Sunday 4 December 2011

fasa baru..kerisauan saya

kehidupan kita penuh dengan fasa2 yg berbeza.. dari alam roh ke alam rahim ke alam dunia ke alam barkzah dan kemudian ke alam akhirat. dalam meniti fasa kehidupan di alam dunia ini, kita terpecah pula ke fasa2 lain, dr bayi ke kanak2, kpd remaja, dewasa, alam perkahwinan, berzuriat etc.

selepas melalui alam menjadi ibu bapa, kini saya melangkah pula menjadi ibu kepada anak bersekolah. tahun hadapan, anak sulung saya, Mujahid akan memulakan sesi persekolahannya di tadika. kalau ikutkan tahun, Mujahid masuk 5 tahun tahun hadapan, tp disbbkan Mujahid lahir di hujung tahun, maka dia masih 4 tahun 1 minggu apabila memulakan sesi persekolahannya.

rupa2nya pening juga nak memikirkan hal2 sekolah nih. pertama, nak fikir nak hantar ke tadika mana? sudah tentu nak cari yg terbaik tapi manakah yg terbaik? di smping itu, banyak tadika2 sudah tentu akan mempromosikan mengatakan programnya yg terbaik....dalam proses itu juga, yg menjadi permasalahan kedua adalah bajet/ kewangan. sama ada mampu atau tidak utk ke tadika itu. susahnya nak buat keputusan....nak 'syllabus' yg bagus tapi bayaran yg murah..ada ke??? gaji kami berdua duk takat tuh je... ntah lah bila kerajaan nak naikkan gaji nih. selain drpd tu, masalah ketiga ialah pengangkutan...untuk membawa Mujahid ulang alik dari tadika ke taska....mencabar rupanya ye menjadi ibu bapa ni.... yer betul... memang bukan senang jadi ibu bapa...banyak tanggungjawab.

dalam byk2 persoalan yg bermain di kepala seperti yg disebutkan di atas tadi, yg paling saya 'nervous' ialah memikirkan mcm mana nanti gelagat anak teruna saya nih dalam proses pembelajarannya...bukanlah nak berfikiran pesimistik tentang hal tu, cumanya sbb tak pernah lagi tengok dia belajar. di rumah pun, ajar sikit2 aje...almaklumlah kekangan masa buat saya yg terkejar2 menguruskan rumah termasuk masak, 'laundry' dll. di rumah, apabila berpeluang utk mengajarnya, Mujahid seakan2 tidak berminat dan tidak fokus. tapi apabila bertanya tentang progress anak saya di taska, cikgu2nya kata dia ok... sekarang nih pon Mujahid dah belajar Iqra' di taska....ikut makluman cikgu, Mujahid cepat tangkap..... terang hati..... berbunga2 hati saya mendengarnya... alhamdulillah.... dalam byk main, nak juga anak saya nih belajar....saya mengagak mungkin anak teruna saya ini perlukan suasana pembelajaran yg kondusif, sokongan rakan2 sebaya dan cikgu2 yg ada. di rumah, banyak selingan dan gangguan seperti mainan dan tv. pastu biasanya susah sikit nak dengar kata ibu bapa berbanding dgn cikgu2.

'nervous' menjadi2 bila kita lihat anak orang lain lebih laju dan 'super'. Ya, saya tahu...setiap anak adalah merupakan individu yg berbeza, jangan sesekali membanding2kan mereka kerana ini akan punahkan sifat kendiri mereka (self esteem)... bukan niat nak membanding2kan, cuma melihat perkembangannya (developmental milestone) terutamanya yg dibandingkan itu adalah sepupu2nya yg sebaya. Yg membezakannya ialah Mujahid lahir hujung tahun, maka perbezaannya hampir2 setahun, mungkinkan 'milestone' nya memang sesuai aja dengan umurnya yg lewat itu. kanak2 lain juga fasih namun Mujahid pelat...walaupun saya seorang doktor, kadang2 tak semua saya tahu... tak semua ada dalam buku..ramai sangkakan saya tahu namun saya hanyalah seorang ibu biasa yg turut mempunyai perasaan risau akan anak2nya. saya tertanya2...anak2 lain yg masuk tadika, semuanya sama aje ke..maksud saya, tak pandai tulis, baca etc.. 

semalam baru je pergi Hari Terbuka Little Caliph Duta Iman di Taman Dutamas...cawangan baru di BTHO ni..mcm menarik....tapi masa di sana, salah seorang cikgu di sana sempat melayan Mujahid. tiba2 dia tegur saya mengatakan anak saya nih "istimewa" sedikit. saya tak tahu nak respon mcm mana.... dia kata begitu mengikut pemerhatian dia cara Mujahid bermain dan mewarna topeng singa. dia kata anak saya takkan belajar mcm kanak2 lain yg seusia dengannya..mungkin dia akan nampak lewat/ kurang faham berbanding yg lain.dia nampak aktif dan kurang fokus/ kurang memberi perhatian. dia kata dia ingin memberitahu saya supaya saya sedar dan tidak menyalahkan anak saya sekiranya dia tidak 'perform' seperti yg diinginkan lalu memarahinya dan berputus asa...dia kata saya kena bersabar dan usaha lebih dr ibu bapa lain, saya kena byk luangkan masa mengajar dia. namun dia nmpak potensi Mujahid, dia kata lagi, Mujahid sebenarnya bijak dan kreatif dalam menyelesaikan masalah/ mencari penyelesaian masalah. saya terpinga2. apa yg harus saya lakukan? apa yg dia maksudkan? inilah yg menambah2kan kerisauan saya. saya pon sedia maklum yg anak saya ni kuat main, kadang2 buat mcm tak dengar... (telinga tersumbat ke?) tapi tak jangka hingga sebegini. sedangkan Iqra' di taska dia mengaji laju kata cikgunya....saya berdoa agar Allah mudahkannya utk saya dan Mujahid, kami sekeluarga..mudah utk Mujahid belajar, terangkan hati dia, dan terangkan hati saya utk mengajarnya juga...kita tunggu dan lihat perkembanganya nanti smbil doa dan usaha, Insya Allah...ameen.

cukup di situ...berbalik kepada 'nursery hunting' saya.........

pencarian pertama saya terhenti di PASTI. ingatkan nak hantar di situ kerana tertarik melihat kecilikan kanak2 usia muda begitu mampu memberi khutbah jumaat yg hebat (lihat youtube)....berdebat, berceramah, bersajak..subhanallah, bijak2 anak2 ini...aktif sukan dalam bola sepak, yg perempuan pula dalam bola jaring...pandai baca doa, hafal quran, hafal hadis... harap2 anak saya juga menjadi hebat sebegitu.... di samping itu, bayaran sesi pengajarannya adalah berpatutan dan mampu utk saya. berniat agar duit yg kita beri itu dapat juga sedikit sebnyk membantu pembangunan pendidikan kanak2 PASTI yg mana organisasi tersebut berjalan atas organisasi yg 'non-profitable'.

kemudian, tertanya2 pula psal Tadika Taman Kasih yg mana dimaklumkan bahawa cikgu2 berkaliber dan berdedikasi dalam mengajar terutamanya bab membawa. teringat anak saudara saya yg pd awalnya tidak tahu membaca,,dan dalam beberapa bulan sahaja.... wallaaaa...boleh membaca!!! saya nak anak saya pandai membaca. bab yuran pula, mahal skit dr PASTI.

di taman yg saya duduki, terdapat byk lagi tadika lain terutamanya tadikan yg berasaskan pendidikan Islam seperti Genius Aulad, Little Caliph dan CIC. bila melihatkan 'syllabus'nya, memang sungguh bagus dan ianya menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium bahasa utama pembelajaran. namun, yurannya agak mahal. hmm. jauh mahal sebenarnya.


jadi yg mana satu? akhirnya saya dan suami terpaksa duduk membuat belanjawan keluarga 2012.. walaupun sebelum ini sudah berkali2 dibuat, tapi perlu di'revise' kan kembali... Ya Allah, tunjukkan lah kepada kami apa yg terbaik utk kami dan anak2 kami...saya dan suami sebenarnya buntu, tak dapat nak buat keputusan. yg berminat, Little Caliph, tapi dr aspek kemampuan, mungkin lebih berat kepada PASTI/ Taman Kasih (tp lebih berat kpd PASTI sbb pembelajarannya berunsurkan Islam)....Little Caliph tuh pon bukan sbb apa, sbb kakak ipar saya pon hantar anak2nya ke tadika sama tp cawangan kajang lah...kakak saya juga dan daftarkan anaknya yg sebaja dengan mujahid di sana... kami dalam dilemma... saya cakap dengan suami, apa kata tanya mak.... bila mak yg kata/ buat keputusan/ bagi cadangan, rasa 'secure' skit.. sbb mak tahu segala2nya....akhirnya

Little Caliph...here we come....

saya dan suami kena bajet ketat skit lah nampaknya.... harap2nya Allah permudahkan utk kami dalam urusan ini.... moga juga dimurahkan rezeki kami anak beranak.... (mcm naik gaji ke...hehe, tambah elaun ke hehehe).. saya berdoa moga ALlah kurniakan rezeki kepada kami dr jalan yg tidak disangka2..seperti dalam ayat seribu dinar..kena slalu praktikkan dalam doa harian setiap kali lps solat...moga juga Allah kurniakan kami anak2 yg soleh/solehah lagi bijak dan cilik. Ameen.

"Apa yg kita fikirkan itulah yg merupakan doa kita" jadi saya kena berfikiran positif.!!! caiyuk...

13 comments:

  1. salam Pn dalisha...

    saya sbenarnye nak carik info pasal little caliph-Tadika Duta Iman tu... mcmana.. OK tak pembelajaran anak2 kat sane. Mnd to share your experience kat emel saya boleh, mamaneeya@gmail.com. sy pon 1st time nak anta ke skolah next year. mcm2 sy pk dlm fikiran saya... maklumla... ank baru sorang... ni plak..1st time.. kalo free... boleh emel saya kt emel atas ye.. tq.

    ReplyDelete
  2. Salam puan dalisha.. saya baru terbaca entry ni. saya nk tye pendapat pn delisha.. ttg liltle caliph tu.. boleh share pengalaman puan.. emailkan pd saya.. cicidark@gmail.com. tq pn..

    ReplyDelete
  3. Salam puan.saya memohon maaf kerana tidak berkwsempatan utk membuat balasan terutama puan nurul huda yg ternyata mmg sudah lewat utk menjawab persoalan puan.dek kesibukan bekerja maka blog saya bersawang agak lama.juga saya tidak menjangkakan akan ada org membaca blog saya..lebih2 lg tujuan asal blog ini adalah utk catitan diari utk diri sendiri...hehe..syok sendiri..tak sangka ia menjadi rujukan pula

    ReplyDelete
  4. Spt yg puan baca sebenarnya kami ingin menghantar anak kami ke pasti..silibus mmg mmg establish termasuk ada bahasa arab dan hafalan hadis. Namun disbbkan logistik..mudah utk dihantar sbb tadila LC tu on the way tmpt keje..maka ia menjadi pilihan.tu salah satu faktor pemilihan tadika.

    Di samping itu..dari segi syllabus..little caliph tidak jauh beza dgn tadika2 terkenal lain spt genius aulad, cic, brainy bunch..kesemua mengetengahkan program english islamic yg mana program yg semakin mendapat tmpt di hati ibu bapa sekarang. Puan boleh buat survey dgn beekunjung ke setiap tadika dan bertanyakan ttg syllabus mereka. Rata2 konsepnya lebih kurang sama cuma cara applikasi, teknik dan perlaksanaan xtvt je lain sket..kebykannya berkonsepkan tema mereka belajar ikut tema....setiap minggu atau bulan ada tema.masing2 pastu ada field visit..ada belajar sains ringkas etc...tema2 spt my family, vegetables & fruits etc.saya tidak dpt membuat perbandingan secara direct sbb tidak ada pendedahan dgn tadika lain selain dr Pasti.

    Melalui pemerhatian rakan saya yg pernah menghantar anaknya ke pre-school di UK..kebanyakan tadika di sini mengaplikasikan konsep pembelajaran yg sama..tp sana kan pendidikan percuma..rakan sy kata konsep ini sudah lama dipraktikkan di sana namun kita baru di peringkat awal..sini diletakkan harga yg mahal utk program pendidikan spt ini tp di sana percuma.

    Satu lagi konsep tadika ialah montessori.yg ni sy x berapa tahu sgt.pon semakin byk tadika islam yg lain menggunakan program montessori ini..biasanya tadika yg "kurg branded"..

    Semuanya sama bagus. Yg penting kena tgk syllabus, bajet puan mcm mana sbb ada tadika yg agak mahal...logistik..dekat atau jauh...ada daycare smpai ptg atau tidak (half day) - biasanya ibu bapa yg bekerja gemar yg full day (ada daycare)..sbb senang x payah transit.

    Lagi satu melalui pengamatan saya..tadika berjenama atau bwrprogram yg sudah establish mmg tidak nafikan syllabusnyer kukuh dan sudah terbukti..tp ia juga bergantung kpd operator dan tenaga pengajar masing2...sbg cth sahaja..ada tadika LC yg ok..tp tadika LC kat taman lain x ok..

    Semoga ini sedikit sbyk membantu.wallahu'alam

    ReplyDelete
  5. Lupa nak inform...LC dulu belajar iqra
    .kemudian upgrade ke qiraati..skng al- baghdadi.jgn risau..sama je (aritu sy punye risau sbb apsal ajar ngaji lain2..takut anak x leh cope)...dlm ms sama sy hntar anak ngaji iqra kat tmpt lain.so far so good

    ReplyDelete
  6. terima kasih berkongsi informasi..

    ReplyDelete
  7. baru prasan something,, takut org salah faham pula....tadika "kurang branded" nih saya merujuk kpd tadika selain yg glamer2 mcm Little caliph, genius aulad, brainy bunch..cic.....TAPI BUKAN BEERTI sbb dia kurang branded... maka dia kurang elok...NO NO NO....sbb ada tadika yang nama biasa tapi syllabus nyer very well establish....okay...

    ReplyDelete
  8. Maaf pn, bleh feedback ttg pengurusan lil caliph di duta iman? Sy setuju dgn pendapat puan tentang operator yg menentukan sm ada tadika itu bagus atau tidak.. mungkin ader pngalaman kot.... plz share... tq...

    ReplyDelete
  9. Pn rozza..mohon maaf atas kelewatan membalas.sy baru pulang dr tanah suci dan agak sibuk meng"catch up" hal2 anak2/kerja/rumah..

    Sblm apa2...apa yg dikongsi ni adalah dr perspektif dan expectation saya. Sbb setiap ibu bapa ada expectation masing2. Sy bagi contoh...sesetgh ibu bapa mungkin tak suka taska yg jg baby letak atas tilam,lebih prefer kalao disediakan babycot. Tp mcm saya, sy prefer atas tilam dan tadde buaian. Pastu sesetgh ibu bapa sgt pantang kalau anak dia diusik oleh budak lain...tp ada yg x kisah asalkan anak dijaga dengan baik.

    Pd saya stakat ni tadika tu ok..sbb masa anak sy mula masuk ms 5 thn..dia tak tahu baca, eja, nak mewarna pon dia x reti.jenuh sy beli buku kalernajar dia kaler tp bila dia kaler habis diconteng terkeluar2 line..(agaknyer.mak dia tadde bakat mwngajar kaler2 kot hehe) .tp lps 2 minggu, anak sy dah pandai kaler. Kemas lak tu..bab membaca pon skang dah boleh baca...byk perbezaan

    Anak sy ni lahir hujung thn jd dia kurang matang dan sedikit lambat berbanding kawan2 esp kalo dgn girls. Ms awal masuk tu..dia byk nak main dan kurang fokus dlm kelas..jd teacher dia letakkan dalam kelas 4 years old utk satu semester..byk xtvt kaler2, art & craft..bila nmpak dah okay..baru join dgn 5 years old nyer kelas.

    Tp ms tu anak murid x ramai sbb baru bukak..skng dah ramai...mgkin akan ada beza sket (tak tau lah..ini opinion saya)..

    Cuma yg agak pening cikgu slalu bertukar..sy rs ni masalah common hampir sume tadika sbb tenaga pengajar yg diambil biasanya bersifat sementara...kerja di situ sbg batu loncatan..jd setiap kali dpt teacher baru kena gi hantar kursus...cuma tadika mcm LC ni dia akan ada spotcheck dan sentiasa dipantau oleh HQ utk menjaga kualiti dan memastikan tadika berjalan mengikut spec yg telah ditetapkan. Supaya x lari dr main concept yg ingin diketengahkan oleh pengasas LC.kalau lari konsep/spec...dorg akan ditegur dan kalah xnak ikut jugak..kena tarik balik lah..x leh pakai nama LC lagi...

    ReplyDelete
  10. Assalam Puan, terima kasih di atas sharing yg diberi. Berminat juga saya nk hantar anak ke LC Tadika Duta Iman. Tp agak jauh dr rumah saya. Harap2 di beri kemudahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, semoga puan dipermudahkan hendaknya. yang pasti saya yakin puan dah berusaha sehabis mungkin.

      Delete
  11. saya jugak ada survey beberapa tadika di kawasan puncak jalil dan bandar kinrara.saya pergi sendiri ke semua tadika tersebut pada waktu pembelajaran mereka(:cic,lc alam sutera,bandar kinrara,puncak jalil),pasti,brainy bunch,genius aulad...betul..semua ni bergantung dengan objective mak ayah.mana satu pilihan mereka.adakah ibu bapa berminat dengan tadiak yg tengahkan islamic ..atau english..atau ecademic.harga lebih kurang untuk separuh hari..tetapi yang mahal adalh termasuk day care.bagi saya di temapt saya:
    CIC-lebih islamic dan ecademic tetapi medium bahasa adalah campur.
    brainy bunch-fully english medium tetapi lebih diberi kebebasan dan kids diberi kebebasan memakai tudung atau tak.
    genius aulad:fully english dan ecademic based.dalam classroom n lebih stright berbading tempat lain sy pegi.
    PASti:meidum bm tetapi lebih islamic dan ecademic.cuma pelajarnya terlalu rmai 130 org utk tahun 2016.
    little caliph:islamic medium campur dan belajar balance acedamic n bebas.
    pre tahfiz playschool-rmai kanak2 2 thn jadi lebih kepada playschool rasanya.

    *pedapat berdasarkan pemerhatian semasa berbincang dgn pengurus tadika.walk in takda appt supaya saya dpt nampak suasana sebenar.

    ReplyDelete
  12. saya agree dgn puan. setiap parents perlu shortlist tadika yg ada berdekatan rumah dia dan buat survey..mcm Tanya operator tadika tu atau parents lain yang dah ada pengalaman hantar anak ke sana. Tapi kita kena bear in mind..kdg2 certain not a well-known tadika atau yg tak branded boleh jadi bagus...and yg branded tadika boleh jadi tak bagus...sebab semuanya bergantung kepada operator tersebut dalam menjalankan aktiviti untuk anak-anak.

    Saya mungkin bias sedikit sbb dah hantar anak ke LC...saya pernah attend satu seminar keibubapaan yg dianjurkan oleh LC dan bertemu dgn pengasas LC iaitu kak Fari. Semangat beliau ingin memperbaiki mutu pendidikan pra-sekolah dan seterusnya pendidikan anak-anak menyebabkan saya tertarik utk terus bersama LC. (saya ada share pengisian seminar tersebut dalam blog saya) Kakak saya sendiri seorang operator LC dan semangat beliau mendidik anak2 murid beliau amat saya kagumi. kisah pengalaman beliau berurusan sendiri dgn kak fari dlm seminar2 pendidikan dan pengajaran turut dikongsi dengan saya.

    rata-rata syllabus tadika hampir sama yg berkonsepkan play and learn, English medium, no homework, system pembelajaran bertema etc, yang bezanya perkhidmatan tambahan seperti daycare, kepakaran tenaga pengajar, dan lain lagi.

    ReplyDelete