Friday, 28 September 2012

Cameron Highlands 6 - bubbye cameron



bersambung dari Cameron Highlands 5 - food fair

17 Sept 2012

Selepas solat subuh, kami membawa anak2 keluar bermain di sekitar kawasan rumah untuk menikmati udara yang sejuk lagi segar, Jarang sekali dapat menikmati suasana yang begitu damai dan tenang sebegini, tidak ada yang perlu dikejar2 berbanding dengan suasana hiruk pikuk dan sibuk di bandar. Saban hari melalui rutin yang sama sehingga menjadi bosan dengan bau asap kota. Jadi percutian yang pendek ini cukup memberi kerehatan minda dan fizikal, menyah-stress kan diri dan lari dari rutin kebiasaan yang memenatkan. Anak2 juga suka akan susana damai ini.










Selepas bermain di luar, masing2 mandi dan bersiap sedia untuk sarapan...roti, jem strawberi, jagung mutiara, dan dipasangkan dengan teh hijau Boh.....ahhhhh....kombinasi yg nyaman. Kami berehat sebentar di rumah dan kemudian mula mengemas beg masing2...anak anak berehat sahaja....sigh....tak bestnyer sbb dah nak kena balik ke bandar. Tidak.....tak nak kerja boleh tak....(hehehe)....Kalau diberi kesempatan, nak datang lagi...



Selepas semuanya selesai, bilik2 juga sudah dikemas, barang sudah dimasukkan ke dalam kereta, kami pon bergerak ke pasar Kea Farm untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa kembali ke rumah. Antara ole ole yang dibawa pulang ialah jagung mutiara dan buah strawberi. Dah lepas beli barang, saya dan kakak pon bergerak kembali ke KL. Kami menyusuri jalan ke arah Tapah.



Kami singgah di Masjid di Tanah Rata untuk bersolat Zuhur+Asar jama' takdim...saya tukar baju sat sebab Insyirah bocor (lagi)...kencing byk budak ni....


Sedih pulak meninggalkan tempat yg damai ini.... dalam perjalanan pulang, Mujahid nyenyak tidur, Insyirah pula bok bek sembang macam2 tapi tiba2 je senyap...sepi....ingatkan dah nak tidur..rupa2nya......

...
...
...
...
uwekkkssss

habis baju saya kena muntah....bau muntah tu dah cukup meloyakan saya...tahan ajelah..kalau tak nanti saya pon tumpang muntah sama. Suami berhenti tepi gerai orang asli untuk bagi ruang pd saya bersihkan diri saya dan membersihkan Insyirah sekali. Dah lepas tu Insyirah pon lelap dibuai mimpi. Tapi tak nafikan jalan balik ke Tapah ni lebih berbelit berbanding jalan dari Simpang Pulai yang lebih landai dan kurang terasa liku2nya.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah pd waktu Maghrib (sempat saya nak mandi dan tukar baju yang bau2 masam muntah tu...)






Thursday, 27 September 2012

Cameron Highlands 5 - food fair



Bersambung dari Cameron Highlands 4 - Strawberry farm/ Butterfly Farm

Saje jer letakkan entry nih nak cerita serba sedikit tentang makanan2 yang mesti dicuba di Cameron Highlands. Al maklumlah orang mesia kan suka bab2 makan/ makanan/ masakan nih. Sebernarnya makanan2 nih boleh je jumpa di kat bawah ni tp sana dibuat secara besar2an dan dan susah nak cari di merata tmpt lain.

Jagung mutiara dan jagung bakar

jagung ni mmg kompem hanya jmpa kat cameron... setakat ni x pernah jumpa kat tmpt lain lagi.. jagung ni sangat manis dan ianya boleh dimakan mentah.. maknanya tak perlu masak lah.. mmg sedap tp bagi sia[a yang tak biasa makan mentah2, memang rs pelik skit.. jadi mcm saya, saya celur sket dalam air panas. Jagung mutiara ni tak leh simpan lama2 sbb nanti dia tawar...sebab dah pernah jadi kat saya... bawak balik ke KL konon nak makan kemudian.. skali rasa dah tawar hebeiaq

jagung bakar jgn lupa ye... sodap..tp ni leh cari kat mana2 pasar malam.

jagung mutiara tu mmg kaler dia capuk2 gitu...sebelah kanan jagung manis bakar


Sayur celup tepung

next ialah sayur celup tepung.. antara sayur yang menjadi pilihan adalah brokoli, cendawan dan kimchan (pucuk lili)... kesemuanya sedap. brokoli dan kimchan goreng hanya didapati di CH aje... cendawan goreng ada kat mana2 pasar malam. Kimchan ni susah sket nak cari kalau kat bawah ni...especially yg fresh kudup tu... kalau ada pon yang dah dikeringkan...sayur ni makanan org cina, dorg slalu buat sup... tringat arwah mak suka buat sup sayur sawi letak fuchok, suhun, taufu dan kimchan ni...yum yum

inilah dia rupa sayur celup tepung, yg kanan tu kimchan

ini pulak rupa kimchan, sebelah kiri yg kering, yg kanan yg segar (lily buds)


Strawberry celup coklat

Hanya dijumpai di pasar malam kat CH je.(stakat yang saya tau lah.. lagipun sy nih bukannyer jenis org yg merayap melilau ke pasar malam merata2 tempat melainkan kat sekitar cheras/ kajang/ bangi aje.) ni diglamorkan oleh Dato Siti kita..apa lagi... cuba jgn tak cuba....




sayur-sayur/ buah-buahan

nak beli sayur yang segar..sila lah..geram tengok sayur2 yang menghijau... lagi satu feveret orang ialah petai dan rebung yang dijual di tepi2 jalan...ooo jangan lupa madu asli...yup..

atas: petai; bawah kiri: rebung & madu; bawah kanan: sayuran



Cameron Highlands 4 - Strawberry Farm/ Butterfly farm



Bersambung dari Cameron Highlands 3 - Sg Palas Tea Plantation

 
Hari yang sama (16 Sept 2012), selepas bersiar2 di sekitar Sg Palas Tea Plantation, kami pon bergerak mencari strawberry farm yang terhampir dengan kedudukan kami. Saya tak ingat apa nama farm ni tapi masa tu takde orang melainkan kami anak beranak. Salah seorang pekerjanya, seorang warga Bangladesh melayan kami. Naik boring juga sbb strawberry nyer takder sbb di luar musim. ada cipoot2 je buahnya, semuanya kecik2 mcm baru nak menjadi. Disebabkan takde benda yang menarik sangat di situ, kami pon buat keputusan untuk bergerak ke Taman Rama-rama.

Bangla tolong amek gambo



Sampai Taman Rama-rama, anak2 sudah mula excited...(ibu nyer pon excited..ntah lah excited sbb apa tp gamaknya sbb dpt jalan2 kot)...masuk taman rama2....melompat2, menjerit2 anak2 sbb excited tgk rama2 punyerlah banyak...selain rama2, anak2 suka tengok ular (eeeeewwww ibunya sangat geli)... dan last skali anak2 duk tenung gelak2 tengok gelagat kura2. Tak banyak nak diceritakan sangat, biar gambar ajelah yang "bercakap"....







Pastu dalam perjalanan ke pekan Brincang, kami singgah kat Cactus Valley, saje saya suka tgk2 pokok2 yang ada tu. anak2 sibuk main pusing2 sekitar kawasan situ sbb tmptnya yg luas. saya sempat cekup dua jenis pokok - satu pokok hati2, satu lagi pokok bunga warna purple kecik2 (tak tau nama dia)...



ni salah satu bunga yg saya beli.. tp xtau nama...baby daisy kot
pokok hati hati

anak anak main kat cactus valley


Habis tu, kami pon balik ke pekan untuk mencari makan tengahari..masa tu dah nak jam 3ptg. Insyirah kencing byk sgt smpai bocor. Terbantut nak makan kat kedai, maka kami bungkus aje lah jawabnyer. Cepat2 balik ke penginapan kami sbb nak bersihkan Insyirah...bila dah balik umah, bersih2 semua, solat, makan tghari..kami pon bersantai aje di rumah menanti kakak saya yang bercadang untuk tumpang menginap sekali. Dan zzzZZzz sekejap.

Ptg tu anak2 sempat main sekejap di luar, akhirnya kakak pon smpai. Anak2 buah sempat join main di luar tp tak lama, dorang kena pakat hambat masuk dalam rumah sbb dah nak maghrib. Mandi manda, solat, rehat, lps isya' kami keluar ke pasar malam... yeay...

punyerlah ramai manusia... tak borong byk, cuma mencari makanan buat santapan makan malam. Kami sempat beli jagung manis (jagung mutiara - yg sedap di makan begitu sahaja tanpa perlu rebus/stim/ bakar a.k.a. makan mentah), roti dan jem (jem strawberi homemade yang sgt sedap) untuk dibuat sarapan pagi keesokan harinya. Pastu makan strawberry cicah coklat, ala2 kesukaan Siti Nurhaliza...saje gatal nak try mcm mana lah rasanya strawberry makan dgn coklat ni yang menjadi feveret Siti dan kesukaan ramai... ngeng ngeng ngeng...pastu tak sah kalau tak try sayur celup tepung.. klik ENTRY nih

makanan yg bnyk di pasar mlm..pilih je apa nak makan
strawberry celup coklat

homemade jem strawberi

pas dah beli belah makanan... kami pon balik umah penginapan.. makan malam..... rehat.... tidurrrr...


Tuesday, 25 September 2012

ada lagi pemeriksaan haji

Ingatkan dah habis pemeriksaan haji. hari ini ada lagi satu sesi tambahan disebabkan masih ramai jemaah haji yang belum melakukan pemeriksaan kesihatan lagi.. ini disebabkan oleh panggilan kuota tambahan/ kes gantian yang telah ditambah oleh pihak Lembaga Tabung Haji. Tabung Haji meminta saya agar dapat membantu untuk melakukan pemeriksaan tambahan itu. Jemaah haji yang terlibat ramai, jadi saya terpaksa panggil rakan saya dari KK Seremban 2 untuk datang membantu. KAmi buat waktu pagi je, alhamdulillah selesai dengan lancar. Petang tu saya di tagging di KKIA.

Sunday, 23 September 2012

Cameron Highlands 3 - Sg Palas Tea Plantation


Bersambung dari Cameron Highlands 2 - Rumah Penginapan TNB Sharples

 16 Sept 2012

Awal pagi lagi anak2 sudah bangun...lepas mandi, kami biarkan mereka bermain di taman permainan di luar rumah buat seketika. Sambil menemani mereka, kami suami isteri menikmati susasana damai yang segar, sejuk dan tenang di pagi hari. Anak2 juga gembira dapat bermain2 dalam suasana yang selesa itu.

Selepas puas bermain, kami bergerak keluar untuk mencari gerai/kedai untuk sarapan pagi....sebenarnya kami tak tahu nak menuju ke mana, jd kami pusing2 di sekitar pekan Brincang..mencari tmpt yang sesuai. Masa tuh tengah hujan lebat....alahai..macam mana nak jalan dalam hujan2 nih....anyway, rata2 kedai dipenuhi pengunjung, jadi kalau boleh kami nak cari kedai yang kurang orang. Akhirnya kami berlabuh di salah satu kedai corner lot di bawah Hotel Titiwangsa. Makanan pon dah tak banyak pilihan, saya dan suami makan nasi goreng dan anak teruna kami makan mee goreng...feveret dia.Sambil menikmati sarapan kami, sambil2 tuh menunggu hujan reda.




Disebabkan kami pon tidaklah berapa ingat nak berjalan mana kat Cameron ni, kami pon buat keputusan untuk mencari Pusat Informasi...bila tanya orang, Pusat Informasi nyer terletak di Tanah Rata. Jadi kami pon menghala ke sana dalam keadaan yang masih gerimis. Kami tiba di Century Pines Hotel dan bertanyakan arah dari mereka. Akhirnya kami sampai di "I" dan membeli senaskah peta untuk dijadikan panduan. Setelah habis menelaah peta..kami buat keputusan untuk ke Ladang Teh Sungai Palas....daki balik ke Brinchang. Jalan ke sana agak sesak, masing-masing keluar mencari tempat untuk berkunjung



Setibanya di Ladang Teh Sungai Palas...kami tersangkut di jalan kecil menghala ke pusat informasinya/ kilang teh...mula2 terpinga juga kenapa kereta langsung tidak bergerak. Jauh di bawah, kami nampak kereta mulai sangkut di pintu pagar utama pusat teh. Jalan seterusnya tidak sesak bahkan tiada kereta langsung di sana. Tapi kami hanya sabar menunggu seperti pengunjung-pengunjung yang lain. Seperti orang lain, sambil menunggu di situ, kami pon keluar dari kereta dan ambil kesempatan untuk mengambil gambar....selepas itu, kami nampak sedikit demi sedikit kereta mula bergerak masuk ke arah pusat teh. Rupa2nya pusat teh ditutup untuk sementara waktu sehingga jam 1030am untuk memberi laluan sambutan Hari Malaysia. Oooooo...ingatkan langsung tidak dibuka...mula2 dah rasa kecewa jugak...

Lepas cari parking, kami pon berjalan ke pusat teh. Sambil berjalan sambil mengambil gambar. Anak-anak kelihatan gembira melihat pokok teh yang tidak pernah dilihatnya sebelum itu. Suasana begitu cantik, damai dan tenang...sungguh hijau....Kami berjalan di sekitar pusat tersebut sambil menikmati pemandangan yang teramat cantik ini....subhanallah! Kat situ ada kilang demo, di situ ada demo mcm mana daun2 teh diproses. tapi disebabkan hari tu hari cuti umum, maka kilang demo tersebut tidak beroperasi.











Setelah berada seketika di pusat teh, kami pon membuat keputusan untuk bergerak ke ladang strawberry...kat sini memang banyak ladang2 strawberry tapi nak pergi yang mana satu ye???... kami pon tak tahu, jadi kami buat keputusan untuk pergi ke ladang yang paling hampir yang kami nampak.