Friday, 30 November 2012

Oktober - November

Nih adalah serba sedikit aktiviti yang dijalankan sepanjang dua bulan ni

7 Oktober, Ahad - Saya ada kursus di PPUM, Kursus Diabetic Retinopathy. Yuran kursus ini dibayar oleh PKD. Saya memilih untuk pergi ke kursus tambahan ini adalah untuk mengumpul credit points untuk kursus (kami ada KPI untuk jumlah kursus yang perlu hadir...jumlah 7 hari...kursus 6 jam = 1 hari) di samping keinginan untuk belajar funduscopy dengan lebih mendalam...saya mmg tak terror funduscopy ni.. susah untuk hargainya kalau anak mata tidak diletakkan ubat dilator..mydratids. Tp di kursus ini, kami ada sesi praktikal, utk berlatih menggunakan alat funduscopy dan kami diberi pesakit betul untuk membuat pemeriksaan... sangat menarik sebab terasa terang..nampak segala macam di belakang anak mata...selain sesi praktikal, kami juga ada beberapa sesi ceramah. kursus habis jam 2pm.Tunggu encik suami datang jemput sbb saya tak reti jalan2 KL ni...nak sesat melarat boleh lah.

9 Oktober, Selasa -  Period dah lewat seminggu... tapi saya tak heran sangat sebabnya bulan sebelum tuh pon saya lewat seminggu jugak...masa time tu, saya buat UPT negatif..jadi saya fikir kali ni sama kot. Tapi badan dah mula rasa lesu teramat..bukan penat sikit2 mcm slalu tapi memang rasa lesu lain macam (macam masa mula2 tahu saya mengandungkan Insyirah dulu..mcm tu jugak)..aik....tp saya buat tak tahu jelah. Kemudian, masa pergi kursus aritu dah mula rasa pening2 lalat...semakin lama semakin ketara...selasa tu dah mula sedikit mual...alamak....akhirnya saya buat juga UPT....yelah...POSITIF..

Perasaan masa tu bercampur baur. gembira pon ada...mmg tringin nak tambah lagi sorang...dah terasa rindu nak merasai kehamilan sekali lagi. masa tu nak dijadikan cerita, teman2 sekerja pon berderet2 "mengaturkan" diri mengambil giliran masing2 mengandung dan menanti untuk bersalin.mmg cukup kuat pengaruh duduk di unit KKIA ni..patutlah YM saya bagi "amaran" jika berada di unit tu..auranya cukup kuat. mana taknyer dok tengok ibu mengandung tiap2 hari.mesti akan terbit perasaan ingin kembali hamil. dan memang sebelum2 ini, ramai rakan2 saya yg melalui nasib yg sama..masuk je KKIA...mrngandung..masuk je..mengandung.. saya sangkakan "badi" tuh tak kena kat saya...tapi malangnya tidak...hahaha....seperti yang dikatakan, dah tiap2 hari periksa orang mengandung, jadi kita pon terimbau2 kenangan mengandungkan anak2...jadi terasa teringin tuh ada walaupun dalam hati belum bersedia sangat lagi....

mcm saya kata...gembira sudah tentu gembira sbb nak tambah lagi seorang zuriat.. dah lama takde baby kecik di rumah....dan yang penting,.sudah tentu gembira dengan rezeki kurnian Allah yang tidak disangka sangka ini... rezeki anak...murah rezeki....saya sambut rezeki ini dengan Alhamdulillah

tapi...perasaan tidak gembira atau lebih sesuai...."keliru" juga bermain dalam kepala. bukan keliru mcm mana...nak kata belum bersedia pon..bukanlah tak bersedia mcm mana... tp kalau ikut perancangan, nak tangguhkan dulu sehingga tahun hadapan, selepas kami menunaikan ibadah haji. InsyaALlah tahun hadapan adalah giliran suami saya dan kami merancang untuk langsung ke Tanah Suci. Tahun giliran saya lewat lagi. Disebabkan saya mendaftar tahun 2008, giliran saya hanya pd tahun 2025. Tapi suami dah daftar lama dan dah banyak kali menangguhkan pemergian, kali terakhir tawaran pada tahun 2008, kami tidak terasa untuk pergi kerana usia cahaya mata pertama kami baru mengjangkau 10-11 bulan (jangkaan umur ketika waktu musim haji tahun tersebut)..kami sangka anak masih kecik lagi...anak pertama lah katakan...jadi suami pon menagguhkan sekali lagi ke tahun 2013..kali ni kami bernekad....ini kali terakhir kami akan menangguhkan hasrat ke Tanah Suci...jadi kalau perancangan yang "perfect"...nak tangguhkan ada baby kecil dulu lah juga..nanti berat hati nak ditinggalkan untuk masa yang lama.

Allah Maha berkuasa dan Maha mengetahui segala sesuatu...telah terbentang satu rancangan lain buat kami. Ditakdirkan Allah saya mengandung di luar perancangan...jadi itulah penyebab utama kekeliruan berlaku. Saya smpaikan khabar baik itu kpd encik suami dan cik abang sambut dengan gembira. Apabila saya nyatakan kekeliruan saya, suami jawab mudah..."takpe...insyaAllah okay..lagipun kita cuba dulu buat rayuan...tengok rezeki mcm mana. ambil satu persatu."..Jadi, saya pon redha diuji begitu.Nak elak sgt dr meninggalkan anak kecil dulu..Nah,,amek kaw...nih lagi kecik... anak akan berusia 3-4 bulan ajer

14 Oktober - 20 Oktober - suami kena pergi Bali seminggu. Saya pulak seperti biasa bila encik suami outstation jauh2 dan lama begitu, saya suka amek cuti sikit2 supya mudah bagi saya menguruskan anak-anak...takdelah kelam kabut terkejar2 di awal pagi.Pd asalnya saya ambik cuti 2-3 hari di penghujung minggu namun disbbkan alahan pagi saya mula melanda...saya membuat keputusan untuk terus bercuti pd minggu itu. Nasib baik boss bagi cuti sbb mungkin bukan pada masa kemuncak. Saya memang teramat pening dicampur pula dengan muntah2 sehinggakan tidak lalu makan. Dalam keadaan tersebut dan terpaksa menguruskan anak2 seorang diri memang agak mencabar.

23 Oktober, Selasa - Kakak dan abang ipar pergi menunaikan ibadah haji di bawah pakej agensi haji/umrah Gemilang. Memang rezeki mereka untuk menjadi tetamu Allah pada tahun itu. Pada asalnya mereka menunggu ke saat akhir menantikan kuota untuk menunaikan haji namun pd hari jumaat, 19 Oktober, pihak agensi memulangkan pasport mereka kerana pihak Tabung Haji mengatakan tiada lagi kuota dikeluarkan oleh pihak Arab Saudi. Ramai mengatakan tahun itu tahun Haji Akhbar. Namun, pada tengah malamnya, abang ipar menerima panggilan dari pihak agensi bahawa Arab Saudi mengeluarkan kuota tambahan dan jika berminat, mereka harus menghantar pasport mereka keesokan harinya. Ada jemaah yang terima tawaran last minute itu..ada yang tidak kerana dek kesuntukan masa.Kakak dan abg ipar menerima tawaran tersebut dan dengan tergesa-gesa membuat persiapan. Di saat terakhir, mereka terpilih menjadi tetamu Allah. Allahu akhbar..itulah kuasa Allah...DIA-lah yang menentukan sesiapa sahaja yang DIA mahu menjemput menjadi tetamuNYA. Kakak yang nak pergi Haji, saya pulak yang berdebar-debar.

tgh menunggu flight di klia

26 Oktober, Jumaat - RAYA HAJI 1433...tak pergi mana2, kami balik Lenggeng aje. anak2 buah pakat ikut cikgu taska balik kampung cikgu. 

2 November, Jumaat - Balik Terengganu sat sebab raya lepas tak balik sana dan sbb nak bawak mak balik KL.

5 November, Isnin - Saya kembali bekerja setelah bercuti 15-19 Oktober aritu, dan dua minggu MC disebabkan alahan mengandung yang sangat teruk. Doktor kat klinik byk kali menyuruh saya untuk dimasukkan ke wad tapi saya yang tidak mahu kerana saya hanya memerlukan rehat dan banyak air...itu sahaja..disebabkan kondisi saya yang teruk ini, pada mulanya saya memohon untuk mengambil cuti tahunan untuk mengelakkan dari MC terlalu banyak tapi boss tak bagi sbb kurang pegawai. Dia faham akan masalah saya tapi dia nak jaga kredibiliti dia juga..kalau dia luluskan cuti saya dalam keadaan org yg tidak mencukupi, pihak atasan akan nampak seolah2 dia tidak pandai mengemudi klinik tersebut. Jadi boss kata kalau betul2 sakit, amek je lah MC. So terpaksalah saya amek MC..nak jaga kredibiliti boss, rekod saya lak rosak sbb byk MC...(sebelum2 tu saya baru amek 3 hari MC...memang betul2 sakit tau!!) Nak tak nak kena paksa juga pergi kerja dalam keadaan yang tidak sihat itu...jadi saya memohon agar ditempatkan di klinik 1Malaysia kerana kerjanya ringan dan saya tidak perlu bergegas di awal pagi ketika alahan kemuncak di waktu itu...masuk K1M jam 1000am..ada lah masa sikit untuk berehat di awal pagi. Namun ia bukan satu hal yang mudah kerana saya terpaksa memandu sejauh 53 km pergi, 53 km balik setiap hari dalam keadaan mual2 dan pening2 yang teramat sangat itu. Saya hanya membawa kereta lingkungan 70-80kmph..kalau pening teruk sangat, saya duduk di lane kiri skali dan memandu hanya 60 kmph....sampai lori pon potong saya!!  Bwk 60kmph di Lebuhraya PLUS....tak leh bayangkan...nak dibandingkan kebiasaannya saya membawa 100-110kmph..dan kalau terlambat atau dalam mood nak bwk laju, saya pecut 120kmph...(untuk kaki pecut...yelah..aku tau pada korang apalah sgt 120kmph tuh kan...korang pecut 140-160 kmph....tapi pd aku 120kmph tuh kira dah tahap pecut lah...bwk pulak myvi..nak melayang boleh lah...)....skali skala smbil bwk kereta dalam keadaan pening tuh, diselang seli dgn rasa mual...ada gak kerna berhenti kat perhentian/ R&R untuk berehat sebentar atau muntah di situ..muahaha...mcm2 ragam rupanya.

24 November, Sabtu - Kakak dan abang ipar selamat kembali dari Tanah suci kota Mekah. Alhamdulillah..seronoknya. Saya juga ingin menuruti kakak saya, pergi haji di usia yang muda. Saya berasa teramat bersyukur kerana kakak dan abang ipar selamat kembali ke pangkuan keluarga. Mereka nampak teramat gembira dengan pengalaman yang terindah itu.





No comments:

Post a Comment