, kami diamanahkan untuk membuat pemeriksaan dengan berhati2 dan memastikan setiap jemaah memang sihat untuk ke Tanah Suci. Ia bukan satu kerja yang mudah..ia adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul.

Seperti yg diceritakan oleh rakan saya....tahun lepas, ramai jemaah yang mempunyai penyakit sedia ada seperti kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal. Mereka perlu hadir ke klinik beberapa kali untuk memastikan paras gula dan tekanan darah stabil dan terkawal sebelum boleh diluluskan.Rakan-rakan doktor akan adjust ubat pesakit agar penyakit mereka berada dalam kawalan yang baik. Jemaah yg terpaksa berulang alik ke klinik akan meluahkan rasa marah mereka kepada doktor2 yg terlibat.

Pada tahun ini, lain pula jadinya..ramai jemaah yang hadir merupakan jemaah yang sihat, tidak berpenyakit namun apabila diperiksa tekanan darah dan gula mereka tinggi. Kami terpaksa membuat rawatan ulangan untuk betul2 memastikan dan mengesahkan sama ada mereka memang mempunyai darah tinggi/ kencing manis atau pun tidak. Walau bagaimanapun, kami mendapat kerjasama yang baik dari jemaah2 yang datang. Bagi jemaah yg berpenyakit, mereka sudah siap membawa surat dari doktor yg merawat mereka menyatakan kestabilan tahap penyakit mereka. Ini memudahkan tugas kami.

Salah seorang jemaah yang saya periksa, pakcik ini menghidap darah tinggi dan kencing manis. beliau membawa surat dari KPJ. Menurut surat tersebut, ia mengatakan bahawa bacaan creatinine (buah pinggang) adalah tinggi. Lalu tergerak dalam hati untuk saya mengulangi bacaan creatinine beliau dan didapati bacaan tersebut meningkat tinggi, hampir2 tahap akhir penyakit buah pinggang dan berkemungkinan memerlukan dialisis. Saya merujuk kes saya kepada pakar perubatan keluarga dan mendapat rujukan ke pakar buah pinggang (nephrology physician). Pakar mencadangkan agar tidak meluluskan pakcik ini kerana risiko penyakit akan bertambah teruk di sana terutama sekiranya pakcik tersebut mengalami dehidrasi. Berat mata memandang, berat lagi mulut saya nak memberi khabar tersebut. Bukan senang nak terangkan kepada jemaah kita bahawa dia tidak diluluskan utk ke tanah suci. NAmun setelah diterangkan dengan baik, pakcik tersebut redha.Beliau sangat memahami keadaan penyakit beliau bahkan beliau sudah mengagaknya. Saya bersyukur kerana diberi kemudahan untuk menangani isu buah pinggang pakcik ini dengan baik. Namun, tidak dpt dinafikan bahawa berat juga hati untuk menandakan tanda merah pada buku kesihatan pakcik tersebut. (N.B. pesakit dialisis tidak boleh diluluskan atas sebab penyakit kronik yang teruk)

Pada hari terakhir pemeriksaan rasmi kami, saya didatangi seorang jemaah (suami) dalam lingkungan usia awal 50-an. Beliau sihat2 sahaja..tapi di bahagian vaksinasi, di situ sudah pon ditandatangani oleh seorang doktor homeopati. Rupa2nya beliau tidak mengambil suntikan meningicoccal sebaliknya beliau memakan ubat komplimentari. Disbbkan syarat Arab Saudi telah menetapkan setiap jemaah perlu disuntik dengan vaksin meningicoccal, jemaah ini dinasihati agar mengambil vaksinasi dan beliau setuju. Malang sekali, isteri beliau yang diperiksa oleh rakan saya tidak bersetuju. Beliau mengatakan beliau alah kepada semua perubatan moden yang ada dan pernah dimasuki ICU disbbkan tindak balas tersebut. Apabila kami meminta laporan perubatan tersebut sebagai bukti, beliau enggan bekerjasama. Kami dimarahi beliau kerana kami tidak menerima rawatan homeopati yang diambilnya. Keadaan menjadi tegang, habis jururawat, doktor, pegawai Tabung Haji dimarahinya. Saya cuba menenangkan beliau secara diplomasi dan berkata pihak kami akan cuba berusaha untuk menyelesaikan masalah beliau, namun beliau perlu sedar, syarat ini ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan bukannya Tabung Haji sendiri. Saya tidak pasti apa yang jadi pada si isteri tersebut kerana beliau kata beliau ingin mengadu dengan pihak atasan. Yang pastinya, suami beliau dengan sukarela mengambil suntikan tersebut. Saya terdengar si suami berkata kpd isterinya, "Kalau macam tu, saya pergi sorang je lah." (N.B. Semua jemaah yang lulus wajib mendapat vaksinasi meninggicoccal)

Disebabkan masih ramai jemaah yang perlu diberi pemeriksaan ulangan dan terdapat masih segelintir jemaah baru yang perlu diperiksa (jemaah tambahan), kami membuat keputusan untuk memanjangkan tempoh pemeriksaan haji secara tidak rasmi dan menjangkau bulan ramadhan dan selepas raya.Saya diberi amanah untuk meneruskan pemeriksaan haji tersebut di klinik saya sendiri dan saya memilih untuk diadakan setiap hari khamis bermula 26 Julai hingga 16 Ogos. Sepatutnya saya hanya "cover" daerah Seremban sahaja, namun oleh kerana daerah lain tidak lagi mengadakan pemeriksaan haji di luar tempoh yang ditetapkan, ramai jemaah dari daerah lain datang ke klinik saya untuk pemeriksaan haji. Walaupun ini bukan sebahagian tugas yang telah ditetapkan, saya tidak dapat menolak kerana mereka datang dari jauh dan memerlukan pemeriksaan ini. Nak pergi private kan mahal. Jadi jemaah yang saya periksa bertambah dari yang telah dijadualkan.Saya pikir, takpelah, buat amal kebajikan membantu jemaah haji kita.

Dalam tempoh itu, terdapat kes TB yang mana jemaah tersebut baru sangat dimulakan rawatan. Saya tidak meluluskan beliau dan menulis surat kepada Tabung Haji untuk menangguhkan pemergian beliau kerana jemaah ini perlu melengkapkan kesemua dos rawatan beliau dan sehingga beliau dijamin bebas dari TB. Pakcik ini merayu2 kepada saya supaya diluluskan namun saya perlu tegas, bukan saya tidak mahu membantu tetapi saya juga mempunyai tanggungjawab kepada jemaah yang lain, sekiranya pakcik ini "lepas" dia boleh mengjangkiti jemaah lain di dalam kapal terbang dan di tanah suc nanti. Bayangkan di Tanah Suci keadaan sangat padat dengan manusia, peluang untuk dijangkiti penyakit sangat tinggi.(N.B penyakit TB adalah penyakit berjangkit yg berbahaya tapi boleh dirawat. Pesakit perlu bebas dari TB sebelum dibenarkan untuk menunaikan haji)

Ada satu lagi kes, jemaah wanita lingkungan umur lewat40an datang dengan haid yg tidak hadir lebih dari sebulan. Apabila saya menyatakan saya perlu membuat ujian mengandung, beliau amat terkejut kerana beliau yakin tidak mengandung lagi dalam usia begitu, mungkin tanda2 menopos katanya. Namun saya perlu ada bukti rekod lalu saya meneruskan niat untuk membuat ujian mengandung dan ianya didapati positif. Jemaah tersebut amat terkejut kerana benar2 tidak menjangkakannya. Maka saya terpaksa tidak meluluskan beliau. Walau bagaimanpun, selang dua minggu beliau datang kembali membawa surat dari doktor mengatakan beliau mengalami keguguran. Saya mengulangi pemeriksaan dan didapati negatif. Saya berfikir sejenak, harapnya belliau tidak "sengaja" menggugurkan kandungan kerana semata2 inging menunaikan ibadah haji. (N.B wanita yang mengandung perlu mengangguhkan hasrat menunaikan ibadah haji)

30 Ogos 2012 - hari terakhir saya membuat pemeriksaan haji. berasa puas hati dapat berbakti kepada bakal2 tetamu Allah.

Setiap jemaah yang saya periksa, saya akan memaklumkan kepada mereka agar mendoakan untuk saya agar saya juga dapat pergi menunaikan ibadah haji dalam jangka terdekat ini. Salah seorang makcik menghulurkan buku notanya dan menyuruh saya menulis doa2 yang saya ingin dia smpaikan di sana nanti...dalam nota tersebut, antaranya saya meluahkan hasrat dan dipanjatkan doa supaya dapat menjadi tetamu Allah juga nanti.

KEPADA SEMUA JEMAAH HAJI, SELAMAT BERIBADAH DAN MOGA KALIAN DIKURNIAKAN HAJI MABRUR



p/s - datuk saya meninggal dunia pada 11 Julai 2012...menambahkan kesedihan keluarga kami kerana kami sudah kehilangan orang2 utama di kampung. Setahun lalu, nenek dan makcik saya meninggal,, sekarang datuk pula. Rumah kampung menjadi sunyi kerana mereka inilah yang tinggal di situ dan meraikannya sebelum ini.