Friday, 28 September 2012

Cameron Highlands 6 - bubbye cameron



bersambung dari Cameron Highlands 5 - food fair

17 Sept 2012

Selepas solat subuh, kami membawa anak2 keluar bermain di sekitar kawasan rumah untuk menikmati udara yang sejuk lagi segar, Jarang sekali dapat menikmati suasana yang begitu damai dan tenang sebegini, tidak ada yang perlu dikejar2 berbanding dengan suasana hiruk pikuk dan sibuk di bandar. Saban hari melalui rutin yang sama sehingga menjadi bosan dengan bau asap kota. Jadi percutian yang pendek ini cukup memberi kerehatan minda dan fizikal, menyah-stress kan diri dan lari dari rutin kebiasaan yang memenatkan. Anak2 juga suka akan susana damai ini.










Selepas bermain di luar, masing2 mandi dan bersiap sedia untuk sarapan...roti, jem strawberi, jagung mutiara, dan dipasangkan dengan teh hijau Boh.....ahhhhh....kombinasi yg nyaman. Kami berehat sebentar di rumah dan kemudian mula mengemas beg masing2...anak anak berehat sahaja....sigh....tak bestnyer sbb dah nak kena balik ke bandar. Tidak.....tak nak kerja boleh tak....(hehehe)....Kalau diberi kesempatan, nak datang lagi...



Selepas semuanya selesai, bilik2 juga sudah dikemas, barang sudah dimasukkan ke dalam kereta, kami pon bergerak ke pasar Kea Farm untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa kembali ke rumah. Antara ole ole yang dibawa pulang ialah jagung mutiara dan buah strawberi. Dah lepas beli barang, saya dan kakak pon bergerak kembali ke KL. Kami menyusuri jalan ke arah Tapah.



Kami singgah di Masjid di Tanah Rata untuk bersolat Zuhur+Asar jama' takdim...saya tukar baju sat sebab Insyirah bocor (lagi)...kencing byk budak ni....


Sedih pulak meninggalkan tempat yg damai ini.... dalam perjalanan pulang, Mujahid nyenyak tidur, Insyirah pula bok bek sembang macam2 tapi tiba2 je senyap...sepi....ingatkan dah nak tidur..rupa2nya......

...
...
...
...
uwekkkssss

habis baju saya kena muntah....bau muntah tu dah cukup meloyakan saya...tahan ajelah..kalau tak nanti saya pon tumpang muntah sama. Suami berhenti tepi gerai orang asli untuk bagi ruang pd saya bersihkan diri saya dan membersihkan Insyirah sekali. Dah lepas tu Insyirah pon lelap dibuai mimpi. Tapi tak nafikan jalan balik ke Tapah ni lebih berbelit berbanding jalan dari Simpang Pulai yang lebih landai dan kurang terasa liku2nya.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah pd waktu Maghrib (sempat saya nak mandi dan tukar baju yang bau2 masam muntah tu...)






No comments:

Post a Comment