Thursday, 27 September 2012

Cameron Highlands 4 - Strawberry Farm/ Butterfly farm



Bersambung dari Cameron Highlands 3 - Sg Palas Tea Plantation

 
Hari yang sama (16 Sept 2012), selepas bersiar2 di sekitar Sg Palas Tea Plantation, kami pon bergerak mencari strawberry farm yang terhampir dengan kedudukan kami. Saya tak ingat apa nama farm ni tapi masa tu takde orang melainkan kami anak beranak. Salah seorang pekerjanya, seorang warga Bangladesh melayan kami. Naik boring juga sbb strawberry nyer takder sbb di luar musim. ada cipoot2 je buahnya, semuanya kecik2 mcm baru nak menjadi. Disebabkan takde benda yang menarik sangat di situ, kami pon buat keputusan untuk bergerak ke Taman Rama-rama.

Bangla tolong amek gambo



Sampai Taman Rama-rama, anak2 sudah mula excited...(ibu nyer pon excited..ntah lah excited sbb apa tp gamaknya sbb dpt jalan2 kot)...masuk taman rama2....melompat2, menjerit2 anak2 sbb excited tgk rama2 punyerlah banyak...selain rama2, anak2 suka tengok ular (eeeeewwww ibunya sangat geli)... dan last skali anak2 duk tenung gelak2 tengok gelagat kura2. Tak banyak nak diceritakan sangat, biar gambar ajelah yang "bercakap"....







Pastu dalam perjalanan ke pekan Brincang, kami singgah kat Cactus Valley, saje saya suka tgk2 pokok2 yang ada tu. anak2 sibuk main pusing2 sekitar kawasan situ sbb tmptnya yg luas. saya sempat cekup dua jenis pokok - satu pokok hati2, satu lagi pokok bunga warna purple kecik2 (tak tau nama dia)...



ni salah satu bunga yg saya beli.. tp xtau nama...baby daisy kot
pokok hati hati

anak anak main kat cactus valley


Habis tu, kami pon balik ke pekan untuk mencari makan tengahari..masa tu dah nak jam 3ptg. Insyirah kencing byk sgt smpai bocor. Terbantut nak makan kat kedai, maka kami bungkus aje lah jawabnyer. Cepat2 balik ke penginapan kami sbb nak bersihkan Insyirah...bila dah balik umah, bersih2 semua, solat, makan tghari..kami pon bersantai aje di rumah menanti kakak saya yang bercadang untuk tumpang menginap sekali. Dan zzzZZzz sekejap.

Ptg tu anak2 sempat main sekejap di luar, akhirnya kakak pon smpai. Anak2 buah sempat join main di luar tp tak lama, dorang kena pakat hambat masuk dalam rumah sbb dah nak maghrib. Mandi manda, solat, rehat, lps isya' kami keluar ke pasar malam... yeay...

punyerlah ramai manusia... tak borong byk, cuma mencari makanan buat santapan makan malam. Kami sempat beli jagung manis (jagung mutiara - yg sedap di makan begitu sahaja tanpa perlu rebus/stim/ bakar a.k.a. makan mentah), roti dan jem (jem strawberi homemade yang sgt sedap) untuk dibuat sarapan pagi keesokan harinya. Pastu makan strawberry cicah coklat, ala2 kesukaan Siti Nurhaliza...saje gatal nak try mcm mana lah rasanya strawberry makan dgn coklat ni yang menjadi feveret Siti dan kesukaan ramai... ngeng ngeng ngeng...pastu tak sah kalau tak try sayur celup tepung.. klik ENTRY nih

makanan yg bnyk di pasar mlm..pilih je apa nak makan
strawberry celup coklat

homemade jem strawberi

pas dah beli belah makanan... kami pon balik umah penginapan.. makan malam..... rehat.... tidurrrr...


No comments:

Post a Comment