Intro
Dah lama tak berjalan2 pergi holiday...saya dah rasa teramat penat dengan rutin harian...sangat memerlukan rehat dan lari dr suasana kesibukan bekerja dan hiruk pikuk bandar, tambah pulak saya baru tagging di unit KKIA sejak awal bulan ni ~ dlm 2 minggu ada kot, pagi di JPL, ptg di KKIA. (AKHIRNYA.. saya di"rotate"kan juga ke unit lain..dah dekat 18 bulan saya bertapa di JPL).. agak pening sket bila di KKIA kerana byk benda baru kena belajar...settingnya berbeza dgn JPL
Jadi sebulan yang lalu, kami telah membuat keputusan untuk pergi bersantai di Cameron Highland, menumpang di Rumah Penginapan TNB. Disebabkan suami saya tidak pernah menempah mana2 rumah peranginan TNB lagi, jd agak mudah untuk kami menangi tempahan tersebut. Kalau tidak, belum tentu dapat sbb sudah tentu ramai yang telah booking rumah yang sama, tambah2 lagi kami booking lewat dan tarikh yang ditempah merupakan hujung minggu yang panjang (Isnin cuti - Hari Malaysia) dan tak silap saya cuti sekolah. Dimaklumkan rumah TNB tu tak pernah tidak berpengunjung... sentiasa menjadi rebutan. Cadangan nak ke Cameron tu sbb :
(a) lama tak pergi situ (saya rasa kali terakhir saya ke sana masa saya bujang lagi),
(b) dah lama x jalan2 sekeluarga, kali terakhir jalan2 di Taiping masa Mujahid setahun lebih, itu pun sbb menghadiri kenduri di sana.
(c) alasan biasa..kami ada kenduri di Ipoh untuk dihadiri..kenduri ni mmg wajib pergi dan sudah lama dirancang untuk ke sana..ianya adalah kenduri walimah anak jiran lama saya yang merupakan kawan baik arwah mak saya. Anak bongsunya berkahwin.
15 Sept 2012
Peta Cameron |
Lombong batu kapur |
Pada permulaan perjalanan melalui Simpang Pulai, kami melalui beberapa lombong batu kapur (marble quarry) dan melalui beberapa penempatan orang asli.Kemudian kami perlahan-lahan mendaki bukit. Ternyata jalan ke Cameron dari Simpang Pulai tidak berbelit-belit seperti jalan dari Tapah. Perjalanan memanjat bukit tidak ketara kerana cerunnya tidak begitu tinggi dan kami anak beranak tidak rasa kereta sedang mendaki kawasan tanah tinggi sehinggakan suami saya menegur sama ada kami di jalan yang betul atau tidak. Sbb ni pertama kali ke Cameron ikut jalan Simpang Pulai ni. Berbanding dengan jalan dari Tapah, jalannya juga tidak sesempit walaupun hanya satu laluan bergaris kembar, ada sebahagian jalan mereka sediakan double lane untuk memotong. Sepanjang pendakian tersebut, saya nampak banyak orkid liar tumbuh di bahu jalan dan tepi lereng bukit. Geram....kalau arwah mak saya ada, kompem dia suruh berhenti di tepi jalan dan amek beberapa pohon.
gambar courtesy of mywisewife.com |
gambar courtesy of mywisewife.com - pemandangan yang luar biasa |
kat lereng bukit camni yg byk orkid liar tumbuh |
dah sampai sempadan Pahang |
Tak jauh lagi noh |
jalan berkabus |
penempatan orang asli... |
Anyway, kami smpai Brinchang lebih kurang 645 pm.....mak ai jem dah mula dari Kea Farm..tak tau nak smpai rumah TNB pukul berapa...lama jugak sangkut dalam jem..mmg kereta bergerak teramat perlahan. Tak sangka ramai betul orang kat Cameron ni...nak menerukkan lagi keadaan, ada pulak pasar malam..sah memang sangkut...by the time smpai kawasan pasar malam/pekan Brinchang, dah masuk maghrib dah. Disbbkan kami kepenatan, kami singgah di KFC dan tapau untuk dibawa ke rumah penginapan.. senang.. smpai2 boleh rehat, tak payah keluar cari makan lagi...kami hampir sesat juga mencari rumah TNB tu sbb tak banyak lampu jalan dan suasana agak gelap. Nasib baik ada papan tanda. Kami sampai dah masuk Isya'. Alhamdulillah....mandi rehat2 dan makan malam. Anak-anak sangat teruja sebab rumah tu sangat besar, al maklumlah banglo..berlari merata2. Orang yang menjaga rumah tersebut pon sangat baik. Enci suami awal2 lagi dah tumbang...penat bwk kereta....saya dan anak2 agak payah nak tido sbb masing2 sgt teruja..agak2nya dekat pukul 1am baru nak lelap......itupon kena paksa sbb hari esok masih panjang..nak jalan2 pulak...
No comments:
Post a Comment