Friday, 2 May 2014

Dilemma wanita bekerjaya

http://mak-andak.blogspot.com/2012/11/dilema-wanita-berkerjaya-transformasi_1.html

Dilema Wanita Berkerjaya: Transformasi Diri Dari Perspektif Islam


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته









1.0       Pengenalan

Menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita. Berdasarkan kepada laporan tersebut bilangan penduduk lelaki kini adalah seramai 14.56 juta orang dan wanita ialah seramai 13.77 juta orang.[1] Daripada statistik tersebut ini menunjukkan bahawa kaum wanita mewakili sebanyak 49% jumlah penduduk Malaysia. Butiran terperinci adalah seperti di Graf 1 dibawah:





                               
          Graf 1: Laporan Taburan Penduduk Dan Ciri-Ciri Asas Demografi 2010[2]


Di Malaysia, kita telah mengalami proses urbanisasi, industrialisasi dan globalisasi yang mana ianya telah memberi impak penting ke atas peranan dan sumbangan wanita dalam sektor pekerjaan.  Akibat daripada ketiga-ketiga proses evolusi ini bukan sahaja telah mewujudkan peluang pekerjaan tetapi juga telah membuka  ruang yang luas kepada kaum wanita untuk beralih daripada ruang domestik (rumahtangga) ke ruang perkhidmatan awam atau swasta.  Namun begitu, perubahan proses evolusi ini tidak pula mengurangkan peranan kaum wanita dalam bidang domestik. [3]

Usaha pihak kerajaan yang telah memperluaskan peranan wanita juga turut menyumbang kepada penglibatan kaum wanita di dalam alam pekerjaan. Umpamanya kerajaan sentiasa berusaha mengadakan kemudahan penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak, memberi perkhidmatan perancang keluarga serta menyediakan peluang pendidikan bagi membolehkan wanita turut  sama terlibat dan menyumbang dengan aktifnya dalam pembangunan sosioekonomi negara. Setakat ini, pihak kerajaan telah berjaya melatih 2,680 ushahawan wanita di seluruh negara. Selain daripada itu, kerajaan juga telah menambah baik kemudahan cuti bersalin bagi penjawat awam dengan memberikan fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh selama 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini. Walau bagaimanapun, kemudahan cuti ini tertakluk kepada tempoh perkhidmatan mereka. Langkah pihak kerajaan ini dilihat dapat meningkatkan lagi kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam ekonomi. [4]

Selain daripada itu, kerajaan terus memberi peluang kepada wanita yang berkelayakan untuk memegang jawatan pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan awam. Pada masa ini, sejumlah 31.5% jawatan penting dalam sektor awam telah diisi oleh wanita. Untuk meningkatkan lagi penyertaan wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat, pada 27 Jun 2011, kerajaan telah membuat satu keputusan dasar bagi menggalakkan sektor korporat meningkatkan bilangan wanita sekurang-kurangnya 30% dalam lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi menjelang tahun 2016. [5]


2.0              Peranan Wanita Di Dalam Al-Quran

Ada terdapat banyak ayat-ayat Al Quran mengenai peranan kaum wanita dan kedudukannya di sisi Allah SWT dan berikut adalah sebahagian daripadanya:

a)      Lelaki Dan Wanita Yang Beriman Dan Beramal Soleh Adalah Sama Disisi Allah
Di dalam ayat ini, Allah SWT menerangkan bahawa lelaki dan perempuan adalah sama ganjaran pahala di sisi Allah SWT dalam aspek ibadah. 

 A035

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.[6]


b)     Menyeru Kebaikan Dan Menegah Kemungkaran
Tanggungjawab sebagai untuk menyeru kebaikan dan menegah kemungkaran juga adalah terpikul kepada kaum lelaki dan juga kaum wanita. Hukum melaksanakan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar adalah wajib.  Kewajipan ini merupakan satu daripada kewajipan asas dalam Islam.  Terdapat banyak dalil Al-Quran dan Hadis Nabi tentang kewajipan ini.  Dalam karya fiqh klasik, istilah Amar Makruf Nahi Mungkar, jihad dan dakwah sering kali digunakan untuk merujuk kepada maksud yang sama. Dalam Al-Quran, perkataan Amar Makruf dan Nahi Mungkar digunakan sekurang-kurangnya lapan kali[7].   Antaranya ialah:

 A071

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[8]


c)      Kisah Wanita Baik Dan Buruk
Al-Quran juga merakamkan kisah-kisah wanita yang baik dan buruk untuk kita umat yang Islam mengambil iktibar akan kisah-kisah yang di angkat di dalam Al-Quran. Ini kerana kisah-kisah di dalam Al-Quran adalah sebenar-benarnya kisah. Umpamanya kisah isteri Nabi Lut a.s, isteri Nabi Nuh a.s, isteri Firaun (Asiah) dan juga kisah ibu Nabi Isa a.s iaitu Maryam. Sebagaimana firman Allah SWT:

 A034

Maksudnya: Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah) dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. [9]

Antara ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah seperti berikut:

 A010
 
Maksudnya: Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".[10]

Al-Quran juga menceritakan perihal wanita yang solehah iaitu isteri Firaun yang telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT di atas keimanan beliau. Sebagaimana firman Allah SWT: 

 A011

Maksudnya: Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim";[11]


3.0              Peranan Wanita Di Zaman Dakwah Rasulullah SAW

Umat Islam tidak pernah ketandusan contoh-contoh wanita yang agung ketika zaman dakwah Rasulullah SAW untuk kita mengambil iktibar dalam mendepani kehidupan yang serba moden ini. Penglibatan wanita pada zaman Rasulullah SAW dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan adalah lambang keimanan dan ketaqwaan yang tinggi untuk kita teladani. Di antara contoh tersebut ialah:

a)      Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a [12]
Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a adalah antara teladan dan ikutan yang paling terbaik yang perlu dicontohi oleh setiap wanita muslimah. Sikap dan teladannya adalah bersifat merentasi zaman. Beliau adalah isteri junjungan besar baginda Rasulullah SAW yang mana telah dijanjikan Allah SWT istana untuknya disyurga kelak.
Saiditina Aisyah r.a pernah meriwayatkan, Rasulullah SAW setiap kali menyembelih kambing, Baginda berkata:

“Hantarkan daging kambing kepada sahabat-sahabat Khadijah”. Sahabat lalu bertanya untuk apa Ya Rasulullah? Nabi berkata, “Aku kasih kepada kekasih-kekasih Khadijah”.

Lihatlah betapa hebatnya Saiditina Khadijah r.a dikasihi oleh Rasulullah SAW walaupun beliau telah meninggal dunia. Nabi SAW selalu mengenang kebaikan dan curahan kasih sayang beliau terhadap Baginda SAW. [13]
 

b)     Ummu Sulaim [14]
Ummu Sulaim r.a merupakan contoh wanita yang baik kepada mereka yang aktif mengamalkan aktiviti di luar rumah. Di dalam hadith disebutkan apabila Nabi SAW berselisih dengan Ummu Sulaim r.a, Baginda akan mengucapkan salam kepada beliau. Apakah yang menjadikan Ummu Sulaim istimewa dan mulia di sisi Rasullullah SAW? Ikuti kisahnya seperti berikut:

Ummu Sulaim memeluk Islam dan beriman kepada Allah pada ketika suaminya Malik Bin Nadhr berusaha memujuknya supaya kembali kepada agama asal namun beliau tetap dengan pendiriannya dan akhirnya suaminya meninggalkannya dan menuju ke Syam, dan tidak lama selepas itu suaminya mati dalam kesyirikan.

Selepas kematian suaminya itu, Abu Talhah[15] yang ketika itu belum memeluk Islam datang membawa emas dan perak untuk meminangnya. Lantas beliau berkata, “Aku tidak berhajat kepada dua benda ini, akan tetapi maharku adalah Islam, sekiranya engkau terima maka aku tidak berhajat kepada perkara yang lain”.
Abu Talhah kemudian keluar dan kembali sebagai seorang Muslim, maka beliau pun mengahwininya. Berkata seorang wanita Ansar, “Tidak pernah kami mendengar hingga kini seorang yang lebih mulia maharnya dari Ummu Sulaim yamg mana maharnya adalah Islam”.

Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau di kurniakan seorang anak bernama Abu Umair. Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya. Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.

Dalam sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah r.a: Rasulullah SAW bersabda: Aku diperlihatkan ke dalam Syurga, aku melihat isteri Abu Talhah. Kemudian aku mendengar hentakan orang berjalan, ternyata beliau adalah Bilal (HR Muslim: 4495)


c)      Asma binti Umais
Peranan dan sumbangan Asma binti Umais di pada awal dakwah Nabi Muhammad SAW ialah dengan beliau ikut serta di dalam rombongan bersama Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Habsyah dan Madinah. Asma binti Umais juga terlibat di dalam pertermuan dengan Baginda Nabi SAW dan dengan para sahabat sejak sampai di Madinah.

Peranan dan sumbangan beliau juga adalah disanjung tinggi dengan melibatkan diri merawat para pejuang Islam yang berperang menegakkan Islam pada zaman awal dakwah Nabi Muhammad SAW. Antara sahabat yang beliau rawat ialah Saidina Abu Bakar r.a. [16]




4.0              Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Wanita Berkerjaya

Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan wanita dalam tenaga kerja. Berikut diperturunkan hasil  kajian yang telah dibuat oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi wanita bekerja[17]:

a)      Menyokong Ekonomi Rumah Tangga
Dengan bekerjanya si ibu, bererti sumber kewangan keluarga tidak hanya satu, bahkan dua (suami dan isteri). Oleh hal yang demikian itu, pasangan tersebut dapat berusaha untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik bagi keluarga seperti dalam hal makan minum, pendidikan, tempat tinggal, serta kemudahan kesihatan. Tambahan pula, bilangan wanita yang berkelulusan tinggi adalah meningkat saban tahun.

b)         Meningkatnya harga diri dan pemantapan identiti
Bekerja memungkinkan seorang wanita mengekspresikan dirinya sendiri dengan cara yang kreatif dan produktif untuk menghasilkan sesuatu yang dapat menimbulkan kepuasan terhadap diri sendiri, terutama jika prestasi tersebut menerima penghargaan dan imbuhan yang positif.

Melalui bekerja, wanita berusaha mencari makna dan identiti dirinya; dan pencapaian tersebut menimbulkan keyakinan yang tinggi bagi mencapai kebahagiaan hidup. Wanita yang berpendidikan tinggi lebih cenderung mempamerkan mutu kerja berpasukan di dalam sesebuah organisasi.

c)         Hubungan Yang Sihat Dan Positif Dengan Keluarga
Wanita yang bekerja cenderung mempunyai ruang lingkup yang lebih luas dan beragam, sehingga cenderung memiliki pola fikir yang lebih terbuka, lebih bertenaga, mempunyai wawasan yang luas dan lebih dinamik. Oleh hal yang demikian itu, kewujudan isteri berupaya menjadi ‘partner’ bagi suami untuk menjadi teman bertukar-tukar fikiran, saling berkongsi cita-cita dan harapan, pandangan dan tanggungjawab. 

d)        Memenuhi Keperluan Sosial
Setiap manusia, termasuk para ibu, mempunyai keperluan untuk menjalin hubungan sosial dengan orang lain. Dengan bekerja, seseorang wanita juga dapat memenuhi keperluan dalam suasana ‘kebersamaan’ dan untuk menjadi sebahagian daripada suatu kelompok atau komuniti. Walau bagaimanapun, sosialisasi adalah penting bagi setiap orang untuk mempunyai wawasan dan cara berfikir yang luas, untuk meningkatkan ‘kepekaan sosial’ dan yang terpenting, untuk dapat menjadi tempat curahan rasa secara positif daripada berbagai-bagai masalah yang menimbulkan “stress” sama ada masalah yang sedang dialami dengan suami, anak-anak mahupun dalam pekerjaan. Dengan sejenak bertemu rakan-rakan, mereka dapat saling berkongsi cerita dan masalah, juga bertukar-tukar fikiran.

e)         Peningkatan ‘Skill’ Dan Persaingan
Dengan bekerja, seseorang wanita dapat menyesuaikan diri dengan tuntutan, baik tuntutan tanggungjawab mahupun tuntutan persaingan.  Oleh hal yang demikian itu, seseorang wanita dituntut untuk berfikir dan bertindak secara kreatif, mencari aspek-aspek yang boleh dikembangkan demi kemajuan dirinya. Peningkatan ‘skill’ atau kemahiran dan persaingan yang berterusan akan mendatangkan ‘nilai tambah’ atau value add pada dirinya sebagai seorang pekerja, selain rasa percaya dan keyakinan diri yang mantap.


5.0       Dilema Wanita Berkerjaya

Menurut kajian oleh YADIM, faktor-faktor yang biasanya menyumbang kepada permasalahan dilemma bagi wanita yang berkerjaya terdiri daripada faktor dalaman dan faktor luaran. Perinciannya adalah seperti berikut[18]:

a)         Faktor Dalaman
Apa yang dimaksudkan dengan faktor dalaman ialah persoalan yang timbul dari dalam diri ibu itu sendiri. Ada di antara para ibu yang lebih senang jika dia benar-benar hanya menjadi suri rumah tangga yang sehari-hari duduk di rumah dan mengatur dan menjaga rumah tangga semata-mata. Bagaimanapun, keadaan telah menuntutnya untuk bekerja, demi membantu menyokong sumber kewangan keluarga. Keadaan tersebut mudah menimbulkan “stress” kerana bekerja bukanlah timbul daripada keinginan diri, seolah-olah tidak punya pilihan lain demi membantu ekonomi rumah tangga. Biasanya, para ibu yang mengalami masalah sedemikian, cenderung merasa amat letih (terutama secara psikologi), kerana sehari-harian ‘memaksa diri’ untuk bertahan di tempat kerja. Selain itu, terdapat juga tekanan yang timbul akibat daripada pelaksanaan ‘peranan berganda’ (sebagai wanita berkerjaya, juga sebagai suri rumah) itu sendiri. Memang, kemampuan ‘pengurusan waktu dan rumah tangga’ merupakan salah satu kesukaran yang sering dihadapi oleh para ibu bekerja. Mereka perlu memainkan peranan sebaik mungkin, baik di tempat kerja mahupun di rumah. Mereka sedar, mereka perlu menjadi ibu yang sabar dan bijaksana bagi anak-anak serta menjadi isteri yang baik bagi suami serta menjadi suri rumah tangga yang bertanggungjawab terhadap keperluan dan urusan rumah tangga. Di tempat kerja, mereka juga mempunyai komitmen dan tanggungjawab terhadap pekerjaan yang telah diamanahkan kepada mereka sehingga mereka perlu menunjukkan prestasi kerja yang baik. Sementara itu, dari dalam diri mereka juga sudah ada keinginan ideal untuk berjaya melaksanakan kedua-dua peranan tersebut secara seimbang. [19]

Bagaimanapun, kenyataan ideal tersebut cukup sukar untuk dicapai disebabkan beberapa faktor, misalnya pekerjaan di pejabat sangat berat, sedangkan suami ketika di rumah kurang memberikan ‘kerjasama’ untuk sama-sama menyelesaikan tugas atau kerja rumah, manakala anak-anak juga turut menuntut perhatian. Akhirnya, si ibu tersebut akan merasa amat letih kerana berasa dituntut untuk terus memberi dan memenuhi keperluan orang lain. Jika ternyata suami dan anak-anak merasa ‘kurang mendapat perhatian’, tidak hairanlah jika lama kelamaan dirinya mulai ‘diserang’ rasa bersalah, kerana merasa tidak dapat membahagiakan keluarganya. [20]


b)        Faktor Luaran
Namun begitu, terdapat juga beberapa faktor luaran yang menyumbang kepada dilemma wanita yang bekerja iaitu:

                                            i.            Sokongan Suami
Sokongan suami dapat diterjemahkan sebagai sikap penuh pengertian yang ditunjukkan dalam bentuk kerjasama yang positif, turut membantu menyelesaikan tugas rumah tangga, membantu mengurus anak-anak serta memberi sokongan moral terhadap kerjaya atau pekerjaan isterinya. Di negara jiran, Indonesia contohnya, sikap ‘outoritarian’ yang sangat kuat di pihak suami, turut menjadi faktor yang membebani peranan ibu bekerja, kerana masih terdapat pemahaman bahawa lelaki tidak boleh melakukan pekerjaan wanita, apatah lagi dalam hal mengurus rumah tangga. Menurut mereka, masalah rumah tangga adalah kewajiban sepenuhnya seorang isteri. Masalah yang kemudian timbul daripada isteri bekerja, sepenuhnya merupakan kesalahan daripada isteri dan untuk itu dia harus bertanggungjawab menyelesaikannya sendiri. Keadaan tersebut akan menjadi sumber tekanan yang berat bagi isteri, sehingga dia juga akan sukar merasakan kepuasan dalam bekerja.

Kurangnya sokongan suami membuatkan peranan si ibu di rumah juga tidak secara optimum (kerana terlalu banyak yang perlu dilakukan, sementara dirinya juga merasa letih sesudah bekerja) akibatnya, timbul rasa bersalah kerana berasa diri bukan ibu dan isteri yang baik.

                                          ii.            Kehadiran Anak
Masalah pengasuhan anak biasanya dialami oleh para ibu bekerja yang mempunyai anak kecil. Semakin kecil usia anak, maka semakin besar tahap “stress” yang dirasakannya. Rasa bersalah kerana meninggalkan anak untuk seharian di tempat kerja merupakan persoalan yang sering dipendam oleh para ibu yang bekerja. Lebih-lebih lagi jika pengasuh yang ada tidak dapat dipercayai sepenuhnya, sementara tidak ada ahli keluarga lain yang dapat membantu. 

Dalam institusi kekeluargaan, wanita lazimnya akan berusaha untuk melaksankan peranan-peranannya sebagai isteri dan ibu bagi mempertahankan integrasi dan kelangsungan kekeluargaan. Ada di antara wanita-wanita yang bekerja yang tidak dapat memainkan peranan-peranan ini dengan baik. Besar kemungkinan mereka menghadapi “strain” atau gangguan psikologi, mental dan emosi apabila mereka cuba menggabungkan peranan-peranan tradisional mereka sebagai isteri dan ibu dengan peranan baru mereka sebagai pekerja. [21]


                                        iii.            Masalah Di Tempat Kerja
Pekerjaan boleh menjadi sumber ketegangan dan “stress” bagi para ibu bekerja. Mulai daripada peraturan kerja yang ‘kaku’, bos yang tidak bijaksana, beban kerja yang berat, ketidakadilan yang dirasakan di tempat kerja, rakan-rakan yang sukar bekerjasama, waktu kerja yang sangat panjang, ataupun ketidakselesaan psikologi yang dialami akibat daripada masalah ‘sosial-politik’ di tempat kerja. Keadaan sedemikian akan membuatkan si ibu menjadi amat letih, manakala kehadirannya amat ‘dinantikan’ oleh keluarga di rumah. Keletihan psikologi dan fizikal itulah yang sering membuat mereka sensitif dan emosional, baik terhadap anak-anak mahupun terhadap suami.

Keadaan ini biasanya menjadi semakin meruncing apabila suasana di rumah kurang kondusif dalam erti kata, suami (terutamanya) dan anak-anak (yang sudah besar) kurang memberikan kerjasama untuk menjadi pembantu membantu si ibu, atau sekadar meringankan kerja-kerja di rumah.[22]


                                        iv.            Faktor Hubungan
Dengan bekerjanya suami dan isteri, maka secara automatik waktu (masa) untuk keluarga menjadi singkat atau pendek. Memang tidak dapat dinafikan bebanan terhadap kerja-kerja di rumah dapat diselesaikan dengan menggunakan khidmat pengasuh serta pembantu rumah. Bagaimanapun, terdapat perkara-perkara yang sukar dicari jalan penyelesaian seperti masalah bersama suami, juga anak-anak. Padahal, ‘kebersamaan’ bersama suami dalam suasana santai dan ‘hangat’ merupakan elemen penting yang tidak boleh diabaikan demi untuk membina, mempertahankan, dan menjaga keakraban hubungan serta keterbukaan komunikasi antara satu dengan yang lain.

Kekerapan kurangnya masa berkualiti untuk keluarga membuatkan seseorang ibu merasa dirinya tidak dapat berbicara secara terbuka dengan suaminya, bertukar fikiran, mencurahkan perasaan, atau merasa suaminya tidak lagi memahami akan dirinya, dan akhirnya merasa asing dengan pasangan sendiri sehingga rela mengikut ‘bisikan syaitan dan hawa nafsu’ – mula mencari alternatif bercakap dengan orang lain yang dianggap lebih mengerti, dan sebagainya untuk meluahkan perasaan. Secara tidak langsung, tindakan sebegini akan membawa selangkah kaki mereka ke pintu maksiat dan kemurkaan Allah.[23]



6.0       Transformasi Diri: Lapan Prinsip Wanita Berkerjaya Menurut Perspektif Islam

Di dalam bab ini penulis akan mencadangkan beberapa langkah bagaimana kaum wanita yang berkerjaya boleh mengatasi konflik ataupun bebanan tanggungjawab domestik sebagai seorang isteri dan ibu serta tanggungjawab sebagai pekerja di organisasi. Adalah sukar bagi seseorang wanita yang telah berumahtangga untuk mencapai keseimbangan dalam dwi-peranan mereka dalam pembahagian tugas domestik seperti memasak, mengurus rumahtangga di masa yang sama menuntut mereka menyumbangkan tenaga dan fikiran dalam bidang kerjaya masing-masing. Untuk itu, penulis telah mendapatkan beberapa pandangan dan idea daripada Ustaz Mohamad bin Abdullah Al-Amin (iaitu salah seorang panel TV9 program “Tanyalah Ustaz”, tentang bagaimana seseorang wanita yang berkerjaya lebih-lebih lagi bagi wanita yang sudah berumah tanga dapat mentransformasikan diri mereka daripada masalah kepada situasi yang lebih positif dan produktif dari perspektif Islam. Berikut adalah 8 prinsip wanita berkerjaya menurut perspektif Islam:

a)      Prinsip 1: Kenali Bentuk Pekerjaan
Bagi setiap wanita yang ingin berkerjaya, adalah dicadangkan agar membuat penilaian (assessment) dan mengenali bentuk pekerjaan. Wanita Islam adalah disarankan melihat bentuk-bentuk pekerjaan tersebut daripada aspek keharusan dari segi syarak dan undang-undang negara. Jika kaum wanita memahami dan mengenali bentuk dan jenis-jenis pekerjaan yang sah disisi syarak dan undang-undang negara, maka ianya akan mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan sendikit dadah (pengedar dadah), perjudian, dan pelacuran.

b)     Prinsip 2: Kenali Peringkat Pekerjaan
Wanita Islam yang ingin berkerjaya juga adalah disarankan untuk mengenali peringkat pekerjaan sebelum membuat keputusan untuk berkerjaya. Antara peringkat pekerjaan tersebut ialah:

                                i.            Untuk Diri Sendiri
Pada kebiasaannya jika wanita yang bekerja untuk diri sendiri adalah untuk menyara dirinya sahaja. Dengan mempunyai pekerjaan akan dapat menggelakkan diri daripada meminta-minta daripada keluarga dan ianya juga dapat membina sifat berdikari. Kesannya pada negara pula ialah mengurangkan kadar penganguran negara.


                              ii.            Untuk Keluarga
Ramai wanita yang sudah berumahtannga memilih untuk terus berkhidmat atas pelbagai alasan antaranya ialah membangunkan ekonomi keluarga. Ianya dapat meningkatkan pendapat isi rumah (household income), membasmi kemiskinan dan juga meningkatkan ekonomi negara (daripada aspek cukai pendapatan individu).


                            iii.            Untuk Masyarakat
Pembangunan sesebuah negara itu bukanlah hanya semata-mata merujuk pada pembangunan ekonomi tetapi meliputi pembangunan dari segi sosial, sahsiah, dan masyarakat. Jelas, apabila kita membicarakan soal tanggungjawab wanita yang berkerjaya, ianya juga bukan sekadar mendapatkan gaji untuk dibawa pulang, malahan penglibatan kaum wanita juga harus dilihat juga dalam aspek sosial dalam pembangunan negara. Sebagai contoh bagi wanita yang bertugas sebagai pakar sakit puan, guru, anggota polis, jururawat dan sebagainya adalah merupakan perkhidmatan yang disumbangkan untuk masyarakat. Pekerjaan sebagai seorang guru misalnya berperanan sebagai pendidik dan juga berperanan sebagai ibu bapa murid-murid di sekolah.

Penglibatan wanita secara aktif di dalam pertubuhan “Non Government Organisation” (NGO) juga kian memberangsangkan. Antara NGO yang terdapat penyertaan wanita ialah seperti Islam Relief Malaysia (IRM) dan Aqsa Syarif Berhad yang terlibat aktif di dalam misi kemanusian seperti membantu rakyat Palestin dan golongan yang tidak berkemampuan di dalam dan luar negara. Kedua-dua pertubuhan ini dengan secara aktif mengumpul dana bagi membantu golongan yang tidak berupaya di dalam misi kemanusian mereka.


                            iv.            Untuk Negara
Penyertaan wanita di dalam perkhidmatan keselamatan awam dan perubatan juga adalah memberangsangkan dewasa ini. Terdapat kaum wanita yang bekerja sebagai jururawat dan doktor perubatan untuk misi bantuan dan menyelamat mewakili negara ketika peristiwa Tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004 dan di Jepun pada 11 Mar 2011. Penyertaan mereka di dalam misi kemanusiaan ini telah mengharumkan nama Malaysia sebagai sebuah negara sahabat yang sentiasa membantu negara jiran yang sedang ditimpa mussibah bencana alam.


                              v.            Untuk Ummah
Keistimewaan wanita berdakwah juga terserlah atas kapasiti mempunyai sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang lebih mampu difahami oleh wanita sendiri. Selain itu, sesetengah bidang yang didominasi oleh kaum wanita juga menuntut kepada kehadiran pendakwah wanita. Pendakwah wanita bukan sahaja menjadi role model, malah sumbangan mereka dalam menjana kemajuan ummah dapat membantu mencorakkan pembangunan masyarakat Islam. Pengaruh dan peranan pendakwah wanita sejak dahulu lagi tidak dinafikan telah mempengaruhi perjalanan sejarah yang akhirnya mencorakkan keadaan sesebuah negara.

Melalui dakwah, kaum wanita menjalankan aktivitinya dalam kehidupan masyarakat Islam serta bertindak sebagai satu komponen penting dalam sistem dan tamadun serta memperkayakan sudut-sudut amali bagi tamadun Islam.  Wanita berdakwah telah berlaku sejak masyarakat Islam terawal. Contoh yang praktikal mengenai peranan wanita di dalam dakwah ialah Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah yang telah menjadikan rumahnya tempat tumpuan kaum lelaki di dalam menimba ilmu. Dalam medan berdakwahnya, beliau begitu terkenal kerana keaktifannya di dalam berdakwah  menyampaikan ajaran Islam di kalangan pelbagai qabilah pada zaman Nabi SAW. Semangat dakwah beliau tidak pernah luntur walaupun pernah diseksa dan dipenjarakan.[24]


c)      Prinsip 3: Mencari Keredhaan
Islam sangat menitik beratkan keharmonian di dalam kehidupan umatnya. Adalah disarankan kepada kaum wanita yang berkerjaya agar sentiasa meletakkan Allah SWT sebagai sendi segala aktiviti di dalam kehidupan. Itulah kemuncak perjuangan di dalam kehidupan insan. Bagi sesorang isteri, keredhaan suami merupakan syarat bagi mendapat keredhaan Allah SWT. Oleh itu isteri perlulah mendahulukan keredhaan suami. Dan bagi suami pula perlu mendahulukan keredhaan Allah SWT.[25]


d)     Prinsip 4: Kenali Kemampuan Diri
Secara biologinya, wanita itu adalah lebih lemah fizikalnya berbanding lelaki. “Stress” di tempat kerja boleh menggangu emosi bagi wanita yang berkerjaya. Persekitaran di pejabat yang tidak kondusif juga boleh mempengaruhi emosi wanita. Contohnya hubungan dengan rakan sekerja, bebanan tugas yang semakin bertambah dan sebagainya. Apabila pulang ke rumah, badan sudah menjadi terlalu letih. Namun tugas di rumah harus juga di buat umpamanya memasak, menyemak buku-buku sekolah anak-anak dan melayan suami. Apabila mengalami masalah seperti ini, wanita terbabit perlu berbincang dengan suami untuk bersama berkongsi tugas di rumah. Jika kita terus melakukan tugas di rumah dengan tidak mempunyai kemampuan diri, maka akan wujudnya perasaan suka mengungkit-ungkit[26].  Ini sesuai dengan hadith Nabi Muhammad SAW:

“Tiga perkara orang yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat iaitu orang yang melabuhkan kainnya kerana sombong, orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya, dan orang yang bersumpah palsu”[27]

 
e)      Prinsip 5: Kenali “Qurratul Ain” Pasangan
Bagi isteri yang berkerjaya disarankan untuk mengenali “qurratul ain” atau penyejuk mata pasangannya. Apakah hobi suami, makanan yang disukai oleh suami dan “soft-point” suami. Prinsip ini adalah mestilah berlandaskan "mutual understanding" dan atas rasa ihsan dan rasa timbal-balik di antara pasangan suami isteri. Suami juga dituntut untuk turut sama mengenali "qurratul ain" isteri. Ini adalah untuk memastikan keharmonian rumahtangga terjaga. Kegagalan untuk mengetahui dan mengenal kesukaan suami atau isteri akan boleh meretakkan keintiman hubungan suami isteri. Manaafat daripada mengenali “qurratul ain” pasangan akan memudahkan pasangan suami isteri untuk berkomunikasi dan mudah memahami hasrat pasangan. Firman Allah SWT :

 A074
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.[28]

Inilah doa yang diajarkan kepada kita agar memohon kepada Allah SWT setiap selepas solat agar mendapat “qurratul ain”, tetapi kita juga mesti berusaha untuk mendapatkan kebahagian. Kalau kita suami, usahakan agar kita disayangi isteri. Kalau kita isteri, usahakan agar kita disayangi suami. Kalau kita guru sekolah, usahakan agar disayangi murid-murid. Kalau kita sebagai pemimpin, wajib usahakan agar orang yang kita pimpin kasih kepada kita. Bila ada usaha dari setiap pihak untuk mengisi keperluan fitrah masing-masing secara dua hala, maka semua pihak akan mengecapi kesenangan dan ketenangan hidup. Dari perasaan itu akan terbit pula rasa bersamaan dan sikap bekerjasama. [29]


f)       Prinsip 6: Jaga Kesetaraan (kufu)
Prinsip kesetaraan atau sekufu juga adalah penting dalam menangani masalah pertindihan bebanan tugas sebagai isteri dan pekerja. Walaupun konsep sekufu adalah penting sebelum mendirikan perkahwinan, namun kesetaraan ini perlulah dijaga selepas berumahtangga. Terdapat ramai pasangan yang sekufu akhirnya bercerai kerana tidak ada persefahaman yang dibina selepas mendirikan rumahtangga. Kita merasakan bahawa suami dan isteri sama-sama lepasan universiti. Namun apabila mereka memasuki alam pekerjaan, mereka sebenarnya sudah tidak sekufu lagi, lebih-lebih lagi bentuk kerjaya kedua-dua pasangan itu adalah berbeza. Contohnya suami bertugas sebagai guru, tetapi isteri ialah seorang pegawai korporat. Kedua-dua pasangan harus secara bersama untuk memperbaiki diri dalam semua aspek terutamanya dalam aspek komunikasi. Adalah disarankan isteri mengajak suami masuk ke dunia korporatnya dengan menghadiri majlis makan malam (annual dinner), hari keluarga (family day) dan sebagainya.  [30]


g)      Prinsip 7: Belajar Mengendali Emosi
Sebagai ibu yang normal kita juga tidak terlepas dari memarahi anak dan suami, tidak mampu mengawal emosi akan memberi tindakbalas yang salah. Emosi sukar dibendung tapi emosi boleh dikawal. Antara tips yang boleh dipraktikkan untuk mengawal perasaan marah ialah:

                                            i.            Diam
                                          ii.            Lari dari punca kemarahan
                                        iii.            Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan lepaskan perlahan-lahan, sambil beristighfar




h)     Prinsip 8: Realisasikan Prinsip “Rumahku, Syurgaku”.
Kebanyakkan kita pernah mendengar ungkapan Bahasa Arab بَيْتِيْ جَنَّتِيْ  iaitu yang membawa maksud rumahku syurgaku.  Untuk memupuk rumahtangga yang bahagia, kedua-dua pasangan suami isteri adalah digalakkan untuk merealisasikan prinsip rumahku syurgaku. Semua orang mendambakan rumah yang aman damai ibarat syurga tanpa gangguan dan ketakutan. Segala kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan, suka dan ceria terangkum dalamnya. Hal ini digambarkan dalam sebuah harapan, 'Rumahku Syurgaku'.

Syurga tidak disediakan Allah untuk syaitan, tetapi disediakan untuk orang beriman, yang sentiasa menyucikan dirinya dan membersihkan jiwanya dengan taat kepada Allah. Antaranya ciri-ciri syurga dalam rumahtangga terdiri daripada 2 kategori iaitu:  

                                            i.            Ciri-ciri Rumah Di Syurga:
§  Rumahtangga yang bersih adalah antara ciri-ciri keadaan di dalam syurga. 

§  Wangi dan harum. 

§  Besar, luas dan selesa untuk seisi keluarga dan sesuai dengan bilangan ahli keluarga 

§  Terdapat pokok-pokok. Digalakkan pasangan yang mendirikan rumahtangga menanam pokok untuk merimbunkan rumah disamping sebagai perhiasan, ianya juga boleh dijadikan sebagai aktiviti bersama pasangan suami isteri seperti berkebun dan membaja. Rumah yang indah akan menerbitkan rasa selesa dan nyaman untuk kita tinggal di dalamnya.


                                          ii.            Ciri-ciri Akhlak Ahli Syurga:
§  Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap benar, jujur dan memenuhi janji.

§  Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang halal saja. Makanan halal dari segi penyediaannya menurut syariat, tidak diambil daripada harta anak yatim, bukan hasil rampasan, penganiayaan, penipuan, bukan hasil rasuah dan bukan hasil riba.

§  Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturahim. Rumah yang dipenuhi kecintaan, kasih sayang, kelembutan, tolak ansur, sabar, menjaga silaturahim. Menghubungkan silaturahim hukumnya wajib dan mendapat pahala. Manakala memutuskannya haram dan berdosa.

§  Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Mereka menyayangi kedua ibu bapanya, tidak derhaka kepada keduanya, menghormati keduanya, mendengar nasihat mereka dan bermesyuarat dalam sebarang keputusan yang akan diambil. Apabila ibu bapa sudah tua, berikan perhatian terhadap diri dan emosi, kesihatan, kewangan dan apa juga keperluan mereka.

§  Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang salih dan salihah, pencinta Al-Quran dan Sunnah, saling faham memahami, bekerjasama serta bertolak ansur.

§  Rumah yang penghuninya melaksanakan hak dan kewajipannya. Suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak masing masing. Bukan suami curang dan isteri derhaka.



7.0       Kesimpulan

Wanita hari ini kian bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran pekerjaan kepimpinan dan sebagainya. Keadaan wanita boleh dibanggakan berbanding lebih lima puluh tahun dahulu. Kita harus membetulkan tanggapan masyarakat hari ini yang meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan. Ini adalah kerana tuntutan untuk memperkemaskan generasi dan ummah yang akan datang tidak lagi hanya dibebani pada bahu lelaki tetapi sebaliknya memerlukan sokongan dan dokongan wanita. Apabila kita mengatakan wanita itu amat penting dalam masyarakat dan negara ia boleh ditafsirkan sebagai melengkapi antara satu sama lain. Memang kita akui wanita sendiri kadangkala tidak dapat melakukan sesuatu kerja sepertimana lelaki namun dalam sesetengah keadaan golongan lelaki juga tidak boleh melakukan sesuatu kerja yang boleh dilakukan oleh wanita. Justeru itu kita harus ingat bahawa tanggapan ini harus dibuat secara positif dan rational. Kita tidak harus meletak wanita sebagai golongan lemah kerana mereka juga berkemampuan dan berkredibiliti. Wanita sebagai isteri, ibu dan tidak kurang juga sebagai pemimpin.

Maka wanita harus mengubah paradigma untuk melihat bahawa mereka juga mampu bersama-sama setaraf dengan lelaki dalam semua keadaan. Dalam Islam ketokohan saidatina Khadijah sebagai tokoh korporat dan ahli perniagaan yang berjaya menjadi inspirasi wanita dan lelaki. Tidak kurang juga ketokohan Aisyah sebagai seorang ilmuan dan pakar rujuk kepada sahabat dan keluarga Baginda Rasul SAW telah membuktikan bahawa Islam meletakkan wanita pada tempat yang tinggi. Peranan mendidik generasi serta kerjasama semua pihak samada dalam keluarga, tempat kerja, jiran tetangga dan masyarakat setempat perlu diperhebat untuk menjadikan wanita kepada penyumbang pembangunan negara.







Rujukan:

Buku Rujukan:

1.      Al-Quran dan Terjemahan

2.      Ahmad Khalil Jumuah (Penterjermah Ustaz Johari Yaman), Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah, Nadi Minda Resourses, Selangor, 2010

3.      Fadhilah A. Alim & Muhammad A. Shahbudin, Konsep Pembentukan Wanita, Isteri & Ibu Solehah, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Johor Bahru, 1998

4.      Fatimah Abdullah, Wanita Dan Pekerjaan: Satu Analisis Konflik Peranan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1982/83, Akademika, No. 27 Julai 1985

5.      Fauwaz Fadhil Noor, Wanita Muslimah, As-Sohwah Enterprise, Selangor, 2011

6.      Habsah Md. Nor, 1001 Wasiat Wanita Solehah, Darul Nukman, Kuala Lumpur, 2000

7.      Laporan Ekonomi Malaysia 2011/2012, Kementerian Kewangan Malaysia

8.      Majdi As-Sayyid Ibrahim, 50 Wasiat Rasulullah SAW Untuk Wanita, Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur, 2010



Keratan Akhbar

Jami’ah Shukri, Negara rugi profesional akibat tekanan antara tugas suri rumah dan kerja, Berita Harian, 26hb Julai 2012, (http://www.bharian.com.my/articles/Dilemawanitakerjaya/Article/)




[1] Sumber dipetik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia
[2] Ibid
[3] Fatimah Abdullah, Wanita Dan Pekerjaan: Satu Analisis Konflik Peranan, Universiti Kebanggsaan Malaysia, 1982/83, hlm 77
[4] Laporan Ekonomi Malaysia 2011/2012, hlm 16
[5] Ibid
[6] Surah Al-Ahzab 33:35
[7] Riyadhus Shalihin (bab 23), hlm 239
[8] Surah At-Taubah  9:71
[9] Surah An-Nuur 24: 34
[10] Surah At-Tahriim 66:10
[11] Surah At-Tahriim 66: 11
[12] Kitab Tahrir Al Mar ah Fi ‘asri Al-Risalah Siri 2, hlm 30
[13] Butir terperinci berkenaan dengan perihal alam perkahwinan di antara Saiditina Khadijah r.a dan Nabi Muhammad  juga boleh dirujuk di dalam buku Wanita Muslimah tulisan Ustaz Fauwaz Fadhil Noor, hlm 7-8
[14] Kisah lanjut berkenaan dengan Ummu Sulaim boleh dirujuk dalam Kitab Tahrirul Mar’ah, hlm 31
[15] Abu Talhah adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang kaya status ekonominya
[16] Fauwaz Fadhil Noor, Wanita Muslimah, hlm 10
[17] Dilema Wanita (Ibu Bekerja), Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia
[18] Ibid
[19] Dilema Wanita (Ibu Bekerja), Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia
[20] Ibid
[21] Fatimah Abdullah, Wanita Dan Pekerjaan: Satu Analisis Konflik Peranan, Universiti Kebanggsaan Malaysia, 1982/83, hlm 81
[22] Jami’ah Shukri, Negara rugi profesional akibat tekanan antara tugas suri rumah dan kerja, Berita Harian, 26hb Julai 2012
[23] Habsah Md. Nor, 1001 Wasiat Wanita Solehah, hlm 59
[24] Ahmad Khalil Jumuah, Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah, hlm 331
[25] Habsah Md. Nor, 1001 Wasiat Wanita Solehah, hlm 45
[26] Ibid, hlm 179
[27] Hadith Riwayat Muslim
[28] Al-Furqan 25: 74
[29] Fadhilal A. Alim & Muhammad A. Shahbudin, Konsep Pembentukan Wanita, Isteri& Ibu Solehah, hlm 8
[30] Fatimah Abdullah, Wanita Dan Pekerjaan: Satu Analisis Konflik Peranan, hlm 83

Thursday, 1 May 2014

Konsep kerja menurut pandangan Islam

SELAMAT HARI PEKERJA


https://sites.google.com/site/khazalii/6udi3052etikakerjadalamislam(bab6)

Konsep Kerja Menurut Pandangan Islam

Majoriti manusia menghabiskan masa dewasanyatiga puluh tahun atau lebih untuk bekerja selama lapan jam sehari dalam dunia pekerjaan. Dan adalah salah sekiranya berpegang kepada hakikat bahawa pekerjaan merupakan beban yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Terdapat bukti yang jelas bahawa manusia memerlukan pekerjaan malah pekerjaan merupakan salah satu aktiviti yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Sejak dari nabi Adam as hingga ke zaman kini, manusia menjadikan pekerjaan sebagai sebahagian besar daripada pusingan hidup mereka.

Sememangnya pekerjaan menjadi gelanggang tempat manusia berjuang dan bresaing sebagai salah satu proses memajukan diri dan menyambung usia hidup.

Dalam Islam, pekerjaan mempunyai taraf kemuliaan yang tinggi yang tidak ada tolok bandingnya dengan agama dan juga kebudayaan lain. Islam memandang tinggi setiap pekerjaan yang diakui sah dari segi hukum sebagaimana penghormatan yang diberikan oleh Rasulullah terhadap pengikutnya yang pernah mengajukan soalan kepada baginda yang bermaksud :


"Hai Rasulullah, apakah pendapat tuan mengenai kerja saya? Baginda bertanya : Apakah pekerjaan kamu? Jawab orang itu : Pembuat pukat. Lalu baginda bersabda : Pekerjaan kamu adalah pekerjaan bapa kita nabi Adam as. Ia adalah orang yang pertama menjalin pukat yang diajar oleh Jibril."


Penegasan Islam tentangnya pentingnya pekerjaan dapat dilihat dalam al-Quran dan Hadith-hadith Rasulullah saw yang akan dijadikan landasan perbincangan dalam bab ini. Allah swt berfirman yang bermaksud :

" Bekerjalah kamu, maka Allah dan rasulnya serta orang orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu lerjakan". (Surah at-Taubah ayat 105).

Menurut penjelasan Sunnah Rasulullah saw bahawa kesemua para Nabi as biarpun tinggi darjat mereka, mereka telah menjadikan pekerjaan sebagai landasan hidup masing-masing. Adam telah mengambil bahagian dalam pertanian, Nuh dalam perniagaan, Daud dalam pertukangan besi, Musa dalam penulisan, Zakaria sebagai seorang tukang kayu dan begitulah juga para nabi selain mereka.

Konsep Kerja Sebagai Ibadah

Pertama : Pekerjaan hendaklah yang dihalalkan syarak. Pekerjaan hendaklah bukan yang haram seperti menjual arak, membawa lori arak, jual dadah, pusat hiburan sebab bergelut dengan maksiat. Pekerjaan yang baik ialah pekerjaan seperti tukang sapu, doktor, guru dan sebagainya.

Kedua : Diiringi dengan niat yang baik dan ikhlas kerana Allah. Niat yang baik bermaksud niat untuk menyara diri, keluarga, memberi manfaat kepada ummah serta membangunkan bumi (negara) menerusi cara-cara yang diizinkan oleh syarak. Lantaran itu pekerjaan yang dilakukan hendaklah bersih daripada segala campuran dengan sifat-sifat ingin menonjol, ingin disanjung, dipuja dan lain-lain sifat riak dan sombong. Penegasan Islam ialah kepada kesempurnaan tugas, kejujuran dan keikhlasan niat mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Rasulullah saw pernah bersabda ang bermaksud :

"Sesungguhnya suatu pekerjaan itu bergantung atau dikira pada niatnya."

Ketiga : Melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, tekun dan sebaik-baik mungkin. Kesungguhan bekerja dan menyempurnakan amanah dalam lingkungan kepakaran dan kecekapan ini dituntut oleh Islam dan hal ini dinyatakan dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah itu suka jika seseorang daripada kamu membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun dan sebaik-baiknya."

Manusia dijadikan oleh Allah swt untuk bekerja dan bekerja kerana Allah itu adalah suatu perhambaan kepadaNya. Orang Islam mesti berusaha bersungguh-sungguh dan melipat gandakan usaha mereka untuk meningkatkan produktiviti dan keimanan mereka. Allah akan memberikan balasan yang berlipat ganda kepada mereka yang melakukan pekerjaan dengan sebaik-baiknya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan yang baik dari apa yang telah mereka kerjakan."

Keempat : Menjaga batas-batas Allah swt dan menghormati dasar-dasar akhlak dengan tidak melakukan kezaliman, pengkhianatan, penipuan, melampaui hak orang lain termasuk penyalahgunaan kemudahan, peluang, harta dan kuasa. Syariat Islam diturunkan untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Jika kelima-lima faktor ini dijaga maka kepincangan tidak akan berlaku sama ada di dunia Barat mahupun Timur.

Batas-batas Allah swt dan dasar-dasar akhlak ini diturunkan agar sesuatu pekerjaan itu dilakukan atas prinsip-prinsip kemanusiaan dan peradaban semoga yang dilakukan dapat menyumbangkan kebajikan dan perkhidmatan yang maksima di samping dapat meningkatkan produktiviti organisasi.

Sebaliknya jika kerja-kerja yang dilakukan dan diusahakan atas dasar penipuan, kezaliman, penyelewengan, pemerasan dan sebagainya maka sudah pastilah tidak dapat mencapai kepada matlamat untuk meningkatkan martabat pekerjaan itu daripada adat kebiasaan bekerja seharian kepada martabat ibadah yang disediakan oleh Allah ganjarannya di akhirat nanti.

Kelima : Pekerjaan yang dilakukan itu tidak menghalang pekerjanya daripada menunaikan kewajipan kepada Allah swt. Ini termasuklah mengabaikan kewajipan terhadap ibadat khusus seperti sembahyang, zakat, puasa dan haji. Penyusunan giliran dan masa bekerja yang boleh mencuaikan kewajipan pokok kepada Allah swt adalah suatu perkara yang bertentangan dengan syariat Allah swt. Antara sifat mereka yang beriman adalah seperti yang digambarkan oleh Allah swt ialah seperti yang difirmankan.


Matlamat Kerja Dalam Islam

Dalam Islam, kerja membawa pengertian yang lebih luas daripada bukan setakat aspek ekonomi semata-mata. Matlamat sesuatu pekerjaan mengikut falsafah Islam tidak mengutamakan keseronokan, kesenangan dan keselesaanyang dapat memenuhi segala keinginan hawa nafsu yang tidak terbatas, tetapi yang ditekankan ialah sesuatu pekerjaan yang dapat membawa manusia memenuhi tuntutan Allah ke atas dirinya sebagai hamba. Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dia yang menjadikan bumi untukmu dengan mudah kamu jalani, maka berjalanlah kamu beberapa penjurunya dan makanlah rezeki Allah, dan kepadaNya (kamu) berbangkit." Dan firmanNya : "Di antara rahmatNya, ialah mengadakan untukmu malam dan siang supaya bersenag-senang pada waktu malam hari dan mencari kurniaNya (penghidupan siang hari), mudah-mudahan kamu bersyukur kepadaNya."

Islam melarang pekerjaan yang dilakukan semata-mata untuk pekerjaan itu atau mengumpulkan kekayaan sebanyak-banyaknya tanpa mengambil kira tuntutan agama ke atas harta yang dikumpulkan. Dalam hubungan ini, di antara matlamat pekerjaan ialah agar tertunai tuntutan zakat yang menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi Islam dan sebagai amalan mujahid atau berkorban. Jelas kepada kita bahawa Islam mahu supaya wujud kesepaduan atau integrasi di antara kerja dan ibadat, dunia dan akhirat, jasmani dan rohani. Firman Allah swt ang bermaksud :

"Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan (di muka bum). Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan."

Bertolak dari konsep kesepaduan ini, Islam menekankan bahawa pengendalian sesuatu kerja sama ada kecil atau besar, berat atau ringan mestilah meletakkan Allah Rabbul Alamiin sebagai asas kesempurnaan. Ini berasaskan kepada kehendak semulajadi insan itu sendiri seperti yang dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud :

"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk (menyembah) beribadah kepadaku." Umat Islam juga melafazkan : "Kepadamu kami menyembah dan kepadamu kami meminta pertolongan."

Umat Islam juga bersumpah "bahawa sesungguhnya hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam." Iaitu ulangan yang kita sebut sekurang-kurangnya lima kali sehari semasa mendirikan sembahyang. Oleh itu, tepat sekali bahawa setiap pengendalian hidup ini berkait terus dengan Allah swt dan kepadanya diserahkan segala keputusan sama ada berjaya atau gagal. Walau apapun keputusanNya nanti,manusia perlu bersyukur dan seterusnya menerima tanpa putus asa.

Islam meletakkan matlamat bekerja untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri dan keluarga dalam kategori amal jihad sebagaimana jihad memperjangkan dan mempertahankan agama Islam. Oleh itu Islam meletakkan amalan pekerjaan (untuk menampung keperluan diri dan keluarga) sejajar dengan amalan tersebut sepertimana firmanNya yang bermaksud :

"Dan yang lain akan berpergian di muka bumi mencari sebahagian kurniaan Allah manakala yang lain pula berjihad (berjuang) di jalan Allah."

Islam mewajibkan setiap muslim bekerja untuk menghasilkan manfaat pada dirinya sendiri dan masyarakat. Ia bebas memilih pekerjaan yang disukainya mengikut persediaan dan keperluannya berdasarkan kecenderungan, kebolehan, kepakaran dan bakat dalam menghasilkan kekuatan ekonomi bagi kehidupannya dan masyarakat sekaligus untuk menjamin kelangsungan generasi manusia di alam ini. Oleh sebab itu Islam memberi peluang pekerjaan kepada semua individu dengan menjamin kebebasan untuk memilih pekerjaan.

Pekerjaan dalam Islam merupakan kewajipan masyarakat yang dihubungkan dengan prinsip-prinsip akhlak yang mulia, bertaut dengan ibadah dan untuk mencari keredhaan Allah. Pekerjaan menghubungkan individu dengan kehidupan bermasyarakat sehingga dapat dirasakan peranan mereka, dapat mempertingkatkan ketinggian akhlak individu dalam menghasilkan hubungan yang erat sesama mereka, menyuburkan perasaan kasih sayang, hormat menghormati hingga sanggup berkongsi suka duka, kesusahan dan kesenangan.

Etika Kerja Islam

Etika merupakan ilmu berkenaan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Setiap organisasi mempunyai etikanya tersendiri yang tidak sama dengan organisasi lain. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapa i oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan orang lain. Budaya kerja dalam Islam merujuk kepada satu set nilai atau sistem kepercayaan yang dititip daripada al-Quran dan as-Sunnah mengenai kerja. Sememangna etika kerja ISlam menuntut hubungan secara cemerlang dengan pelabagai aspek kehidupan termasuk aspek sosial, politik dan ekonomi.

Antara etika tersebut meliputi Etika Pakaian (meliputi pakaian yang sesuai, selesa dan tidak mencanggahi syarak), Etika Kelakuan dan Sikap (amanah, bertanggungjawab, bersungguh-sungguh dan meninggalkan sifat mazmumah), Etika Bentuk Pekerjaan (halal dan bersesuaian) dan Etika Pengurusan Masa dan Harta antaranya mengeluarkan zakat pada harta yang lebih, bersedekah dan tidak membazir masa dan harta.

Islam adalah satu cara hidup yang bersifat menyeluruh, bersifat fitrah dan sederhana. Islam juga adalah suatu agama yang menggalakkan manusia bekerja malah al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri telah mencirikan budaya atau etika kerja Islam yang berbeza dengan etika kerja lain secara ketara. Oleh keran al-Quran bukan suatu penulisan falsafah, tidak juga kitab yang membicarakan tentang epistemologi, maka ia tidak menyebut tentang pendefinisian etika kerja. Walau bagaimanapun penegasan tentang etika kerja ini boleh diketahui dengan jelas menerusi konsep-konsep utama dalam ayat-ayat al-Quran itu sendiri. Beberapa konsep yang sering ditemui dalam al-Quran mempunyai hubungan rapat dengan etika antarana konsep Amal Soleh, Birr, Taqwa, al-Qist, al-Ma'ruf dan Ihsan (atau Hassan).


Ciri-ciri Etika Kerja Islam

  • Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah swt
Dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah  hamba Allah, maka sewajarnyalah setiap manusia mengabdikan dirinya kepada Allah swt dengan mengikuti segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya selaras dengan firman Allah swt yang bermaksud :

"Wahai sekalian manusia, sembahlah Tuhan kamu yang menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa." Berikutnya dikemukakan satu lagi firman Allah yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang berilmu, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu."

Ayat ini pula menyuruh kita taat bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada Rasulullah saw dan kerajaan kerana kerajaan itulah yang dimaksudkan dengan 'orang kuasa dari kalangan kamu'. Bagi mentaati Allah dan Rasulullah maka setiap manusia mestilah mempunyai kerja yang halal. Bagi mentaati kerajaan pula setiap pekerja awam mestilah menjalankan tugasnya dengan sepenuh kesedaran bahawa jawatannya itu adalah amanah Allah kepadanya. Sekiranya ia tidak menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya, maka bererti pekerja tersebut telah melanggar amanah Allah. Dengan memahami keterangan tadi maka sewajarnyalah bagi setiap pekerja berusaha menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kelak.

  • Bekerja dengan ikhlas dan amanah
Bekerja dengan aikhlas bererti bekerja dengan penuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang dipegangnya adalah hasil permohonannya sendiri dan bukannya ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut. Islam juga memberi penekanan yang berat terhadap konsep amanah dalam kerja iaitu tanggungjawab. Firman Allah swt yang bermaksud :

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatNya (balasan) kejahatan itu."

Jika manusia tidak mempunyai sikap amanah dalam perkerjaan, maka ia sebenarnya telah melakukan kerosakan atau penyelewengan (fasad) dan dengan itu ia telah mengkhianati amanah yang telah diterimanya sejak alam roh lagi. Konsep amanah yang dipegang oleh pekerja sama ada sebagai pengarah atau seorang pelayan pejabat tidak terbatas kepada skop pemerhatian manusia sahaja tetapi lebih daripada itu tanggungjawab amanah kepada Allah swt.

Melalui konsep ini Islam mengajar manusia supaya sentiasa berwaspada dan menilai dengan segala amal perbuatan menurut ukuran syarak iaitu kepercayaan kepada adanya hari akhirat dan perhitungan yang akan menentukan balasan baik atau sebaliknya. Bukan hanya berdasarkan melaksanakan tugas dan tanggungjawab melalui sistem rekod, kad perakam waktu, laporan penilaian prestasi dan sebagainya.

Pengurusan organisasi kerja menurut falsafah Islam bertujuan melahirkan manusia yang produktif dari segi amal solehnya, bukan dari segi perbuatan fasadnya. Hari ini kebanyakan organisasi kerja mengakui mereka produktif kerana mempunyai aset yang banyak, tenaga kerja yang mahir, peralatan dan sistem yang canggih. Tetapi di sebalik kehebatan lahiriah itu, berlakulah keruntuhan dari aspek kemanusiaan dengan segala bentuk penyelewengan dan pengkhianatan sehingga menimbulkan keadaan kucar-kacir dalam organisasi kerja.

Islam memberi penekanan konsep amanah keada Allah swt dan juga kepada majikan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Demikian juga kalau seseorang pekerja harus menunaikan kewajipan kepada majikan, maka majikan juga harus memberikan perkara yang sama kepada pekerjanya. Majikan harus memberi ihsan, belas kasihan, bertimbangrasa, bertolak ansur dan berperikemanusiaan terhadap pekerjanya. Perbuatan eksploitasi dan mengkhianati pekerja dengan membebaninya lebih daripada apa yang diganjarkan kepadanya adalah bercanggah dengan prinsip dan etika Islam.

Sesungguhnya menunaikan hak Allah ke atas pekerja-pekerja bawahannya adalah seiring dengan menunaikan hak ke atas Allah swt. Mengikut sebuah hadith Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

 "Majikan seharusnya membayar upah pekerjanya sebelum peluh di dahinya kering."

Ini bermakna ganjaran yang dijanjikan tidak seharusnya dilewatkan atau diambil sambil lewa sahaja. Jelas kepada kita teras perhubungan di antara majikan dengan pekerja ialah keadilan dan jalinan silaturrahim yang kukuh dan mesra di antara pihak majikan dengan pekerja. Suasana harmoni yang penuh peradaban akan terserlah dalam organisasi kerja.


  • Bekerja dengan tekun dan cekap
Ketekunan adalah satu sifat yang diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing menjalankan tugas sekiranya mereka tekun. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun." Pepatah Melayu pula ada mengatakan "Belakang parang pun kalau diasah nescaya akan menjadi tajam." Pepatah ini menunjukkan bahawa dengan ketekunan, sesuatu kerja yang susah itu akan dapat diatasi dan dengan sendirinya dapat meningkatkan kecekapan seseorang pekerja itu.

Apabila kita hendak menilai seseorang pekerja, ciri yang terpenting ialah kecekapannya. Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat jika pekerja itusanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya terus menerus. Ajaran Islam ada menegaskan "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Dalam bidang sains dan teknologi khususnya, menuntut ilmu sepanjang hayat menjadi suatu perkara yang penting sekiranya kita tidak mahu ketinggalan zaman kerana terlalu pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan dalam kedua-dua bidang itu.

Selain dari itu, Rasulullah saw menyatakan berkaitan dengan pekerja dengan maksud :

 "Apabila sesuatu urusan (pekerjaan) itu diberikan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kehancurannya."

Hadith ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya keahlian atau kecekapan seseorang pekerja menurut pandangan Islam. Sekiranya kecekapan seseorang pekerja itu meningkat maka dengan sendiri hasil kerjanya juga turut meningkat.

  • Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran
Dalam perkhidmatan awam bahkan dalam sebarang perkhidmatan, seseorang pekerja itu bertugas dengan suatu kumpulan pekerja yang tertentu. Dengan sendirinya untuk menghasilkan pekerjaan yang cemerlang, sesuatu kumpulan pekerja mestilah bekerjasama bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu membantu antara satu sama lain di antara pekerja, akan menimbulkan suasana kerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikian pula akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiap pekerja. Firman Allah swt juga menegaskan dengan maksud :

"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan..."

Semangat bergotong royong adalah suatu ciri kebudayaan negara ini yang semestinya dipupuk terus dan disuburkan semula bagai kata pepatah : "Bukit sama didaki, lurah sama dituruni." Di samping kita bergotong-royong menjalankan tugas, kita juga hendaklah menggalakkan perbincangan sesama sendiri, bertukar fikiran untuk mengkaji masalah yanga da dan juga untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul. Perbincangan seperti ini akan meningkatkan rasa kekitaan di antara pekerja dan dengan sendirinya pula meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap sebarang kegiatan kumpulan pekerja yang berkenaan.

Rasa keenakan berpadu tenaga dan berpadu fikiran ini telah dinikmati oleh datuk nenek kita dahulu dan rasa indah itu telah diabadikan oleh mereka dengan pepatah "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat."


  • Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat
Islam adalah agama untuk manusia sejagat, dengan itu ajaran Islam juga adalah untuk manusia seluruhnya. Maka etika kerja kelima ini adalah wajar, kerana maju mundurnya  pembangunan negara Malaysia ini akan memberi kesan jua kepada negara lain di dunia. Namun demikian patut dikemukakan di sini firman Allah swt yang bermaksud :

"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan ssekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan." 

Ayat tersebut melarang kita daripada berlaku tidak adil terhadap sesuatu kaum walaupun kita benci terhadap kaum tersebut. Setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama orang yang berkaitan menurut ajaran Islam. Di samping itu sewajarnya kita berusaha menurut ajaran hadith yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tidak menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukanya dalam menghadapi manusia."

Kesimpulan : sewajarya setiap pekerja diberi bimbingan khusus dari semasa ke semasa untuk melengkapkan mereka sebagai pekerja yang akan melaksanakan tugasnya selaras dengan ajaran Islam. Dari pihak pekerja sendiri, mereka hendaklah sentiasa sedar dan berusaha untuk menunaikan tugas mereka menurut ajaran Islam, ajaran yang mementingkan kebahagiaan umat manusia sejagat. Wajarlah bagi setiap pekerja menghayati firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan yang lain (daripada Islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu daripada Allah."


Hubungan Pekerja dan Majikan

Islam telah menggariskan beberapa peraturan yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjalin hubungan mesra dan produktif antara majikan dan pekerja. Kedua-dua pihak, sama ada majikan atau pekerjaperlu sentiasa mementingkan kualiti kerja dan terdapat sebuah hadith menyebut yang bermaksud : "Allah swt suka sekali jika seseorang mengerjakan sesuatu pekerjaan, lalu kian lama kian diperbaiki mutunya." Di samping kualiti, Islam juga menjaga kepentingan pekerja.
Dalam sebuah hadith qudsi terdapat sebuah nukilan yang menarik tentang hal ini. Hadith qudsi tersebut menegaskan :

"Ada tiga orang yang menjadi musuhKu di hari akhirat : Orang yang berjanji dengan Daku, lalu mungkir akan janjinya. Orang yangmemperjual belikan manusia merdeka dan dmakannya harga manusia merdeka yang dijualnya. Orang yang mengupah pekerja, dan pekerja itu telah membereskan pekerjaannya tetapi gajinya tidak dibayar."

Kemudian Islam mewajibkan supaya upah pekerja dibayar dengan cepat dan sempurna. Ini diingatkan oleh Rasulullah saw dengan sabda baginda yang bermaksud : "Berikan upah buruhmu sebelum kering keringatnya."


Kesimpulan

Pekerjaan yang diterima sebagai suatu ibadah bukanlah pekerjaan yang dikerjakan dalam keadaan sambil lewa dan untuk mendapat keuntungan di dunia semata-mata tetapi sebaliknya melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh, berjuang membangun dan mengusahakan kemakmuran dan kemajuan dengan matlamat untuk kepentingan dunia dan juga untuk keselamatan di akhirat. Setiap pekerjaan yang baik yang disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah serta dilakukan dengan bersih daripada sebarang kemungkaran dan tidak bercanggah dengan batas-batas hukum syarak adalah dikira ibadah yang akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Setiap pekerjaan itu hendaklah dilihat dari sudut amanah yang pasti akan dipertanggungjawabkan oleh Allah swt di akhirat kelak, di mana kelalaian melaksanakan kerja yang baik akan mendatangkan penyesalan yang tidak berguna. Pekerja yang diterima pekerjaan mereka sebagai ibadah setelah memenuhi syarat-syaratnya dapat mempergunakan dunia ini sebagai sawah ladang untuk keselamatan di akhirat. Sebahagian daripada hasil pekerjaan yang telah dilakukan akan diterima di duna ini dan hasil sepenuhnya akan diterima di akhirat. Kekayaan sesuatu pekerjaan tidak hanya pada usaha seseorang tetapi juga pada keberkatan yang disertai dengan keredhaan Allah swt terhadap jenis pekerjaan dan cara ia dilaksanakan. Islam meletakkan taraf yang tinggi kepada pekerjaan. Melalui pekerjaan manusia dapat mengangkat darjat dirinya malah namanya turut dikenang ketika ketiadaannya nanti. Ini adalah kerana manusia lain dapat merasai nikmat dan kemudahan hidup hasil daripada pekerjaan orang yang telah tiada tadi.


Hak Pekerja dan Majikan

1. Persaudaraan dan kesamaan peluang :Individu itu dilayang dengan hormat dan maruahnya dijaga, tiada diskriminasi terhadap warna kulit atau jantina, keselesaan dari aspek pergaulan dan penerimaan sebagai ahli kumpulan. Kebolehan berhubung dan bekerjasama.
2. Kepercayaan dan pertanggungjawaban : Pekerjaan adalah amanah atau kepercayaan yang diberikan. Individu yang amanah dan dipercayai memikul tanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap serta mempunyai kesetiaan terhadap organisasi.
3. Tawaran kerja : Tawaran kerja yang diberikan kepada orang yang paling layak mengikut kemahiran atau kelayakan asas bukannya kepada pemohon yang menagih simpati. Individu itu dilantik kerana ia memenuhi syarat-syarat keperluan kerja itu bukan kerana dia itu kawan, kerabat atau lain-lain unsur pilih kasih.
4. Peluang meningkat dalam kerjaya (menuju kecemerlangan) : Mencapai tahap kerja yang terbaik. Pekerja terdorong untuk melakukan yang terbaik kerana Allah menyukai seseorang yang melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik.
5. Upah, gaji atau ganjaran : Gaji, upah atau ganjaran mestilah setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan dan boleh memberikan rasa selamat dan kepuasan kepada individu.
6. Keupayaan individu : Kesesuaian tugas atau kerja dengan aspirasi kehidupan. Majikan tidak boleh menyuruh pekerjanya untuk melakukan apa juga pekerjaan di luar keupayaan pekerja itu.
7. Motivasi : Individu lebih terdorong untuk melakukan sesuatu jika mendapat kepuasan dan ransangan dalaman (motivasi spiritual).
8. Permesyuaratan dan nasihat : Pekerja hendaklah berunding dengan majikannya jika terdapat sesuatu masalah tentang pekerjaan kerana kecemerlangan dapat dicapai dengan cara berunding dan nasihat menasihati.
9. Pencarian ilmu pengetahuan : Individu yang berilmu pengetahuan akan berkeupayaan untuk mencapai kecemerlangan dan berjaya dalam segenap pekerjaan yang dilakukannya serta berjaya mengharungi segala cabaran dalam perlaksanaan tugas.


Tanggungjawab Pekerja

a. Mengikut arah majikan dan bekerja dengan tekun dan cekap.
b. Selesaikan kerja pada waktunya.
c. Berkhidmat kepada majikan dengan amanah serta selesaikan kerja pada waktunya.
d. Jujur dan ikhlas kepada majikan.
e. Menjaga kepentingan organisasi serta melindungi kepentingan majikan hingga ke saat terakhir perkhidmatan.


Tanggungjawab Majikan

a. Kewajipan menyediakan kerja yang tidak salah di sisi agama.
b. Membayar upah atau ganjaran sewajarnya.
c. Melindungi hak dan kebajikan pekerja.
d. Menetapkan tempoh kerja yang maksimum bagi pekerja (cuti).

Tips for office

http://www.lifebuzz.com/office-hacks/

17 Simple Office Hacks That Would Make MacGyver Proud. I Invented #2 Long Ago.

Here’s a collection of some crafty ways to make life easier at the office.
#1. Disposable cups plus toilet paper roll equals speakers. So it’s not very visually appealing, but it does work.
 
673011-3d63eb44-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9
#2. A cup will boost your sound.
672246-3da693fe-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#3. Paper clip with a piece of tape will help to remove lint from your headphone jack. Flatten out a paperclip and wrap adhesive tape (sticky-side out) around the top of the paperclip. Carefully insert inside headphone jack.
 
673143-3de8e0c4-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9
672387-3e2b4162-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#4. Binder clips and a business card make an Iphone tripod for hands free selfies and videos.
 
680056-3e6e8ed6-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#5. Binder clips make excellent headphone organizers.
 
680110-3eb88c2a-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#6. You can organize your cords using binder clips.
 
678901-3efed158-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9
678927-3f457022-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9


#7. Need a phone stand? Just grab a large paperclip.
 
678955-3f880a04-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9
673279-404eb92e-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9
681481-3fcbd0a4-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

682276-400ec6ca-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9


#8. Toilet paper rolls can be used to organize cords.
 
673331-408f917e-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#9. A spring from an old pen will strengthen the cord.
 
673552-40d02388-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#10. Need a ruler? Just take a photo of a ruler and use it as your background or wallpaper. When you scale the photo in the edit function, line your phone up with the ruler to ensure it is true to size. 
 
673411-4112eba0-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#11. Headphone magnets. This is less of a hack and more of an overlooked trick, but your earbuds actually magnetize to the border of your Macbook display. Did you know that?
 
673463-41512e06-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#12. Three adhesive hooks make for the perfect tablet mount.

673764-3c07f902-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#13. Post-its make excellent keyboard cleaners. Use the sticky side to attract lint and dirt.
 
674017-4194b8ec-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#14. Use an egg carton to keep your laptop from overheating.
 
674076-3bc49f54-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#15. Personalize your charger by using permanent sharpies or design tape.
 
8553121772_1df01bae8a
6794023217_4ac11b9259

#16. Beautify your keyboard with tape. 
 
674154-3c9d8cec-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9

#17. Use bread ties to label power cords.
 
674260-3d25d9e4-cab1-11e3-b520-1a79dc9db4b9
If you have any life or office hacks you would like to recommend, send them to us. In the meantime, share this post with your friends by clicking the button.