Monday 4 July 2011

hobi saya

wujudnya blog ini (dan sebelum ini) adalah merupakan satu minat/ hobi saya. kalau sesetgh org mempunyai beberapa hobi, saya pula mempunyai banyak hobi. dan salah satunya ialah menulis journal/ diari. saya sudah lama berkecimpung dalam era ini, sejak dr sekolah menengah rendah lagi. pd ketika itu, saya mula menulis dalam buku scrapt yg diberi nama journal. mcm2 saya tulis dalam tuh, dan dulu2 saya tulis dalam bahasa english kerana saya ingin menguatkan lagi penguasaan bahasa kedua itu. inspirasi pula dr cikgu english saya yg memang gemar menggalakkan kami mempunyai personal journal sendiri. antara benda2 yg saya tulis termasuklah aktiviti harian hinggalah angan2 saya dan mimpi2 saya. kemudian kerana kesibukan belajar, saya tidak sempat menulis sangat dan hanya menulis utk aktiviti2 tertentu sahaja.

pd tahun 2006, saya diperkenalkan kpd sistem blogging dan selepas itu saya mula kan kembali aktiviti menulis saya, tp kali ini bukan lagi dalam buku, tapi dalam blog, dunia IT lah kata kan. mcm2 yg saya tulis. yelah, malang sekali, blog saya sudah dimusnahkan beberapa hari yg lalu, maka saya terpaksalah memulakan blog baru ini bagi meneruskan minat saya utk menulis dan berkongsi pengalaman saya. saya juga suka mencuba mcm2 benda dan sbb itu mcm2 widgets/ gadgets yg saya cuba utk blog saya.dengan adanya blog ini juga, saya dpt meluahkan rasa isi hati saya terhadap sesuatu isu/ perkara..kadang kala lebih mudah menulis dr berkata2. kdg2 terlepas beban stress kerana dpt menulis serba sedikit dalam blog.

di samping menulis, saya juga gemar mengumpul setem/ syilling/ duit dr negara asing - masa kecil2 saya memang aktif dengan hobi ni, sehingga sekarang saya masih mengumpul setem tp sekali sekala sahaja.

sejak saya bekerja di tmpt kerja baru ini (KK Seremban) 4 bulan yg lalu, saya merasai kehidupan saya lebih teratur dan stabil berbanding masa housemanship dulu. jadi saya lebih byk mempunyai masa bersama keluarga dan juga utk melakukan aktiviti2 yg saya gemari seperti berkebun, menjahit dan memasak.
dr kecil2 lagi saya juga gemar berkebun dan sentiasa mendapat hasil yg sederhana dr tanaman saya. sama juga dengan menjahit dan membuat kraf. saya byk luangkan masa membelek2 pokok2 saya yg hasil tanaman arwah ibu saya dahulu yg diimport jauh dr ipoh ke KL. sama juga dengan menjahit, saya mewarisi mesin jahit arwah dan dr situ, saya mula aktiviti menjahit saya.

baru2 ini saya membeli electric oven, maka ia juga menambah2kan hobi memasak saya,,ditambah pula dengan minat saya yg saya suka mencuba dan membuat sesuatu sendiri (homemade/ do-it-yourself)

tp yg pastinya byk2 hobi yg saya ada ini, semuanya diwarisi dr arwah mak saya kerana arwah mak saya juga suka berkebun, menjahit/ kraf, menulis journal, memasak serta mengumpul setem.

saya rasa bersyukur kerana walaupun arwah mak saya sudak tiada lagi, namun minatnya masih bersama2 dengan saya. pokok yg ditanam oleh arwah mak saya juga kini berada bersama2 saya, jadi saya ingin menjaganya dengan baik. mesin jahit arwah juga bersama saya dan koleksi2 setem arwah yg terdahulu juga dihadiahkan kepada saya (yg ini sejak dr sekolah menengah lagi)>=.....

1 comment:

  1. hi Doc Dalisha.. enjoy reading your posts.. keep up the good work.. :)

    ReplyDelete